Monday, March 28, 2011

Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pemuda Pas ?


Sogokan ?
Apa yang di dalam beg itu ?

Wang atau emas ?

Kata orang sekeping gambar boleh membawa beribu makna. Kalau dua keping gambar agak-agaknya boleh bawa berapa juta punya makna ?

Bagi saya pula dua keping gambar di atas telah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.

Sebelum ini saya pernah terdengar bahawa Pengarah SPRM Perak, Puan Hajjah Noraziah adalah orang Pas.

Benarkah ? betulkah ? itulah yang bermain dalam fikiran saya selama ini. Saya cuba juga risik-risik dan bertanya khabar sana sini. Ada yang jawab "tak tahu" dan ada yang kata "saya pun dengar begitu juga".

Tetapi, selepas melihat blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, maka saya rasa jawapannya sudah ditemui.

Gambar diatas menunjukkan Pemuda Pas Perak mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Hajjah Noraziah selepas beliau ditugaskan di Perak. Mengikut laporan blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak kunjungan tersebut dilakukan pada 23.Mac.2010 jam 3.30 petang.

Petikan dari blog DPP Perak
Pada 23 Mac 2010 yang lepas, Dewan Pemuda Pas Perak yang diketuai oleh Saudara Salman Saleh dan exco dewan harian yang lain telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi Negeri Perak yang baru iaitu Hajah Nooraziah Bt Abd Manaf.

Kunjungan yang bermula jam 3.30 petang itu telah disambut mesra oleh Hajah Nooraziah dan para kakitangan Pejabat SPRM Perak.
Gambar kedua pula menunjukkan beliau menerima hadiah yang disampaikan oleh Pemuda Pas. Tidakkah itu boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap beliau ?

Apakah yang di dalam beg hijau tersebut ?

Mungkin wang atau pun mungkin emas yang dihadiahkan oleh Pemuda Pas Perak sebagai sogokan untuk SPRM Perak tidak menyiasat aduan-aduan tentang salah laku pemimpin Pas, PKR dan DAP sepanjang mereka memerintah Perak. Mungkin, saya kata mungkin. Bila saya guna perkataan mungkin maknanya mungkin benar atau mungkin tidak. Sebab itu saya kata pemberian hadiah itu boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap SPRM.

Rakan-rakan sekalian, saya nak ajak anda semua berfikir secara logik.

Mengapa dalam banyak-banyak agensi atau jabatan yang ada di Perak, Pemuda Pas memilih untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah SPRM Perak ?

Kenapa mereka tidak adakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perak ? sedangkan Ketua Polis Perak pun orang baru di Perak.

Selama ini Pas menjadikan SPRM musuh mereka yang nombor wahid. Bermacam-macam tuduhan dan kejian yang mereka lemparkan terhadap SPRM termasuklah tuduhan yang paling jahat iaitu membunuh Teoh Beng Hock.

Dalam kes di Perak, tiba-tiba sahaja SPRM menjadi suci, putih dan bersih di mata Pas sehingga Pemuda Pas sanggup menghambakan diri mereka pergi mengadap bos sebuah suruhanjaya yang mereka kutuk, caci dan hina selama ini.

Apa maknanya semua itu ?

Sudah tentulah ada udang di sebalik batu.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah apa yang dikatakan orang selama ini. Kalau bukan Pengarah SPRM Perak orang mereka, jangan haraplah Pemuda Pas Perak hendak mengadap beliau. Mati hidup semula pun mereka tak akan pergi mengadap.

Saya difahamkan MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku ketua kerajaan di negeri Perak pun sehingga ke hari ini belum dapat bertemu dengan Pengarah SPRM Perak kerana beliau sering mengelak untuk berjumpa MB. Tetapi pemuda Pas senang-senang sahaja dapat bertemu dengan beliau.

