Thursday, April 21, 2011

Sudahlah, Insaflah Wahai Dr Lo Lo

Dua bulan lepas saya pernah menulis mengenai Dr Lo Lo.

Saya ingatkan dia sudah insaf , tapi nampaknya manusia seperti itu masih tidak memahami erti keinsafan.

Dalam saat-saat sedang bertarung dengan penyakit yang merbahaya begitu pun , mulut Lo Lo masih lagi berbisa.

Sebelum anda membaca tulisan dibawah yang saya petik dari mykmu.net adalah lebih baik anda membaca kembali apa yang saya tulis dua bulan lepas mengenai Lo Lo. Klik di sini


Dipetik dari mykmu.net


Lo’Lo’ di Kg Baru, dah nak mati pun dok tabur fitnah lagi?

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’Lo’ Ghazali, yang hidup segan mati tak mahu, baru-baru ini menuduh adik Perdana Menteri, Nazir Razak, menguasai projek menaik taraf masjid Kampung Baru yang diberi peruntukan sebanyak RM20 juta.

Lo’Lo’ berkata demikian hanya berasaskan pandangan matanya sekali imbas dan berkata, “Tiba-tiba saya lihat menara sudah berbalut, atau mungkin sedang dibaiki?”, lalu dia fikir projek tersebut ditawarkan melalui “direct nego”? Kepala hotak dia..!

Apakah dia fikir Perdana Menteri sebodoh pemimpin-pemimpin PAS yang memberikan projek-projek di Kedah dan Kelantan melalui “direct nego” dan kemudiannya dijadikan ‘bahan kempen’ politik? Perdana Menteri tidak sebodoh Lo’Lo’ yang cepat buruk sangka mengikut telunjuk syaitanirrojimmm…

Sebenarnya, peruntukan RM20 juta untuk projek menaik taraf masjid Kampung Baru disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Syarikat itulah yang bertanggungjawab membuka tender untuk projek tersebut.

Mungkin Lo’Lo’ tidak tahu hal ini kerana sebok berpolitik dan keluar masuk hospital merawat kanser tahap 4 yang dihidapinya. Tender tersebut sudah lama dibuka dan mungkin IMDB memberikan tender tersebut kepada syarikat yang bekelayakan dan mempunyai prestasi serta piawaian yang mengikut syarat.

Jika diberikan pada Nazir sekalipun, apa salahnya jika syarikat Nazir berkreadibiliti. Takkanlah nak diberikan pada kontraktor-kontraktor PAS yang meng”alibaba”kan projek Kerajaan Negeri Selangor pada “Mommy Foo” (mak tiri Guan Eng) pula? Tak adillah begitu.

Lagi pun, kalau nak diharapkan Lo’Lo’ untuk mengusahakan naik taraf Masjid Kampung Baru, alamatnya sampai Lo’Lo’ mati sekalipun takkan menjadi. Lihat saja betapa teruknya keadaan pusat khidmat Lo’Lo’ di deretan kedai di Kampun Baru, “indons”, tikus dan lipas bermahajalela di kawasan tersebut!

Lo’Lo sepatutnya bersyukurlah sikit bila ada pihak yang membangunkan kawasan Parlimen Titiwangsa. Memfitnah PM dan adiknya, bukanlah satu cara bersyukur! Betulkah Nazir yang mendapat projek tersebut? Cuba periksa di 1MDB, setahu saya, syarikat adik PM tidak ada kena mengena dengan ini cerita…

Sudah-sudahlah Lo’Lo’, jangan menabur fitnah! Bukan senang nak tempis soal jawab kubur kelak. Usahlah menambah dosa, takut tak sempat nak minta maaf pada PM nanti. Jika benar dakwaan Lo’Lo benar, sila laporkan pada SPRM untuk disiasat. Penulis risau sekiranya dakwaan Lo’Lo’ tidak benar, percuma saja dapat dosa. Itu belum lagi di saman Nazir…

Hakikatnya, pemimpin PAS tak kira tua, veteran, pertangahan umur dan muda, sememangnya suka memfitnah. Dah nak mati pun suka menabur fitnah untuk menimbulkan rasa benci rakyat pada Kerajaan BN. Padahal, Kerajaan BN lah yang begitu komited berbakti kepada masyarakat tanpa memikirkan keuntungan sendiri.

Sesungguhnya rakyat sudah jelak dan jijik dengan permainan politik kotor dan fitnah pembangkang terhadap pemimpin BN. Cuma pembangkang saja yang fikir mereka kuat. PRU-13 nanti, tahulah rakyat bagaimana nak ajar juak-juak paksi kejahatan pembangkang ini!

9 comments:

Anonymous said...

Saudara RBF,

saya pun heran dengan depa yang cerdik agama ni...kate kuat agama,beriman..tp selalu sgt memfitnah!kalau ckp bab DOSA dan PAHALA pandai!!keluarga saya sendiri selallu turut difitnah oleh puak2 pas di kampung..apa shj pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Perak thdp kampung sy..mesti nama bapa tercalit sama..untung atas angin la..dpt rasuah la..sedangkan kwsn kampung sy dibawah DUN DAP..haram tak turun kampung!!apa sj yg kerajaan BN buat semua tak kena kat mata depa..kami 1family memang tak akan ampunkan juak2 pas yang memfitnah keluarga kami!

Anonymous said...

Naib presiden MCA desak Taib segera undur.... Bengong dia ni. Semua calun dari parti Taib menang. Yang kalah calun cina. Orang melayu semua sokong Taib. Orang cina tetap undi pembangkang. Itu nak salahkan taib ker?

Bangang, bengong... Kita minta Datuk Najib jangan letak calun cina di kawasan melayu, bagi calun BN semasa PRU13 nanti. Di kawasan pengundi cina letaklah calun cina dari MCA ker Gerakan ker.. Memang gerenti kalah. Dia orang akan sokong DAP jugak.

Di kawasan melayu, dulu kita letak calun cina, menang jugak. Tapi tidak kali ini. Orang melayu tidak bodoh lagi!!!

kelingkorea said...

nak alih kan isu tanah mendap kot... apa yg dia buat... rasa rasa buat bodo jer kot...

kelingkorea said...

nak alihkan isu tanah mendap kot... apa yg ahli perlimen titiwangsa buat... rasa rasa dia buat bodo jer kot... dbkl n umno gaks laaa yg terhegeh hegeh g tlg mangsa tanah mendap....

Anonymous said...

Sedangkan Nikki leh melalut 20 taun lebih d'Klate.

LoLo pon nak gak melalok kuang2 2 penggal d'jajahan dia gak.

Pencacai2 LoLo pon nak melalok skali.

Geena said...

mungkin dia maksudkan adik PM yang satu lagi tu... si arkitek yang kawin dgn selebriti TV3 tu...entah apa namanya aku pun dah lupa.

Mungkin dia jadi arkitek konsultan untuk projek tu. Entahle.
Kalau ye pun....apa salahnya hehe.

Berlapang dadalah wahai Loklok.

Anonymous said...

Aku rasa Si Lo' LO' ni akan mati dengan penuh keaiban kerana sampai nak mati pun masih nak buat fitnah. Ajaran Islam larang kita bersangka buruk... bukan dia tak tau... atau dia ni Islam celup...

Anonymous said...

Allah Maha Besar, satu hari nanti pembalasan yang setimpal akan mereka terima jua, bertaubat lah orang2 PAS

Anonymous said...

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang telah pergi menghadap Ilahi pada 17 Julai 2011, 10.15 malam. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Ingatan buat yang hidup, bahawa hidup ini sesingkat cuma. Marilah beramal untuk mendapat redha Allah SWT.