Thursday, May 26, 2011

Arak: Ustaz Taib Azamuddin Pukul Anak Sindir Menantu

Ahli Parlimen Baling merangkap AJK Pas Pusat yang tewas dua kali beturut-turut dalam pertandingan merebut jawatan dalam Pas di Baling membuat kenyataan dua hari lepas mengatakan Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam kerana menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia. Lihat di sini

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas ingatan yang beliau berikan. Saya sebenarnya masih ada rasa hormat kepada beliau dan saya tak berniat untuk menghentam atau melanyak dia. Tak baik kita lanyak ustaz, tambahan pula jika ustaz itu ustaz Pas , nanti kita tak cium bau syurga.

Saya sendiri pun terkejut dengan perkara tersebut. Kedudukan tersebut dikeluarkan oleh WHO. Sini

Perkara ini mula menjadi perhatian apabila negara kita termasuk dalam carta Top 10. Jika tidak termasuk saya rasa benda ini tidak kecoh pun. Tahun-tahun sebelum ini tidak pernah pula kita mendengar perkara ini. Jika kita tidak pernah dengar, maknanya kita tidak pernah masuk Top 10.

Kenapa tiba-tiba negara kita termasuk dalam carta Top 10 ?

Ada beberapa perkara yang menyumbang ke arah itu.

Pertama, kelab-kelab malam yang semakin bertambah selepas pertukaran kerajaan di beberapa negeri tertentu. Contohnya , dulu di Shah Alam tidak ada pub dan tidak dibenarkan menjual arak di kedai serbaneka. Sejak 3 tahun kebelakangan ini sudah wujud pub di Shah Alam. Arak juga dibenarkan dijual di kedai serbaneka. Apabila dirampas , exco minta dipulangkan balik.

Di tempat-tempat lain tidak perlu saya huraikan lanjut kerana semua orang telah tahu kewujudan pusat-pusat hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Selangor sejak 3 tahun lepas. Itu belum dikira di P.Pinang lagi.

Kedua, tindakan seorang ahli parlimen Pas di Selangor (Khalid Samad) melawat kilang arak di Shah Alam dan menawarkan tanah yang lebih besar kepada kilang berkenaan untuk menambahkan lagi pengeluarannya menunjukkan Pas tiada masalah dengan arak dan boleh menggalakkan lagi orang ramai terus bergelumang dengan arak termasuklah ahli-ahli Pas sendiri.

Ketiga, apabila Pas bertukar menjadi Pas For All ianya turut menyumbang kepada peningkatan peminum arak. Dulu Pas hanya didominasi oleh orang-orang Islam sahaja, sekarang pula Pas tarik penganut-penganut agama lain untuk bersama mereka kerana cita-cita politik. Untuk menjaga penganut-penganut agama lain supaya tidak lari dari Pas , maka Pas harus menunjukkan mereka bersikap terbuka. Untuk menunjukkan Pas bersikap terbuka , maka Pas sendiri pun turut menjamu arak kepada orang-orang mereka yang bukan beragama Islam. Perkara ini berlaku semasa PRK Dun Galas tahun lepas. Itu baru di Galas, belum lagi di PRK tempat-tempat lain. Lihat di sini

Keempat , dulu pemimpin Pas pernah berjanji kalau mereka dapat memerintah Selangor, malam ini bentuk kerajaan esok pagi sebelum ayam berkokok mereka akan tutup kilang arak di Shah Alam. Sekarang ayam yang berkokok itu dah 3 tahun disembelih, kita dah makan dan sudah pun masuk ke loji Indah Water, tetapi kilang arak masih di situ, malah ada pemimpin Pas yang menawarkan kepada mereka tanah yang lebih besar untuk meningkatkan operasi.

