Wednesday, March 23, 2011

Jam Omega Anwar Sekarang Di Tangan Datuk Shazryl Eskay

Sebagaimana yang saya kata sebelum ini video seks Anwar Ibrahim muncul dari hasil kerja orang-orang dalam PKR sendiri.

Hari ini semuanya telah menjadi kenyataan apabila Dato Shazryl Eskay iaitu rakan karib Anwar muncul dan mengaku dia yang merancang semua itu.

Rahim Thamby Chik hanya mengatur tempat untuk tayangan kepada pihak media.

Orang yang sediakan tempat Anwar mengeram adalah Shazryl.

Orang yang sediakan perempuan dalam bilik sebelum Anwar masuk juga Shazryl.

Orang yang termasuk dalam rakaman tetapi cuba mengelakkan wajahnya dirakam kamera perangkap tersebut juga adalah Shazryl.

Orang yang diminta mencari jam tangan jenama omega milik Anwar di dalam bilik persundalan juga Shazryl.

Tetapi apabila kes ini muncul dua hari lepas, juak-juak Pas dan PKR pakat tuding jari kepada Umno dan BN. Yang menyediakan hidangan Shazryl, kawan Anwar. Yang sedap Anwar. Mala petaka Umno dan BN yang terima.

Hebat sangatkah orang Umno dan BN sehingga boleh tahu bila Anwar nak pergi mengeram dan bilik mana yang nak dipakainya untuk mengeram sehingga mereka boleh pergi awal-awal untuk pasang kamera ?

Siapa yang Anwar arahkan untuk mencari jam tangannya yang tertinggal dalam bilik persundalan tersebut ? Orang Umno dan BN kah ?

Semasa sidang media petang tadi, rakan karib Anwar yang diminta mencari jam tangan Anwar yang tertinggal dalam bilik tersebut, Datuk Shazryl telah memberitahu bahawa jam tangan Anwar yang berjenama Omega kini berada dalam simpanannya. Menurutnya, beliau akan menyerahkan jam tangan tersebut kepada pihak polis. DNA lagilah nampaknya...

Khalid Ibrahim dan Raja Petra pasti tersenyum riang melihat apa yang terjadi keatas Anwar sekarang. Hasrat mereka dan beberapa kerat lagi orang-orang PKR yang nak menyingkirkan Anwar dari PKR semakin menampakkan jalan yang cerah.

Sebab itu dalam hal ini Khalid Ibrahim tak campur sangat. Dia beri komen pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Difahamkan dia adalah antara orang yang terlibat bersama dengan Raja Petra dan Datuk Shazryl untuk menjayakan perkara tersebut.

6 comments:

BeritaKini said...

saya baru beli Jam Omega lebih kurang 3 minggu lepas. tak sangka pulak Jam ni popular. huhu

krakatau said...

Saya pulak dihadiahkan jam rolex tiruan beberapa tahun lepas. Kalau saya tahu jam Omega akan popular, saya minta rolex tu ditukar dengan jam Omega .huhu..

Anonymous said...

tak pasal2 jenama omega dpt promosi free...high profile pulak tu..hehe

Anonymous said...

Begitulah kebesaran Allah Yg Maha Kuasa. Bala datang bertimpa2 selagi tdak bertaubat. Jalan ceritanya tersusun rapi. Rakan karib yg bersekongkol tiba2 berubah fikiran. Tak terfikir oleh akal melainkan keranaNYA.

Mctheory said...

Jam Omega beribu-ribu harganya, Hanya orang terlalu banyak duit je, yang sanggup beli jam ini. BeritaKini, banyaknya duit ko?

Anonymous said...

Kalau lelaki kat dalam video tu memang Anwar, nak kata konspirasi pun dah tak guna. Sapa suruh buat kerja bodoh tu kat Malaysia. Kan Anwar ramai musuh kat Malaysia mesti musuh Anwar cari peluang nak kenakan dia. Jadi Anwarlah yang bodoh sebab masuk perangkap. Dia masuk perangkap sebab tabiat dia memang buruk

Kalau dia alim duduk kat mesjid, tak siapa boleh perangkap

So, kalau nak kata konspirasi pun tak pe...