Thursday, February 24, 2011

Ceramah Umi Hafilda Berjaya Tarik Orang Pas



Ceramah Umi Hafilda dalam video diatas dirakam semasa beliau berceramah di Batu Gajah Perak ahad lepas (20.Feb.2011).

Turut berceramah dalam program itu adalah Adun Sg Rapat Perak, Datuk Hamidah Osman selaku tuan rumah kerana tempat ceramah tersebut berada dalam kawasannya.

Saya juga turut hadir dalam program tersebut.

Saya ingatkan hanya orang-orang yang tidak berparti dan penyokong-penyokong BN sahaja yang datang mendengar ceramah itu. Rupa-rupanya tidak.

Ceramah itu berjaya juga mengundang kehadiran orang Pas. Lihat pada minit 00.30 video diatas apabila Umi meminta orang-orang PAs mengangkat tangan. Ada yang angkat mengaku mereka orang Pas.

Selain dari kehadiran penyokong-penyokong Pas, saya juga mengesan kehadiran seorang blogger pro Pas yang bertapak di Perak dalam program itu. Blognya tidaklah hebat sangat pun, bak kata pepatah hidup segan mati tak mau.

Saya nampak dia bergerak ke hulu ke hilir merakam gambar termasuklah ke depan pentas merakam gambar Umi. Dalam dia asyik merakam gambar dia tak sedar yang ada orang kita telah merakam gambarnya.

Selain daripada kehadiran orang-orang Pas dalam ceramah tersebut satu lagi sejarah tercipta dalam ceramah itu. Buat julung-julung kali satu majlis ceramah terbuka pendengar yang hadir diberi peluang menanyakan soalan kepada Umi Hafilda. Itu permintaan Umi sendiri kepada pihak penganjur.

Belum pernah berlaku sejarah dalam dunia ini penonton yang hadir ceramah umum diberi peluang bertanyakan soalan. Malah parti politik yang memegang Guinness World Records iaitu parti Pas selaku penganjur majlis ceramah terbanyak dalam dunia pun tidak pernah membuka ruang untuk penonton bertanyakan soalan dalam ceramah mereka.

Kenapa Umi berani memberi peluang kepada orang ramai untuk bertanyakan soalan kepadanya ?

Tidak lain tidak bukan kerana berani. Berani kerana benar, takut kerana salah. Bagi Umi tidak menjadi masalah untuknya pendengar bertanya soalan kerana dia berada di pihak yang benar.

Kenapa blogger Pas yang hadir dalam program itu tidak berani bangkit tanya soalan kepada Umi. Apabila diberi peluang tanya soalan duduk menikus dalam gelap, kemudian balik rumah tulis dalam blog Umi jalang, pelacur, dibuang keluarga dan sebagainya.

Kalau berani tanyalah pada waktu itu,

"Umi betul ke kau pernah lakukan hubungan seks dengan Baginda ? "

"Umi betul ke ayah kau tak mengaku kau anak ? "

Penakut ! Nate mu ! Celako ! Celako ! Celako !

Kita sama-sama tunggu ceramah Anwar dan Azmin di masa akan datang, beranikah dia memberi peluang kepada pendengar bertanyakan soalan.

Untuk gambar dan video ceramah sila klik di sini

4 comments:

Anonymous said...

Saya ada terserempak dengan Umi di R&R, fuh!yo! memang klas, Bro.

Anonymous said...

Selepas ceramah Ummi membenarkan mengemukakan soalan daripada penonton.

Dia juga turut mengalu-alukan penyokong PAS dan PKR ke majlisnya.

Hanya orang yang yakin dirinya dipihak yang benar sanggup berbuat demikian. Sanggupkah Anwar, Azmin, Nik Aziz, Mat Sabu berbuat demikian?

Seorang lagi pemimpin hebat yang berani tentunyalah Tun Dr. Mahathir. Lihat sahaja press conferencenya.Beliau sentiasa tersenyum menghadapi berbagai soalan. Aku masih tak dapat lupa satu soalan dari wartawan "Mr.PM can you please comment about China baving the tallest building in the world today?

Jawab Dr. TDM "Well, we have two." Terkedu wartawan tersebut.

Hebatnya perdana menteri kita.
Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

DR.YES

Anonymous said...

tak semestinya org PAS dgr ceramah umno akan masuk umno...

adakah org umno dgr ceramah PAS masuk PAS???

zahari1950 said...

Anonymous February 25, 2011 11:07 AM Said.

tak semestinya org PAS dgr ceramah umno akan masuk umno...

adakah org umno dgr ceramah PAS masuk PAS???
__________________________________

Saya setuju. Tetapi ceramah PAS yang mencarut, memaki hamun, pembohong, hanya khabar angin, rekaan,janji palsu.. pun ramai orang masih suka dengar dan percaya, maka ceramah Umi Hafilda ni sekurang-kurangnya dapat membuka sikit minda sesetengah pihak agar berfikir secara logik.Umi Hafilda bersumpah mubalah dan menggunakan Al-Qur'an untuk menyatakan kebenarannya.
Itu antara dia dengan Allah. Ke mahkamah pun dia sanggup buktikan. Soal masuk Parti mana itu kita letak sebelah dulu. Yang penting kita mencari kebenaran dan berpijak di bumi nyata. Jikalau Umi Hafilda tak betul saman dia kerana secara terang-terangan dia menyebut dan menjatuh maruah individu tertentu dalam ceramahnya. Mengapa empunya diri yang berkenaan tak saman?. Adakah itu menunjukkan Umi Hafilda di pihak yang benar?.