Monday, February 28, 2011

Kantoi ! Calon Pas Merlimau Tipu Pengundi

Dalam profail di atas calon Pas Dun Merlimau menyatakan beliau pernah memegang jawatan bendahari Gerakan Belia 4B Chinchin yang terletak dalam kawasan Jasin.

Sebagaimana yang kita tahu, kalau tak menipu bukan Pas namanya. Penipuan dan fitnah sudah menjadi makanan harian Pas. Penipuan dan fitnah dengan Pas sudah sebati sejak zaman-zaman berzaman. Bagai irama dan lagu, tanpa irama pincanglah lagu. Tanpa penipuan dan fitnah pincanglah Pas.

Tidak cukup pepatah itu kita boleh guna pelbagai pepatah lain lagi untuk menggambarkan betapa eratnya Pas dengan penipuan. Bagai aur dengan tebing atau isi dengan kuku atau boleh juga kita katakan bagaikan Anwar Ibrahim dan Ky Jelly.

Sah terang-terang calon Pas menipu yang beliau pernah pegang jawatan berkenaan. Jawatan itu sengaja diletak-letakan untuk menggambarkan dia seorang yang hebat. Sudahlah diplomanya diragui , lepas itu menipu pula pernah pegang jawatan dalam Belia 4B.

Mengikut penasihat Gerakan Belia 4B Jasin , Datuk Hasan Rahman calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli Belia 4B seperti yang didakwanya.
Gerakan Belia 4B Jasin hari ini menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.

Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.

“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.

“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.
Sumber: Umno Online

Baru jadi calon, belum lagi jadi wakil rakyat sudah pandai menipu. Inikah ajaran parti islam Pas ? Parti islam atau Parti Amalan Syaitan ?

Lihatlah wahai orang-orang Merlimau sekalian, lihatlah bagaimana penipunya seorang calon dari parti islam.

Mahukah anda semua mengangkat penipu sebagai wakil rakyat kawasan anda?

3 comments:

Pemuda TG said...

Menipu, membohong, mencarut, melaknat, mencelako dan sebagainya...tu la dia....Pas Pis Pus...

Bro rbf,
Mohon di link ke blog Tuan
http://pemudatg1.blogspot.com

Anonymous said...

Parti Air Selipor!

sejahtera39 said...

saya sempat lg lambang perikatan kapal layar dan lambang pas bulan sabit, memang dr sejak itulah pas ni memang menipu orang islam...paling ketara masa tu adalah fatwa umno adalh haram...org pas xpergi sembahyang masjid yg kerajaan BN bena. bayangkan klu kat kampung masa tu klu nak sembahyang jumaat punyalh susah sbb xcukup 40org.. yg kaldai pas ni sanggup xpegi sembahyang atau pergi kekariah laen...inilh pembohongan pas yang amat besat terhadap orang islam...pas berbohong hanya kepada orang islam shj.