Monday, May 30, 2011

Barang Naik dan Mahal , Salah Kerajaan Kah ?

Beberapa hari lepas jumpa seorang kenalan yang sudah lama tidak berjumpa. Macam-macam benda yang disembangkan. Dari hal kenangan silam kepada hal keluarga, hal politik dan hal kenaikan kos sara hidup yang semakin menggila sekarang. Pertemuan berlangsung di sebuah restoran berdekatan kawasan perumahan di Taman Tun Dr Ismail.

Dia tahu saya orang Umno dan dia sengaja 'usik-usik' saya secara mesra tentang kenaikan harga barang-barang sekarang. Saya biarkan dia bercakap terlebih dahulu. Biar dia cakap apa yang dia nak cakap, saya dengar sahaja.

Dia habis bercakap saya tanya dia, "Mat,rumah kat depan tu berapa harga sekarang" ?

Dijawabnya "kurang-kurang pun RM 500 ribu".

"Dulu masa mula-mula beli berapa harga agaknya" ? Saya tanya dia kembali.

Dijawabnya pula , "kalau 20-25 tahun lalu mungkin dalam RM 100-200 ribu sahaja".

Saya tanya balik kepadanya , "tuan rumah itu bising tak rumahnya makin lama makin mahal"?

Sampai disitu rakan saya telah tahu apa yang saya nak daripada soalan-soalan yang saya tanya itu.

Masuklah giliran saya pula bercakap.

Saya kata kepadanya, itulah bukti kejayaan BN memerintah negara selama ini. Ekonomi Malaysia berkembang maju dan pasaran hartanah naik setiap tahun berkali-kali ganda. Tetapi tidak ada pula orang bising mengenai perkara itu.

Getah naik harga orang tak bising, kelapa sawit naik harga orang tak bising. Tetapi apabila kicap, bawang, telur, susu , lampin bayi, lampin wanita dan lain-lain barang keperluan naik harga, tak pasal-pasal kena atas kepala Datuk Seri Najib pula.

Dunia semakin hari semakin berkembang pesat, manusia makin ramai, tanah makin kurang , makanan makin kurang , gaji makin mahal , maka sudah tentulah barang-barang juga makin mahal. Apakah pekerja-pekerja kilang makanan atau barangan nak hidup dengan gaji seperti 10 tahun lampau? Mereka pun nak gaji mahal seperti mana yang kita nak. Apabila gaji makin mahal tak kan barang yang dikeluarkan nak jual murah pula.

Siapa kata rakyat Malaysia makin miskin, contoh mudah lihat sahaja kereta-kereta di atas jalan raya. Bandingkan jumlah kereta yang ada hari ini dengan 5, 10, 15, 20 tahun lampau.

Kita semua kena ingat, kita sekarang ini hidup di zaman mana ? Kita bukannya hidup di tahun 80 atau 90 an lagi. Dulu waktu saya kecil-kecil harga mamee 10 sen sepaket dan pada masa itu mungkin gaji pekerja kilang mamee hanya RM 300 sebulan.

Sekarang harga mamee 40 sen sepaket dan gaji pekerja kilang mamee RM 1500 sebulan. Gaji pekerja dah RM 1500 sebulan tak kan nak jual mamee 10 sen lagi ? Itu baru bab gaji pekerja , belum lagi dikira kos-kos lain lagi. Mana-mana tempat dalam dunia ini kenaikan harga barang tak boleh dielakkan lagi.

Contoh di Indonesia, lima tahun dulu kalau kita ke Jakarta makan nasi padang untuk dua orang lebih kurang 100 ribu rupiah sahaja. Sekarang kalau makan nasi padang dua orang 300 ribu rupiah dah dalam tangan. Di Bangkok, makan tom yam di sana lebih mahal dari makan tom yam di KL. Bukan sahaja di Jakarta dan di Bangkok, dimana-mana sama sahaja.

Ramai diantara kita sering merungut, barang naik tapi gaji tak naik-naik. Itu bohonglah. Mana ada pekerja yang gaji tak naik-naik. Kalau gaji naik tapi masih tak cukup, saya percaya. Kalau kita lulusan SRP atau SPM tak kan majikan nak bayar gaji seperti lulusan ijazah pula. Itu Salah siapa ? sebab itu dulu emak dan ayah selalu pesan supaya belajar bersungguh-sungguh dan tinggi supaya dapat kerja baik dan gaji mahal.