Akibat dari kegagalan menunaikan janji itulah rakyat melihat Pas tiada masalah dengan arak dan mendorong mereka untuk meminum arak. Bagi penyokong-penyokong totok Pas yang percaya Nik Aziz atau ulama-ulama Pas adalah penentu dosa pahala atau syurga neraka seseorang mereka merasakan tidak ada masalah dengan arak apabila pemimpin-pemimpin mereka juga tidak mununjukkan sikap memusuhi arak. Malah Nik Aziz sendiri pernah menghadiri satu majlis di restoran cina yang dipenuhi dengan hidangan arak semasa PRK Kuala Trengganu pada awal 2009. Maka mereka merasakan tiada masalah dengan arak kerana tok guru tiada masalah, mungkin mereka mencuba-cuba untuk meminumnya, lama-kelamaan mereka ketagih.

Ustaz Taib berkata
Kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

Dulu semasa Pas mula-mula memerintah Kelantan, kerajaan negeri mengenakan syarat yang ketat berhubung penjualan arak di Kelantan. Sekarang, semenjak Pas bertukar menjadi Pas For All syarat tidak lagi ketat. Arak oleh dibeli dengan mudah di Kelantan. Dulu mungkin kalau ada seorang dua orang-orang Pas yang hendak minum arak mereka akan pergi ke Sungai Golok, Thailand. Ianya menyusahkan dan mereka tidak pergi dengan kerap. Sekarang bekalan arak mudah didapati di Kelantan, apa guna nak susah-sudah ke Sg Golok. Tiap-tiap malam mereka boleh minum. Itu pun penyumbang kepada Malaysia tersenarai dalam Top 10.

Ustaz Taib tidak boleh mengatakan hanya kerajaan BN sahaja yang tidak bertanggungjawab membiarkan rakyat begitu bebas meminum arak. Kawalan menjual arak terletak di bawah kerajaan negeri melalui PBT.

Apa yang Kerajaan Kedah lakukan untuk mengawal rakyat meminum arak ? Berapa banyak kelab malam dan kedai-kedai arak yang mereka tutup semenjak memerintah Kedah ? Harus diingat Kedah adalah kerajaan Pas solid. Itu pun Pas tak mampu nak lakukan sesuatu, apa lagi di negeri-negeri campuran PKR dan DAP ? Nak suruh DAP kawal arak ? Kalau Pas pun boleh jamu arak kepada orang bukan Islam, apa lagi DAP ?

Saya juga hendak beritahu kepada rakan-rakan semua. Bukan semua jumlah arak yang terjual di Malaysia sepertimana yang diperkatakan oleh WHO diminum oleh orang Malaysia. Ianya jumlah yang terjual di Malaysia. Apabila ianya jumlah yang terjual di Malaysia maknanya, termasuklah yang diminum oleh orang-orang asing tidak kira yang melancong atau yang bermaustatin di Malaysia. Satu hari berapa ratus kapal terbang yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia. Satu kapal terbang beratus orang. Kali dengan beratus kapal terbang dan kali dengan seorang minum segelas kemudian kali dengan sebulan dan kali dengan setahun.

Kesimpulannya apa yang diperkatakan Ustaz Taib Azamuddin bukannya dituju kepada kerajaan BN. Ianya lebih kepada pukul anak sindir menantu. Janganlah kita memarahi Ustaz Taib. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan umur.

24 comments:

Anonymous said...

Betul kata ustaz tu. Kita tak nafikan.Tapi kita perlu sedar kepada kekangan-kekangan yang dibuat oleh kerajaan BN/UMNO PORNO.Lesen yang dikeluarkan dari dulu lagi.Kalau PAS nak buat pun kita di halang oleh non Muslim ( MCA & MIC ) dan ditambah dengan tentangan dari juak-juak UMNO.UMNO berlakon konon mereka benar-benar nakkan ISLAM.Tapi Islam bagaimana.???? Ada ke UMNO nak sukong Islam ala PAS.Tanya juak-juak UMNO.Kalau mereka iklah mereka mesti bantu PASn bukan memfitnah PAS.....

Anonymous said...

taib lagi teruk, sebab jadi pembela peliwat.

Anonymous said...

WELL SAID.

