Friday, April 15, 2011

BN Akan Kehilangan Sarawak ?


Kring.....kring......

Kring.....kring.......

Benarkah BN akan kalah ?

Benarkah BN akan kehilangan Sarawak ?

Benarkah BN teruk di Sarawak sekarang ?

Itulah antara soalan yang ditanya setiap kali saya menjawab panggilan telefon sejak hari selasa. Berpuluh-puluh panggilan yang diterima dari saudara mara dan rakan-rakan di semenanjung setiap hari.

Cerita-cerita kononnya BN akan kalah dan kehilangan Sarawak disebarkan dengan begitu luas di seluruh negara.

Saya nak jelaskan kepada anda semua. Cerita itu semuanya tak betul. Tak perlu anda semua risau dan tak perlu anda semua merasa gundah gulana.

Itu semua adalah permainan PKR, PAS dan DAP. Mereka tahu mereka tidak mungkin sama sekali dapat menubuhkan kerajaan dalam PRN Sarawak kali ini tetapi mereka menyebarkan berita yang mereka akan menang dan akan tubuhkan kerajaan.

Kenapa ?

Tujuannya untuk menggambarkan BN jahat, BN beli undi dan BN guna SPR untuk tipu undi.

Selepas keputusan diumumkan kelak mereka akan melalak-lalak mengatakan yang sebenarnya keputusan menyebelahi mereka, tetapi oleh kerana BN menggunakan SPR untuk menipu undi dan BN tabur duit untuk beli undi, maka keputusan menyebelahi BN dan seterusnya mengajak rakyat turun ke jalan raya bagi memprotes keputusan. Senang cerita, semua itu dilakukan untuk nak menutup malu.

Turut memainkan peranan dalam hal ini ialah malaysiakini. Kononnya laman web mereka diserang. Itu semua tipu. Mereka yang cederakan diri mereka sendiri , kemudian kata musuh yang serang. Mereka cuba hendak gambarkan BN takut dengannya sehingga laman itu diserang. Percayalah cakap saya selepas pilihanraya nanti, laman malaysiakini pun akan pulih. Kenapa malaysiakini dan sarawak report sahaja yang kena serang ? kenapa malaysia insider dan harakah daily tak kena ? cuba anda fikirkan, benar atau tidak kata saya bahawa itu semua adalah permainan mereka sendiri ?

Mereka cuba gambarkan mereka semua kuat dan mereka akan menang , tetapi oleh kerana BN main kotor , akhirnya mereka kalah. Itulah yang mereka hendak tanamkan dalam fikiran rakyat Malaysia menjelang PRU 13 dengan harapan rakyat akan membenci sebenci-bencinya kepada BN dan akan melepaskan kemarahan dalam peti undi semasa PRU 13 kelak.

Kepada rakan-rakan yang sedang gundah gelana, anda semua jangan risau, BN tak akan kehilangan Sarawak. Saya rasakan paling kurang BN akan kalah 10 kerusi dan paling kuat pun 15 kerusi sahaja.

Keseluruhan kerusi di DUN Sarawak adalah 71. Untuk tubuh kerajaan perlu menang 36 kerusi. Untuk dapat 2/3 perlu menang 47 kerusi.

BN akan kehilangan kerusi di kawasan-kawasan bandar yang dikuasai oleh pengundi cina. Manakala di kawasan luar bandar sokongan terhadap BN sangat kuat. Pas pula boleh bye-bye.



12 comments:

Wenger said...

Kao ni tak tau baca mood politik. BN pasti kehilangan lebih daripada 20 kerusi. Aku rasa SNAP akan menjadi penentu samada BN terus kekal menjadi parti pemenrintah. Tetapi biasalah kalau nak meracau apa guna rujuk dengan fakta kan?

Ramai yg masih tidak terlupa ramalan "we have the numbers" dan ramalan mengenai keputusan di sibu.

Cerdiklah sedikit. Issh

Anonymous said...

betui bhai aku memang dah agak dah pasai apa tetiba jer portal fitnah no 1 malaysiakini kena virus semua nie menipu jer untuk minta simpati orang dan kutip duit cara haram .... 10000% aku langsung tak percaya satu lagi yang aku nampak macam drama si tokong petra tu pasai apa bila nak PRN sarawak tetiba jer nak dedahkan aku rasa yang ni pun nak menunjukkan yang BN bayar mamat untuk memburukkan pembangkang .... tempiasnya rakyat akan meluat kat BN ... dari apa yang dok peghati semua ni agenda depa jerrr yang ni 10000000000000000000000000% aku tak percaya .... sauk la bhai berblog sampai sarawak berapa juta pulak lu masuk wakakakakkakakaka

Naluri Rakyat said...

salam,
semoga tuan dapat membantu mempromosikan blog baru ini:

http://nalurirakyat.blogspot.com/2011/04/panas-antara-ds-najib-dan-anwar.html

tq...

Anonymous said...

