Thursday, February 17, 2011

Kes Tembak Di Kelantan Cuba Diputarbelitkan

Sepertimana yang kita tahu semalam telah berlaku satu kejadian tragis di Tumpat Kelantan berpunca dari salah faham.

Pagi semalam anggota UPP telah mengejar sebuah kereta kancil yang dipercayai membawa beras seludup (beras siam).

Ketika dalam episod kejar-mengejar itu tiba-tiba kereta kancil tersebut berhenti dan anggota UPP bergegas turun menuju ke kenderaan yang dikejar tersebut. Mereka terkejut apabila melihat lelaki yang memandu kenderaan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih. Lelaki itu dikenali sebagai Sa'aid Bin Mat Hassan berusia 56 tahun.

Atas rasa tanggungjawab walaupun orang itu sedang dikejar mereka anggota UPP mengangkat dan membawanya ke Hospital Tumpat. Tiba di hospital anggota UPP terbabit diminta menunggu di bahagian luar bilik rawatan.

Sementara menunggu, mereka mengambil keputusan untuk pergi bersarapan di sebuah kedai berhampiran hospital.

Ketika mereka sedang bersarapan tiba-tiba datang dua tiga biji kenderaan yang dinaiki oleh beberapa lelaki cuba menyerang anggota UPP tersebut dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada mangsa.

Anak saudara mangsa mendakwa anggota-anggota UPP tersebut memukul bapa saudaranya sehingga meninggal dunia. Dalam keadaan kelam kabut itu tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri. Hanya seorang yang tidak berjaya lari.

Yang seorang itu telah dikepung oleh kumpulan lelaki berkenaan dan untuk menyelamatkan diri , dia terpaksa melepaskan tembakan. Tembakan itu telah terkena anak saudara mangsa,Ahmad Nizamuddin 19 tahun.

Lalu lelaki yang terkena tembakan itu dikejarkan ke Hopital Tumpat yang berada berhampiran dengan tempat kekecohan itu. Oleh kerana keadaannya kritikal maka dia telah dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

Itu yang sebenar-benarnya terjadi semalam.

Sekarang ini khabar angin telah disebarkan di Kelantan kononnya anggota UPP telah memukul lelaki yang memandu kereta kancil itu hingga mati dan menembak anak saudara mangsa kerana dia adalah saksi yang melihat kejadian itu.

Cerita itu telah dipusing. Ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air negeri Kelantan yang sememangnya keruh dan kuning sejak berpuluh tahun lalu. Mereka cuba hendak pusing cerita sepertimana mereka menuduh SPRM membunuh setiausaha politik haram, Teoh Beng Hock.

Yang sebenarnya...

Lelaki yang dikejar oleh anggota UPP berkenaan meninggal dunia kerana serangan jantung. Rekod penyakit jantungnya memang telah ada di hospital.

Bukan sesuatu yang pelik dalam kedaaan terkejut kerana dikejar oleh anggota UPP beliau boleh terkena serangan jantung kerana terkejut. Tambahan pula usianya sudah 56 tahun.

Nak salahkan anggota UPP pun tak boleh, mereka bukannya tahu arwah ada penyakit jantung. Lainlah kalau di bahagian belakang kenderaannya tercatat 'pemandu berpenyakit jantung'.

Perkara ini tidak akan timbul sekiranya arwah tidak cuba lari ketika dikejar oleh UPP. Berhenti dengan cara elok dan selesaikan dengan cara elok.

Bagaimana UPP hendak pukul mangsa kalau mangsa berada dalam kenderaan ? Kalau nak pukul mestilah kena tarik keluar dan pukul.

Jika benar seperti cerita yang disebarkan kononnya anak saudara mangsa yang ditembak nampak bapa saudaranya kena pukul, kenapa dia tak serang anggota UPP yang memukul pada waktu itu ?

Semua itu karut semata-mata. Cerita asal telah ditokok tambah demi kepentingan politik Pas. Mereka cuba nak jadikan sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid.

Tindakan anggota UPP melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri sehingga terkena anak saudara mangsa bukannya satu kesalahan. Memang mereka diberikan senjata untuk mempertahankan diri. Kalau dia seorang diri telah dikepung dan dalam keadaan cemas begitu tak logiklah dia nak buka silat pula sedangkan pistol ada. Apatah lagi dia mempunyai kebenaran untuk menggunakan senjata api.