Anonymous said...

ada ilmu tiada amal

Anonymous said...

artikel tahap pencacai UMno yg dah semakin nak lingkup....buktinya sanggup ajak DAP joint BN..dan Zahid Bgn Datoh minta DAP keluar drp PR...
Aku cadangkan pulak umno keluar BN dan bertanding guna lambang keris tumpul ...

ruang bicara faisal said...

kpd anon 9.26,
bila kena atas batang hidung terus fitnah.

siapa yg halang arak dirampas di selangor ?

siapa yang minta pulangkan kembali arak yg dirampas di shah alam ? mca atau mic ? sendiri mau ingat brother....

siapa yang keluarkan bercambah2 lesen kelab malam di selangor sejak 3 tahun lepas ? BN perintah selangor ke ?

umno tak berlakon nak Islam. Apa guna nak berlakon, itu agama kami. Islam bukan milik Pas sahaja. PAS FOR ALL itu milik Pas.

brother , sekarang saya tunjuk kpd u perbezaan antara Pas dan Umno.

PAS: menggunakan agama dan bangsa utk kepentingan politik.

UMNO: Menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa.

Sekian
Terima kasih....

ruang bicara faisal said...

kpd anon 11.05

terima kasih kerana memahami tugas saya sbg pencacai Umno. Satu kebanggaan kpd saya kerana pemimpin2 umno pun tak pernah iktiraf saya sedemikian. Kerana terlalu berbangga dgn pengiktirafan anda itulah membuat saya menjawab komen anda.

Memang benar umno dah nak lingkup. Umno kalah bertanding di semua p/raya kecil yang diadakan sejak 2008 sehingga ke p/raya kerdau dan merlimau baru2 ini. Umno kalah di galas iaitu di negeri yang menjadi
lubuk kuat Pas. Yang paling memedihkan semua calon2 umno yang kalah dlm prk sejak 2008 hilang deposit pertandingan. teruk tu.

di kesempatan ini, saya nak ucapkan tahniah kpd Pas kerana menang semua kerusi yg ditandinginya di sarawak. tahniah juga kpd pkr kerana berjaya menabalkan seorang ketua menteri sarawak dari parti PKR.

bab cabaran zahid hamidi tu, saya hanya nak pesan pd u tlg belajar seni politik terlebih dahulu.

hanizam said...

anon 11.05PM...

sudahlah...hang tu penjilat tegar PAKATAN...tulah dok kenyang kena kencing bila dengar ceramah merapu-rapu...

kalau dengar ceramah penuh dengan fakta & ilmiah, ok gak...ni mukaddimah je bagus, lepas tu penceramahnya meroyan maki hamun kerajaan BN...


tu salah, ni salah...nuar dok sedap sondol amoi pun BN salah...semua salah, deme je betul...

Anonymous said...

anon 9.26: aku maish tak paham sebenarnya apa yg ko maksudkan dgn fitnah pas...sdgkan ko sndr cuba pakai akai...baca artikel dgn istiqamah..tgk siapa fitnah siapa...ustaz taik tu..direct sebut BN kena buat itu ini...mana dia tau?...knp dia tak sebut...pemimpin ngr tak kira bn pas dap dan mana2 la...kena pantau....jgn calit taik pd bn ja...takut bau nya nanti samapi ke pas kot....

anon 11.05: sanggup ko kata pencacai umno dah semakin nak lingkup..ajak dap joint bn...masyaallah....siapa yg lingkop sebenarnya....ckp tanpa akai ....selama ni..siapa yg bersekongkol dgn dap...siapa yg jilat buntut dap...siapa yg mkn sepinggan dgn dap..siapa yg teguk arak bersama dap... bn ke pas.....ya allah ni la cth mansuai yg berckp hanya pakai lidah..tak pakai akai....( org berakal..org yg berckp cunakan otak..( tp bukan otak lembu)...otak manusia...) lembu dan manusia ada otak..tp lembu takdak akai...manusia ada akai....

runag bicara faisal: aku suka cara ko..ko mengucapakn TAHNIAH pd setiap "kejayaan" pas pkr tu.aku suka..tu tanda org yg bersyukur......tp pas dan pkr yg tak bersyukur dengan "KEJAYAAN" mrk sebenarnya....

Anonymous said...

ARTIKEL YG SGT BAIK.
TAPI AKU AMAT SUKA JAWAPAN KEPADA ANON2 PEMBELA PELIWAT, SPESIES KAUM NABI LUT, YG TAK LAYAK JADI UMAT MUHAMMAD SAW TU..BRAVO BRO RBF

Anonymous said...