Saya akui memang benar kalau tinggal di KL sekarang setakat gaji RM5- 6 ribu sebulan untuk orang berkeluarga masuk angin keluar asap sahaja. Bab itu saya akan ulas dalam tulisan akan datang.

Kalau nak bercakap dan hendak menyalahkan kerajaan memang perkara senang. Sebab bercakap tak perlu dibayar. Kalau bercakap kena bayar 2o sen atau 30 sen sepatah ramai orang tak bercakap pula. Sebelum kita nak bercakap kita kena kaji dan fikir dulu, jangan main tembak sembrono.

Saya sendiri pun seksa juga hidup, mungkin sama seperti rakan-rakan di luar sana . Rumah saya tiada sofa dan langsir mahal-mahal. TV rumah saya pun masih lagi tv panasonic yang dibeli masa bujang dulu. Kadang-kadang kena ketuk sebelah tepi bila gambar tak keluar. Kereta saya pula tiada sport rim atau aksesori. Tayar pun pakai tayar biasa sahaja. Kereta saya beli 10 tahun lepas, dah habis bayar dan saya tak berniat nak tukar yang baru. Yang tak perlu diketepikan dulu. Saya tidak peduli dan tak perlukan semua itu buat masa sekarang. Saya perlu utamakan agar dapur saya berasap dan pelajaran anak-anak saya berjalan lancar. Satu lagi komputer saya juga perlu lancar supaya senang nak berblog. Saya tahu saiz baju saya setakat mana dan saya kena pakai ikut saiz itu.

Bercakap memang senang, tukar kerajaan. Kalau tukar kerajaan pun belum tentu ianya boleh merubah hidup kita dan kos sara hidup akan menjadi rendah. Sebelum dapat bercakap memang senang. Bila dah dapat kelak, tahulah padahnya. Saya masih teringat lagi janji nak turunkan cukai pintu dan beri elaun suri rumah yang jaga anak kecil yang dijanjikan di Selangor semasa kempen pru yang lepas. Selepas bentuk kerajaan, tiba-tiba ianya dibatalkan. Itulah janji munafik. Sekarang janji lagi bulan dan bintang, pergilahhhhh.....

27 comments:

Anonymous said...

Salam..

Saya setuju.. "Ukur baju pada badan sendiri".

Kebanyakan pekerja kelas bawah ukur baju pada bos mereka. Sebab tu bulan2 pokai.

Saya kt kampung ni, kedai makan sentiasa penuh. Makanan naik harga pun penuh.. Lepas tu pula, kalau bulan Maulud Nabi, jemputan kenduri maulud sampai tak termampu untuk hadiri..banyak sangat.

Walaupun barang naik, tapi taraf kita dah naik.

Makcik2 yg miskin pula, insentif itu ini kerajaan berikan. Skrg ada insuran kepada ketua isi rumah pula, pemberian duit kebajikan ada, klinik swasta 1Malaysia ada, skim tuesyen percuma ada, bantuan jika dapat masuk IPT ada, kalau lulus cemerlang- ada hadian.

Pendek kata, orang sekarang duduk atas dulang emas.

Ada tak benda2 camni masa 20 tahun lepas?

Wak~

Bro..kalau gaji banyak, tapi tak cukup..selalunya ada la tempat yang 'tak berkat' tu.

Anonymous said...

pundek kau lah rbf.cakap seperti orang bodoh.

Anonymous said...

Salam bang, saya setuju dgn artikel nie.. Malang sekali ada lagi yg tak faham2..Terlampau taksub kata2 pemimpin PR.. Dan selalu membuat perbandingan antara Durian dan Timun..

Anonymous said...

Anon 1135.. Ko mesti golongan melayu yg tuhan mahalkan rezekinya.. Kesian kau.. Anon 1135.. Kau confirm masok syurga kannnn??? Aku tau dah..

marilyn said...

Salam bro...
Ulasan yg baik.cuma diharap kerajaan lebih bijak menangani kenaikan harga barangan dan dapat mengimbanginya disamping meningkatkan lagi ekonomi negara.

Abu Garcia said...

Aku setuju dgn pendapat hang. Kenapa pulak nak salahkan kerajaan semata-mata berlaku inflasi sedangkan perkara sebegini berlaku di mana-mana pelusuk dunia.

Takkanlah nak suruh kerajaan malaysia pi jajah seluruh dunia. Semua industri dimiliknegarakan. Dah nama pun pasaran bebas. Bila permintaan melebihi penawaran, maka harga meningkatlah.

