Saturday, April 30, 2011

Video Pengakuan Mangsa Liwat Kepada Pemimpin Pas



Kepada anak-anak muda yang tak kenal lagi siapa Anwar Ibrahim, hari ini saya nak ceritakan kepada anda satu peristiwa yang pernah terjadi sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari Umno pada tahun 1998.

Pada masa itu mungkin ada sebahagian dari anda yang masih berada di bangku sekolah dan tidak tahu apa-apa lagi tentang Anwar.

Sebelum ini kita pernah mendengar dari Umi Hafilda bagaimana Mat Sabu memanjat pejabat Umi untuk mendapatkan cerita tentang kegiatan liwat Anwar sewaktu Anwar masih lagi TPM.

Tidak cukup dengan itu, Umi dan Azizan Abu Bakar pernah berjumpa Karpal Singh di pejabat Karpal untuk urusan akuan bersumpah Azizan yang mengaku diliwat oleh Anwar.

Selepas itu Karpal membangkitkan perihal liwat-meliwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat pada tahun 1997.

Hari ini pula saya nak bangkitkan kembali video yang saya pernah lihat pada tahun 1998 kerana secara kebetulan saya terjumpa video itu dalam you tube beberapa hari lepas.

Semasa Anwar Ibrahim masih menjawat jawatan TPM dan Timbalan Presiden Umno , Imam Besar Masjid Negara ketika itu adalah Ustaz Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Pas kawasan Baling sekarang.

Walaupun pada ketika itu Ustaz Taib Azamuddin tidak berpolitik , tetapi beliau lebih condong kepada Pas. Pada masa itu juga ada kedengaran yang Taib Azamuddin akan menyertai Pas.

Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah yang menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim datang mengadu hal kepada Imam Besar Masjid Negara (Taib Azamuddin) tentang kegiatan songsang yang telah dilakukannya bersama Anwar Ibrahim. Dikatakan hamba Allah itu telah menyesal, ingin bertaubat dan ingin meminta Imam Besar Masjid Negara membimbingnya.

Memandangkan Taib Azamuddin pada masa itu condong kepada Pas, lalu beliau telah merakamkan pertemuannya dengan hamba Allah itu beserta dengan pengakuannya. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin menggunakan video itu sebagai peluru untuk menembak Umno kerana pada masa itu pilihanraya umum ke 10 bakal diadakan bila-bila masa.

Video tersebut kemudiannya disalin beberapa salinan dan hanya diberikan kepada pimpinan utama Pas. Walaupun hanya pemimpin-pemimpin utama Pas sahaja yang memiliki video itu, tetapi ianya tetap bocor. Ada orang bercakap pasal video tersebut pada masa itu dan ada juga surat layang yang tersebar.

Dunia pada masa itu tidak seperti hari ini dimana semuanya tersebar dengan pantas melalui komputer dan telefon. Pada masa itu berita-berita panas tersebar melalui surat layang. Siapa yang dapat satu surat layang diminta fotokopi sebanyak 10 keping dan edarkan kepada orang lain pula. Begitulah seterusnya. Begitu juga dengan video , bukannya pakai cd, thumb drive atau you tube seperti hari ini, sebaliknya guna tape yang sebesar saiz novel. Untuk salin-menyalin video pun kerja senang pada masa itu.

Tidak berapa lama selepas Taib Azamuddin letak jawatan sebagai Imam Besar Masjid Negara untuk bergiat aktif dalam Pas , tiba-tiba Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan TPM dan Timb Presiden Umno.

Tiba-tiba sahaja isu video pengakuan mangsa liwat Anwar Ibrahim seperti diatas menjadi senyap di kalangan pemimpin-pemimpin Pas. Mulut mereka bagaikan dikunci.Boleh dikatakan hampir setiap hari pada masa itu pemimpin-pemimpin Pas akan berada bersama Anwar Ibrahim terutamanya Presiden Pas pada ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Tidak lama selepas itu , Kamaruddin Jaffar, kawan baik Anwar Ibrahim dan pernah memegang jawatan dalam syarikat judi Berjaya Group telah diarahkan oleh Anwar untuk masuk Pas. Tujuannya, Anwar mahukan seorang orang kepercayaan dia berada dalam Pas untuk menghantar laporan kepadanya apa yang mereka perkata atau lakukan terhadap Anwar dari dalam Pas.

