Wednesday, March 23, 2011

Video Seks 1Malaysia

Sewaktu saya berada di sekolah menengah pada tahun 1988 saya masih ingat lagi kisah video seks melibatkan seorang pemimpin india dari MIC yang bernama D.P Vijandran. Beliau ketika itu adalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Dua puluh tahun selepas itu dan pada waktu itu saya sudah ada anak tiga orang muncul pula video seks melibatkan seorang pemimpin cina dari MCA yang bernama Chua Soi Lek. Beliau ketika itu adalah Menteri Kesihatan.

Hari ini pula, ketika saya telah pun mempunyai dua orang isteri muncul pula video seks melibatkan seorang pemimpin melayu dari PKR yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau ketika ini adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Genaplah sudah 1Malaysia punya video seks. Bermula dengan india, kemudian cina dan kini melayu pula. Datuk Najib pasti tersenyum riang melihat perkara ini. Semakin hari 1Malaysia semakin mendapat sambutan.

Imbas kembali apa yang terjadi pada tahun 1988 ke atas D.P Vijandran.

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi. Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut.

D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan.

Sekarang mari kita sama-sama lihat pula samada esok akan ada atau tidak ahli-ahli parlimen BN yang berani bangkitkan di Dewan Rakyat agar Anwar Ibrahim meletak jawatan atau mengusulkan di Dewan Rakyat agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk bagi menyiasat video seks Anwar Ibrahim.

Jika pada tahun 1998 seorang yang berbangsa sikh boleh mendesak seseorang yang beragama hindu meletak jawatan kerana aksi lucah dalam video.

Sekarang kita nak tengok pula ada atau tidak ahli-ahli parlimen yang berbangsa melayu berani mendesak seorang pemimpin anugerah tuhan yang alim dan waruk meletak jawatan kerana aksi seks dalam video tersebut.

9 comments:

Anonymous said...

bro rbf..tk sangka kau ada 2 bini ek!
ok la tu ade 2 kuota lg...hehehehe lari dr tajuk skit

PeningPilKuda said...

aku pening! tapi pening bukan sebab dewa merah jambu kegilaan aku, tapi pening sebab ada orang gila suka gali lubang, kemudian terjun ke dalam lubang tersebut.
aku dah kata, jangan percaya dengan senjata yang dibawa oleh orang bodoh, nanti senjata itu akan makan tuan.
Tiba-tiba nak PRU Sarawak, bersoraklah segala ahli UMNO, Anwar main sex dengan amoi, ada dalam video, nak sedap ajak editor dan wartawan, dalam negeri dan luar negeri, padan muka penyokong PKR, tengok pejuang PAS, kelih sukarelawan DAP.
Nak sedap ditambah kicap, muka hodoh Zahrin tambah, si ZoooNordeeen munafiq tambah, brahim katak puru pun tambah dan tambah.
Kantoooi, si pelakun mengaku, si perogol budak mengaku (org Melaka sepupu ArifOmar), si jaga duit PERKOSA ngaku, sambil senyum kambing, kami adalah dalang kepada wayang kulit bodoh itu.
Apalah dosa UMNO bila UMNO diletak dikandang orang salah, apa salah UMNO jika rakyat umpat dan keji UMNO, pemulihan belum pulih, pemutihan baru nak mula, tiba-tiba hujan ridiasi turun dengan lebat.
Ingat ! lebih baik lawan sepuluh musuh yang cerdik, dari memiliki seorang pendukong yang bodoh.
Bila nak berubah niiii.

Pemuda TG said...

Bro RBF,
Hem betul complete lah tema 1Malaysia....

Bila nak tambah yg ketiga..?he he he

Anonymous said...

mantap artikel tuan..kita lihat siapa yang kena....jeng2

mnorkembalak said...

Wah hebat bro dalam berkarya sempat juga bagi tau bro ada dua wife tahniah lah bro...

Jangan lupa link kan blog saya kedalam blog tuan http;//www.KemBalakEnterprise.blogspot.com

sekian terima kasih
mnorkembalak

Anonymous said...

PAS dan DAP mana berani nak suruh dia letak jawatan..semua sayang sangat pada Anwar Ibrahim..

hangkedee said...

2x5=5x2 =????/$#@%& Aku fening..fening.DNA divert v.sex pula.lebih baik tambah kouta daripada tercicir kat luar dah tentu haram.ikut sunah 4.juak pas ramai berbini tak bising pun muslimat pas.Tak caya tanya MB buat kerja cara Islam.

Anonymous said...

AKU RASALA...TAKDE SORG PUN YG BERANI
SEMUA NAK JAGA PERUT MSG2...HEHEHE

Anonymous said...

bro rbf.. menuduh zina apa hukumnya ek??