Wednesday, January 26, 2011

Tenang: Tidak Mustahil Pas Menang

Hari ini sudah lima hari tempoh kempen berjalan. Bakinya hanya tinggal tiga hari lagi.

Mampukah BN menang dengan majoriti sepertimana yang disuarakan oleh PM dan TPM ?

Saya tidak mahu syok sendiri atau cuba menyatakan yang baik-baik sahaja. Saya akan memberi pandangan dengan sebenar-benarnya berdasarkan apa yang saya lihat.

Sebelum penamaan calon dan pada hari pertama kempen jika kita lihat diatas kertas, nampak seperti BN akan menang mudah. Itu pada ketika itu, dan jika anda tanya saya pada hari ini, saya akan jawab bukan senang untuk BN menang. Jangan salah anggap, bukan sukar untuk dapat majoriti 5 ribu, tetapi sukar untuk menang.

Saya melihat cara berkempen BN di sini lebih kurang cara berkempen di Sibu. Jentera kempen BN kelihatan selesa, mungkin kerana menjangkakan mereka akan menang dengan mudah. Ini berbeza dengan jentera kempen Pas yang kelihatan semakin kuat bekerja.

Petang semalam semasa saya sedang minum di gerai depan sekolah cina Labis, kelihatan jentera-jentera kempen Pas begitu agresif sekali bergerak mengedar risalah-risalah serta surat khabar cina sambil membawa loud haler memaklumkan lokasi-lokasi ceramah Pas.

Menurut peniaga di situ, dalam tempoh satu jam tiga kali mereka pusing tempat itu dan memaklumkan tentang program Pas. Saya tanya balik tuan kedai tersebut, orang BN berapa kali pusing seperti itu dan dijawabnya tak pernah ada sekali pun.

Itu adalah salah satu contoh.

Tidak boleh dinafikan sokongan kepada Pas nampak semakin meningkat terutamanya di kalangan pengundi cina. Semakin hari kehadiran mereka di ceramah-ceramah ajuran Pas atau DAP semakin meningkat.

Pengundi melayu pula susah untuk diramalkan. Setakat ini kelebihan boleh dikatakan berpihak kepada BN. Walaupun sokongan lebih kepada BN ianya tidak menjamin kemenangan kerana pengundi melayu hanya 47 .54 %.

Dipendekkan cerita, jangan terkejut sekiranya Pas mampu lakukan kejutan di Tenang, seperti apa yang terjadi di Sibu.

Kalau BN rasa nak menang, peluang masih ada. Semua jentera kempen harus 'all out' dalam tempoh bekempen yang berbaki tiga hari lagi, dan jangan hanya berharap pada wanita Umno sahaja. Jangan terlalu selesa sangat dan harus buang cara berpolitik lama. Sekarang zaman telah berubah, jangan lagi ingat sesiapa sahaja calon asalkan mewakili BN maka dia akan menang.

11 comments:

Anonymous said...

Salam RBF,saya juga mengesyaki yang berkemugkinan besar undi akan berpihak kepada pembangkang apabila dilihat jentera BN semakin 'overconfident'dengan hanya bersandarkan pengudi-pengudi felda sahaja.
Mereka lupa akan pentingnya menang dengan majoriti lebih besar berbanding dengan menang dengan majoriti berkurangan.Janganlah sebab menang di Galas dan Batu Sapi seolah-olah BN sudah diterima kembali oleh pengundi dan bekerja ala kadar sahaja,tidak bersungguh-sungguh dan berganding bahu.Pihak pembangkang akan diberi nafas baru sekiranya berjaya mengurangkan majoriti undi apatah lagi sekiranya BN tewas.Adakah parti komponen BN lain seperti MCA,MIC,Gerakan,PPP bekerja keras setanding DAP dan PKR?Jangan hanya dua tiga kerat pegundi bukan melayu menyatakan sokongan terhadap BN,sudah dianggap diterima oleh masyarakat bukan melayu di sana.Perkara-perkara inilah sekiranya dipandang remeh akan menjadikan jentera BN kucar-kacir dan tidak berjalan lancar.
Sekiranya semangat padu yang ditunjukkan sewaktu PRK Galas dan Batu Sapi tempoh hari tidak mustahil kemenangan yang lenih besar berpihak kepada BN.

jiwakita said...

salam.....

BN menang peti undi kaw majoriti melayu jer..
cukuplah....peti undi kaw cina/bandar
yg tak mampu BN tembusi...jadi pembangunan dan prasarana di kaw.
menang sahajalah di rancakkan....

BN menang DUN tenang lagi bagus
semua kaw. dapat manfaat.......

Pengundi Baharu said...

BN jgn terlalu selesa dan leka. Teguran baik untuk jentera BN Tenang.

Anonymous said...

Pendapat ini kena masukkan utusan supaya jentera umno kerja keras lagi. Tapi berita kecil aja muka dalam. Wartawan utusan sila bertindak sebelum pembangkang ambil peluang.

afterdark said...

stupid presumptions of similar kind.. selalu berlaku dikalangan penyokong UMNO iaitu terlalu over konfiden.. Memang itu yang dulu berlaku di Sibu.

Kama Irahsa said...

lg satu, calon pas bsr kemgkinn akn mng melalui undi simpati.

Ular Menyusur Akar said...

BN berkempen di kampong. Buat apa? Itu memang dah kubu dia. PR terutama DAP berkempen di kawasan bandar. Mana puteri UMNO/Wanita dan jangan harap pemuda. MCA berkempen dari bilek MCA aje.

Lihat anak muda lelaki dan perempuan DAP. Mereka menjelajah seluruh kedai, gerai dan pasar Labis.

Yang membezakan UMNO dengan PR ialah UMNO kebanyakan kakit tangan kerajaan dan penduduk dalaman. Kakitangan kerajaan di duduk di kerusi di sediakan oleh kerajaan. PR, peniaga atau pekerja swasta. Memang kalau tak berusaha tak hidup. Dah biasa dengan matlamat serta kreativiti merancang. Mereka dah biasa bekerja dengan tidak selesa.

agbr47: BN itu lama. Cara pendekatan juga lama.

Anonymous said...

Tak mungkin PAS menang kerana DUN Tenang kawasan tradisi UMNO dan kubu kuat BN. Sekiranya Galas boleh kita tawan dan Batu Sapi mampu kita kekalkan, percayalah, perkara yg sama akan berlaku di Tenang.

Untuk petugas BN di Tenang, keep up the good work. PAS dah tak ada isu, cuma hanya boleh serang calon BN secara peribadi. Pengundi bukannya bodoh, mereka boleh fikir mana fakta dan mana yang auta.

Anonymous said...

igt lagi tradegi Selangor time PRU12..

contohnya Dun Kota Anggerik...

saat2 akhir,jentera PAS dan PKR masih kuat bekerja...berkempen..

RBF nk tau jentera UMNO di mana??

berkumpul di markas pusat seksyen 23 sambil mengadakan jamuan dan berkaraoke...

x percaya??tanya la geng2 UMNO sendiri...

berhibur sehingga tumbang keesokan harinya...
Dun Kota Anggerik jatuh di tgn PKR..
kerana apa?kerana over confident...

-warga shah alam-

Muhammad Isa Daud said...

Ntah lah..asyik politik..boring..

Muhammad Isa Daud said...

politik tak habis2