Saturday, January 22, 2011

Sekilas Pandang Angka-Angka Dari Dun Tenang

Alhamdullilah, saya kini telah pun berada di kawasan prk Dun Tenang. Insyaallah saya akan berkampung di sini sehingga keputusan diumumkan kelak.

Sebagai salam pembukaan, mari kita lihat angka-angka di bawah untuk dijadikan panduan atau ukuran mata kasar keputusan akan menyebelahi parti mana kelak.

PRU 11 (2004)

BN - 7655 undi / PAS - 2138 undi
Majoriti : 5517 undi


PRU 12 (2008)

BN - 6367 undi / PAS - 3875 undi
Majoriti : 2492 undi

2004 - Jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 9793 orang dan BN menang dengan majoriti bergaya, 5517 undi.

2008 - Jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 10,242 orang dan BN menang dengan majoriti yang sedang-sedang sahaja, 2492 undi. Perbezaan sebanyak 3025 undi berbanding 2004. Satu petanda yang tidak baik.

Tak mengapa, kita biarkan yang itu kerana semua orang maklum pada tahun 2008 tsunami politik melanda tanahair kita.

Sekarang pula dalam prk kali ini mampukah BN menang dengan majoriti lebih dari 5 ribu undi seperti yang diwar-warkan.

Sekarang mari kita lihat angka-angka di bawah untuk sama-sama kita buat tafsiran berdasarkan realiti politik semasa.

Jumlah pengundi di Tenang (prk 2011) - 14,753 orang.

Wanita - 7523 orang (51 %)

Lelaki - 7230 orang (49 %)

Pecahan Pengundi Mengikut Kaum

Melayu - 7014 orang (47.54%)

Cina - 5766 0rang (39.08%)

India - 1780 orang (12.07%)

Orang Asli - 171 orang (1.16%)

Bumiputra Sabah - 6 orang (0.04%)

Bumiputra Sarawak - 5 orang (0.03%)

Lain-lain - 11 orang (0.08%)

Pecahan Pengundi Mengikut Umur

21 hingga 29 tahun - 1669 orang

30 hingga 39 tahun - 3271 orang

40 hingga 49 tahun - 3602 orang

50 hingga 59 tahun - 2788 orang

60 hingga 69 tahun - 1879 orang

70 hingga 79 tahun - 1188 orang

80 hingga 89 tahun - 268 orang

90 tahun ke atas - 70 orang.

Selepas kita melihat angka-angka di atas, sekarang mari kita sama-sama melihat pula realiti politik semasa samada angka-angka diatas mampu memberi kemenangan bergaya kepada BN atau tidak.

Pengundi melayu boleh dikatakan akan memberi undi mereka kepada BN, tetapi bukan kesemuanya.

Pengundi cina pula berdasarkan rekod prk yang lepas-lepas sukar untuk memberi undi kepada BN.

Pengundi india pula besar kemungkinan tidak menjadi masalah untuk memberi undi kepada BN kerana mereka telah serik dengan Pas , PKR dan DAP dan merekalah kaum yang memberi sokongan paling padu kepada Gagasan 1 Malaysia setakat ini.

Itu ukuran berdasarkan kaum, sekarang kita lihat berdasarkan umur pula.

Angka di atas menunjukkan bilangan jumlah pengundi yang paling ramai adalah pengundi muda dan pertengahan (21 - 49 tahun), iaitu seramai 8542 orang daripada jumlah keseluruhan pengundi 14,753 orang. Maknanya mereka menguasai undi lebih dari 50 %.

Realiti politik masa kini menunjukkan pengundi muda dan pertengahan agak kurang memberikan sokongan kepada BN.

Perkara-perkara inilah yang perlu diambil berat sekiranya BN ingin menang dengan majoriti lebih dari 5000 undi.

Secara mata kasar kita boleh kata BN mampu menang dalam prk ini, tetapi dalam politik macam-macam boleh jadi walaupun dalam tempoh 24 jam terakhir. Siapa sangka Selangor dan Perak boleh terlepas dari tangan BN pada pru 12 ?

