Monday, February 28, 2011

Nizam Isa: RBF Jawab Tulisan Blogger ABITW

Saya ingin menjelaskan tentang apa yang ditulis oleh blogger ABITW minggu lepas.

Dalam tulisannya itu beliau telah mengatakan setiausaha akhbar kepada MB Perak, En.Nizam Isa seorang yang sombong dan gagal menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

Petikan dari ABITW,
Zambery does not have an effective communication machinery to deflect any bad news against him.

With a press secretary whose arrogance and scheming had isolated Zambery from the local press corp and pro-UMNO bloggers that helped defend him against opposition onslaught, and raised eye brow within the UMNO and public, Zambery could be facing it alone when the chips are down this time around.
Saya menghormati blogger ABITW sebagai pemain lama dalam dunia cyber serta juga menghormati ketajaman-ketajaman tulisan beliau. Tetapi dalam hal ini saya merasakan ABITW telah tersilap terima maklumat atau mungkin juga beliau tertukar orang.

Setahu dan seingat saya saudara Nizam Isa bukan seorang yang sombong. Boleh dikatakan diantara setiausaha-setiausaha akhbar yang ada dalam negara kita saudara Nizam adalah antara setiausaha akhbar yang mudah untuk pihak media bekerja. Sentiasa memberi kerjasama yang baik dari segenap sudut. Dari sudut mana blogger ABITW boleh kata dia seorang yang sombong dan berlagak saya pun tak tahu.

Mungkin dalam hal ini saya merasakan ada bilangan kecil orang-orang tertentu yang sering berurusan dengan saudara Nizam dan beliau gagal memenuhi kehendak mereka, maka mereka pun jaja cerita buruk dan cerita inilah yang sampai kepada ABITW.

Pada pandangan saya, dikalangan pegawai-pegawai MB Perak saudara Nizam adalah antara pegawai terbaik yang Dr Zambry ada.

Saya tahu sikap dan perangainya kerana saya mengenali beliau sejak beliau bertugas di The Star, kemudiannya ke DPMM , berniaga sendiri dan kemudiannya dengan Datuk Azalina Othman sebelum bekerja dengan MB Perak. Beliau bukanlah orang seperti yang dinyatakan oleh blogger ABITW.

Sekarang beliau bertugas di Perak, setiap kali beliau balik ke PJ beliau tidak akan lupa memanggil kawan-kawan untuk duduk minum-minum sambil makan itik panggang di Kelana Jaya.

Apa yang saya boleh katakan Nizam yang saya kenal dulu itulah Nizam yang ada pada hari ini. Tiada perubahan dari segi sikap. Kalau ada perubahan pun dari segi rambut sahaja. Jika dulu rambutnya jarang-jarang, sekarang pula sudah kadang-kadang.

12 comments:

Anonymous said...

BETUL TU IPOH MALI TATAK SOMBONG....

Anonymous said...

sebaiknya menilai secara keseluruhan dan bukan khabar dari persepsi seseoang

yg kadang-kadang..
tu rambutnya aje kah, harap orangnya tidak

Anonymous said...

Hairan juga kenapa tiba2 nizam buat statement ni lu bayar sama rbf ke? Whatever sometimes when people do a mistake they ignore and pretend to be a good person. What about other officer? Unfair kalau u puji jilat nizam sahaja. Terasa si dato azhar, mail pian dan tak lupa cikgu roshidi.

Anonymous said...

sorry bro rbf...lari tajuk cket...kat mana makan itik panggang kat Kelana Jaya tu??? boleh bagitau kat mane tempatnya secara spesifik...hehehe...nk jg merasa itik panggang's..email kt ancieh@yahoo.com TQ rbf..teruskan menulis...

DNA said...

betul..personally aku pernah berurusan dgn dia, baik dan lawak mamat tu..tak menyombong walaupun aku hanya org awam yg tiada kuasa..

http://anak-perak-online.net/ said...

KOngsi berita politik bersama kami di http://anak-perak-online.net/forum-politik


TQ...visit us on http://anak-perak-online.net/

ruang bicara faisal said...

kpd anon 3.53

itik panggang di food court dpn bgn mas sebelah bangunan cgc

blogenstarz said...

Buang yang keroh,Ambil yang jernih.
Perjalanan masih jauh......

Anonymous said...

Nizam Kicap ni seorang manusia hipokrit

Anonymous said...

nizam kicap nih? kah kah kah..macaman zambry boleh ambik dia wa tatau la....

Anonymous said...

Allahu akbar...

Hebat sungguh Nizam Isa nih .. komer tak kenal dia... Nizam Isa nih manusia paling opportunis, pelakon taraf pemenang oskar.. baik di depan, jaga2 di belakang.. kaki tonggang arak - dah taubat kot lepas pi haji.. penyamun no 1.

bukan fitnah, sebab saya juga pernah bersahabat dengan dia.. terima kasih.

Anonymous said...

lebih baik dapatkan pandangan dari orang berkecuali yg tiada kepentingan. Baru tahu kisah sebenar.