Monday, April 18, 2011

Mulut Busuk Anwar dan Juak-Juak PKR Menipu Tanpa Had dan Batasan

Tidak dapat tidak, antara orang penting di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru sahaja berlalu adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim begitu giat berkempen, berceramah dan menghasut tetapi amat takut apabila ditanya tentang jam tangan Omega dan DNA.

Mungkin terpesona dengan kehadiran ribuan manusia untuk mendengar ceramah dan temberangnya, Anwar Ibrahim menaruh sepenuh keyakinan bahawa PKR akan menggantikan PBB di Sarawak, sekaligus mengetuai Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sarawak, salah sebuah negeri yang terkaya sumber alamnya di Malaysia dengan saiz yang jauh lebih besar berbanding Selangor, apatah lagi Pulau Pinang.

Selama lebih dua tahun, PKR merayap dan merayau di seluruh pelosok Sarawak. Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang yang beberapa bulan sebelum DUN Sarawak dibubarkan, begitu yakin PKR akan menawan 40 buah kerusi, turut tidak ketinggalan untuk cuba meraih perhatian. Malangnya, sesuatu berlaku di Sibu dan nama Zuraidah Kamaruddin di Sarawak terus lenyap selepas itu.

Namun ia tidak menjadi perkara penting buat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Dalam pelbagai kemelut yang berlaku di sekitar PKR – sama ada kemelut itu sekadar ciptaan untuk mendapat perhatian murahan mahupun ianya memang disebabkan PKR sendiri adalah parti bermasalah – Anwar Ibrahim dan PKR tetap bercakap besar, Baru Bian akan mewakili PKR ke jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Dan akhirnya kemuncak daripada segala macam kempen dan hasutan, para pengundi di Sarawak membuang undi. Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta angan-angan dan mimpi-mimpi indah untuk para petugas serta pemimpin PKR, keluar senyap-senyap meninggalkan Bumi Kenyalang dan menurut laporan, ‘pulang’ ke kampung halamannya di Amerika Syarikat atas tujuan yang dia sendiri sahaja tahu.

Namun puncanya segera dikenalpasti. Anwar sudah dapat mengesan kekalahan besar dan memalukan PKR. Sekalipun dapat menambah dua kerusi berbanding jumlah yang diperolehi pada tahun 2006, yang pastinya adalah PKR memang malu besar!

Selepas cakap berdegar-degar, selepas menghabiskan puluhan juta ringgit untuk berkempen, merasuah dan menarik sokongan di seluruh Sarawak selama dua tahun, terutama sekali di kawasan-kawasan yang dijangka dapat dipengaruhi dengan isu-isu NCR dan penguasaan Melanau, PKR hanya mampu menguasai tiga kerusi sahaja iaitu di Krian, Batu Lintang dan Ba’kelalan.

Menyedari apa yang berlaku di Sarawak tidak berpihak langsung kepada PKR, juak-juak Anwar Ibrahim cuba membuat lawak dengan mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah menang besar dan menguasai lebih 2/3 kerusi DUN Sarawak. Atau lebih tepat lagi, telah mengalahkan Taib Mahmud.

Twitter, blog dan Facebook yang berpihak kepada Pakatan Rakyat berusaha sedaya mungkin untuk membuktikan kebenaran tersebut.

Dan yang paling menarik apabila Anwar dikatakan telah ‘mengepung’ calon-calon PKR yang bertanding agar tidak melompat dan ‘dibeli’ oleh Barisan Nasional.

Namun akhirnya kebenaran terserlah. Anwar Ibrahim yang berpenat lelah selama dua bulan hanya mampu menguasai tiga DUN sahaja. Manakala tuan besar Anwar iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pula, mampu menambah koleksi kerusi DUN dengan jumlahnya sekarang adalah 12.

Sekali lagi terbukti, para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali dari PKR dan PAS begitu mudah digula-gulakan dengan air liur Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim kata, mereka pasti akan menang sebab ‘dua puluh kerusi dalam tangan’, juak-juak yang bangang tak sudah ini pun pakat percaya.

Akhirnya, apabila di ambang kekalahan, Anwar Ibrahim lari ke Amerika Syarikat, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat terutama geng-geng PAS masih lagi di Kuching untuk buat bedah siasat kekalahan LIMA TELUR OMEGA mereka.

Anwar masih lagi berbohong dan akan terus berbohong kerana terdapat terlalu ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari kalangan PKR dan PAS yang hidup dalam angan-angan dan impian yang

Dipetik dari mykmu.net

7 comments:

Zek said...

PUAK2 PAS DAN PKR TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH ALLAH SELEPAS MEREKA MELAKUKAN SOLAT HAJAT BERAMAI-RAMAI DI STADIUM MELAWATI. MEREKA LEBIH RELA MENERIMA PETUNJUK DARI SYAITAN.

BUKANKAH NIK AZIZ BERKATA BOLEH BERKAWAN DENGAN SYAITAN?

LAYARI BLOG ZULKIFLI NOORDIN DAN BACA ENTRI BERTAJUK "HAQ DAN KEBENARAN".

Anonymous said...

Pada satu sudut, pendekatan assabiyah yang dibawa oleh Dap memanglah mudah mendapat simpati dan undi tetapi ia tidak mampu mengubah status quo kekuasaan kecualilah di negeri yang mana penyokong Dap adalah golongan majoriti.

Pada sudut yang lain, sokongan yang diterima oleh Dap secara tidak langsung mengukuhkan persepsi massa terhadap mereka. Justeru sukar dibayangkan siapalah Dap tanpa amalan assabiyah dan semangat cauvinistiknya.

Middle Lane

anselmo said...

Saya rasis. Cina mahu perkara 153 dimansuh. BN/UMNO tak berganjak. Maka cina tak akan undi BN. Jadi orang melayu dan pribumi kekal malahan bertambah kepada BN. Terbukti di PRU 12 dan PRK2 termasuk PRN S'wak ini. Jadi marilah wahai cina kita terus rasis. Undi Cina tidak diperlukan. Lebih baik kamu tidak undi BN/UMNO. Kami Melayu/Pribumi bersedia utk melihat warna merah lebih menarik dari warna putih. Bila sampai masanya kamu akan merasakan keadilan, kebebasan dan kekayaan serta keamanan hari ini tinggal mimpi. Kamu akan rugi harta benda lebih banyak lagi nanti. Kami melayu/pribumi lebih gembira negara ini diubah bentuk tanpa perlu memikirkan kamu (cina. Wahai cina mari kita bermain dengan warna merah.

Anonymous said...

YANG PASTI,
PAS DAN PKR HANYA JADI ANJING TUNGGANGAN DAP UTK LEBIH MAJU.
JADI HAMBA KEPADA KAFIR HARBI DAP. TAK MALU KE?

Anonymous said...

PAS DAPAT BANYAK UNDI DARI PENYOKONG DAP , TU PUN MEGAH MACAM DAH MENANG 5 KAWASAN.KONON DAPAT KEPERCAYAAN ORANG SARAWAK.

Salam Perjuangan said...

Salam Perjuangan,

Moga kesatuan kita dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Malaysia mendapat bantuan Allah SWT demi menyelamatkan Generasi kita yang akan datang.

Mohon jasa baik link blog saya. Terima Kasih

http://idealismalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

ceh..puak-puak pas kene 'lebong' (tipu) gitu je dgn anwar ibrahim..bahang tahit blake..hahahaa,padam muka pas yang duk mabuk nak berkuasa sangat..mu tau dok puak-puak pas??..kalu Pakatan memerintah DAP lah yang paling gumbira!!..bodoh ke buat-buat bodoh org-org pas ni..