Itulah masa sekolah dulu main banyak, tak mau belajar. Bila tamat sekolah dok cari scapegoat untuk salahkan.

Anonymous said...

betul..
golongan yg kuat mengeluh dan salahkan org lain atau kerajaan tu golongan yg tak tahu kemampuan sendiri. nafsu tinngi.KEHENDAK DISAMAERTIKAN DGN KEPERLUAN.wang tak cukup, mulalah salahkan org lain.
dulu suruh belajar rajin2 tapi malas. masuk U dgn wang pinjaman tp malas. sibuk nak join politik. koyak2 paper. tak ke bangang?
org lain pun gaji sekadar cukup2 je..tp tak mengeluh. takde kereta mewah, rumah kos rendah, byr tax jugak..
utamakanlah KEPERLUAN berbanding KEHENDAK dan JANGAN MEMBAZIR.
contohnya perokok..byk pulak duit utk dibakar dan disedut asapnya..
yg ada anak pula, sayangkan anak sampai beli PSP la, XBOX la..ada pulak duit..suruh beli insurans pendidikan anak, beri mcm2 alasan..
kos hidup tinggi konon..apela

Anonymous said...

Suri rumah kat Selangor lagi pandai hantam kerajaan kalau fasal harga barang naik... otak mereka macam span... serap sahaja apa kata penceramah-penceramah kat surau atau masjid.
Umno datanglah kat surau-surau... terangkan tentang perkara ini sebab golongan suri rumah yang tak faham tentang perkara inilah akan menentukan undi PRU 13 nanti...

Anonymous said...

tu dh kua yg kt atas tu org yg mak suruh blaja rajin2 tp pemalas.dh keje gaji rendah nk salah kn kerajaan pulak.

org bercakap ngan fakta ko mencarut je.tu la standard ko

Anonymous said...

Kali ni aku bukan nak cakap sbb aku sokong UMNO atau BN...tapi aku nak cakap pasal realiti hidup...
Baru2 ini ada dibuat satu survey didlm paper(aku pun dah lupa paper apa) mengenai kos hidup skrg...
Ada sorg mamat tu kata gaji dia 3k...tapi masih x cukup...!byr itu byr ini....cukup bulan dia kata poket dia kering...!bila aku bca aku terbeliak biji mata..3000.00 masih x cukup....apa dia tggl banglo ker??...pakai keta BMW 7 series ker??..
Aku tggl di KL selama 15 tahun...daripada gaji aku 600.00 sebulan sampai skrg RM2500.00 kurg sikit pada dia...tapi aku boleh hidup senang kat KL...
Aku menyewa...aku sewa tau bukan beli, apartment 700.00 sebulan..byr duit keta,makan minum utk keluarga,yuran sekolah anak,perbelanjaan anak,perbelanjaan isteri..bil2 utiliti...semua beres...xde yg kantaoi...xde pun aku makan magi cukup bulan...!aku kuar makan luar dgn keluarga aku 3 kali sebulan....ok ajer...!xde pun cukup bulan korek tabung...!
Masalahnya disini metaliti org kita yg xpernh cukup2.....makin gaji byk makin byk benda dia beli dan makin byk hutang pulak dia buat...!x tau nak disiplinkan diri..terutama bab2 duit.....dpat gaji terus jea shopping..lepas tu ternganga2 apa benda yg aku beli ni.....benda x nmpk tapi duit habis..!
Itu sbb jika kerajaan naikan harga brg aku x kisah sgt...dah mmg itu adat dimana2 negara sekalipun...ada x mana2 negara dlm dunia ni yg x pernh naikan harga brg??..ada x??..Itu sbb bila kerajaan naik harga brg...semua macai2 PR buat bising kononya kerajaan x prihatin ,menyushkan rakyat miskin....aku nak tnya rakyat mana yg miskin??..cuba bagitau aku??..siapa yg buat dia miskin?..adakah diri sendiri atau kerajaan??...xkan harga brg naik seposen boleh menyebabkan kita jadi papa kedana??..
sudah sampai masanya rakyat kena ubah mentaliti sebegitu.....jgn ingat bila kerajaan naikan harga brg kerajaan x prihatin...sebenarnya kita yg x prihatin...

Biar Barang Naik (BN) dari Harga Naik (PR-price rising)....

Wu di..

Anonymous said...

subjek ekonomi asas n perdagangan amat penting. kerajaan kena tekankan subjek ni.

Anonymous said...

