Wednesday, March 30, 2011

Video Seks: Berkat Solat Hajat, Kebenaran Akan Muncul

Kesian beb....

Saya betul-betul kesian melihat orang-orang dalam gambar di bawah. Mereka-mereka semua telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar dan Johari Abdul. Mereka percaya Anwar baik, Anwar jujur, Anwar bersih dan suci. Sekiranya mereka-mereka ini ditunjukkan siapa yang sebenarnya Anwar, tidak mustahil mereka-mereka itulah yang akan bangkit untuk cincang Anwar.

Kalaulah saya ada kemampuan , saya rasa nak bawa semua orang dalam gambar di bawah ini untuk berjumpa dengan rakan karib Anwar iaitu Datuk Eskay. Kalaulah mereka-mereka ini berjumpa Eskay saya rasa ada yang pengsan, ada yang meraung dan ada yang menangis.

Kalau saya sendiri orang yang memang anti Anwar selama ini pun masih terkejut dan dari malam tadi sehingga sekarang mulut masih lagi memaki hamun Anwar , apatah lagi mereka yang memuja Anwar selama ini. Tak meraung atau pengsankah mereka bila mereka tahu siapa sebenarnya Anwar ?

Kepada orang-orang yang masih memuja Anwar, nasihat saya kepada anda, jangan percaya 100 % kepada Anwar. Tolong reserved sikit dalam diri anda perasaan tidak percaya kepada Anwar. Saya bimbang anda boleh jadi gila sekiranya anda tahu siapa Anwar kelak. Percayalah, kebenaran sudah hampir menjelma. Semua ini berkat solat hajat yang penuh satu stadium diadakan dua malam lepas untuk mencari kebenaran bagi Anwar Ibrahim.

Insyallah doa anda satu stadium itu akan dimakbulkan Allah.

Kita akan tahu dengan lebih lanjut lagi pasal Anwar. Banyak benda lagi yang kita belum tahu. Yang kita tahu hanya Malaysia, kita belum tahu lagi yang diluar negara. Berkat solat hajat dan doa mereka dua malam lepas pintu hari Datuk Eskay lebih terbuka untuk menunjukkan kepada kita siapa Anwar. Sebagai permulaan lima soalan awal yang ditanya Datuk Eskay kepada Anwar dan Anwar harus jawab semua soalan-soalan itu. Klik di sini.

Berkat solat hajat dan doa yang diketuai oleh Presiden Pas sendiri, Insyallah Pas sendiri pun akan hancur bersama Anwar.





Insyaallah doa ini akan dimakbulkan Allah SWT
Allah SWT akan tunjukkan kepada kita siapa Anwar yang sebenarnya

14 comments:

bzz said...

Bro,

Kalau kita sayang seseorang, tinggalkan sedikit benci, so that kita takkan benci dia selamanya kalau dia menipu kita.

Kalau kita benci seseorang, tinggalkan sedikit sayang, so that maybe one day kita akan sayang dia.

Kepada penyokong PAS...
Jgn sayangkan anwar 100%, sebab kita akan benci gile babi kat dier oneday. Kalau benci mahathir, jgn benci 100%, takut bila Anwar naik PM, baru mereka nak ramai2 menangis di kubur chedet.

Anonymous said...

Org Singapura,
Bro,kita boleh bezakan kes ini dgn kes liwat dia.Pas masih dgn angan2 dan sanggup adakan solat hajat.Yang menarik pada saya,solat ini minta petunjok kebenaran.Pas memang nak perangkap Anwar kerana jika sekira nya betul apa yg ada di video itu maka apa jawapan ANWAR dan apa yg akan Pas lakukan utk kebenaran yg di pinta dari ALLAH.Blh jadi dari solat hajat ini puak2 di dalam pas sendiri yg akan menentukan perjuangan Pas yg selama ini tersasar dari matlamat perjuangan mereka.Sekira nya mereka tidak menerima apa yg mereka minta maka satu PERSOALAN besar yg wajib mereka jawab,siapa yg bohong mereka sendiri atau ALLAH.Setiap kejadian ada hikmah nya.Harap penyokong PAS dan PKR dapat menilai nya.Anwar bkn malaikat dan sebagai manusia dia pasti ada cacat cela nya.Apakah sumpah saiful dah Allah terima WAWLAH HU ALAM

Faith Ajar said...

Tinggi harapan sy agar apa yg dihajatkan dek lobai2 ni dikabulkan.apa yg depa hajatkan sebenarnya??

Cikgu Di said...

Salam persaudaraan buat semua.

Dalam mencari sesuatu kenyataan yang benar seseorang jangan terlalu mudah
mempercayai kata-kata yang disogokkan mahupun perwatakan luaran kerana semua itu boleh dilakonkan.

Untuk mengetahui hati seseorang itu berkawanlah dan bergaullah dengan mereka lebih dari 3 hari sedikit sebanyak perangai luaran dapat kita baca.Apa lagi jika lebih dari itu maka perangai sebenar akan terserlah.

Apa lagi jika tinggal serumah maka semua isi hati terluah sudah.Antara satu sama lain sudah tidak berahsia lagi. Kerana rahsia hanya untuk seorang jika berdua tiada apa yang dirahsia lagi kerana yang ketiga tentunya sudah bersedia mendengar cerita dari orang yang kedua tadi.

