Sunday, February 27, 2011

Pas Tidaklah Sesuci Yang Digambarkan

Kepada para pengundi Dun Melimau dan Kerdau, jangan sesekali termakan kata-kata Pas kononnya mereka pengamal dan pejuang Islam tulen serta tidak melakukan sebarang dosa, baik dosa kecil atau dosa besar.

Jangan pula apabila melihat serban atau kopiah atas kepala kemudian mulut pula disulami ayat-ayat Quran serta hadis maka anda pun terus cair. Itu semua adalah lakonan semata-mata. Semasa prk Tenang saya pernah menulis di blog ini bahawa taraf Pas sama seperti taraf ibu dan bapa ayam. Klik di sini.

Tulisan terbaru kickdefella benar-benar mengejutkan kita. Beliau menyatakan yang beliau telah diminta oleh Husam untuk mengambil sebahagian wang RM 1 juta dari seorang peguam.

Petikan dari blog kickdefella
Saya tidak lupa bagaimana pada pagi 18hb September 2008, isteri saya dengan seorang bekas ADUN PAS telah menemui seorang peguam di Kota Bharu dan mengambil wang tunai sejumlah RM160,000 yang dikatakan olehnya kepada saya sebagai 'sebahagian dari milik Husam'.

Wang itu adalah sebahagian daripada wang satu juta ringgit yang Husam minta saya pergi ambil dari seorang peguam.
Duit apakah itu ?

Dari mana datang duit itu ?

Moga-moga Ketua Penerangan Pas yang paling bebal dalam sejarah Pas iaitu Idris Ahmad boleh menjelaskan soalan diatas.

Ingatlah wahai pengundi-pengundi Merlimau dan Kerdau, Pas tidak sesuci yang mereka gambarkan.

8 comments:

Anonymous said...

Memang sebenarnya mereka tu tak suci pun. Kes duit tabung anak yatim memali, kes kroni projek kat kedah dan mcm-2 lagi ada yang belum selesai. Tapi masaalahnya orang-2 tua kat kampung masih lagi dok ingat islam tu PAS dan PAS tu islam. Inilah penangan ajaran guru-2 agama kat surau-2 dan pondok, mereka telah menyuburkan kalimat tadi dijiwa org tua-tua. Sampai apa kebenaran yang diceritakan, mereka tak kan percaya. Dahsyat sungguh penggunaan agama untuk politik yang disemai oleh tok guru PAS. Tapi mereka kena ingat, keburukan tidak boleh dilindungkan hanya dengan kata-kata. Kecelaruan dan pembohongan mereka akan kelak memakan diri.

Anonymous said...

Nik aziz ni di nasihat kan jd kafir secepat mungkin..elok DAP angkat dia jadi paderi atau sami buddha atau hindraf angkat dia jd sami hindu..sami hindu sami budhha paderi jauh lebih mulia dan baik dpd nik aziz kerana tidak pernah mengutuk atau mencelaka kan bangsa atau ugama sendiri

tokgaru said...

Hi Geng

awak semua jangan risau. PRK Kerdau dan Merlimau ... sure dalam tangan kita lah.

sekarang dah ramai orang melayu yang sedar siapa Pas sebenarnya. melayu moden dah tak berapa nak caya dengan Pas ni. yang duk caya habis dengan Pas ni cuma mereka2 yang sekolah pondok jer.

kau orang boleh buat bandingan lah tahap berfikir orang sekolah pondok dengan orang yang sekolah biasa.

contoh paling dekat tahaf berfikir bekas pelajar sekolah pondok adalah MB Kelantan tu sendiri. ada kah makna perkataan " jakun " pun dia tak tahu.

sungguh memalukan. kau orang Pas tak rasa malu kah ?

Anonymous said...

Belajar-belajarlah dari sejarah bagaimana bukan islam memperkudakan orang melayu dengan beberapa patah perkataan arab maka cairlah orang-orang melayu.
begitu juga dipenang khalifah umar abd aziz kalau bercakap pun bukan main dengan beberapa patah perkataan arab yang melemahkan semangat puak-puak cakap pun stail aljuburi maka cair habislah pendengar2nya....

Anonymous said...

Bagaimana pula kutipan tabung wang jahad (kononnya jihad) pada SETIAP kali ceramah mereka? kesian orang orang kampung..

Anonymous said...

Setiap kali ada ceramah, bahlul-bahlul PAS akan derma duit masuk karung. Konon dapat pahala. dapat masuk syurga first class. Habis ceramah promoter ceramah dan penceramah akan agih-agihkan duit derma tadi antara mereka. Sebab tu lebai-lebai PAS suka bagi ceramah. Korang ingat mereka datang bagi ceramah free ke?

Anonymous said...

Orang kampung memang kena tipu oleh Lebai-Lebai PAS. Orang kampung dahlah miskin, bagi duit lagi kat Lebai-Lebai PAS. Lepas bagi ceramah bila balik mesti kena huloq duit juga kat dia. Sebab tu dia rajin bagi ceramah.

Anonymous said...

cakap tak pakai otak....sesuka hati hina2 ulamak...esok mati tak terjawab kt akhirat..smua perberita nie smua hanya palsu nie ada la finah..berfikir la dulu sbelum wat ape2...ingat Allah selalu jangan main mengata je...sape yg kata tak serupa bikin ada akal fikir sendiri jangan duduk di katak bawah tempurung...insaf2 leeeeeeeee...aslam....yg ikhlas menperbtol ape yg bnar...