Fauzi Muda pernah membuat laporan kepada SPRM Perak berhubung lapan orang pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat Perak yang menjadi jutawan segera semasa 11 bulan mereka memerintah Perak. Klik di sini

Dibawah pentadbiran Puan Hajjah Noraziah sekarang adakah kita boleh percaya kes itu akan disiasat ? Saya rasa tidak mungkin. Kalau disiasat sekali pun hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Tidak ada pilihan lain, ibu pejabat SPRM hendaklah menukarkan Pengarah SPRM Perak kerana beliau telah menimbulkan keraguan orang ramai terhadap SPRM.


***Dibawah ini saya print screen apa yang dilaporkan oleh blog DPP Perak sebagai bukti sekiranya mereka menarik balik artikel yang disiarkan. Kepada mana-mana rakan-rakan pembaca yang boleh cetak, harap dapat cetak cepat-cepat sebelum mereka tarik balik artikel itu dari blog mereka. Saya tak boleh nak cetak kerana berada di luar sekarang. Tolong cetak dan simpan. Benda itu mungkin diperlukan satu hari nanti sebagai senjata kita. Tolonggggggg....








20 comments:

marilyn said...

Tahniah RBF sbb tegur SPRM Perak. Di harap tindakan dapat diambil oleh pihak yg terlibat utk menjaga kredibiliti pihak SPRM sendiri.
Aku nak sgt pembangkang ni berambos dari negeri aku.
Teruskan lagi RBF.

Anonymous said...

kat ofis aku nih dr 50 org staff 5 org jer yg BN..yang lain semua PR..sedangkan keje dgn gomen!
bab ngutuk hentam memang dpt kat depa...amalan demokrasi..undi hak masing2 kata depa ..tp yg tak tahan...siap print artikel pasal isu ancak..n then letak kat papan kenyataan unit masing2..peh tu siap print minit mesyuarat...semua guna perkakas kerajaan..yang tuh depa tak tau malu..tak tau halal haram!!

Anonymous said...

Kena siasat SPRM PErak ini. Apa yang diterima?

ALahaI sI LunCAi said...

KENA SIASAT KSU NEGARA. KENA SIASAT JPA. BANYAK SUNGUTAN RAKYAT BAHAWA PEGAWAI DI KEMENTERIAN DAN JABATAN TIDAK MESRA RAKYAT. INI JUGA SABOTAJ KEPADA KERAJAAN SEDIA ADA.

YANG BACULNYA UMNO/BN. AKU NAK JUGAK TANYA, KAKITANGAN YANG MATI MATI SOKONG UMNO /BN APA KELEBIHANNYA?

Anonymous said...

Ni menunjukan orang umno paling bodoh di malaysia. Nak lantik tak pikir hujung pangkal. dan tak nak berdamping dengan pihak bawahan yang ikhlas dalam perjuangan parti

ikhlas
pengundi bn tegar

Anonymous said...

Kalau RBF tegur SPRM Perak , mohon juga RBF tengok-tengokkan SPRM di Kelantan ni. Pelik gak cam ne anak menantu Nik Aziz tak didakwa dalam penyelewengan Bazar Tok Guru... Dah ramai dah kakitangan gomen kat kelantan ni yang tiap bulan menandah tangan amik gaji dengan kerajaan tapi bila sampai pilihanraya sokong Pembangkang... Dasar tak kenang budi... pegawai PTD lagi la ramai pengikut setia pembangkang... oooo JPA dan SPA buka la mata sikit...orang yang sokong kerajaan langsung ditindas dalam perkhidmatan awam...UMNO perlu peka dalam hal ni, kami pendokong UMNO pun masih betaraf kontrak dalam perkhidmatan awam... langsung tak membantu la UMNo ni...

Anonymous said...

kalo pas bagi cenderahati, itu adalah rasuah yee..kalo umno bangsat bagi, korg tak kata apa plak ke..?? bodoh punya barua mangkuk hayun..otak kat kepala lutut ke..??

Anonymous said...

