Sunday, January 30, 2011

Tenang : BN Tidak Boleh Mengharap

Maaf kerana lambat kemaskini.

Tersangkut dalam banjir, kemudian terima panggilan rumah yang kami tinggal dinaiki air. Bergegas balik ke rumah, kemas barang dan keluar.

Sekarang kawasan rumah kami sudah boleh naik bot.

Pesanan kepada penyokong BN, jangan terlalu mengharap bulan bintang.

Kita dalam keadaan tidak selamat sekarang kerana ramai penyokong dan pengundi melayu tidak dapat keluar mengundi kerana banjir.

Peratusan pengundi yang rendah kebiasaannya tidak menyebelahi kita.

Hujan lebat pada awal pagi menyebabkan sesetengah pengundi merancang untuk pergi mengundi sebelah petang. Tetapi di sebelah petang keadaan makin teruk dan air mula naik di banyak tempat.

Mereka sibuk mengalihkan barang-barang di rumah masing-masing dan di sebahagian tempat ada yang telah dipindahkan. Malah ada tempat yang terputus hubungan.

Kalau ada rezeki kita, menanglah BN.

Kalau tiada rezeki nak buat bagaimana...

4 comments:

Anonymous said...

yayaya....biar betul,ya Allah beri lah kemenangan kepada BN.hapuskan calon proksi DAPig.

Anonymous said...

bn gerenti menang lah. tapi orang atas pagar muak dengan cara blogger umno melancarkan serangan peribad ke atas cikgu mala. blogger umno tak membantu umno tapi menambah benci orang terhadap umno

xpressminda said...

InsyaAllah kemenangan di pihak kita.

Tatkala susah mahupun senang, BN sentiasa bersama rakyat, jadi tak mustahil kemenangan tetap bersama kita.

anti bohmau said...

Insyaallah, jika diizinkan Allah SWT, BN menang.