Thursday, April 14, 2011

Padan Muka...

Masalah komputer dan talian internet saya baru sahaja dapat diatasi. Sebab itulah blog ini tidak terisi semalam. Buat permulaan baca dulu cerita Husam bodoh di bawah ini. Saya akan update blog dari masa ke semasa cerita-cerita dari Sarawak.

Namakan dahulu pengganti MB Kelantan

KOTA BHARU 13 April - Pas Kelantan diminta menamakan dahulu pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum menyibuk hal 'rumah tangga' Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berbuat demikian sebelum mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, desakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan BN menamakan pengganti Abdul Taib umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana bekas Naib Presiden Pas itu menyedari Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri ini.

"Sebelum dia (Husam) nak tengok dapur orang, tengok dapur dia dahulu. Nik Abdul Aziz yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah pejabat dari tingkat tiga ke tingkat bawah kerana tidak upaya, terpaksa menggunakan tongkat dan selalu sakit, tetapi sehingga hari ini tidak menamakan penggantinya.

"Saya yakin dia kata begitu bukan ditujukan kepada BN tetapi dia perli Nik Abdul Aziz. Dia hendak kata kepada Nik Abdul Aziz tidak tergamak. Apabila Husam bercakap begitu, Nik Abdul Aziz akan mencermin muka sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Md. Alwi yang juga Setiausaha BN Kelantan berkata, sejarah membuktikan setiap peralihan kuasa dalam parti berlaku dengan tersusun dan baik sejak era Perdana Menteri pertama sehingga sekarang.

"Tengok Pas buat peralihan kuasa, Datuk Asri Muda kena 'sepak' sedangkan dia pengasas Pas hanya disebabkan golongan muda termasuk Husam pada masa itu tidak suka kepadanya. Peralihan kuasa dalam Pas dahsyat," katanya.

Tambahnya, BN membuktikan ia sentiasa relevan malah pemimpinnya silih berganti berbanding pemimpin pembangkang yang tidak pernah bertukar ganti sejak dahulu seperti Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Utusan Online

5 comments:

dzimba MMIM said...

nik aziz hendak tongkat langit dan husam sudah tidak sabar lagi.

To Live Again said...

Dia nk suruh Pok Nik sebut nama dia sebagai pengganti la 2..

Ala husam ni apa yg nk malu2..Kalau nk ckp je terus terang dgn pok nik hehhe..

blogenstarz said...

Buat ajelah Sholat Hajat biar Nik Aziz cepat2 berundur !

hangkedee said...

Mengata kepada orang memang sedap seperti ahli majlis mesyurat tingkap.Megumpat mengata last sekali laki balik nasi tak masak...melopong si suami.menyesal aku kawin dengan engkau kaki bawa mulut sperti Pas +PKR.Akibat tak mahu cermin diri ashik berceramah mengata orang .perintah 20tahun tahi babi memang tak ada di kelantan.

Anonymous said...

NIK AJIS TU PEMIMPIN ISTIMEWA PILIHAN ALLAH UNTUK KELATE.....KALU DIA LETAK JAWATAN MESTI KIAMAT AKAN BERLAKU DI KELATE....BIARKAN DIA BERKUASA SELAGI HAYAT MASIH ADA....SAHINGGALAH KUBUR PANGGIL DIA.....TAK APO..TAK APO BUDAK HUSAM AKAN TUNGGU SERIBU TAHUN LAGI......