Tuesday, March 29, 2011

Video Seks:Orang Lain Makan Nangka Orang Lain Kena Getah

Hari ini sudah masuk hari kelapan dunia politik tanahair gempar dengan kemunculan video seks Anwar Ibrahim. Bilakah perkara ini akan tamat belum dapat dipastikan.

Reaksi rakyat diluar bercampur-campur. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Bagi mereka yang mengenali Anwar mereka akan percaya walaupun tidak menonton video berkenaan.

Pada hari mula-mula video itu muncul, ramai di kalangan orang-orang politik termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang ragu-ragu dengan perkara itu. Dan ramai diantara mereka sendiri tidak mengetahui siapa punya kerja yang mengeluarkan video itu.

Keadaan telah berubah pada petang rabu selepas kemunculan Tan Sri Rahim Thamby Chik (RTC) dalam satu sidang media di KL. Kata mereka kalau RTC berani muncul dan mengaku beliau terlibat dalam kerja-kerja penayangan video tersebut, maka sahlah benda itu betul.

Mereka kata kalau benda tak betul, tak mungkin RTC berani membuat pengakuan dan penjelasan terbuka kerana 'peperangan' antara RTC dan Anwar bukan benda kecil. Dendam membara RTC terhadap Anwar sudah lama tersemat. Jadi untuk membalas dendamnya RTC perlu ada bukti yang betul-betul kukuh dan bukannya bukti yang dibuat-buat. Kalau benda yang tak betul tak mungkin RTC sanggup ke depan.

Bagi orang-orang politik, mereka semua tahu bagaimana hubungan Anwar dan RTC. Parut akibat luka yang ditinggalkan Anwar terhadap RTC masih lagi berbekas. Adat orang melayu, selaku parut masih berbekas maka selagi itulah dendam tak habis. Kalau tak berbalas mungkin apabila mati kelak pejam mata tak rapat.

Itu dendam RTC terhadap Anwar dan Anwar sendiri pun masih berdendam dengan RTC sehingga sekarang walaupun dia telah berjaya menyingkirkan RTC dari dunia politik sejak berbelas tahun lampau. Di atas pentas ceramah nama RTC tak pernah Anwar tinggalkan walaupun sebelum kemunculan video seks. Umi Hafilda pernah menceritakan apa yang diceritakan Azmin Ali kepada arwah bapanya semasa Anwar masih lagi TPM, Azmin kata kalau Anwar jadi PM kelak RTC antara orang yang Anwar akan sumbat dalam ISA.

Soal dendam, soal kerja siapa dan sebagainya bukan perkara penting. Perkara yang penting sekarang ini ialah siapa lelaki dalam video tersebut ? Datuk Eskay dan RTC telah menyatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Chua Soi Lek tidak pernah mempersoalkan siapa punya kerja sehingga video lucahnya tersebar. Beliau bertindak secara gentleman, mengaku dirinya dalam video tersebut lalu meminta maaf kepada rakyat dan ahli keluarganya, kemudiannya mengundurkan diri secara terhormat.

Tetapi Anwar sehingga ke hari ini masih lagi ding...dong....ding....dong dan menuduh itu kerja Umno. Anwar mengatakan pada masa itu dia berada di rumah dan sedang mengakses laman twitter dan fb. Semakan yang dilakukan oleh seorang blogger menunjukkan dia hilang dua jam di laman twitter pada masa video itu dirakam. Walaupun cuba dinafikan oleh seorang lelaki jambu yang bernama Rafizi, tetapi nampaknya penafian lelaki jambu itu membuatkan keadaan semakin parah.

Datuk Eskay berkata jam tangan Anwar yang dicuri oleh pelacur cina itu ada ditangannya dan sekarang telah pun diserahkan kepada polis. Tetapi di pihak Anwar pula sehingga ke hari ini tidak pernah menunjukkan jam tangan itu berada di tangan beliau untuk membuktikan dakwaan Eskay satu pembohongan.