Lagi pun tindakan anak saudara mangsa yang baru berusia 19 tahun cuba menyerang seorang penjawat awam yang sedang dalam tugas adalah satu kesalahan. Dalam kes ini cerita telah diputar belit, orang yang bersalah digambarkan tidak bersalah dan orang yang menjalankan tugas digambarkan sebagai penjahat.

Jangan bimbang dan jangan patah semangat wahai anggota-anggota UPP, teruskan tugas anda sepertimana yang diamanahkan. Ramai lagi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang anda.

Update: Berita yang baru diterima mengatakan juak-juak Pas telah berjumpa keluarga mangsa dan meminta mereka supaya ambil tindakan undang-undang. Pas akan tanggung semua kos guaman.

45 comments:

Pak Tam said...

Biasalah PAS for all!

Anonymous said...

kalo aku jadi anggota UPP tu semua sekali aku kasi tembak ..... wakakakaakakk..

blogenstarz said...

PAS PAS.SAMA seperti DAP.Memang suka akan hal kematian.Pada mereka ,Kematian , bermakna Rezeki PRU akan bertambah

Anonymous said...

kes tabung memali pun PAS tak settle lagi.

bila agaknya penduduk Memali tu nak ambil tindakan mahkamah terhadap tabung Memali tu

Anonymous said...

Berita ni banyak versi sangat. Aku pom dengar dua tiga cerita dan versi yg berbeza2..

Tukar tu, "Penyeludup Sakit Jantung'.


ambo`

ain said...

dh bengap, camtu laa...benda yg lebih penting xnk amik tahu...pru 13 pnya pasal..

Anonymous said...

Juak Pas ni biasalah putar belit mmg dah jadi mcm budu mkn harian...

klau takde putar belit menggigil satu badan Pok Nik ekekekekke

Anonymous said...

erm...mcm2...tp kalo anggota upp tu org pas...dok undi pas,cmne ek??? dorg nak saman gak ke???

Anonymous said...

Betul la kata Ayahanda Tun Dr Mahathir, kerja puak2 pas nie memecah belahkan umat sahaja.

Puak pas nie terus pergi bela pihak yang dilihat melawan Pegawai Kerajaan. Siap sediakan Peguam lagi. Memang sah memecah belah umat.

Anonymous said...

abis la dari saman gomen terus masuk jel le budak tu, menyerang pagawai awam.

Anonymous said...

yo bro....ko tulis cita ni seolah2 ko ada kat tempat kejadian ja....ko malaikat ke yg blh nmpak rentetan sume tu?[Allah Maha Melihat]

sumber mn ko bt rujukan utk tulis cita ni?tivi3 suku?atau RTM?atau berita hairan?[Allah Maha Mengetahui]

kita rkyat yg xtau pape,jgn cuba dgr cita seblah pihak ja....open ur mind bro...ko yakin btol cita ko tulis ni?kalo xbetol,ko da bt fitnah bro...fitnah pd si mati,pada kluarga si mati dan pada hamba yg sdg btarung nyawa lps dtembak UPP tu...[hanya Allah yang Berhak mcabut nyawa hamba2Nya,bukan UPP]

lu pikir sikit ja pn xpa dah bro...lu sedap la main ckp ja sbb bukan ko dan kluarga ko yg rs...tulis jgn sebarangan tulis,nti kena atas batang hdung ko sdiri br ko tau langit Allah itu tggi ke rendah....Allahuakbar!!!!!

Anonymous said...

Yang nak lawan UPP tu semua ada dendam..sebab aktiviti seludup selalu kantoi..

so skrg..dengan menjatuhkan kredibiliti UPP bolehlah diorg tingkatkan lagi penyeludupan..hehe

dah lama dah tahu..hehe

UMNOcerdik said...

ini Malaysia ada undang-undang, siapa sahaja tidak berhak memukul atau menenmbak seseorang.
Jika sesiapa sahaja yang dizalimin semua mesti membantu.
UMNO tidak perlu membela biawak hidup. Sepatutnya setiap ahli UMNO bangun membela, bukan menjadi penyokong.
Jangan bertindak bodoh, orang lain yang berak kita pula lumurkan kepada UMNO. Inilah yang dinamakan menyokong membawa rebahSipatut blogger ini guna kepala otak, jgn guna kepala taik.

Anonymous said...