Setelah melihat angka-angka di atas, sekarang saya lontarkan kepada rakan-rakan pembaca sekalian untuk menilai dan membuat rumusan serta mengemukakan pendapat-pendapat anda melalui komen.

Mampukah Pas membuat kejutan di Tenang ?

Mampukah BN menang dengan majoriti 5 ribu undi ?

6 comments:

xpressminda said...

Salam bro..

Kalau dapat jumlah undi base pada kawasan peti undi tentu lagi menarik utk diulas. Harap bro dapat usahakannya.

Tak silap aku, bermula PRK DUN Penanti geng2 lobai & keldai dalam PR sudah mula kehilangan undi orang Melayu di banyak kawasan peti undi Melayu hinggalah ke PRK Dun Galas & Batu Sapi.

Bagan Pinang, Galas & batu sapi pula menunjukkan peralihan sedikit undi cina kepada BN.

Ikut pada trend tu, UMNO & BN takde masalah utk menang dgn majoriti 3000 lebih, utk majoriti 5000 sukar sedikit.

wmu350 said...

bn boleh menang tapi macam saya katakan jika menang ia biasa dan tidak mengubah apa2 pada pakatan rakyat,jika pas menang ia satu kejutan dan akan memberi semangat "GILA-GILA" bertambah kepada mereka....

jika jentera dapat menambat hati pengundi disana sehingga pas hilang wang peertaruhan,itu baru sesuatu yg mampu memberi SEMANGAT BARU kepada BN.....

ProudMalaysian said...

Bro, laporkan yang realiti yer. Biar semua tahu apa yang terjadi :)

Anonymous said...

faktor peneroka felda juga diambil perhatian.Dengan pelbagai insentif yg najib umukan kpd peneroka tenang saya rasa tiada masalah bagi pihak umno/bn untuk menang dgn majoriti atas 3k tetapi untuk mendapat undi majoriti 5k seperti pru 2004,umno/bn perlu berusaha keras terhadap peti undi yg majoritinya cina.

-dun sg abong n13-

Anonymous said...

di saat harga minyak sawit mencecah 4,000 pas tidak boleh berharap mendapat undi dari peneroka kecuali bab penyelewengan dari felda ni lebih teruk dari apa yg diceritakan. bagi saya undi melayu - 60% Bir End, 40% Pakatan Rakyat

undi cina akan berpihak kpd Bir End. 55% Bir End, 45% parti Pas.

undi orang india - 60% bir end, 40% parti pas.

bir end menang dgn majoriti 3,000. tahniah kpd pengundi tenang utk mengekalkan rejim ganas dan penyamun

Anonymous said...

kebanyakan orang muda sekarang susah di ramal. ini kerana orang muda atau remaja di malaysia semakin membuka mata dan suka mengkaji politik malaysia.

DI malaysia wang atau duit adalah segala-galanya untuk teruskan hidup. sebagai contoh bil internet di singapore hanyalah rm 5.40 untuk kelajuan 5Mbps tetapi di malaysia Unifi di caj rm140.00 untuk 5Mbps. ini akan membebankan pengguna di malaysia dan mungkin boleh menyebabkan undi dari golongan remaja berkurangan kerana masalah kecil begini.

lagi2 pada masa sekarang, golongan muda semakin tidak percaya dengan BN. Perkara yang sering dibincangkan :

1. Internet malaysia dimonopoli oleh TM. sebabtu TM bermaharajalela caj rakyat malaysia. sebab rakyat takda pilihan.

2. Kereta proton atau perodua yang dijual di luar negara lagi murah dari harga dalam negara. perbincangan hangat dalam blog.

dll isu panas yang dibincangkan di blog hari ini. kebanyakan memberi komen negatif mengenai syarikat under gov ni. jadi secara automatik kerajaan akan menerima tempias.