Saturday, February 26, 2011

Adakah Isteri Calon Pas Merlimau Ambil MC Juga ?

Mengikut laporan Selangor Daily isteri calon Pas bagi Dun Merlimau adalah seorang guru yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Situasi hampir sama dengan kejadian di Tenang.

Adakah isteri calon Pas Merlimau juga mengambil MC untuk membantu suaminya berkempen ?

Di Tenang seorang cikgu yang sedang berkhidmat dengan kerajaan meletak jawatan dengan serta merta kerana nak berlawan dengan parti kerajaan dalam prk.

Di Merlimau pula seorang yang menetap di kuarter guru milik kerajaan masuk pilihanraya untuk menentang kerajaan.

Setiap hari Pas melaung-laungkan kerajaan BN mengamalkan rasuah, jahat, zalim dan sebagainya. Dalam masa yang sama ramai juga orang Pas yang masih bekerja dengan kerajaan.

Tak berdosa ke makan duit kerajaan yang mengamalkan rasuah dan zalim ?

Manakala calon Pas Merlimau pula muka tak malu kerana masih lagi tinggal di rumah kerajaan yang dikatakan mengamalkan rasuah dan zalim.

Untuk membaca cerita asal sila ke Selangor Daily. Klik di sini

12 comments:

Anonymous said...

BUBUH PENYEPAK TU....DAH BAGI MAKAN, TOKAK TUAN

AKU PUN KERJA DENGAN GOMEN, AKU TAU BANYAK JASA KERAJAAN PADA AKU

BODOH BODOH PIIIIANNNNGGGGGG

Anonymous said...

Tuan RBF.....mintak Tan Sri Menteri Pelajaran Malaysia buat kajian yang serius kenapa ramai guru-guru kat Malaysia menjadi anggota parti pembangkang. Maklumat dari kawan-kawan yang kerja guru, ramai yang kata Menteri Pelajaran tak jaga guru-guru. Sistem pengurusan yang lintang pukang, guru yang gred rendah (selalunya yang ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah) boleh bagi arahan kepada guru-guru di sekolah-sekolah yang gred lebih tinggi dari mereka. NUTP tak buat kerja, asyik buat laporan yang Menteri Pelajaran nak dengar.

Anonymous said...

Memang tak reti bangsa mahkluk sial ni.Dahlah menumpang,sibini tu pulak keja gomen..anak hang macam mana makan semua yang haram tu..hang yang kata kerajaan rasuah.Aku ingat Hang tak payah tanding.Bagi orang lainlah ..Aku pun tak reti nak boh muka kat mana....

ANALISA said...

DASYAT PENANGAN CIKGU-CIKGU SKRG..

SY TELITI BALIK CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PADA PRU-12 LEPAS.. DI KEDAH.. PALING RAMAI CALON DARI KALANGAN GURU YANG MEWAKILI PAS MENENTANG BN.. DAN MAJORITI DARI MEREKA MENANG DAN KEDAH TUMBANG KE TANGAN PAS..

BEGITU JUGA PADA PILIHAN RAYA KAMPUS BARU-BARU INI.. DI UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) calon dari Pro-Aspirasi(kmplan pelajar yg mnyokong pakatan rakyat) MENANG DENGAN MAJORITI. UMUM TAHU, UPSI INI ADALAH TRANSIT UNTUK BAKAL-BAKAL GURU. JIKA DI DALAM KAMPUS PUN SUDAH MEMBENCI KERAJAAN APATAH LAGI JIKA SUDAH BERKERJAYA KELAK.. TANGAN KIRI MENERIMA GAJI, TANGAN KANAN MENABUR BENCI!..

SY KHUATIR JIKA TREND BEGINI BERTERUSAN.. TAK MUSTAHIL MASA KE HADAPAN.. GURU-GURU AKAN MENJADI KEPALA PENGKHIANAT DAN PEMBERONTAK.. DAN SEKOLAH MENJADI PUSAT ASUHAN KEBENCIAN PADA KERAJAAN!!.. Na'uzu Billahi Minzalik..

VoidDance said...

dia lawan BN. bukan dia lawan kerajaan. itu pun tak reti nak bezakan ke? aku tahu apa yang korang akan cakap, dah kerajaan sekarang kerajaan bn tapi hakikatnya kerajaan itu berfungsi untuk berkhidmat kepada semua orang. tapi bila pilihan raya, takde istilah pembangkang lawan kerajaan. istilah yang betul adalah parti memerintah vs parti pembangkang.

Sebab kalau cakap dia lawan kerajaan, makna dia menderhaka dengan kerajaan dan YDP Agong. BN bukan kerajaan tapi sebuah parti yang memerintah. kalau nak juga kata BN tu adalah kerajaan, sila beritahu, dari mana dia dapat duit nak bayar gaji semua orang? Poket dia sendiri atau cukai/hasil yang dia kutip dari semua orang/sumber?

apa la bengap sangat manusia ni. Cuba jadi bijak sikit RBF oi.

HHalem said...

Amboi Anon 9:27 marah betui nooo.

Penyepak tak cukup.
Boh penampaq tokyo, pas tu boh penerajang, biaq terpelanting keluaq tingkap. :-)

Pas tu ligan, tegalong ngn pelepah nyok, baru ada akai.

Anonymous said...

Nik Aziz sepatutnya mengeluarkan kenyataan bahawa bekerja dengan kerajaan adalah haram. Ianya tidak haram jikalau Pas memegang kerajaan.Buat masa ni Nik Aziz perlu mengeluarkan kenyataan tersebut memandangkan kerajaan hari ini diterajui BN.

PS Kalau sesiapa mempunyai peluang menebual Nik Aziz, silakan tanyakan kepadanya adakah haram bekerja dengan kerajaan yang diterajui BN.

Anonymous said...

hehehe dia ambik cuti nk bersalin 3 bulan... heheheh...

Anonymous said...

Bravo VoidDance.. Org UMNO ni payah nak faham, entah kenapa ye? Isu makan gaji dgn kerajaan yg mudah pun payah nak faham, inikan isu negara, ekonomi etc. Asyik2 belit2 hak tu la. Bukan ada point yg bernas pun. Pastu bukan nak analyse isu tapi pusing2 kat situ juga. Kesian UMNO sebab Umno tu Melayu, payahlah nak maju ke depan org Melayu ni kalau gitu cara fikirnya

Pemuda TG said...

Halau je dari kuarters tu....

Anonymous said...

aku tak kisah le depa masuk parti ape pun, tapi klu dah menyokong pembangkang dan duduk kuarters kerajaan, nampak sgt tak moleknye..mana nak letak muka tu. jika ada maruah, pindah keluar,. itu je..klu kuarters tu bagi kat org lain sewa mgkn lebih baik kot, ada gak pendapatan utk kerajaan..hehe

VoidDance said...

Anon at 10.12 am

Aku tak peduli pun sama ada UMNO/BN atau PR. dua2 sama saja. tak reti nak beza apa itu kerajaan dan apa itu parti politik. masing-masing ingat bila dia memerintah, dialah kerajaan dan ada hak ke atas semua benda. guna duit kerajaan untuk kepentingan parti (tengok selangor pun dah cukup).

orang di Malaysia perlu diajar apa beza parti politik dengan parti yang memerintah dan kerajaan itu sendiri.

Aku tidak mahu suatu masa nanti kita jadi macam Mesir atau lebih parah jadi macam Libya sebab bila berkuasa, kita fikir kita ada hak atas semua perkara dan lawan kita tidak boleh berkata apa-apa. Hancur negara nanti.