Sdr RBF

Aku seperti juga sdr , pencacai kuat UMNO

Tapi

1. aku tak pernah golek golek atas jalan halang jalan dan tunjuk kurang ajar pada sultan aku

2.Aku tak pernah kata manusia sebangsa dan seagama aku itu kafir walaupun aku rasa mereka nilah sebenarnya yang dah kafir

3.Aku tak pernah ajar bangsa aku benci dan memusuhi manusia sebangsa aku, manusia seagama aku, manusia senegara aku

4. Aku tak pernah ajar manusia sebangsa aku, seagama aku, untuk jadi bangsa yang kurang ajar sehingga sanggup memberontak menjatuhkan kepimpinan ISLAM

5. Aku tak pernah ajar manusia seagama , sebangsa aku bersekongkol dengan kafir yang terang terang menolak ISLAM walaupun aku galakkan mereka berbaik dengan kafir sebagaimana yang pernah Junjungan Besar Nabi Kita Muhamad SAW lakukan sewaktu di Madinah

6. Aku tak pernah ajar manusia sebangsa dan seagama aku untuk meggigit tangan yang pernah memberi kami makan, membalas tuba walaupun diberi madu,

7. Aku tidak pernah ajar manusia sebangsa dan seagama aku menjunjung ISLAM atas kepala lalu dijaja kesana kemari demi keuntungan politik

8. Aku tidak pernah ajar manusia sebangsa dan seagama aku mengemis wang sana sini setiap kali ceramah untuk memboncitkan perut pemimpin pemimpin kami

9. Aku tidak pernah ajar manusia sebangsa dan seagama aku bahawa Hak Allah itu boleh dipindahmilik kepada ULARMAK ularmak

10. Aku tidak pernah ajar manusia seagama dan sebangsa aku berdemo sana sini, bercakap banyak tapi kosong, jangan belajar rajin rajin dan tak perlu jadi pelajar cemerlang tapi cukup sekadar melalak sana sini kerana walau tak lulus atau dapat general degree pun boleh jadi PM dan pakar ekonomi,

Tapi yang pasti, aku BANGGA jadi pencacai UMNO sebab banyak benda yang aku boleh cerita kepada anak cucu aku bermula daripada perjuangan hinggalah kepada pencapain UMNO hari ini ..

Giant Bandar Puteri Puchong said...

Bro,

pencacai pembangkang yg komen tu mesti tak pernah duduk kat S'gor.

Mintak le kalo ada masa free pergi le Puchong tu yg dicontrol abis oleh abang besar Pas (sapa lagi kalo bukan DAP).

Merata pusat urut, karaoke & pub. Setiap deretan kedai yang baru dibuat mesti ada benda2 tu..

Member aku yg kje MPSJ pun pening tak bleh nak handle sbb Ahli Majlis yg majoritinya DAP control abis bandar ni.

Wakil Pas ada le sorang. itu pun main telor je masa Mesyuarat berlangsung.

Byk benda disebalik tabir yg kita tak tau melainkan kalo ada org yg terlibat secara langsung mcm tu..

Anonymous said...

Ini yg susah bila berurusan ngan semua pemimpin pas otak kacang.....

pemimpin pas bab ekonomi mmg no. satu lembab tahap gaban....

tu pasallah pas memerlukan Dapig sbb pas tak boleh mentadbir ekonomi walaupun pemimpin pas terpaksa jilat bontot dan kasut Dapig ronnie liu...

disbbkan lemahnya pemimpin Pas dlm isu arak dan menjaga air muka Dapig Ronnie liu maka Pas menyalahkan BN atas kegagalan pemimpin pas sendiri....

Inilah yg dinamakan Pemimpin uLarmak Pas lebih pembelit dr ular sawa kelaparan...

Jadi tukarkan slogan "Pas for all" to "Pas for munafik"

terima kasih...TakeBEER!!!!

Anonymous said...

Nice and thanks!

hangkedee said...

