Tuesday, April 19, 2011

Penjelasan Dan Permohonan Maaf Kepada Adun-Adun PAS Perak

Merujuk kepada laporan harakah daily seperti dibawah
KUALA LUMPUR, 19 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim kesal dengan fitnah yang disebarkan puak Umno yang mendakwa tiada seorang pun Adun Pakatan Rakyat Perak menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-83 Tahun hari ini.

Fitnah itu disebarkan dalam blog Umno ruangbicarafaisal.blogspot.com jam 9.58 pagi tadi namun artikel bertajuk "DAP, PAS dan PKR Boikot Hari Keputeraan Sultan Perak" itu kemudiannya dibuang dari blog tersebut.

Khalil berkata, beliau dan Adun-Adun PKR, DAP dan PAS yang lain tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri majlis itu.

"Bagi mengesahkan perkara yang sama sebentar tadi saya telah menghatar khidmat sistem pesanan ringkas (sms) kepada semua adun PR.

"Sehingga sekarang saya menerima respons segera dari hampir 20 Adun PR yang memaklumkan mereka tidak menerima apa-apa jemputan ke istana pada hari ini," jelas Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri melalui twitternya.

Khalil ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi juga mempersoalkan tindakan menarik balik artikel tersebut jika dakwaan tersebut benar.

"Setelah periksa blog tersebut, saya artikel tersebut telah dibuang. Kenapa buang kalau betul dakwaan kami boikot majlis ini? Mungkin mereka takut lalu membuang artikel itu," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Tegasnya juga, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana beliau sendiri menutup pejabat khidmat masyarakatnya dan semua pekerja bercuti.

"Dakwaan ini tidak berasas sama sekali sedangkan pada hari ini pejabat saya ditutup dan semua kakitangan saya bercuti. Selain itu saya juga mengibarkan bendera Perak," tegasnya.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai perbuatan yang boleh menimbulkan pandangan yang salah kepada Adun Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau merafak sembah tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena hari keputeraan baginda hari ini.
Saya penulis blog RBF Online mengaku ada menyiarkan berita yang dimaksudkan oleh harakah daily (bawah) pada jam 9.52 pagi ini dan menarik balik tulisan tersebut 15 minit kemudian setelah menyedari berlaku kesilapan.
DAP, PAS dan PKR Boikot Hari Keputeraan Sultan

Berita Ringkas

Tidak ada seorang pun adun-adun DAP, PKR dan PAS Perak menghadiri majlis sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak ke 83 yang sedang berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar sekarang.
PENJELASAN

Lebih kurang jam 9.30 pagi tadi saya menerima maklumat yang mengatakan tiada seorang pun Adun-Adun PAS, PKR dan DAP yang menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Sultan Perak ke 83 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar Perak.

Setelah menerima berita berkenaan saya melakukan semakan. Hasil semakan yang saya lakukan dengan beberapa pihak saya dapati laporan berkenaan benar , iaitu tidak ada seorang pun Adun-Adun Pas, PKR dan DAP yang menghadiri majlis tersebut.

Lalu saya membuat keputusan untuk melaporkan berita berkenaan seperti yang saya siarkan diatas.

Lebih kurang 10 minit selepas itu saya menerima maklumat yang mengatakan laporan tersebut tidak tepat kerana mengikut pemberi maklumat, saya difahamkan ketidakhadiran Adun-Adun berkenaan bukan kerana mereka boikot tetapi mereka tidak dijemput untuk menghadirinya.

Saya cuba sekali lagi melakukan semakan dengan beberapa pihak tetapi saya gagal mendapatkan jawapannya. Lalu saya mengambil keputusan untuk menarik balik tulisan tersebut kerana saya gagal mendapat kepastian dari pihak-pihak berkenaan.

Setelah diberitahu oleh seorang rakan tentang laporan yang disiarkan oleh harakah daily dan setelah melihatnya saya sekali lagi melakukan semakan dengan pihak-pihak berkenaan. Saya difahamkan perkara yang sama, iaitu Adun-Adun Pas, PKr dan DAP tidak dijemput menghadiri majlis tersebut.

Sekiranya saya seorang penulis blog yang suka melakukan fitnah, saya tidak akan menarik balik tulisan yang saya siarkan itu. Adalah lebih baik saya biarkan tulisan tersebut terus berada di situ jika saya ingin memfitnah.