Pas pula jenis parti yang dungu, pantang ada orang yang ada duit sikit masuk parti mereka terus diberi jawatan penting. Memandangkan Kamaruddin Jaffar seorang yang kaya , lalu Pas telah melantik dia sebagai bendahari Pas pusat tidak berapa lama selepas menyertai Pas. Banyak jugalah duit judi dari Berjaya yang dibawa oleh Kamaruddin untuk dilaburkan dalam Pas. Bagi Pas duit judi kalau diberikan kepada mereka boleh jadi halal. Tidak kira apa sahaja, asalkan yang boleh membawa untung kepada Pas semuanya halal.

Datang pru ke 10 pada tahun 1999, Taib Azamuddin dipilih bertanding di Baling dan proksi Anwar dalam Pas, Kamaruddin Jaffar, yang hanya beberapa hari masuk Pas juga dipilih oleh Pas untuk bertanding di Tumpat. Kedua-dua mereka menang. Sedangkan sebelum itu sudah berkali-kali Kamaruddin bertanding di Tumpat atas tiket BN tidak pernah menang dan setiap kali Kamaruddin bertanding, maka setiap kali itulah Pas akan gunakan modal Kamaruddin bersekongkol dengan syarikat judi.

Berbalik kepada kisah video, kita semua boleh melihat bagaimana hipokritnya sikap Pas. Video itu mereka yang sediakan untuk dijadikan modal pru ke 10. Tiba-tiba bila Anwar dipecat dan mereka bersekongkol dengan Anwar, mereka diamkan hal video tersebut. Mereka sanggup bersekongkol dengan kemungkaran asalkan ianya membawa untung kepada Pas. Benarlah kata Tun Dr M , perjuangan Pas adalah perjuangan mendapatkan undi. Perjuangan Islam hanya untuk mengabui mata rakyat bagi mendapat undi.

Kalau hari ini ada pemimpin-pemimpin Pas yang berkata Anwar suci dan tidak pernah meliwat ianya satu perkara yang menjijikkan. Ini kerana Pas dan DAP lebih awal mengesan atau menghidu perangai buruk Anwar berbanding dengan Umno. Mat Sabu, Taib Azamuddin dan Karpal Singh lebih tahu segalanya.

Sebelum Anwar dipecat dari Umno Pas sudah bersedia dengan video untuk memalukan Anwar dalam pru ke 10 , adakah pada masa itu Pas tidak berfikir tidak baik mendedahkan aib orang ?

Mat Sabu pernah berkata atas pentas ceramah Anwar Ibrahim Al Juburi, adakah pada masa itu Pas tidak terfikir tidak baik mengaibkan orang dengan menanggil nama begitu ?

Tetapi sebelum ini, belum pun video seks muncul, hanya dengan pendedahan Datuk Eskay sahaja, Pas sudah mula ceramah keliling negara mengatakan tidak baik mendedahkan aib orang ???

Kalaulah Anwar Ibrahim masih dalam Umno lagi hari ini dan video itu jatuh ke tangan Pas, saya berani katakan tidak cukup tanah Pas kerjakan.

Tak usah nak berlagak baiklah Pas, janggut, jubah, ketayap dan serban kamu tidak dapat menutup kebusukan-kebusukan hati kamu semua.

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, taraf Pas setaraf bapa dan ibu ayam. Bapa dan ibu ayam lacurkan pelacur untuk keuntungan mereka. Pas pula lacurkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Contoh paling mudah kita boleh lihat hari ini, sudah terang lagi bersuluh yang Anwar Ibrahim adalah kaki main belakang dan depan, tapi Pas masih lagi memuji dan memuja dia.

