Wednesday, April 20, 2011

Kenapa Din Katak Puru Gelabah Beruk ?

Belum pun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan pemilik sebenar jam tangan berjenama Omega yang sedang disiasat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, telah meluahkan kerisauannya kepada wartawan dan menjangkakan Peguam Negara akan mendakwa Anwar di mahkamah.

Apa punya bodoh kenyataan Saifuddin Nasution ini? Tidakkah dia sedar bahawa siasatan polis itu menjurus kepada pemilikan dan penyiaran video lucah yang dilakukan oleh ketiga-tiga Datuk T! Apa kena mengenanya dengan Anwar dalam itu cerita?

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani dalam kenyataannya berkata, siasatan video seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Jadi, apakah Anwar terlibat menyiarkan video seks tersebut?

Selama ini, tidak seorang pun menuduh bahawa Anwar menyiarkan video seks tersebut. Jadi usahlah melatah cepat sangat. Nampak sangat penakutnya dan orang yang takut ini selalunya bersalah. Sebab itu dia takut dan menggelabah semacam saja!

Pada penulis, Saifuddin sengaja membuat kenyataan tersebut untuk menarik simpati umum sekiranya Anwar dihadapkan ke mahkamah berkaitan video tersebut. Tapi rakyat tidaklah sebegitu bodoh untuk terpengaruh dengan permainan awal Saifuddin ini. Anwar tidak bersalah dalam hal-hal menyiarkan video tersebut, namun mungkin dia bersalah tentang perkara lain!

Kes Anwar ini samalah sebagaimana kes Eli Wong yang “kantoi” gambar separa bogelnya terpamer di ruang internet. Ketika itu, laporan polis juga telah dibuat terhadap dalang yang menyiarkan gambar tersebut. Namun, sehingga kini dalang tersebut gagal dikenal pasti dan diberkas. Tapi penulis percaya, siasatan tentang kes Eli Wong tersebut akan ditangkap juga nanti.

Namun, di dalam kes Eli Wong, dia sendiri pun mengaku bahawa itu adalah gambarnya, dan bukan gambar “superimposed” yang direka-reka oleh sesiapa. Itu gambar original. Meskipun Eli Wong “kantoi” bersepara bogel sebegitu, dia tidak dihukum oleh mahkamah. Malah dia tidak di dakwa pun oleh AG!

Jadi, apa yang nak ditakutkan oleh Saifuddin Nasution bagi kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar? Beza antara kes Eli Wong dan kes Anwar hanyalah melibatkan bahan yang disiarkan. Eli Wong lebih merupakan gambar statik fotografi, manakala kes Anwar pula melibatkan gambar video yang bergerak. Itu saja. Dan sekiranya Eli Wong tidak didakwa, mengapa pula Anwar pula akan didakwa???

Namun, reaksi Saifuddin Nasution yang dikatakan berketurunan Batak ini jelas menunjukkan bahawa Anwar memang sangat berkait dengan video seks tersebut. Mungkin dalam diam, Saifuddin mengakui dalam hatinya bahawa “lelaki bertuala putih” itu sememangnya Anwar. Jika tidak mana mungkin dia risau.

Lagipun, mungkin Saifuddin sendiri belum tengok jam tangan “Omega” yang dikatakan disimpan oleh Wan Azizah. Mungkin kerana belum tengok kelibat jam tersebut, maka Saifuddin sudah mula ragu-ragu dengan Anwar dan aktiviti sebalik tabirnya. Mungkin keyakinan Saifuddin terhadap Anwar sudah goyah. Mungkin dia sendiri tertanya-tanya, dimanakah jam tangan “Omega” tersebut???

Dipetik dari mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Semua orang dah tau sapa anawar sebenarnya.Puak2 ni saja yg tak mau percaya sebab ada kepentingan politik..Tak masyukkkk la kalau anwar kantoiii..
Tu yg dok pertahankan sangat tu....
Hancurkan Malaysia demi Anwar sekoq tu...
Bila KUDA dah mampoih...sapa yg depa nak kuda lagi pun tak tau...
DAP dah mmg sah anti melayu...
Kalau melayu anti melayu..akhir zaman la tu...

Horas! Hulu Langat said...

Cam celaka perangai din katak puru ni. Dari dulu dia suka terlebih-lebih dlm semua hal.

err..klu kata keturunan dia tu batak, tak tepat sangat bro..gua percaya dia tu keturunan mandailing.

Gua pun mandailing....huhu.

pakteh adam said...

puas puak minafiq ni bila di padang mahsyar nanti tatkala suratan masing masing ditayang kan didalam bentuk virtual in reality (buakn 3D lagi tapi tah berapa D entah!!)siap HDMI lagi, menayangkan akan kelakuan mereka di dunia ni.... mereka akan tuduh itu bukan mereka... itu "super imposed!!!"

Kekadang aku heran... kata Islam,( bukan itu ajer.. kononnya merekalah paling betul Islam nye!!) percaya sungguh hari akhirat. Saban masa cerita pasal hari perbicaraan di padang mahsyar.... tetapi tak boleh kaitkan "buku/surat/rekod/catatan" bagi setiap individu tu dengan teknologi semasa seperti CCTV, Hard disc/Thumb/Flash drive.Bila kes zina jer.... nak 4 saksi. TEknologi yang ada tidak boleh di relate kan dengan Al Quran..


HAri ni.. penjilat terhebat Al Jubri.. Pemuda AMK buat lapuran qazaf.... tu tak lain nak menipu orang hidup hidup lah tu.

Masaalahnya bila menang PRU 2008... depa main pukul rata jer ingat semua orang bodoh macam lembu.