Jika diikutkan kepada berita yang saya laporkan tidak ada sebarang kesalahan yang saya lakukan, kerana saya hanya memaklumkan ketidakhadiran mereka, cuma saya tersilap di bahagian tajuk kerana menggunakan perkataan 'boikot'. Walaupun hanya satu patah perkataan yang salah tetap salah.

Saya juga merasa kesal kerana harakah daily menyatakan saya adalah blog Umno. Blog ini tidak pernah menjadi blog Umno atau penulis ini dibayar oleh Umno untuk mengendalikan blog ini. Saya hanya ahli Umno biasa. Adalah lebih tepat jika harakah daily menggunakan ayat 'blog ahli Umno'.

Sekiranya blog ini adalah blog Umno sudah tentu saya tidak akan sesekali mengkritik Umno dalam blog ini seperti mana harakah daily yang menjadi portal Pas dan tidak pernah mengkritik Pas dalam laman tersebut. Semua pembaca blog ini tahu bagaimana blog mengkritik atau 'menghentam' Umno dan pemimpin-pemimpinnya dalam blog ini.

Mohon harakah daily perbetulkan laporan tersebut.

PERMOHONAN MAAF

Oleh kerana saya telah melakukan kesilapan berhubung tajuk berita diatas , maka saya mengakui kesilapan saya dan ingin memohon maaf.

Saya penulis blog ini memohon maaf kepada semua Adun-Adun Pas sahaja kecuali Nizar bin Jamaluddin berhubung kesilapan tajuk berita yang saya laporkan sebelum ini.



Sekian

Terima kasih

RBF ONLINE

49 comments:

Anonymous said...

bravo!

blogenstarz said...

Alhamdulilah...
Berani kerana benar.Saya Kagum dengan cara anda mengatasi masalah yang dihadapi.
Teruskankan perjuangan.
Tabik Springgggggg....

x-pkr said...

apesal nizar lambai terkeluar dari senarai permohonan lu bro?

Anonymous said...

RBF.. ko mmg anak jantan! tahniah! seorang blogger yg matang..

p/s: ala.. ADUN2 PAKATAN DI PERAK.. tak payah nk berlakon la menjunjung duli.. korang tu pemberontak.. patut dihukum mati saja kerana menentang Raja-Raja Melayu!

Anonymous said...

Wa tabik lu bro. Ini baru jantan sejati...

Harakah ada berani? RBF hanya blog individuhai Harakah. Jauh kalau nak dibandingkan dengan Haramkah yang memangnya media rasmi PAS.

Hj. Tegheban said...

Kena pikio jugak ngape deme tak dijempot.

Sports said...

RBF memang gentleman!!!

Anonymous said...

gentle bro, gentle..... gua tabik spring sama lu!!!

Anonymous said...

Berhati-hati sebelum membuat posting.

Zac said...

Camni la anak jantan!! Aku rasa depa tak diundang pasai tak tau nak hormat Sultan!! Nanti pi pakai singlet je..hahha

Anonymous said...

Memang dasar ahli UMNO. tanpa penelitian dan usul periksa terus teruja membuat posting jaki ada berita yang boleh memburukkan pihak lawan.

Anonymous said...

Cool bro....teruskan perjuangan.

TakdeParty said...

Bro

benar tetap benar, yg salah tetap salah.. Tahniah bro kerana mengakui kesilapan.. Budaya fitnah bukan budaya kita..

~ From the bottom of my heart, i salute u ~

Anonymous said...

tak pe bro..kita ni manusia biasa jer..x lari drpd melakukan kesilapan..kalau salah, kita mengaku jer...minta maaf byk2.. itu cara gentleman...sbb tu gua selalu ikut tulisan lu bro...anyway...wa caya sama lu punya tindakan...

Wali Selipo said...

Tabik lu bro...

wmu350 said...

saya bangga ada org melayu yg berani dan mengaku kesilapan dan setelah membaca berkaitan isu itu,saya dengan ini 100% sokong penjelasan yg rbf berikan.....

saya akan terus menyokong dan membaca blog tuan....tahniah teruskan perjuangan menentang hantu@ jembalang ....

Cengdol said...

Tahniah bro...

Inilah blog yg hebat, berani mengaku kesilapan dan bersedia memohon kemaafan.

Anonymous said...

perkara kocik jer tu buat apa nak melalak ... puak kuih bangkang nie lagi banyak pembohongan dok buat tak pernah pun nak minta mangap ....

Anonymous said...

saya SALUTE anda.
SYABAS!!!

nun manjung said...

elok pun tak jemput nanti buat kecoh pulak puak2 ni.

zahari1950 said...

