Friday, February 18, 2011

Siapakah Menteri Yang Bertengkar Dengan Anwar Di Telefon ?

Masih ingatkah anda kepada peristiwa 16 September 2008 ?

Satu dunia kecoh kononnya Anwar akan ditabalkan sebagai PM pada tarikh itu.

Dalam usaha mencapai misinya itu, Anwar telah menghubungi seramai mungkin ahli parlimen BN untuk melompat parti.

Salah seorang ahli parlimen BN yang dihubunginya ialah Datuk X yang juga menteri X.

Dalam perbualan telefon itu mereka telah bergaduh sakan hingga membuatkan Anwar naik angin.

Siapakah menteri X tersebut ?

Nantikan jawapannya dalam ceramah Umi Hafilda dan Rahimi Osman seperti di bawah

Tarikh : 20 Febuary 2011 (ahad)

Masa : 9 malam

Tempat : Arena Square, Batu Gajah Perak.

3 comments:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Anonymous said...

RBF

Tolong la ceramah2 nie di masukkan dalam Youtube ke atau online ke... Semua orang boleh tengok. Ini ceramah2 fitnah & maki hamun puak2 pas jer yang penuh dalam youtube..

Cari ceramah2 SSDE pun kurang.. camne nak sampai-sampaikan kepada RAKYAT... Rakyat nak tahu gak..

Anonymous said...

kwn sokong tu, tenagakerja yg celik it tu download ke youtube utk kami semua, kami kena kerja cari makan nak p ceramah punyalah jauh, kami bukan mcm puak-puak tu, ada sedekah bila dtg