Begitu juga alam rumah tangga segala rahsia akan terbongkar jika tidak bersama lagi sementelah pula jika timbul pergaduhan maka tentunya rahsia mudah terbongkar hasil dari amarah yang ditimbulkan.

Dan kisah rahsia ini yang akan berlaku dan terdedah ....barangkali
berlaku dan tergegar nanti ....walahualam.

Anonymous said...

kimak engkau derr~~ cakap macam malaikat la pulak...jgn men cakap jew..ko 2 pun bkn da pe..konek lembik la kalu mencakap belakang nie..umgok ko 2 mcm bagus sngt jew..sebab umgok la kat malaysia nie ada casino genting highland...benda ape 2?? tempat wat haji??

Anonymous said...

Janganlah kita terpedaya dengan bilangan orang yang membanjiri stadium itu. Mungkin sebilangannya bukan penyokong Anwar tetapi mereka sejujurnya mahukan kebenaran. Mereka lebih berfikiran waras dan tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kes ini masih dalam siasatan polis dan belum menghasilkan keputusan, berbanding dengan Anwar dan penyokong tegarnya yang seolah-olah bermatian-matian sudah membuat keputusan tidak bersalah. Walhal hampir semua di stadium masih belum lagi menonton video berkenaan.

Maka tindakan terbaik bagi mereka yang sejujurnya mahukan kebenaran ini adalah menyertai solat hajat yang dihadiri oleh yang tertuduh (Anwar) sendiri. Dengan ini mereka akan tahu siapakah di pihak benar nanti. Doa orang yang ikhlas, jujur dan bersih hati lebih mujarab dari doa orang yang bersikap sebaliknya.

Mungkin juga sebilangan hadirin datang hanya kerana perasaan ingin tahu, atau pun mereka mahu terhibur dengan seorang penglipur lara yang terhebat di Malaysia!

Lagi pun, kita tidak tahu apakah sebenarnya yang Imam serta Anwar dan penyokongnya hajat dan doa DALAM HATI MEREKA.

Apa pun, kita tunggulah hasil solat ini nanti.

Anonymous said...

Rbf

Dulu in 1998 masa liwat 1, satu Mesia buat solat hajat. Semua penyokong fanatik zina liwat cakap Tun Dr. Mahathir zalim.

Fast forward 98 ke hari ini, kes liwat 2 sudah pun kluar hari ni dan masih dalam perbicaraan. Kemudian seluruh negara digemparkan dgn pendedahan video main kat spa oleh Datuk Trio. Tun Dr. Mahathir pun dah buat bypass dua kali. Kesihatan Tun semakin bagus malah nampak muda. Haji Saypol pun dah sumpah laknat and sudah menunaikan haji. Wikeeliks pun dah bocor info.

Adakah ini hasil solat hajat 1998? Bagus lah, saya setuju dgn solat hajat yg baru ni. Semoga lebih banyak kebenaran akan muncul selepas ini.

Allahuakbar!

Anonymous said...

Semoga Allah swt akan tunjukkan yang HAQ dan yang BATIL, Amin!

Anonymous said...

Datuk T ni salah stretigi. Sepatutnya sebelum buat pendedahan, print gambar anuar masa sedang buat kerja tu, baru rakyat boleh menilai. Yang pelik otai ni buat bagi 5 soalan kat anuar lagi. Dia ingat Anuar nak ambil UPSR ke tahun ni. Kalau nak "belasah" anuar "Belasah" kuat-kuat. lepas tu lari, belum sempat dia bangun , belasah lagi. kemudian lari. Jangan bagi muka. Tak perlu Ikut undang-undang, kerana dia ada peguam yang bagus untuk meliwat undang-undang. Ikut cara Tun baru ada gaya. Kalau salah pun macam kes Chua Soi lek kena denda je. Tak payah bayar duit pelincir.

Anonymous said...

kesian tengok muka2 yang gi solat hajat ni. hidup2 kena tipu dengan ANUwar...

Anonymous said...

komen bzz aku suka...terbuka sikit ilham.
rasanya nasib chedet begitu.. dan Nuar serta nasib kita rakyat M'sia. Kalau itu yang kita harus tempohi, relakan jelah... serah pada tuhan, dia menentukan sebaiknya.
Dah mcm tak boleh dielak lagi.

Anonymous said...

PENCACAI NUAR DAH STAT MEMAKI HAMUN DAH...TAKDE HUJAH LE TU..
sebut psl kasino kat genting la pulak..woi, itu utk non muslim la bahlol..yg ko pegi apehal? kat kelantan pun jual loteri..
otak baghal betul ko anon 6:33pm

Anonymous said...

jika negeri kelantan yang dibawah pas hidup seperti di negeri maju dan tiada maksiat dan tiada segala2 nya lah yg buruk, saya akan tabik spring dan akan menyokong pas...

Anon 6.33pm
klu kita nak orang hormat kita,gunakanlah bahasa yg baik..sbbnya...cara anda berbahasa tu mencerminkan diri anda sebenarnya...jgn sampai orang mark begitulah puak2 pas...

Anonymous said...

utk Anon 6.33

dulu bising pasal kilang arak terbesar asia kat selangor..skang ni..still ada lagi..walaupon dah tukar pemerintahan... :)

Aku suka bzz punya madah..buat aku merenung seketika..

tak apa lah..buatlah solat hajat banyak2...kita perati kan ajee