Wednesday, March 23, 2011

Video Seks: Raja Petra Terlibat

Kona ikut mana, pusing ikut mana, putar ikut mana sekali pun yang pasti video seks Anwar yang sedang kecoh sekarang adalah mainan orang-orang yang dikeliling Anwar sendiri.

Dah lama kedengaran suara-suara yang mengatakan ada usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh orang-orang dalam PKR sendiri untuk menendang keluar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dari PKR kerana bagi mereka dua orang ini membebankan PKR.

Difahamkan antara salah seorang yang terlibat dalam plot tersebut adalah MB Selangor, Khalid Ibrahim. Mastermind pula adalah Raja Petra.

Sebagaimana yang kita tahu, Raja Petra sudah lama berlaga angin dengan Anwar kerana sering ditipu olehnya.

Hubungan antara Raja Petra dengan Anwar semakin parah semasa pemilihan PKR yang lepas kerana isu Azmin Ali.

Tambah meyakinkan kita apabila Johari Abdul dalam sidang medianya hari ini mendedahkan penglibatan Dato Shazryl Eskay Abdullah sebagai dalang video tersebut.

Dato Shazryl Eskay Abdullah pula adalah kawan baik kepada Raja Petra dan dialah orang yang membawa lari Raja Petra dari negara ini ke Thailand beberapa tahun lalu dengan menggunakan kedudukan dia sebagai Konsul Thai di Kedah.

Sekarang anjing dah gigit tuan...

4 comments:

afniza said...

isy! berani betui depa ni mein2 dgn maruah & integriti orang lain. mentang2la depa banyak duit. kalu takdak duit, macam mana buleh upah pelakon, pelacur, pengawal & pengurus otel buat semua tu? lepih tu buleh pulak buat tayangan premier ala rahsia dgn menggunakan kerahan bodyguard yg ramai ala2 'man in black' lagi..mai mana duit depa ni haa? memang pkr banyak makan duit...duit ahli & sumbangan dari pertubuhan yg bersimpati..rpk mahir bab2 cari dana nih!!

Anonymous said...

damage control!!!!!
spinnnnnn!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Malam ni kita ramai ramai tengok berita TV3 jam 8 malam siapa datuk T sebenarnya.

Anonymous said...

Orang PKR, PAS dan DAP mana nak percaya...pada mereka mesti yang fitnah Anwar adalah UMNO jugak..pada mereka Anwar Ibrahim ni maksum, sama dengan Nik Aziz..kona ikut mana pun mereka tak akan percaya.

Kalau mereka tonton video pun mereka akan nafikan itu Anwar dan kalau lelaki Y bukan bukan Anwar sebab Algebra mereka memang teruk, sebab bongok...Anwar Ibrahim adalah AI bukan Y.