Dalam hal ini pujian kita haruskan berikan kepada Tun Dr M. Sebaik sahaja mengetahui dan mempunyai bukti yang cukup Tun Dr M terus gugurkan Anwar Ibrahim dari kerajaan dan parti walaupun dia tahu akan berlaku huru hara dalam kerajaan , dalam parti dan dalam negara , tetapi Tun tidak pedulikan semua itu , dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bersekongkol dengan peliwat kerana bimbang negara dan rakyat akan dilanda musibah.

Dalam kes ini siapa lebih baik, Pas atau Umno ?

Umno sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi termasuk perpecahan dalam parti, asalkan tidak besekongkol dengan peliwat, manakala Pas pula sanggup mengenepikan prinsip, berpecah belah dalam parti, hilang sokongan melayu dan sebagainya kerana semata-mata mahu bersekongkol dengan peliwat.

Setelah difikir dan direnungkan, kita lihat kembali beberapa keputusan p/raya kecil kebelakangan ini termasuklah p/raya Sarawak. Pas berada di tahap yang teruk, termasuklah kalah di Galas dimana negeri yang mereka perintah. Itulah sebahagian bala yang telah menimpa Pas. Sokongan orang-orang melayu terhadap Pas sekarang berada di tahap yang teruk. Mereka nampak Pas seolah-olah si kitol yang sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan boleh dapat undi dan kuasa.

Keputusan p/raya Sarawak yang menyaksikan DAP menang besar telah membuatkan orang melayu semakin bersatu dan menolak Pas. Orang melayu berada dalam keadaan bimbang yang cukup tinggi sekarang, mereka bimbang negara mereka dirampas cina. Mereka telah melihat tanda-tandanya di Sarawak. Orang-orang melayu yang tidak berparti sekarang melihat Pas sebagai balaci besar kepada DAP dan PKR yang membuatkan cina naik toncang.

Marilah kita sama-sama kenal pasti di negeri masing-masing tanah-tanah kosong yang ada sebagai persediaan untuk kita jadikan kubur besar bagi mengebumikan Pas dalam pru ke 13 akan datang.

19 comments:

Nanang Kesuma said...

Satu artikal yang baik untuk dibaca dan didedahkan kepada yang membabi buta tak kenal siapa Anwar Ibrahim...Mat Sabu lak buat baik dgn Nuar , dulu dialah orang yang paling kuat maki nuar 'masuk tong taik ' la katanya terhadap nuar...Skg jilat la mat sabu oiiii...Dasar org munafik...Tahniah saudara kerana mengingatkan kembali zaman reformasi 1998-99 heheheh Zaman yang semua rakyat ditipu bulat-bulat oleh Anuar keparat ni, termasuk lah aku , hahahaha....

Anonymous said...

TAHNIAH ATAS PENULISAN INI. SAYA MOHON ARTIKEL INI DAPAT DISIAR BERULANG-ULANG DEMI KEBENARAN. SAYA SOKONG 100% APA YANG SAUDARA TULIS SEBAB SAYA SENDIRI DULUNYA PERNAH MENJADI PEMUJA ANWAR. ALLAH MAHA BERKUASA. APABILA DIA DIPECAT SEGALA SIFAT BUSUK HATI PUAK-PUAK YANG SAUDARA SEBUTNYA TERBUKA DENGAN SENDIRINYA.

Anonymous said...

sori, tak payahlah you kutuk2 pasa nie buang masa tuan aje, tuan kata orang melayu dah kembali kpd umno dan tak suka pas, jadi apa perlu lagi kita takut kepada pas nie sebab pas bukan nya ada pengaruh..jadi parti yang tak ada pengaruh tak perlulah kita ambil posing/ambil tahu tentangnya spt kita tak ambil tahu tentang Parti KITA (AKIM) yang sama spt pas tak ada pengaruh dan tak kuat. jangan risau tuan, mana mungkin pas yang dah tak berpengaruh/tak kuat boleh mempengaruhi rakyat.. kalau kita masih bercerita ttg pas nie secara tak langsung maknanya kita mengakui yg pas ini masih saingan umno...lupakanlah pas.

yat said...

tolong dedah ni, TGHH sendiri yang cakap
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan dalam Islam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

yat said...

ni dr harakahdaily:

Malah, katanya jika ada calon-calon PAS yang negatif dan BN ada bukti mengenainya, ia boleh didedahkan bagi kebaikan semua pihak.

