Monday, April 18, 2011

Kabinet Bayangan Tinggal Bayang-Bayang

Sasaran PKR, DAP dan PAS masuk bertanding PRN Sarawak adalah merampas pemerintahan daripada BN.

Sasaran BN masuk bertanding pula, kekalkan kerajaan walaupun dengan majoriti mudah. Kalau dapat 2/3 dikira bonus.

Akhirnya keputusan menyebelahi orang yang tidak bercakap besar.

Harapan PKR, DAP dan PAS untuk merampas Sarawak tinggal harapan. Kabinet bayangan yang dibentuk tinggal bayang-bayang.

Dipetik dari mykmu.net

Pertama sekali penulis nak ucapkan takziahlah kepada semua penyokong dan calon Pakatan Rakyat yang tumbang ya. Mimpi tu nak bentuk kerajaan tapi tak dapat ya.

Kasihan.

Memang menambah kerusilah nampaknya terutama DAP tapi kita faham depa dok main sentimen perkauman, cina akan bentuk kerajaan, cina akan bentuk kabinet, cina itu dan cina ini, mana tak menang. Kita dah jangka dah mood pengundi cina, itu pun kalah jugak di 3 kerusi.

Ditambah dengan isu mengenai Ketua Menteri yang dimainkan sehingga menyebabkan sentimen benci rakyat kepada pemimpin yang banyak berjasa ini. Tapi kita akuilah, jawatan Ketua Menteri memang dah sampai masanya diganti dan pelan peralihan kuasa itu pun sudah ditetapkan.

Kita yakin bila itu berlaku (peralihan kuasa), semua kerusi yang terlepas itu boleh didapat balik.

Tapi kita sungguh tak sangka, pembangkang punya gebang besar, sehingga membentuk kabinet bayangan, jangan kata nak menang, nak kurangkan 2/3 majoriti pun tak lepas, apa dah jadi?

Mungkin kah sebab isu jam Omega, isu video atau isu liwat ‘Perdana Menteri’ bayangan Pakatan Rakyat?

Kasihan betullah, macam takde pemimpin lain dalam pakatan tu sehingga yang rendah moral jugak yang nak diangkat jadi Perdana Menteri.

Apa pun penulis simpatilah dengan calon-calon Pakatan yang dinyatakan dalam senarai kabinet bayangan yang diatas, terutama sekali ‘Ketua Menteri’ bayangan Baru Bian.

Takpelah, boleh ikut style Anwar Ibrahim yang angkat sumpah depan gambar DYMM Yang Dipertuan Agung, Baru Bian juga boleh angkat sumpah depan gambar Yang Dipertua Negeri. Lepas tu adakan mesyuarat kabinet negeri di hotel, kalau tak bawah pokok (macam orang gila Pakatan di Perak)

Kesian, takziah, simpati, padan muka, semua sekalilah.

9 comments:

Anonymous said...

Yang rendah moral nak diangkat sebagai PM supaya nanti telur dia boleh dipulas2 oleh master puppet..supaya kerendahan moral dia boleh dijadikan untuk memenuhi kehendak2 master puppet dia...

Anonymous said...

Kalau PAKATAN HARAM ni memerintah negara ni,ANUwar adalah PM terakhir orang melayu,mungkin tak sampai 1 penggal pun,wakil dari PAS?jgn mimpi lah......

Anonymous said...

Dengan DAP 16 kerusi dimenangi maka tidak hairanlah jika DAP mahu title KM itu lebih dari segalanya.

Anonymous said...

Bro RBF, DAP sekarang dapat mengekalkan momentum kemenangan berdasarkan faktor-faktor berikut:-

1) Blogger mesra kerajaan hanya menumpukan serangan kepada parti PAS & PKR sehingga PAS & PKR terasa susah untuk mendapatkan kepercayaan undi2 melayu
2) Boleh dikatakan setiap hari, byk cerita ttg keburukan parti PKR & PAS tetapi blh dikatakan jarang sekali ade cerita tentang keburukkan DAP.
3) MCA, Gerakan dan SUPP tidak konsisten menentang DAP sebenarnya, seolah-olah mereka ni bersatu. Bagi kaum cina ni mudah, DAP takde org serang, dan seperti mempunyai track record yg baik, dan bila ceramah2 DAP diadakan, kata-kata mereka ni dianggap betul.Sehingga mereka percaya pada kata kata agent DAP dikalangan mereka.