“Kemasukan Sarawak dalam Malaysia adalah satu keputusan yang baik” kata Temenggong Jugah. “ Sejak itu ekonomi berkembang. Bank mulai banyak tumbuh. Dulu hanya ada WATAT Bank di Sibu. Kemudian naik Maybank, Hock Hua Bank dan lain-lain.” Saya dan Jaraw tersenyum kerana Chartered Bank disebutnya WATAT bank. Katanya dia baru balik dari luar negeri. Peperangan berlaku di Black Nam antara tentera kerajaan dengan Black Kong. “Bagaimana negeri mau maju jika terus ada peperangan seperti itu?” katanya lagi. Saya menjeling kepada Jaraw seolah-olah bertanya di mana negeri Black Nam dan Black Kong itu. Jaraw berbisik “Vietnam dan Vietcong”.
Perbualan kami terhenti sebentar kerana Pembantu Peribadinya datang membawa surat penting untuk ditandatangani segera. Pembantu berbisik detlinganya agaknya menerangkan isi surat itu. Temenggong Jugah tidak pandai membaca dan menulis. Dia mengangguk faham. Sebelum membubuh tanda tangan pada surat tersebut dia menyinsing lengan baju panjangnya dan mengamati tattoo di pergelangan tangannya. Dia mengikuti lukisan tatoo itu dengan berhati-hati di atas kertas tadi dan memberikannya kepada

Anonymous said...

Untuk pilihanraya kali ini BN belum kehilangan Sarawak tetapi kemungkinan kehilangan majoriti itu ada. Menggunakan isu Bible hanya sebagai umpan, sebenarnya masyarakat cina di Sarawak tidak peduli bahasa apa yang digunakan didalam bible kerana mereka ini 'capable citizen', tidak seperti orang melayu yang sentiasa bergantung harap kepada kerajaan (subsidi)

Anonymous said...

AKU YAKIN BN AKAN MENANG 2/3

anti bohmau said...

biasala...perang psych war takkan sama dgn perang berdepan2 gitu!!!

BN akan terus menerajui sarawak!!

cuba kalu yg berkhayal mau menang tu tengok perut & bontot mrk sendiri udah tercemar atau tidak dgn tindakan terbaru nWAR ...

kalau mo selamat, lebih baik jarakkan diri dari de-facto leader pgayr itu...hahahahaha!!!!

Anonymous said...

Kalau pembangkang nak sangat Sarawak tu...ambiklah! Kalau orang Sarawak sayang sangat pembangkang tu...undilah! Kita tengok mcm mana handalnya pembangkang 'memajukan' Sarawak. Kita tengok menyesal atau tidaknya pengundi bila Sarawak jatuh ke tangan pembangkang.Masa tu airmata nanah pun tak guna lagi. Tengoklah betapa rakusnya pembangkang mengaut segala hasil mahsul Sarawak nanti.Rakyat Sarawak? Apabila telah berkuasa, anda yakin mereka akan peduli? Memang sangat peduli tapi cuma dalam mimpi!

mat saga said...

kah kah kah kah kah kah...

wenger ohhh wenger....
bengong betul kau nie....
iye laaa... dah nama pun wenger...macam pengurus arsenal...
main cukup bagus tapi tak menang-menang.... itu lah arsenal....
macam kau jugak laaa... bangap

ayat "we have the numbers"... terguling-guling aku gelak.... apa jadi 16 sept... nuar kata "we have the numbers"... apa jadi... hampehhhh.... kena kencing dengan nuar je .....

sebenarnya ayat "we have the numbers" tu maksud dia adalah......
berapa kali boleh pancut.... macam anwar... dia bole pancut 2 kali.... jadi dia have the numberS laa...

kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah

Anonymous said...

ambik kau PKR! padan muka.. BN mmg akan menang pilihanraya kali ni. biarpon sarawak nak jadi papa kedana camna pon. sarawak tetap milik BN.. haha.. xde hal la kalau stakat PKR nak wat ceramah 10ribu org pon.. BN xkan takut. Duit byk.. BN bleh beli smua org2 tu nanti. hahaha..PR kalau dpt sarawak.. abisla.. confirm sarawak lg ssh.. semua org sarawak akan makan kayu atau pasir saja.. hahaha.. jgnla bg PR mnang ye org sarawak.. kalau korg sayangkan negeri kamu.. undilah BN sampai mati.. kalau BN kalah.. korg confirm dtg akan susah. jadi BN penyelamat anda smua.. ALL THE BEST SARAWAKIANS! hahaha

Anonymous said...

org malaya ni puji pemimpin swk apa hal? ...ingat jika sebelum pilihanraya org malaysia dan media apa dapatkan meyiarkan masalah penduduk swk.. habak mai...kelak diharamkan masuk swk...padan muka...hang masuk kumpung budaya di sentubong.. org malaysia berapa tiket kena byr.. org swk berapa harga tiket..ada sedarkan kamu semua...

Anonymous said...

kebenaran paling jelas yg malaysiakini menipu kes kena ddos adalah diorang claim pindah sever baru tp dalam masa x sampai sehari server baru dah siap operasi. nampak sgt pembohong.

kebenarannya mungkin, maintenance out atau bandwidth tak cukup. paling haram jadah sampai mintak sumbangan kat org ramai.

duit banyak sewa la sebijik datacenter, pasang firewall kaw2 punya baru puak2 umno tak boleh ddos.