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=12818%3Adedah-keburukan-calon-dibenarkan-bukannya-mengumpat&catid=1%3Autama&Itemid=50

Anonymous said...

Artikel yang best giler. Tahniah kerana mengingat dan menelanjangkan kebobrokan parti PAS. Semakin lama saya rasa semakin jijik dengan PAS ni. Umat2 hipokrit.

akuantiPR.

Anonymous said...

tahniah saudara penulis dapat membuka mata dan menyedarkan ramai pengundi atas pagar dan termasuk juga peminat pas tentang keperibadian sebenar si nuar ni..diharap ramai orang pas akan membaca artikal ni termasuk tok2 guru mereka yang cuma tahu benar dengan hal2 ugama dan amalan2 ugama yang tak tau tentang selok belok penipu politik seperti anuar mat sabu yg serabu yang pernah tibai bini orang di kota bharu dulu.....mereka ini ada cukup kepakaran dalam kelentong orang yang lurus bendul seperti orang2 pas ni...aku dulu pun juga di kelentong oleh puak2 nuar ni juga.....alhamdulillah tuhan dah selamatkan...minta tuhan selamatkan tok2 guru ni pulak lepas ni....

afterdark said...

Tahniah.. dalam banyak2 artikel yang kau tulis, yang satu ni berisi dan aku nak salin masuk blog aku kalau kau izinkan.

Anonymous said...

melayu alpa kaum cina akan rampas tanah kita, tpi penjilat DAP takan sedar slagi tak terantuk..

melayuangkat said...

Satu Kenangan yang amat baik dan menginsafkan...Terima Kasih. Terima Kasih tak terhingga juga pada Tun Dr. M...

Anonymous said...

Setakat mengaku semua orang bleh mengaku. Buktikan dulu bro. Jangan cepat mudah percaya...

Anonymous said...

Asik kena tipu je kita ni dgn org yg nama Nuar Brahim ni...

Den Cdo said...

baguih..baguih...bilo Den baco artikel nie , Den ghaso semangat kemelayuan Den naik mendadak...Jom kito mentarbiahkan puak-puak yg masih tak nampak jalan yg masih dok menyokong si Nuar dan PAS tu untuk kembali bersatu dibawah panji-panji UMNO..dan mano-mano pemimpin umno yg kurang dari sogi moralnya kito nyahkan sekali mereka , biar yg tinggal pemimpin UMNO yg bonar-bonar bersih dan berjuang untuk kepontingan Melayu.....HIDUP MELAYU..!HIDUP MELAYU...!

Anonymous said...

Artikel yg sangat mantap. Patut diwar warkan supaya semua blogger pro kerajaan dapat menyiarkan artikel mantap ni. Masa itu emas. Bergerak sekarang

Anonymous said...

SALAM, BOSAN LAH DOK DENGAR ANWAR PUNYA SOLAT HAJAT, TAH APA YANG DIHAJATI NYA.

BOLEH TAK KITA SYORKAN UNTUK PEMUDA UMNO MENGANJURKAN SOLAT HAJAT DISEMUA MASJID NEGERI (BOLEH MULA KAN DI MASJIGD NEGARA, HARI SABTU/AHAD KE), JEMPUT SEMUA ORANG ISLAM KAT MALAYSIA NI, TAK KIRA LAH ORANG UMNO KE, ORANG PAS, RAJA, PM, DPM, PEMIMPIN UMNO, PEMIMPIN PAS SEMUA DIJEMPUT. MINTAK ALLAH TUNJUKAN KEBENARAN, MINTAK ALLAH BUKA HATI UMAT ISLAM KAT MALAYSIA NI SUPAYA BERSATU. PEMUDA UMNO PUN BUKAN BANYAK PROGRAM, APA SALAH NYA AMBIL "INITIATIVE" KALI NI, BUAT SOLAT HAJAT KITA MINTAK ALLAH BERI PETUNJUK PADA KITA SEMUA.

BOLEH TAK PEMUDA UMNO "ORGANIZE". SOLAT HAJAT UNTUK SEMUA.....