Jikalau benar-benar mereka patriotik dan menyembah raja serta taat setia kpd raja, apabila tidak dijemput, perlulah sedar diri apa mereka telah lakukan hingga tidak di jemput ke istana. Mereka diumpamakan wakil raja dikawasan yg mereka jadi wakil rakyat. Kalau tidak takkan mereka mengangkat sumpah taat setia semasa dilantik jadi wakil rakyat di hadapan raja. Oleh itu mereka perlu segera minta ampun kepada kebawah Duli Tuanku terhadap silap salah mereka sehingga mereka tidak dijemput. Bukannya dengan bangganya mengistiharakan bahawa mereka tidak hadir bukan salah mereka tetapi kerana tidak dijemput. Sombongnya mereka terhadap raja yg memerintah mereka.

Anonymous said...

bro lu mmg jujurlah...klau artikel tu yg HaraMkah tulis sudah tentu tidah akan tarik balik kenyataan itu dan mohon maaf mcm lu buat...

kita manusia biasa ada salah silapnya...mohon maaf cara yg terbaik...

tapi bro ada manusia yg tidak pernah buat salah,siapa lagi wali selipar Nik Aziz lah...

Pok nik manusia yg luar biasa bagi juak PAS sehinggakan ucapan yg tidak betul pun juak PAS anggap keramat kahkahkahkahkah...

kakahkahkah lawaklah.....

klau ada sesiapa yg bnyk dosa nak jalan pintas masuk syurga sila jumpa Pok Nik Aziz .....

abg m said...

anda anak jantan tulin, berani buat berani tanggung, anda hebat umat MUHAMMAD .

mat saga said...

bro...

gua dah pegang batang paip besi nie... kalau gaduh tadi gua nak hempuk kepala niezar lahanat tu...

kalau jadi gaduh lu hello la gua brader.... gua datang punyaa...

Anonymous said...

hahaha... penyokong ngan ahli tak same keeee? mohon pencerahan

Anonymous said...

hehe..tahniah la RBF..

sib baik la mintak maaf,lain kali siasat dulu..

jgn suke main terjah2 eh?
sib baik la tarik balik,kalo x,sanggup ke nk bayar saman?

kire blogger bersahsiah tinggi ni

ahaksss....

-warga shah alam-

Anonymous said...

hebat!!!

Antibarua said...

Memang patut tak dijemput puak2 BARUA yang menjiat jubur DAPIG ni...

Kalau mereka hadir takut berbaring atas permaidani yang dibentang tu, lagi tambah berbulu tengok Dr. Zambry terima pingat...

Keputusan tepat tak jemput mereka.

Anonymous said...

Salam perjuangan,
Alhamdulillah..syabas tuan atas tanggungjawab dan berani memohon maaf.
Inilah keberanian sebenar seorang Islam, yg rasa bertanggungjawab, bersalah walaupun kita tahu puak laknat di sana lebih dhsyat dgn fitnah, mencarut, pembohong.
Jangan haraplah puak sana akan mintak maaf jika mereka buat silap, EGO lah katakan.. itupn nk mengaku Islamik lagi..ceehhh..

Pada ADUN loqlaq PR..suluh lah muka2 kamu semua mengapa pihak Istana tidak berkenan untuk menjemput anda..anda adalah berok2 yg hanya layak beraksi di dalam ZOO atau kandang2 SARKAS..
dan BEROK MAKYEH paling bodoh sekali ialah NIZAR Laknat tu!!
ANJING DAP KOMUNIS Laknatullah Ngeh, Ngor Babbi tu patut diajar bukan setakat majlis2 Di Raja, malah dilarang sama sekali menjejak kaki di kawasan Istana..mau ajar sama itu anjing2

IBROH..PENGAJARAN..
jangan lah mudah lupa wahai berok2 PR yg suka mengguriskan hati manusia lain.. jangan kata Raja atau Sultan, kami yg tidak melihat inipun rasa marah, kecewa dan amat benci dgn doktrin GILA BABBI PAS-PR tempoh hari sehingga terlahirlah 'penjilat2 Melayu PAS BANGANG' yg berguling di atas jalan menghalang Raja..
Institusi yg juga telah mengangkat BEROK PAS NIZAR TOKONG LILIN menjadi MB.. tidak ada rasa malu kah? atau mengenang budikan perkenan dan budi bicara Tuanku yg menaikkan PAS menjadi MB wpun kerusi DUN seciput.. Sesiapapun akan rasa kecil hati, teguris apatah lagi berok2 bahlol PAS ini terus menerus menyerang Sultan Perak, SEMBAH DERHAKA? cukup laknat dan busuk punya hati! tidak cukup dgn itu Mufti yg menegur di panggil pula dgn gelaran 'anjing'..

inilah manusia2 'soleh' yg di asuh oleh Parti Ajaran Syaitan-PAS yg cukup ANGKUH dgn kemenangn org lain.. hikmahnya ALLAH jatuhkan mereka supaya mereka sedar!

