Thursday, February 17, 2011

Projek Kerajaan Pusat, Orang PKR Yang Sapu ?


Setiap kali musim hujan di bulan Disember hingga Januari setiap tahun pekan Rantau Panjang di Kelantan pasti akan ditenggelami air. Pekan tersebut berada berhampiran dengan sungai golok.

Sungai tersebut tidaklah besar sangat. Kalau naik sampan tak sampai 10 kali kayuh pun rakyat Malaysia sudah boleh sampai ke luar negara. Sini


Apabila musim hujan sungai tersebut akan penuh dan airnya akan melimpah ke pekan Rantau Panjang.

Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui oleh BN maka mereka telah memasukkan dalam RMK 11 untuk projek tebatan banjir sungai tersebut. Sini

Walaupun Kelantan diperintah oleh Pas tetapi Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan negeri berkenaan demi kerana rakyat. Walaupun pelbagai projek dicurahkan kepada Kelantan, MBnya yang terkenal dengan sikap munafik masih lagi berkata Kerajaan Pusat tolak pelbagai projek pembangunan di Kelantan. Sini

Tujuan saya menulis ini sebenarnya pasal perkara lain. Apa yang tercatat di atas itu hanya pembuka bicara sahaja.

Semalam ada berita yang tersebar melalui panggilan telefon, sms dan fb mengatakan tender untuk projek tebatan banjir sungai golok telah pun dibuka.

Mengikut berita yang saya dan beberapa rakan lain dapat mengatakan salah satu kontraktor yang bakal terpilih untuk menjalankan projek tersebut difahamkan adalah sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Saifuddin Nasution,ahli parlimen PKR Machang.

Sejauh mana kesahihan berita tersebut tidak dapat dipastikan. Saya juga difahamkan perkara ini telah kecoh di fb Nadi Rakyat malam tadi sehingga mengundang komen seorang menteri.

Harap kementerian yang berkaitan dapat menyemak betul-betul siapa di belakang tabir syarikat yang berjaya memenangi tender untuk projek tersebut. Jangan sampai projek terelepas kepada orang-orang yang menjadi musuh kerajaan.

Bab menyamar puak-puak sebelah sana memang cekap. Siang malam pagi petang mereka kutuk dan maki kerajaan, alih-alih bila ada tender dibuka mereka yang nombor wahid datang beli borang dan bida. Tanpa kita sedari, tiba-tiba mereka yang dapat. Buta-buta sahaja kita kena tipu.

1 comment:

zahari1950 said...

Yang lebih teruknya dalam Penal Pemilihan tender ramai juak-juak pembangkang ni. Mereka nilah yang pecah lubang siapa/berapa sebut harga yang telah dikemukakan. Kemudian mereka (puak-puak pembangkang ni) akan membuat sebut harga yang lebih rendah. Lebih kurang S Shamsuddin beli hamba dalam cerita Ali Baba Bujang lapuk. Cuma dengan cara terbalik.