Kalau kena pukul mestilah sebab kematian orang tu pendarahan dalaman atau patah riuk. Dekat kedai makan tu mesti ramai saksi yang nampak siapa yang menyerang siapa. hamPAS akan nampak lebih bodoh lagi campur tangan dalam kes ini.

p/s Kesian...kasi makan anak bini beras seludup.

manusia said...

Memanglah ada kerja orang yang tinggal disempadan menyeludup apa sahaja. Beras siam dibawa masuk, minyak dan gula diseludup keluar. Kebanyakkan orang Kelantan makan beras, sayur dan buahan daripada siam. Dengan kata lainnya muka sahaja melayu tapi tubuh badan adalah terbina daripada barang siam. Kebetulan saya kenal abang Mazlan pengarah UPP kelantan. Ceritanya sama seperti bro ceritakan. Puak pas pis pus itu sahaja kerjanya memutar belik isu supaya menguntungkan mereka. Inilah akibat daripada tiada pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat.Oleh itu menyeludupan dijadikan sumber pendapatan. Kroni pas kayaraya, ada yang menjadi jutawan. Rakyat terpaksa menyeludup apa sahaja untuk menyara kehidupan.

Anonymous said...

Berita dari kosmo,

KOTA BHARU – Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

" (SAYA CUBA MEMBANTU TETAPI SALAH SEORANG ANGGOTA UPP ITU MENGARAHKAN SAYA SUPAYA PERGI).Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

--------------------------------

Sepatutnya budak nie kena la tahan juga.

Hmm..

siasat betul2..

Bukan apa, penjenayah2 orang yang melakukan kesalahan sekarang pandai bikin wayang. Lagi2 PR ada untuk mereka jadikan wayang panas.

Bahaya!

Anonymous said...

Jangan takut , yakin lah pada Allah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas dan dipehak yang benar Allah akan bersama kita kebenaran akan muncul akhirnya.Pakatan Pemgbangkang tidak akan berjaya kerana niat mereka yang jahat Allah akan menolong mereka yang benar.

Anti Virus said...

Anon February 17, 2011 10:01 PM

Kalu aku UPP pun aku kan buat gitu jgak. Kasih abis jak manusia2 bangsat mcm ni. Diorg ni mcm virus kat komputer ja, bagi clean terus lagi baik!!!

Mylasia said...

alamak aii bro daerah kampung aku lagi..

1.Sebagai penduduk kat situ apa yang boleh disimpulkan ialah "mustahil,mustahil,mustahil" anggota UPP tu nak pukul orang.
2.Selalu kalau kejar penyeledup beras pun, orang dorg akan lepaskan,beras tu yang dorg amik buat report. Amat jarang didengari UPP menangkap pesalah.Tengoklar mana2 report tangkapan sebelum ini.
3.Kes ni clear cut, kalau UPP tu pukul mesti ada kesan,so tak da apa yang puak pas tu boleh putarkan.

Anonymous said...

bagus jugak kes ke mahkamah...kita nak tengok sape betul sape salah..apa2 pun, aku respect pihak UPP menjalankan tugas mereka dgn amanah...

Mohd said...

PAS ni tak habis2 bertindak bodoh!
Apakah persepsi rakyat terhadap PAS?
Macam manalah nak menang PRU13?

Anonymous said...

wei kaki ampu umghok!
klu xtahu isu sebenar baik korg2 sume snyap!
ko xblajar agama ke??
xtau ke dosa mfitnah tu lebih berat??
bnyak sangat ke amalan korang tu?
lg satu ape yang umno bg kt ko? duit??kpentingan? huh..bcakap tu biar la berasas. jgn nk tuduh pas, dap mcm2. Ape Umno tu baik sgt ke. islam liberal. pahaman sekular. kembalilah korng sume kpd jln islam yg sbenar..

ajai62 said...

Assalam Bro

Selama ini apa pengisian ceramah Nik Aziz dan ularmak PAS. Rasanya tak ada kebaikan langsung. Yang ada tu mengambil tindakan sendiri dengan menyerang orang sesuka hati. Ini mesti kes Tok Guru kencing berdiri anak buah kencing berlari. Suruh aje staf UPP tu saman orang yang menyerang dia dan pati PAS sekali yang cuba menghasut.

Anonymous said...