Anwar lebih banyak memesongkan fikiran rakyat dengan berkata itu semua adalah fitnah Umno dan mempertikaikan penayangan video tersebut. Perkara-perkara penting untuk membuktikan dia tidak bersalah tidak dilakukan.

Anwar lebih banyak menyerang RTC dan tidak menyerang Eskay sedangkan video asal dimiliki Eskay dan RTC hanya terlibat dalam menguruskan tempat tayangan. Ini kerana RTC adalah orang Umno dan Eskay adalah kawan dia. Bagi dia memburukkan RTC lebih banyak mendatangkan untung politik daripada menyerang Eskay. Jika Eskay yang diserang mungkin lebih banyak bahana yang dia bakal terima.

Dalam hal ini yang sedap adalah Anwar, bahana pula Umno yang menanggung. Anwar tidak pernah serik dan tidak takut untuk melakukan kerja-kerja tersebut kerana baginya jika apa-apa terjadi dia boleh salahkan Umno dan rakyat akan percaya kata-katanya.

Selepas pemecatannya pada tahun 1998, Anwar telah menanamkan dalam fikiran rakyat apa yang terjadi ke atasnya adalah fitnah dan konspirasi kerana Umno takut dengan beliau.

Sebab itu selepas keluar penjara dan selepas PRU 2008 Anwar berani meliwat Saiful walaupun Saiful pernah meminta untuk berhenti kerja dengan dia kerana Saiful memberitahunya beliau ada rakan yang bekerja dengan Datuk Seri Najib yang ketika itu TPM. Saiful memohon untuk berhenti kerana bimbang di cop bukan-bukan terhadapnya. Anwar menghalang Saiful berhenti walaupun tahu Saiful ada hubungan dengan orang dalam pejabat TPM. Baginya itulah yang dia hendak.

Sekiranya kantoi dia boleh menyalahkan Umno dan beritahu rakyat Umno takut dengan kemenangan besar PKR dalam PRU 2008 sebab itu Umno fitnahnya.

Akhirnya perkara tersebut benar-benar terjadi. Beberapa jam sahaja selepas Saiful membuat laporan polis di HKL, gambar Saiful bersama rakannya di pejabat TPM dijadikan modal oleh Wan Azizah sebagai bukti itu konspirasi Umno.

Dia tidak pernah takut dalam melakukan perkara-perkara begitu. Baginya senang, kalau kantoi beritahu rakyat itu semua Umno punya kerja kerana Umno takut dengan dia. Bagi sesetengah rakyat yang percayakan dia dan telah ditanam dalam kepala otak mereka apa sahaja yang berlaku kepada Anwar adalah kerja Umno mereka akan percaya semua itu.

Begitu juga dengan laporan polis yang dia lakukan dalam kes video seks tersebut. Dia tahu dirinya dalam video tersebut tetapi dia tetap lakukan laporan tersebut untuk mengabui mata rakyat kononnya dia tak bersalah. Apabila siasatan polis kelak berjaya membuktikan itu dirinya, maka pada masa itu dia akan tuduh pula itu konspirasi Umno dan orang-orang dia akan percaya kepada kata-katanya.

Yang syok, yang sedap adalah Anwar. Bahananya Umno yang terima. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya.

Setiap kali selepas dikaitkan dengan isu moral, Anwar akan menampilkan dirinya sebagai seorang yang baik dan suci. Dia akan menunjukkan dirinya banyak menghabiskan masa dengan keluarga, sembahyang jemaah, jadi imam atau lakukan apa sahaja yang boleh menampilkan dirinya sebagai seorang yang baik dengan harapan orang ramai tidak percaya apa yang dituduh ke atasnya.

Anwar memang strategis yang hebat. Bukan sekadar hebat strategi juga hebat menguasai pemikiran orang lain. Bab menguasai fikiran orang lain, saya beri satu contoh. Dalam Malaysia Tun Dr M adalah seorang yang hebat, bijak dan segala-galanya. Kalau orang yang hebat seperti Tun Dr M pun berjaya dikuasai Anwar sehingga dia berjaya menjadi orang nombor dua dalam negara,apatah lagi setakat Nik Aziz, Hj Hadi dan rakyat-rakyat biasa.