Sekian,

Pembaca Setia

hangkedee said...

Ada class politiking orang melayu.Tembak kaki sendiri,patahkan jambatan sendiri.bocorkan payong sendiri.Apa nak jadi dengan bangsa melayu yang sekian lama layu..dan layu di ulit undi kafir Harbi sanggup gadai segala gala termasuk agama kepada yahudi dan nasrani.

Anonymous said...

andaikata PM ialah Anwar
Timbalannye Lim Kit Siang
sekiranye terjadi ape2 pd Anwar..timbalannye akan ditabal jd PM...itu yang aku risau...jd pikir2la..memang cukup kuat sentimen DAP..bangsa mereka bersatu teguh...andai benar dakwaan Anuwar segala bentuk dakwaan itu konspirasi menjatuhkan beliau..bertaubatla..tunjukkanlah jam Omega...serah DNA...Berani kerna benar takut kerana salah

Wali Selipo said...

Bro, aku rasa kalau tukar CM sekali pun, org cina tak akan undi BN. Kecuali bg tau dia org, yg nak ganti Taib Mahmud adalah cina.

Masalahnya kita termakan dakyah mereka dgn terikut2 mengatakan faktor usia menyebabkan rakyat tolak pemimpin BN. Ko org ingat Lim Kit Siang & Karpal Singh tu muda ka. Nie semua sentimen yg puak cina tabur utk mengaburi mata kita kerana mereka tahu, selagi ada pemimpin BN yg banyak berjasa kpd rakyat masih aktif berpolitik, mati hidup balik mereka tak dpt ambil alih kuasa kerana kebykkan pemimpin muda BN lebih tamakkan kekayaan dr berjasa kpd rakyat.

Anonymous said...

dear rbf

sebenarnya mca gerakan dan lain2 berbangsa cina ni dah tak ada taring lagi dah pada masyarakat cina itu sebab kalah di sarawak .

mungkin besar kekalahan itu disebabkan pornstar dari mca...gerakan dah tercabut taring dan kalah seme kerusi di pulau pinang pada pru 12 lalu.

bagi pendapat saya rakyat marhaen ni orang no satu malaysioa ds najib dan orang2 bawahan kepercayaan dia misti buat post mortem yang agresif la... jangan nak pandang ringan demi masa depan negara.

pada ds najib arahkan seme wakil parliment dan adun jangan tido la
turun padang la dari sekarang kini bukan masa lagi nak tido nyenyak
berjaga la,,,

last but not list ds najib kena la
baca baca surat surat luahan dari rakyat marhaen ni,,, dan juga surat surat rayuan dari rakyat miskin saperti saya ini pertimbang lah pencen bagi balu balu yang berkahwin selepas suami bersara dan ubah lah akta balu balu yang malang ni lah yang mengundi bn ingat tu jangan lah lupa pada insan insan yang tak dapat pencen yang mana arwah suami nya yg dikahwini nya selepas suami besara...jika lupa peristiwa hitan pru 2008 akan lebeh dahsyat lagi.... ingatlah dan pandanglah kebawah bila dikemuncak dan ingat insan malang ada hati dan perassan juga dan jgn biar insan2 terus menderita dan anak yang masih belajar...ambil la

ex gratia tu jangan ingat balu2 yang malang ni tak tahu...yang miskin menderita diabaikan dan tak pandang langsung luahan nya dan yang kaya walau pun dah dipecat tapi masih dapat bayaran ex gragtia tunggakan pencen dan pencen semasa adil kah itu....

Anonymous said...

terbaekla..semua orang susah hati dengan gebang si fuckatan nih..seb baik usaha semua termasuk bloggers mencerahkan peluang untuk kita teruskan momentum PRK.