--EISAEMILLIO

atan said...

saudara 11.51pm,

ini bukan soal org mengaku itu boleh percaya atau tidak, ini soal prinsip perjuangan PAS,mcm saudara RBF tulis, kalau Anwar Ibrahim ada dalam UMNO lagi mmg masak dia kena lanyak dgn PAS. Tp sekarang sebab dia geng PAS bole buat senyap je.

Anonymous said...

BACA DAN BUKA KEPALA HOTAK SEMUA

DAP LACURKAN PAS DAN PKR UNTUK KEPENTINGAN CINA

PAS LACURKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PEMIMPIN PAS

PKR LACURKAN MELAYU CINA INDIA UNTUK KEPENTINGAN ANUAR

TIGA JAHANAM !!!!!!!!!

AKHIRNYA YANG UNTUNG DAPigs !!!!!

To Live Again said...

Tp kan bro RBF Bila kita bagi hujah2 yg bro senaraikan pasal pengakuan mangsa la,Mat Sabu la,Taib Azamudin la, karpal poosingh la dn mc2 lg puak pencacai pasa akn jwb mudah dn sng je..Sy dh ade pengalaman berhujah dgn kwn sy dn hujah dia betul2 menyedarkan saya betapa TAKSUBnya diaorg.Jwpan seperti di bwah:

1)Video 2 cuma SALAH FAHAM.Seteleha pas pis pus menjalankan kajian detail mereka mendapati anwar TIDAK BERSALAH dn TERANIAYA.Pengakuan mangsa tidak boleh diguna pakai kerana pengakuan meragukan dn diaktgorikan FASIK!

2)PAS telah MEMINTA MAAF secara terbuka dgn nuar dn nuar pon dh maafkan diaorg dn TELAH SALING BERMAFAAN.So xde isu yg berbangkit.

3)Karpal singh pn dh buat siasatan RAPI yang semua tuduhan ummmi dn pengakuan Azizan adalah fitnah dan secara automatiknya apa yg dia ckp dlm hansard parlimen pd thn 1997 dn mengulanginya di hotel federal secara sendirinya telah TERBATAL dn anwar adalah tidak bersalah.Yg salah adalah UMNO yg sentiasa kehabisan modal sebaliknya terus mengaitakn nama dia dgn HANSARD parlimen yg TERBATAL.

Kesimpulannya adalah semua ni cuma SALAH FAHAM.Tiada ape2 yg berlaku.Yg sebenarnya belaku adalah ni semua KONSPIRASI UMNO! dn TUN M yg kononnya tkt hilg kuasa.

Beristighfar mendengar jwpn kwn sy 2 kerana jelas mata hati dia telah tertutp rapat hanya semata2 hendak menjatuhkan UMNO!

Anonymous said...

Saya pun pengundi atas pagar yg pernah mengikuti program indoktrinasi PAS ketika belajar di USA. Program2 seperti Usrah, winter gathering, summer training camp dll begitu setia saya ikuti. Waktu itu, UMNO begitu keji di mata saya kerana tidak melaksanakan hudud dan tidak menegakkan negara islam. Hujah Dr M bahawa hudud tak dapat dilaksana kerana masyarakat majmuk menjadi cemuhan utama.

tiba2 PAS sudah berubah arah. Perselingkuhan dengan DAP harbi menyebabkan mereka ter"sedar" yg negara islam tak ada dalam alquran. Hudud pula sudah jadi bukan prioriti. Kalau begini, sudah tidak berbeza PAS dan UMNO dan kita harus lihat kepada sumbangan dua parti ini kepada proses pemerkasaan agama, bangsa, dan negara.

Dengan terbukanya lensa saya yg sebelum ini berwarna hijau, baru lah saya nampak betapa perkasanya bangsa melayu dan berdaulatnya islam di malaysia dibawah UMNO. Justeru, kalau PAS ikhlas memperjuangkan islam dan melayu, wajib kepadanya bertaubat dari pakatan haram dengan DAP dan berkerjasama dengan saudara seislam UMNO.

Ahmad Albab