Dalam satu ceramah seorang Exco Pemuda Umno Malaysia yang pernah rapat dengan Anwar, Lokman Nor Adam , dia berkata jika Anwar tunjuk satu botol air mineral kepada orang yang sedang mendengar ceramah dan mengatakan itu air sirap maka orang di depannya akan percaya itu air sirap walaupun mereka nampak itu air mineral. Itu gambaran yang hendak ditunjukkan oleh Lokman bagaimana hebatnya Anwar menguasai fikiran orang lain.

Bila mendengar apa yang dikatakan oleh Lokman, saya teringat satu perkara. Untuk mendapatkan punggung seorang lelaki bukan perkara mudah. Banyak sebab yang membuatkan ianya susah. Bukan sahaja punggung lelaki, punggung wanita pun susah juga nak dapat walaupun wanita itu seorang pelacur.

Banyak sebab yang membuatkan ianya susah. Antaranya kerana itu bukan budaya kita di Malaysia dan juga hubungan seks melalui lubang dubur adalah menyakitkan kerana semua kita tahu yang lubang punggung adalah lubang yang sempit.

Untuk mendapatkan punggung, si pelaku perlu menguasai pemikiran mangsa 100 % dan meyakinkan mangsa yang hubungan melalui lubang dubur tidak sakit malah menyeronokkan. Itulah yang berjaya dilakukan oleh Anwar terhadap mangsa-mangsa liwatnya. Sebab itu Anwar mudah mendapat punggung demi punggung.

Contoh mudah, lihat sahaja apa yang dialami oleh Saiful. Lihat bagaimana Anwar berjaya menguasai pemikiran Saiful sehingga mendorong Saiful merelakan dia diliwat oleh Anwar. Bukan sekali, bukan dua kali Saiful merelakan dia diliwat oleh Anwar. Berkali-kali, dari Malaysia ke Hong Kong, ke Singapura dan kembali ke Damansara. Pada awal-awal Saiful menjadi mangsanya Saiful seolah-olah tidak sedar dan terus merelakan dirinya diliwat oleh Anwar. Setelah berkali-kali diliwat barulah Saiful sedar dan membuat laporan polis.

Kepakaran dan kehebatan yang dimilikinya itulah diimplementasikan dalam politik sehingga dia dapat menguasai pemikiran rakyat. Apa sahaja yang Anwar cakap bagi orang yang tak kenal Anwar mereka akan percaya.

Lihat sahaja dalam ceramahnya di Hulu Klang beberapa hari lepas. Dia cuba menguasai pemikiran orang di depannya yang dia tidak bersalah. Pelbagai cara dan pelbagai helah termasuklah ayat-ayat Quran yang dia guna untuk membuktikan diri dia suci tetapi dia tidak menjawab persoalan pokok.

Akibat terlalu percaya dan taksub kepada Anwar, orang-orang yang sedang mendengar ceramahnya sanggup nak berlawan dengan polis dan memaki hamun polis kerana masa yang diberikan telah cukup. Anwar cuba menenangkan mereka tetapi gagal, mereka tetap maki hamun polis seolah-olah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Itulah kehebatan Anwar menguasai pemikiran orang lain.

Begitu juga dalam kes 16 September, berapa ramai otai-otai politik Pas yang tertipu dengannya termasuklah Hj Hadi. Seorang exco Kerajaan Kelantan berkali-kali berulang dari Kota Bharu ke KL membawa baju melayu hitamnya kerana hendak menghadiri majlis angkat sumpah di Istana Negara.

Semoga rakyat Malaysia yang masih lagi percayakan Anwar akan sedar. Kita fikir mudah sahaja, kalau Tun Dr M seorang yang hebat pun boleh tertipu dengan Anwar, siapalah diri kita ini.

23 comments:

Anonymous said...

Bro,
Bagi pressure kpd pihak yg siasat video tu, biar cepat sikit settle, sebaiknya pd 1/4/2011, april fool.
TQ

Anonymous said...

sampah

Antibarua said...

