Saturday, February 26, 2011

Dari Merlimau

Sekitar kem BN di Pusat Penamaan Calon PRK Merlimau.

Maaf kerana gambar tidak sempat disusun atur elok-elok. Maklumlah buat kerja di tepi jalan.

Untuk berita sila ke Agenda Daily




YB baru dari Johor turut turun padang bersama orang kuat semasa prk Tenang, Cikgu Rosdin





Sejak 2008 dah berbelas kali SPR kendalikan prk, setiap kali calon, pemimpin dan penyokong nak masuk ke tempat penamaan masih lagi timbul 1001 masalah berpunca dari laluan yang sempit. Nampaknya pengalaman yang lepas-lepas gagal diambil diiktibar oleh SPR.
Gambar atas dan bawah, antara pemimpin-pemimpin wanita BN yang dihalang untuk masuk ke pusat penamaan calon kerana tiada pas SPR.

Penyokong-penyokong parti yang melacurkan agama



Kepada anggota polis yang tegur dan minta saya keluar tadi, saya hanya ingin merakam gambar anggota polis yang berdiri tegak di tengah-tengah panas untuk disiarkan di sini sebagai sumbangan kecil dari saya untuk menghargai tugas polis. Bukannya salah nak salah guna untuk tujuan bukan-bukan.
Penyokong-penyokong BN dari Selangor
Wanita Umno

5 comments:

Azman Md Safiee said...

Jom ke PRK Merlimau: kami ada 2 Rumah Penginapan di Jasin utk disewa. 0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

blogenstarz said...

RBF.
Menarik sekali...

Anonymous said...

Terima kasih tuan atas laporan dan gambar di Merlimau.

Selamat berjuang di Merlimau. Didoakan moga tuan dan rakan-rakan seperjuangan diberikan kekuatan dan perlindungan oleh Allah swt dalam mengharungi pertarungan ini hingga akhirnya dianugerahkan Kejayaan untuk agama, bangsa dan negara. Aimnnn..

Anonymous said...

apa pun aku cukup kagum dan respect kat wanita umno termasuk puteri.
mereka inilah pejuang dan tunggak kekuatan umno sejak sekian lama...
semangat mereka cukup tinggi.....

nak harap pemuda umno..sendiri mau ingat la...
kepada makcik,kakak,dan adik2 selamat berjuang...
demi ugama,bangsa dan negara..

paklongchin...

Reformasi98 said...

Member aku kata ko tipu gambar ni, penyokong PAS sebenarnya lebih ramai, lebih 50 ribu. Aku kata HHmmmmmmmmmmmmmmm......... ia ke?