Ds Najib selaku PM dan menteri yg bertanggungjawab masih dok tidor bdengkur dalam kekenyangan ke? Apakah Ds najib masih dok syiok di buai mimpi yg KPI beliau sudah naik ke tahap tinggi. Apakah Ds najib tidak terfikir yg PRU13 juga bole menjadikan sejarah pahit sebagai PM UMNO yg terakhir? Harap DS Najib bangunlah, buka mata, buka telinga , jalankan tanggungjawab, amanah dan dgn tegas dan berani menjalankan tugas, tidak kira bulu atau sepupu sepepet. Janganlah menjadi nasib seperti tun Zzzzzzzz.

Anonymous said...

parpu bodoh piang......spesis bangkai

Anonymous said...

amno akan hancur DARI dalam kerana kebodohan sendiri..teringat bagaimana PAS membuang pekerja2 kontrak mula2 memenangi pilihanraya dulu...tidurlah wahai pemimpin amno selena2nya..

Anonymous said...

apalah sangat dengan beg hijau yang kecil tu...paling tinggi pun Al Quran untuk pengarah SPRM tu buat amal ibadat masa dok saje kat pejabat. pahala sama sama dapat...pengarah SPRM tu pun dapat org yang mendermakan pun dapat.duit mungkin tidak,tapi kalau kitab Allah harus sebab org Pas nakkan setiap seorang pengarah SPRM yang berjiwa Islam...tanak makan rasuah samada lahiriah ataupun batiniah..harap2 pengarah sprm tu berkhidmat dengan jujur..jangan yang bilis ni cm nak gila dikejar oleh pihaknya..yang jerung tak berani..

Anonymous said...

Sokong Gerombolan Pembangkang itu namanya demokrasi.
Sokong Kerajaan Pilihan Rakyat, itu namanya konspirasi.

Faith Ajar said...

SPRM skrg mmg takdak telur...kena pantau gak pegawai2 depa nih..

Anonymous said...

Tu lah masalah yang membelenggu umat islam amnya, tak terkecuali lah kat Malaysia ni... Maklumlah dah akhir zaman...

Anonymous said...

camana dikatakan sebuah badan bebas boleh menerima kunjungan dari satu badan politik yang berkepentingan?

ini sudah melangkaui moral badan bebas....

elok diambil tindakan segera...

Anonymous said...

DULU masa BN tadbir Selangor, kakitangan yg menyokong PR siap tampal sticker PAS le, sticker Anwar mata lebam le.. kat kereta masing2. Tapi memang takde sape yang pertikai. KENAPA? Sebab BN adalah Kerajaan yang profesyenal dan menganggap hak tampal sticker, hak mengundi, adalah hak individu. Tapi sekarang bila Selangor ditadbir PR, kedai2 nak tampal sticker 1Malaysia pun kena sergah, kakitangan yang tampal sticker 1Malaysia atau sticker promo program Kerajaan Persekutuan pun kena jeling bila datang program YB2 PR. Kerajaan PR memang tak profesyenal langsung. Bawak buadayu kenegerian. Bawak budaya pilih bulu.

parpubabi said...

apa punya bengong le penulis upahan umno ni.. tak kan nak suruh pengarah tu halau PAS keluar kalau depa mai..kang jadi isu pulak..tp bila sambut 'mesra' kata pengarah pembangkang pulak..
habis tu kalau sultan sambut mesra rombongan PAS..hang tak pulak habaq sultan tu sponsor PAS..bodoh..kecik2 x nak mampos..

Anonymous said...

artikel paling bodoh pernah aku baca... kesimpulan, UMno/BN boleh, PR tak boleh..... pegi mampus lah!

Anonymous said...

oiii babi umno, korang ni apa le punya bodoh, korang ingat Pn Hjjah tu macam ketua bahagian korang .. babi...

Yop Song Choon said...

Oit monyet UmNgOk!
http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1468&Itemid=92
Kalau berani komen la gambor kat sini macam kome komen pengarah sprm perak!

Dasar monyet xde akai!