Membeli betik ditengah hari
Setelah makan rasanya tawar
Kalau tuan bijak bistari
Siapa ALIBI untuk Anwar?

Pilihan jawapan seperti berikut :

A. Datuk Eskay
B. Wan Azizah
C. Nurul Izzah
D. Azmin Ali
E. Datuk Johari
F. China Doll Pelacur tu le

Anonymous said...

terlalu benci kan umno sehingga juak-juak pas sanggup mempertahankan seorg pemimpim yang status sosialnya banyak menibulkan keraguan..juak-juak pas sudah lama mengindamkan seorang pemimpin yang mampu menumbangkan umno..kehebatan putarbelit anwar adalah mainan lama juak-juak pas yang sudah biasa berpolitik bergitu..terimalah kehadiran pemimpin anugerah tuhan anda dan anugerah ALLAH S.W.T untuk pujaan pihak juak-juak pas..semoga tidak tersalah jalan-jalan yang benar..

strannix said...

woiit korang ni wat keje byk fantasi je...dah 13 tahun tuduh2 dsai mcm2...habuk pun tadak..mahkamah, polis, media dan apa lancau suma korang dah gunakan...apa pun tadak sangkut...mesti mastermind org sama..bodoh mcm baghal.hahaha....

Anonymous said...

Soalan saya 1) Macamana Dato' Trio tu tahu perempuan Cina tu Pelacur' 2. Macammana muka Eskay boleh berada dalam video.Adakah beliau ibu ayam? 3. Bagaimana Eskay boleh mendapatkan balik jam tangan tersebut walaupun 'pelacur'tu tidak dia kenali. 4. Kenapa gambar video hitam putih kerana zaman sekarang semua rekoding adalah berwarna. 4. Kenapa RISDA yg booking Carcosa..apa hubungannya.Sekian buat masa ni.

Anonymous said...

rafizi lelaki jambu??
hehe...

tgk la aritu dlm tv1 mcm mana rafizi mengkotak katik kan p.kamalanathan...

tercungap2 dia nk melawan rafizi ni..

teringin nk tgk tokoh2 muda umno yg mampu berhujah...
yg ramai dlm umno,tokoh muda poket penuh...org bawah sibuk mengipas je kejanya...

-warga shah alam-

hilbert said...

Slm 1Malaysia RBF,

Saya dah baca sampai habis tulisan rbf,,saya setuju sangat dengan pandagan anda...

tetapi bagaimana lagi cara yang boleh kita lakukan untuk meyakinkan kepada orang ramai supaya menolak Anwar dan menolak PKR..

Anonymous said...

politik kotor dan jijik

Anonymous said...

RBF...
perbuatan liwat tu haram..betulkan la fakta tu..kalo nk berhujah tu,guna la ilmu agama,buat kajian..
xde masuk dlm kamus bukan budaya kita..kalo dah hukum tu haram,haram la..knape perlu state down bukan budaya kita...

sekadar ingatkan...

Anonymous said...

Bro, hang pi tengok sat blog kawan kita ni. Dia buat analisa yang sangat terperinci untuk matikan hujah Twitter vs Facebook yg PKR dok beria-ia guna sebagai alibi tu. Mungkin bro RBF boleh buat artikel hasil bacaan di blog tu.

www.oik65.wordpress.com/

Anonymous said...

Apabila MCA 'makan nangka' PR tak dapat getahnya. Kenapa? Tetapi apabila PR makan nangka, getahnya melekat pada lawan mereka. Ini menunjukkan betapa liciknya PR dalam mengalihkan kebobrokan pada pihak lawannya.

Pada sudut yang lain, cara Melayu menilai moral seseorang pelan-pelan di pengaruhi oleh penilaian yang dibuat oleh orang bukan Melayu.

Kalau orang bukan Melayu kata berjudi/arak/seks rambang itu adalah hal peribadi yakni tidak perlu dijadikan faktor penilaian kredibiliti seseorang makanya si Melayu (yang mengaku bukan Melayu) akan terikut-ikut penilaian sebegitu.

