Thursday, January 27, 2011

Tipu Cuti Sakit, Ibu Bapa Berang

Tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.

Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.

Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Station, Taib Abdullah, 51 berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t, dirinya, malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.

“Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya. Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak. Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.

“Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui. Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon Pas ini,” katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.

“Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

“Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini,” katanya.

Sementara itu, Rokiah Ali, 53 dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.

“Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.,” katanya.

Sementara itu, Robiah Majid, 47 yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.

“Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.

“Tak eloklah beliau buat begitu. Kalau dah begitu, apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen. Tak eloklah cikgu buat begitu., Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.

Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.

Sumber: Umno Online

10 comments:

Anonymous said...

Allah bagi sakit betul2 nanti langsung x blh bangun...jgn main2

Anonymous said...

blog macam ini
hanya pandai korek taik saja
Kalau baca terus baca ,,,
anda akan jadi bodoh

Anonymous said...

BAnyak persoalan;
Cikgu yang menipu,
Doktor yang menipu,
Imej Islam yang menipu,
Ketua parti yang join bertipu,
Guru Besar yang cengang kena tipu,
Anak murid yang tak tahu di tipu.

Duit haram yang keluarga makan,
Anak buah tengok jadi ikutan,
Kafir tengok di gelak-gelakkan,
Imej Islam juga di korbankan.

Anonymous said...

kah kah kah

ingatkan ANAK saja berang

kah kah kah

bapa juga berang?

kah kah kah

siapa tak berang bro

kah kah kah

kroni ANAK ketam ajar anak bapak!!!

kah kah kah

haru-biru, Yoep

kah kah kah

Anonymous said...

cite pasal islam bukan main tapi menipu .. memang satu keluarga mala makan duit haram !!!

mana tindakan ni??? ini kalau kat swasta memang kena notis berhenti 24 jam ... Laki si Mala tu harus dibuang kerja kerana menipu!!! dasar satu keluarga makan hasil haram !

hanizam said...

bab halal haram ni, puak sesat dalam PAS je yang boleh ulas...

tapi kalaulah ada dari PAS yang tegur isu ni, mau laki mala gantung diri @ terjun sungai sebab malu...

pada aku pun, dah terang dia menipu...ambik jelah cuti tanpa gaji...lepas tu nak mati kering ikut berkempen, lantaklah...

ni cuti sakit...ditakdirkan ALLAH cabut nyawa dia, ape nak jawab nanti???

tulah dia, solat 5 waktu, tapi bab ni pun kantoi, buat malu agama je..

Anonymous said...

Buat baik berpada-pada. buat jahat jangan sekali...mengikut teori Maarof>>>>PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA>>>>>>>....Kalau sempat bertaubat...kalau x sempat..? Nauzubillah....

Anonymous said...

Ini lah karektor orang Islam ado yg menipu,ada yg memfitnah,ado yg mencarut,ado yg tidak amanah kerana boleh dapatkan sijil sakit orang lain,ado syok sendiri...sebab itulah Chua Soi Lek mengatakan "what's so great about Islamic values"...kerana dia melihat perbuatan orang kita lebih kurang saja dgn adegan dia dalam filem blue tempoh hari...teruskan bro...hingga bangsa lain tidak akan lagi ambil peduli akan ugama kita.....kerana kita seruuupa!!!!

Anonymous said...

isu ini mudah saja kalau maarof dah tak berminat jadi guru lagi letak jawatan sahaja.pastu pi la nak pi mana pun org ramai tak marah,jadi penceramah pas ke,tipu org sana sini bawa tin biskut tu.tak sakit kata sakit,apa la punya org.kalau dia minta cuti pun takpa aritu.bukan menipu macam nie.

Anonymous said...

ehhh... cikgu ni sakitlaa... sbb tu dia tak boleh lekang dari isterinya! kalau dia duduk sorang2 kat umah @ sekolah, senggugut dia datang balik oi!