Saturday, March 26, 2011

Video Seks: Kemana dan Dimana Anwar Pada Tika dan Saat Itu


Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?

Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.

Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.

"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.

Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."

Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."

Dipetik dari Utusan Online

Kantoi beb.....

Jawab Anwar jawab....

10 comments:

PAPA GOMO said...

Anwar game over

Naza said...

Aku nk semak Twitter Anwar.. tapisayangnya ku buta Twitter... errr, walaupun aku da twitter...

Anonymous said...

salam bang..

wah awal pagi lg dah update blog..

x sabar nk dptkn UTUSAN MALAYSIA..

ape pon, dia ni dah kena CHECKMATE..

kita tgk jauh mane dia bleh pegi dgn bantuan lashkar2 nya..

"kebenaran itu pahit utk ditelan.." kata YB Zul Kulim dlm Bicara Rakyat

arel

Anonymous said...

Saudara RBF, ada x kemungkinan pendedahan video ni dirancang anwar ketika dia tersepit dgn kes liwatnya sbb isu ni muncul scr tiba2...

Mungkin anwar cuba mendptkan undi simpati melalui teori konspirasinya..

Anonymous said...

sakit...tipu lagi... skrg serba canggih org leh tahu pergerakan anda tunggu ajelah...kesudahanya

Anonymous said...

facebook?
dah check?

-warga shah alam-

MM said...

Malaysiakini kata ada anwar berbalas msg di Twitter dan disertakan skali dgn buktinya...

Pada sy, twitter bkanlah bukti yg sahih.. sbb pihak pengurusan Twitter boleh disogok dgn wang jutaan riggit untuk memanipulasi data di dalam database-nya.. (kecuali siasatan dilakukan secara menyeluruh dgn pakar DA - Database Administrator memeriksa sendiri database Twitter di USA)

Hanya 1 cara sahaja untuk Anwar Bin Ibrahim membebaskan dirinya dari persepsi negetif rakyat - Sumpah Laknat!.

halim said...

aku mmg sangat yakin lelaki anugerah tuhan tu lah yang ada dalam video tu..walaupun dia buat mcm2 jenis pusing,tapi akhirnya pusingan itu pasti akan memeningkan dia sendiri..

Aku mmg berharap agar Anwar disumbatkan segera ke dalam penjara..untuk kesejahteraan Malaysia keseluruhannya..Aku berpendapat demikian kerana, selagi dia berada bebas di bumi Malaysia ini,selagi itulah pembohongan, fitnah dan pendustaan menjadi makanan ruji rakyat2 yang terpedaya..

Andai kata dia bebas dan berjaya menawan Putrajaya..apakah akan jadi dengan Malaysia?Apakah DAP akan berdiam diri dan membiarkan Anwar memerintah mengikut acuan Anwar..bukankah segala rahsia Anwar ditangan Karpal dan DAP?..Pasti akan berlaku ugutan..dan Anwar akhirnya menjadi boneka..dan sekali lagi pertanyaan..apa akan jadi dengan Agama, Negara dan Bangsa?

Anonymous said...

syabas utusan... berita2 provoke yg mcm nilah yg kita mahukan...

Anonymous said...

KEMANA DAN DIMAN ANWAR PADA TIKA DAN SAAT ITU......1 SOLAN YANG MENARIK..APA LAGI MENGONGKEK LA, AIR DAH NAIK KEPALA NAK LEPAS TENSION LA AMOI CHINA TU JD MANGSA LA....