Dalam konteks yang ekstrem kalau nanti bukan Melayu kata semua agama adalah sama maka Melayu yang sama tadi akan juga mengiakan pandangan sebegitu.

LOLrong Tengah

ruang bicara faisal said...

kpd anon 12.46
semua org islam tahu liwat tu haram dan nabi tak mengaku umat.

Apabila saya kata bukan budaya kita itu termasuklah org drp agama lain

saya cuba nak memberitahu bahawa tidak kira org apa sekalipun di malaysia mereka tidak biasa dgn budaya liwat walaupun agama mereka tidak melarang

berbeza dgn di sesetengah negara yg membenarkan perbuatan itu dan menutuh blkg adalah perkara biasa bg mereka.

mat saga said...

brader rbf.... nie ada pembetulan sikit...

"Sebab itu Anwar mudah mendapat punggung demi punggung."

ayat sebenarnya adalah

"Sebab itu Anwar mudah mendapat punggung demi punggung demi punggung demi punggung demi punggung x 276." hihihihi

Anonymous said...

Anonymous said...

politik kotor dan jijik

March 29, 2011 12:43 PM

Komen:

Sejak bila pula politik itu bersih? Ko buta ke apa? Ko tak nampakkah apa yang berlaku di Timur Tengah? Bukankah kekalutan itu membuktikan selamanya politik adalah kotor iaitu sama kotor dengan perkataan liwat yang sering digunakan dalam berpolitik.

kah kah

Anonymous said...

Saya rasalah Anwar Al juburi ni ada menggunakan susuk di mulut dan lidahnya, sampai ramai orang yg akan terpesona dan percaya apa saja cakapnya termasuklah pak haji-pak haji PAS tu.

Anonymous said...

Anonymous said...

1) "Macamana Dato' Trio tu tahu perempuan Cina tu Pelacur"

Komen:

Sebagai 'pengurus perolehan' sudah tentulah Eskay tahu apa yang diperlukan oleh pelakon utama.

2. "Macammana muka Eskay boleh berada dalam video.Adakah beliau ibu ayam?"

Komen:

Biasanya BALAci akan menghantar tuannya sampai ke 'bilik projek' atas sebab-sebab tertentu.

3. "Bagaimana Eskay boleh mendapatkan balik jam tangan tersebut walaupun 'pelacur'tu tidak dia kenali."

Komen:

Mana-mana 'bapa ayam' ada menyimpan alamat ayam bawah jagaannya.

4. "Kenapa gambar video hitam putih kerana zaman sekarang semua rekoding adalah berwarna.

Komen:

Kebanyakan CCTV masih menggunakan rakaman hitam putih.

5. "Kenapa RISDA yg booking Carcosa..apa hubungannya.Sekian buat masa ni."

Komen: Sama juga apabila Khalid booking Hotel untuk NGO tidak semestinya untuk kegunaan NGO.

he he

halim said...

Aku ada beberapa pendapat berkenaan Anwar Ibrahim. Aku/Kita akui Anwar pada awal kemunculan dipotretkan sebagai seorang yang baik budi pekerti, pejuang Islam yang sebenar, warak dan akan menjadi seorang pemimpin Islam yang moderat dan petah berbicara.

Mungkin hal ini telah menarik perhatian pihak US/Barat untuk mencari proksi bagi menjalankan agenda menguasai dunia Islam dengan cara amat licik dan teratur. Tidak dapat ditolak bahawa Anwar telah menjalinkan hubungan akrab dengan US/Bara malah Yahudi dan sudah semesti segala kemahuan dan keinginan Anwar akan dipenuhi. Hatta perkara-perkara yang dahulu nya adalah dosa dan tabu kepada Anwar.

Adakah setelah kemahuan dan nafsu Anwar dipenuhi maka balasannya mestilah sesuatu yang besar juga?Adakah Negara dan Rakyat Malaysia akan jadi taruhan? Adakah kemelesetan ekonomi pada 1997-98 menjadi medan terbaik untuk Anwar dan Barat menguasai Malaysia dan rantau Asean melalui pinjaman IMF dan serangan penyangak matawang?Adakah ini satu kebarangkalian atau kebetulan sahaja?