Undi PASDAPKR semoga anak cucu cicit kita menjadi Hamba abdi cina kafir Harbi.Jual segala gala kerana POLITIAK.

Anonymous said...

Hangat...UMNO nak lingkup?? kesian...PR khususnya penyokong PAS, bangkitlah semula...cukuplah duk main tipu diri sendiri...anyway PAS kena adajugak sebab-pencacai-pencacai PAS tak patut masuk UMNO. Rosak abih nanti. biarlah depa duduk dalam PAS-sebagai loji buangan orang yg mcm tu-sama dengan kaedah yg BN guna untuk asingkan peminum arak dan kaki judi kat satu tempat. Supaya mudarat mereka terkawal. Saddu Zarai'...

Anonymous said...

Dia dapat duit jual arak, dia salahkan orang..

Best la camtu.

Aku rase, Selangor dan P.Pinang paling tinggi peminum araknya.

Anonymous said...

tahniah. bukan senang nak naik ke ranking top 10.

tu la balasan bersahabat baik dgn syaitan & bermusuhan sesama islam.

tahniah sekali lagi.

Anonymous said...

Kesian pencacai umNO....mengata PAS kuat mencaci...tapi puak dia lagi hebat. Konon nak jaga Islam...nak suruh bini supaya tutup aurat pun takut ( PM dll pemimpin umNO )..ini le contoh pemimpin yg kata Malaysia negara Islam....org takut bini dinamakan dayus....org takut DAP pun sama jugale...

Anonymous said...

paspispus.. betapa baiknya kalau pas ni bergerak atas kaki mereka sendiri melaksanakan syariat Islam sendiri. kalau dalam Pakatan pun akan terus menjadi ahli melukut di tepi gantang. Memang tiada suara langsung, oleh kerana sudah pasti DAP dan PKR akan menyiku kalau mahu berkata lebih.

nak kata orang lain pencacai, abis tu dia tu pencacai apa?

Anonymous said...

Anon May 27, 2011 10:08 AM yg pengecut(sbb tak berani reveal nama),



mana ko tahu pemimpin UMNO takut suruh bini tututp aurat?ko duduk satu rumah dgn diorg ke?....PAS konon nak bawa islam tp bab perpaduan dan bersangka baik fail terus...! buat malu Islam jer..

dan aku setuju mcm ko ckp, org takut DAP mmg dayus....PAS sgt dayus bila bersekongkol dgn DAP...! kes arak di selangor tak dpt ditangani walaupun mereka satu kapal...

BEETLE said...

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali saya nak jelaskan bahawa ranking negara Malaysia yang berada antara 10 tempat teratas sebagai negara yang paling banyak consume alkohol adalah satu pembohongan semata-mata. World Health Organization (WHO) tidak pernah menyebut negara Malaysia sebagai salah sebuah 10 negara yang penduduknya paling banyak minum alkohol.

Namun begitu pada hari ini pembohongan tersebut telah menular walaupun tidak diketahui (tapi boleh diagak) dari mana datangnya.

Salah sebuah suratkhabar terkenal, theStar, terlibat di dalam penyebaran pembohongan ini:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/23/nation/8737875&sec=nation

Saya menjemput saudara semua melayari website berikut dari WHO dan analisa statistik yang telah di keluarkan bagi tahun 1961-2007.

http://www.who.int/substance_abuse/publications/global_alcohol_report/profiles/mys.pdf
http://gamapserver.who.int/gho/interactive_charts/gisah/consumption_adult/atlas.html

Sudah jelas bahawa kepenggunaan alkohol oleh penduduk di negara Malaysia hanyalah 0.48 liter per kapita pada tahun yang terkini (dan bukannya 7 liter atau 11 liter per kapita seperti yang dilaporkan). WHO sendiri telah mengklasifikasikan kepenggunaan alkohol oleh Malaysia sebagai stabil, iaitu tidak mengalami sebarang penggunaan alkohol secara mendadak dari tahun 1961-2007.