Belajarlah muhasabah menghormati orang lain, malu pada TUHAN.. berok2 ini memakai dgn nama 'ISLE' tapi perangai tidak ubah seperti MUNAFIQ!

RAKYAT SUDAH MUAK DGN ANDA..INSYA ALLAH DGN BERKAT DOA, KAMU SEMUA AKAN DIJATUHKAN TIDAK LAMA LAGI WAHAI BEROK2 PAKATAN HARAM!! INSYA ALLAH!! AMINN YA ALLAH YA KARIMM!!

urkolog said...

bro memang gentle...

kita org semua diblakang rbf...

kalau silap mengaku silap..kalau salah memohon maaf...

itu olang tak mau terima lu punye maaf...dia org punye pasal lahhhhhh

berani kerana benar...jgn luntur semangat selepas ini..kasi laser kaw kaw lg...

Anonymous said...

Boikot atau tidak dijemput sama saja...!!kalau dijemput sekalipun mereka tetap boikot...dah tau sgt perangai binatang depa ni.....

Ayat x dijemput cuma nak bagi sedap jea....agar xde la org lain nak hentam depa...!semmgnya depa ni suka twist statement...

Wud Di...

Anonymous said...

Aku rasa adun DAP dan PKR boleh menyaman rbf kerana menuduh mereka memboikot. Bukti ada secara terang terangan. Diorg tu pulak mmg jenis lawyer je semua. Sebab permohonan maaf tidak dibuat kepada mereka yang secara tak langsung membetulkan tuduhan mereka memboikot. Dgr cerita mereka akan membuat report polis hari ni. Harap rbf jaga2

Anonymous said...

syabas kerani berani mengaku kesilapan sendiri...terus kan usaha anda...

Anonymous said...

tu lah Dap dan Pas...kan dah bertemu buku dgn ruas...tgklah apa yg akan kena kt dorang nanti...

x mcm harapakdaily..hambur fitnah...bila salah story ..buat dekk jer...x mintak maaf..so jadi lah lidah sebar fasiq

malimgunung7 said...

RBF.. tabik spring untuk saudara.

Walau bagaimanapun, memang patut "penderhaka" tu tidak dijemput. Ada pun tau membangkang saja.

Anonymous said...

syabas bro..wa salute sama lu.tunjukkkan budaya umno lebih mulia dari budaya depa..salam perjuangan!

Anonymous said...

tindakan yg sgt baik...gentleman. tidak salah mengaku slaah jika benar2 tersilap.
rasanya perkataan boikot tu betulla..jika dijemput pun mungkin depa akan buat hal lagi..kan depa tu pakar boikot? hehe

Anonymous said...

Salam RBF..x pe bro..berani kerana benar,takut kerana salah..

Anonymous said...

Pas bergantung pada blog Harakah dan badan kajian seperti Zentrum untuk memberi gambaran tentang kedudukan mereka di Sarawak. Habis nak kata apa lagi. Biarkan! Biarkan!

Mr.Uda said...

Beruk-beruk dan monyet-monyet pakatan pembangkang tu memang tak layak di jemput ke majlis DiRaja, orang yang tak tahu adap hanya layak di jamu di gerai bawah pokok aja bro.

Matkilau said...

Bro, thumb ups.... lu dah jelaskan dgn sejelasnya sekarang giliran puak Haramkah aje buat penjelasan mereka kerana menuduh kau blogger Umno.... bak kau ckp pasal blog haramkah protect his on interest... memang logic habis punya.

Haramkah be gentlemen said "Sorry"..

marilyn said...

Aku respek ko RBF.inlah yg sepatutnya dilakukan oleh setiap blogger tidak kira parti mana.
Aku tetap sokong ko bro.

Anonymous said...

Fitnah itu lebih besar dosanya drp membnuh, hrp saudara insaf & ambil ikhtibarnya selagi masih sempat bernafas

Permohonan maaf tanpa keikhlasn atau sekadar sebagai alasan terkilaf bukan satu penutup kesalahan, selagi org yg saudara fitnah itu tidak memaafkannya.