Contoh mudah,seorang anak muda merantau dari kampung ke ibu kota kota dengan membawa nilai-nilai baik dari kampung.Adakah pemuda ini langsung tidak terpengaruh dengan budaya hidup di kotaraya besar yang serba mencabar ini?

Anonymous said...

layarilah www.freemalaysiakini.com , percuma tanpa bayaran

Anonymous said...

Anonymous said...

Sejak bila pula politik itu bersih? Ko buta ke apa? Ko tak nampakkah apa yang berlaku di Timur Tengah? Bukankah kekalutan itu membuktikan selamanya politik adalah kotor iaitu sama kotor dengan perkataan liwat yang sering digunakan dalam berpolitik.

kah kah
March 29, 2011 3:58 PM

KOMEN:
Manusia2 yg berhati binatang dan gilakan hartalah yang mengotorkan politik...dalam islam juga disuruh umatnya berpolitik...korang masih buta lagikah...? dah jelas2 puak UMNO ambik duit rakyat, bagi anak bini makan...then korang ley terima..come on la...politik yg bersih berlandaskan AL-QURAN NGAN HADIS...

kepada AHLI2 UMNO, tang mana UMNO nak bawa hukum ALLAH(AL-quran) kat muka bumi MALAYSIA nie..?

Mafhum hadis NABI:-

"aku tinggalkan kamu 2 perkara, kamu tidak akan SESAT selagi mana kamu mengikutinya iaitu AL-QURAN DAN AL-HADIS"

~MEH BERITAHU AKU BAHAGIAN MANA DALAM ALQURAN UMNO IKUT DALAM PROSES PEMERINTAHAN..

ADAKAH UMNO TERGOLONG DALAM KESESATAN KERANA TAK IKUT
AL-QURAN..?~

Zek said...

Jangan lupa Anwar pernah menjadi Pemangku Perdana Menteri Malaysia semasa TDM (masa itu Dato Seri) bercuti selama 2 bulan di luar negara.

Teori RAHMAN meyakinkan Anwar bahawa selepas TDM sepatutnya dialah yang akan mengambil alih jawatan tersebut kerana namanya bermula dengan huruf A. Pada sangkaannya TDMlah yang telah menjatuhkan dia. Sebab itu dia terlalu marah pada Tun Dr.Mahathir sehingga sekarang. Tetapi dia lalai dengan KETENTUAN DAN KEHENDAK ALLAH.

Firman ALLAH "Katakanlah, "Ya Allah! Engkaulah yang memiliki kerajaan, Engkau pula yang memberi kekuasaan (kerajaan) kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau pulalah yang berhak melucutkan kekuasaan (kerajaan) itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki serta Engkau jugalah yang berhak menghinakan (menjatuhkan) sesiapa yang Engkau kehendaki. Didalam tanganMulah semua kebaikan dan Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali Imran ayat 26).

Jadi pada hakikatnya ALLAHlah yang telah menjatuhkannya kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI siapa Anwar sebenarnya.

Wassalam.

Anonymous said...

Senang jer bro nak selesaikan masaalah video nie...Kita ikut cara AI - rakyat Hakim Negara. Tak payah suruh polis siasat, tak payah tubuh suruhanjaya, Kita uploadkan jer kat utube...biar orang ramai tengok...siapa actornya.....

Anonymous said...

jawapan kepada beruk PR alias PAS

Mafhum hadis NABI:-

"aku tinggalkan kamu 2 perkara, kamu tidak akan SESAT selagi mana kamu mengikutinya iaitu AL-QURAN DAN AL-HADIS"

~MEH BERITAHU AKU BAHAGIAN MANA DALAM ALQURAN UMNO IKUT DALAM PROSES PEMERINTAHAN..

CUBA KAU BUKTIKAN YANG PAS ITU MENGAMALKAN ISLAM ATAU ISLE JE dan IKUT AL QURAN.

antara 2 mudarat PAS dan UMNO ,InsyaAllah aku pilih UMNO, kerana latar belakang lebih dikatahui tiada rahsia.