Kenapa ada pembohongan sebegini? Jawapannya harus dilihat dari sudut siapa yang memulakan laporan atau fitnah jahat terhadap negara ini. Sudah tentu mereka mahu memburukkan negara Malaysia di mata dunia kerana sebagai negara Islam (atau majoriti rakyatnya Islam) segala polisi atau langkah untuk membendung permasalahan penggunaan alkohol telah gagal. Lantas memberikan persepsi buruk umum dunia dan rakyat Malaysia sendiri terhadap kerajaan BN yang memerintah Malaysia.

Anonymous said...

Anon 4.37pm....dah buta kot?? kak Rosmah Mansor yg kamu puja tu satu drp contoh pemimpin utama UMNo yg takut bini..tapi bising seluruh dunia kutuk PAS tak betul....tutup aurat anak dan bini tu dulu....bila pi Mekah tunai haji tutup aurat...balik 1Malaysia balik tunjuk fesyen rambut....patutnya dia jadi contoh....Dia ingat Allah tu hanya ada di Mekah kot??? Allahuakbar..

Anonymous said...

Anon May 27, 2011 6:16 PM

menutup aurat tu mmg wajib tp dalam masa yg sama kamu sbg org islam tidak sepatutnya menghina org lain meskipun mereka ada melakukan kesilapan. sebaik2 jalan utk mengajak org lain ke arah islam adalah dgn cara kelembutan bukan dgn cara kasar. kamu juga tidak akan pasti diri kamu itu bersih bak kain putih SEKALIPUN ANAK BINI KAMU DAH TUTUP AURAT.

Pernahkah kamu tgk dibarat di mana setelah seseorg itu diislamkan pun mereka tidak dipaksa utk terus menukar siapa mereka secara drastik? semuanya dibuat secara lembut dan berhemah barulah terbuka hatinya utk melakukannya secara ikhlas dan kekal.

Pernahkah kamu kaji pula berapa ramai anak bini yg bertudung tp kena tangkap khalwat, tiba2 sedar2 perut membusung... buang anak merata. pernahkah kamu lihat dgn mata kamu bagaimana anak dari negeri yg kononnya lebih islam dari negeri lain, bila di negeri sendiri bertutup litup TAPI BILA PULANG BEKERJA KE NEGERI TMPT DIA MENCARI MAKAN, BUKAN SETAKAT KEPALA TIDAK DITUTUP... BADAN PUN DAH HAMPIR2 TIDAK DITUTUP JUGA (ada stgh tu balik naik bas tak tutup pun kepala dah nak sampai barulah keluarkan tudung dari beg and pakai) pernah tengok?

tudung itu MMG WAJIB tp jgn jadikan ia sbg jambatan utk kamu menghina org lain hanya kerana luarannya semata-mata. kamu yg berupaya menyuruh anak bini kamu pakai tudung, ya alhamdulillah... tapi yakinkah kamu MEREKA BENAR BERTUDUNG DI BELAKANG KAMU? yakinkah kamu? bagi saya aurat WAJIB DIJAGA... tp jika aurat dijaga secara luaran... tudung dan jubah sampai ke tumit tp jika masih bergelumang maksiat...bagi saya ITU ADALAH PENGHINAAN KPD ISLAM ITU SENDIRI OLEH MEREKA YG SIBUK MENCANANG DIRI LEBIH ISLAM DARI ORG LAIN.

saudara cuba tanya diri saudara, renung baik2... siapakah adun dan ahli politik di dalam pas yg ditangkap melakukan maksiat... saya pasti bukan seorg dua... cuba tengok anak bini mereka menutup aurat, kan? BAGUS! Tapi si ketua keluarga ini jugalah yg ditangkap kerana membuat maksiat! BAGAIMANA KAMU NK MENDIDIK ORG JIKA KAMU SENDIRI TAK TERDIDIK... ANAK BINI KAMU BOLEH SURUH BERTAKWA, KAMU?

berfikirlah... jgn terlalu menghina mereka yg tak bertudung atau menutup aurat, ya salah itu tetap salah tapi jgn kita menghina. kita sendiri tidak tahu matinya kita nanti bagaimana dan ke mana. kita juga tidak pasti matinya mereka yg kita hina itu bagaimana... entah2 dihujung nyawa mereka, mereka diangkat ke tmpt yg lebih baik... kita?