DAH MEMANG DASAR PAKATAN HARAM,MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL.ORANG LAIN SEMUA SALAH,PUAK DIA SAJA YANG BETUL.

fizal said...

ramai betul pencicai umnongok yg buta hati kt sini..

Anonymous said...

sUSAH NAK DAPAT CERITA YANG SEBENARNYA.
BILA DENGAR SUSAH NAK FAHAM. YANG BERCERITA CAKAP DENGAN SLANGA KELANTAN PEKAT! SEMUA CAKAP DENGAN SLANGA KELANTAN. TAK PEHE!
JADI, CERITA PUSING PUSING!

myadlan said...

DARI DULU DENGAR ADA KISAH PENYELUUPAN BERAS DARI LUAR NEGARA. MAKNA, ADA PENIAGA UNTUNG BERNIAGA DENGAN BARANG SELUDUP.
MELANGGAR UNDANG UNDANG. INI KIRA MENIPU.

MENIPU BERDOSA. ORANG YANG BELI BERAS SELUDUP JUGA SUBAHAT. DAN MAKAN BARANG BARANG ASALNYA DATANG CARA SELUDUP. TAK DOSA KE JUGA?

NEGERI APA NIH!MAKAN BARANG SELUDUP.

Anonymous said...

aku tengok trend pembangkang skrg ni nak bela penjenayah.. sokong pesalah jalanraya, sokong penyeludup...peliwat

Anonymous said...

Bengong RBF,dia kalau seludup pun 20 kampit beras sahaja,dah dia orang susah,apa maksudnya?ekonomi kita teruk dan takda peluang pekerjaan...kamu orang luar apa tahu?memang pegawai upp dan pegawai kerajaan bengong2 semua,dia tahan bukan nak ambil tindakan tapi nak minta beras sekampit dua,semua orang tahu,celaka lah ke atas mereka semua...

Anonymous said...

Kurang sorang penyeludup yang slalu menyusahkan kerajaan....

Anonymous said...

Memang la kebanyakan penduduk sempadan Kelantan-Siam ni keja dia menyeludup samada sepenuh masa atau part time. Aku pun makan beras siam. Tetapi sebagai rakyat kelantan, aku tahu UPP ke, PGA ke kastam ke Imigresen ke tak lah terlalu strict sangat dengan penduduk tempatan sehinggakan ada penyeludup yang langsung tak pedulikan pihak berkuasa walaupun lalu depan mata. So aku tak nak komen apa-apa, kita tunggu sahaja kebenaran dan kesudahan nya cerita Insyaallah. Cooool...bro, nothing to spin and nothing to hide from Allah.

Anonymous said...

salam

apa kaitan cerita ini dengan UMNO ? kenapa UMNO di seret sekali dalam kes ini .

Anonymous said...

oit... bagi sesiapa yang hanya dengar2 khabar angin je..baik xyah komen.. klu brita itu salah..mcmana korang nk mintak maaf dengan simati? ingat2 la... bile sudah terkena pada batang hidung sendiri baru tau langit tu rendah ke tinggi.,bertaubatlah wahai saudar2 ku..sebelum korang dijemput tak kembali... wallahhuallam..

Anonymous said...

YANG BUAT SALAH DIBELA YANG MENEGAK UNDANG2 DIJADIKAN PENJENAYAH MCM CERITA ROBIN HOOD.. KALO PR MENANG PENJENAYAH SEMUA JADI HERO LA... PELIK BETUI SEKARANG NIE...

Anonymous said...

parti liPAS mmg camni..

jgn terkejut bila satu hari nanti seorang penyamun yang mati terkejut kena sergah dgn tuan rumah masa nak menyamun, x pasal2 tuan rumah yang kena dakwa..

itula kata2 arwah ayah aku, x sangka kita tengah menuju kearah itu

Tenno perang said...

alahhh...pasnih kalu ke mahkhamah pun...kalau kes x berpihak pada yang meninggal pun..puak2 hamPAS nih bukan leh terima pun....hasut pulak rakyat supaya benci mahkhamah...

Anonymous said...

Anonymous said...
salam

apa kaitan cerita ini dengan UMNO ? kenapa UMNO di seret sekali dalam kes ini .

"like"

Anonymous said...

PAS Bodoh!!!

Anonymous said...

woi PAS, butoh la korang!!

UPP xyah takut org2 camni. next time tembak je lg kalo mangkuk2 ni mngacau..

FUCK you PAS!