Berhati2lah dlm penulisan, walau semarah mana kita kpd seseorg, jgn sampai memaki & cacian dituturkan

Semoga saudara dpt muhasabah diri & mendpt hidayah & pengajaran drp hal ini

anti bohmau said...

Alhamdulillah, congrats rbf!

berani kerana benar, takut kerana salah...

rbf telah bertindak betul dgn membuang artikel tersebut menyedari ianya tidak benar & rbf juga telah memohon maaf secara terbuka kpd adun2 pr perak.
jadi mrk masih mahu menyaman rbf, ini hanya menunjukkan mereka umat pas yg tidak boleh menerima langsung permohonan maaf orang lain yg telah menyedari kesilapannya. tak tahulah mazhab apa yg mrk pakai?! sedangkan Nabi ampunkan ummat!. ...

tak pelik la kalau rpk kata pas ini parti islam melampau! "i mean, that's the only icon we've got for the opposition & he has certainly played a major role or an important role in uniting the opposition. in particular the dap which is perceived as a chinese chauvinist party & pas which is seen as an extremist Islamic party.
(pas parti Islam melampau? extremist?)
now, these two parties have never been able to see eye to eye but anwar has somehow been able to get them to sit at the same table & they agree on many very controversial issues" (wawancara rpk dgn radio australia 15 apr 2011)
kuasa punya pasal pas sanggup bersekongkol dgn musuh ketat Islam biarpun mrk memang tidak menyokong langsung hudud mahupun penubuhan negara Islam ala pas!

Anonymous said...

Tahniah Bro..

Anonymous said...

TAHNIAH BRO....KERANA BERANI DAN JUJUR DALAM BERKATA.....ANDA SEJUTA KALI LEBIH BAIK DAN MULIA DARI HARAKAH....BERANI MEMOHON MAAF DI ATAS KESILAPAN YANG DILAKUKAN...HARAMKAH PULA AKHBAR DAYUS DAN TIADA SEKELUMIT PUN NILAI BERITA....DI DALAM NYA 99.9 % ADALAH BERITA PALSU DAN FITNAH....IANYA SEUMPAMA KITAB BAGI PENGANUT AGAMA SUCI PAS...SUMBER BERITA DAN IKLAN UNTUK KE SYURGA NIK AZIZ.......

Anonymous said...

ko tanggunglah dosa kat akhirat nnti


tp aku heran, ko langsung x reply apa2 yg kita org tulis kat sini

apa takut ke, kata telus & berani, x de langsung hubungan 2 hala

tlglah jwb2 sikit apa yg kita org tulis ni, tenguk cam blog Khir Toyo, dia kena belasah dlm post komen, tapi dia tetap reply, baru gentelman bro

Anonymous said...

Anon April 20, 2011 3:43 PM

Fitnah itu lebih besar dosanya drp membnuh, hrp saudara insaf & ambil ikhtibarnya selagi masih sempat bernafas

Permohonan maaf tanpa keikhlasn atau sekadar sebagai alasan terkilaf bukan satu penutup kesalahan, selagi org yg saudara fitnah itu tidak memaafkannya.

Berhati2lah dlm penulisan, walau semarah mana kita kpd seseorg, jgn sampai memaki & cacian dituturkan

Semoga saudara dpt muhasabah diri & mendpt hidayah & pengajaran drp hal ini


WOI SEDARA,XLEH BEZA FITNAH NGAN SILAP MAKLUMAT KE?BTW,TAU LAK KO YG HUKUM FITNAH CAMTU YEK,CAMNE NGAN NIK AZIZ FITNAH RAMAI PEMIMPIN UMNO,KO INGAT DIORG DH REDHA DAN MAAFKAN DIA KE?CAMNE NGAN NIK AZIZ FITNAH ALLAH,KO INGAT DIA LEH DIRECT NEGO MINTAK MAAF KE?

RBF,KALO AKU PUN XNK MINTA MAAF KAT NIZAR KKK TU.BTW,KO MMG GENTLEMAN LE,KALO ADA ORG NK CR MENANTU LAKI,AKU AKAN PROMOTE NAMA KO TAU BRO.....AZMEER

Anonymous said...

WOI SEDARA,XLEH BEZA FITNAH NGAN SILAP MAKLUMAT KE?BTW,TAU LAK KO YG HUKUM FITNAH CAMTU YEK,
-----------------------------------

Slm saudara, leh lak konar2 ye, fitnah jadi silap maklumat lak tulisnya,

sy x skong mana2 pihak, setiap penfitnah kena jwb sendiri kat akhirat nnti

wasalam