Anonymous said...

Kalu nak dikirakan dosa puak-puak UMNGOK lagi banyak, terutmanya para pengampu. kalu bulehlah puak-puak pencacai UMNGOK ni, tra-tralah bui tau ke boh demo tu bia bui pitih royalti minyok ke negeri kelate ni...sapa bila nak mentekedarah pitih haram tu. Napok sangat puok-puok ni "jagi gilo" bila menulih. Demo pong dua kali limo jugaklah dengan boh demo tu wayyyy....tu tak kiro lagi dengan dosa-dosa lain...hok demo dok sokong sapa buih mulot pemimpin demo tu buleh dikatokan ada skandal belako...kaki punggong, kaki lipat, kaki kona, kaki rasuah, dan mace-mace kaki lagi... demonyo kaki gapo???... kahkahkah...eh nyo dok sedak kato kokghang teh...

Anonymous said...

Patut le UMNGOK kalah dan terus kalah kat Kelantan. Puak-puak dia ni tahap pemikirannya masih ditahap sekolah TADIKA. Tak ada pandangan ke hadapan, tak melihat dengan mata hati, tak fikir dengan ketajaman fikiran dan tak reti-reti sampai kehari ni.Kalu nak mengata kepada PAS dan Tok Guru pun biarlah beradab. Tok Guru tu sapo dan mung tu sapo... Kalu basuh kecing pun tak suci lagi, tak sah dok nak caci keji Tok Gurulah...aku takut-takut nanti mulut mung tu pulak buih tak tetu pasal pulak keee...kahkahkah...

Anonymous said...

PAS bodoh ke?.. maknanya 70% rakyat negeri kelantan yg mengundi PAS pun bodoh! :p

p/s : kenapa ramai blogger mcm
tak terurus? gigi
kuning rambut pjg pakai
selekeh?

Anonymous said...

Boleh tak ... jangan cuba babitkan hal "Kes Tembak Di Kelantan " ini dengan POLITIK.... kalau diPOLITIKkan kecoh jadinya... Susah Pihak PDRM jalankan siasatan....

Pak Pandir said...

Sebelum nak terima bulat-bulat berita yang tak tau sumber dari mana ada beberapa soalan yang timbul:

1. Anggota UPP kejar siapa?

2. Sebab apa anggota UPP kejar orang itu? Apa pekerjaan orang itu?

3. UPP tendang siapa?

4. Siapa saksi kejadian?

5. Ada tak laporan polis terhadap UPP tendang orang?

6. Kenapa anggota UPP diserang di Hospital Tumpat?

7. Siapa serang anggota UPP?

8. Kenapa penyerang tak berhenti menyerang bila diberi amaran oleh UPP?

9. Apa keputusan post-mortem kematian orang yang dikejar UPP?

10. Kenapa penyerang merampas pistol dari anggota UPP?

Sila jawab dulu soalan ini sebelum cakap macam-macam. Kalau betul UPP tendang orang pergi buat repot polis lepas tu ambik lawyer saman.
Jangan pergi serang UPP bawak kayu macam gangster. Siapa tendang siapa ni? Pakai akal la kalau nak bercakap!

Anonymous said...

[Saya ore Kelate. Dalam setahun hampir lebih 15 kali ke Pengkalan Kubur, bahkan ke Tak Bai juga.Saya tak pernah sekali pun dikejar UPP.UPP hanya mengejar orang yang buat kerja haram saja (Penyeludup).Saya percaya budak tu adalah tonto kpd penyeludup. Kalu tidak kenapa dia ikut kereta Said?Tak salah kalu dia tu di katakan geng penyeludup! Kecik2 dan buat kerja haram, kalu tua entah dadah diseludupnya! Nampak gaya Husam Musa kata kerja tradisi. Eh, banyak lagi kerja lain yang halal Oii...Getah le ni RM8.00 lebih sekilo. Ore kampung saya dapat tak kurang RM200.00 sehari. Itupun potong getah ore (pawah). Pokaok pangkalnya mahu cari kerja halal. Jadi ikut Penghasut, kononnya ikut Rakyat Mesir dan Tunisia. Kita rakyat Malaysia hidup mewah dengan harga getah dan kelapa sawit yang baik.Kalu tidak tak kan banyak PATI! Cintai lah KEAMANAN, KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN. Jadi dengar hasutan ore yang gila kuasa politik]