Setuju.... PR selalu kaitkan BN = Barang Naik. Tapi serata dunia, mereka juga mengalami kenaikan inflasi. Kalau itu lah modal pembangkang, maknanya BN ni amat berpengaruh hinggakan serata dunia harga Barang Naik.... Jadi itulah akibatnya kalau kita percaya pada Penipu Rakyat...

apopo dan boboyuki said...

minta pantau kenaikkan harga barangan di pasaran.....kebanyakan pemborong di kuasai oleh bangsa berkulit merah.

mungkin ada unsur sabotaj terhadap barang2 keperluan.,memandangkan bangsa kulit merah ini kebanyakan penyokong PR.

setiap kali ke kedai runcit...tukang kedai sudah menunding jari terhadap kerajaan kerana kenaikan kos ....untung sikit.....barang nak jual mahal......rakyat merungut....termasuk dari BN dan PR.

umno mesti mengambil inisentif untuk menubuhkan pemborong peruncit dari kalangan orang2 melayu.........

Anonymous said...

harga barang naik salahkan kerajaan,
gaji x naik xkan salahkan kerajaan juga? salahkan bos la bro, unless ko kerja gomen la. brape persen yug keje gomen kat msia ni??? p la mintak naik gaji kat gomen.

bila harga minyak naik mesti harga barang naik, tp mesti ada formula yg sesuai utk kenaikan harga tu, xkan gula naik seposen sekilo, teh tarik naik 10sen secawan. tu dah x logik tu bro. yg tu marah la peniaga, ni tidak, telan aje apa yg peniaga cakap, apa xleh pikir sendiri ke? haiya

Anonymous said...

biasalah orang malaysia, mentaliti semua nak free...yang peliknya tu orang yang educated, pernah belajar kat oversea dan bayar GST dan tax segala bila balik malaysia complain, serupa tak educated....macam mana nak maju?? ingat bila kata maju semua nak free ke???? takde apa yang free tau kalau hangpa semua duduk kat negara maju..

Anonymous said...

Setuju sangat bro RBF.Puak puak pembangkang ni tak ada kerja lain,asyik menyalahkan kerajaan sahaja dalam hampir semua perkara.Pernah tak mereka terfikir yang apabila diberi kuasa memerintah di beberapa buah negeri pernakah mereka menjadi contoh atau tauladan akan pentingnya berjimat cermat?
Lihat sahaja apa yang berlaku di negeri Selangor dan Kelantan.Cakap memang lah pandai terutama apabila berceramah menghentam kerajaan BN.Memanglah BN pun masih ada kelemahan yang boleh dibaiki tetapi tidaklah sampai tahap perlu tukar Kerajaan.Kalau setakat menghentam sahaja dan diri sendiri pun tidak realistik dan kurang pemahaman lebih baik duduk diam dan terus berusaha untuk membantu menghadapi masaalah global ini.

Anonymous said...

Tanggungjawab yang paling penting bagi sebuah kerajaan adalah memastikan yang rakyat secara am dapat memenuhi keperluan asas rakyatnya. Hari ini kita lihat harga barang asas naik melambung dengan tinggi sekali. Contoh ayam 5 thn dulu sekilo tak sampai RM4.00sekarang mencecah RM8.60. Beras 5kg pun baru dalam RM8.00 berbanding sekarang RM 13.00. Rata-rata barang keperluan asas seperti gula, beras, petrol, gas, susu, minyak, ayam, ikan, daging dan lain lain lagi semuanya naik melebihi 100%. Mungkin ini terjadi kerana ketamakan pengeluar itu sendiri.Kalau di biarkan harga akan terus melambung, rakyat akan makin terhimpit dan mungkin kerajaan akan kehilangan undi. Apa yang mungkin boleh di lakukan oleh kerajaan melalui agensi agensi di bawah kerajaan seperti FAMA ia lah untuk mengadakan stok penimbal bagi barang barang keperluan asas ini.Dengan adanya stok penimbal ini kerjaan dapat mententeramkan kenaikan harga barang asas. Sekiranya harga sesuatu barang naik maka kerajaan akan menjual stok penimbalnya dengan harga yang jauh lebih rendah.Maka pengeluar tidak akan sesuka hati untuk menaikan haraga tanpa sebab yang kukuh.

Bab petrol ni pulak saya cadangkan kerajaan mngkhususkan blok blok minyak tertentu yang belum di gali khas untuk rakyat Malaysia sahaja yang di gali oleh Petronas sahaja supaya tak tertaluk kepada harga dan syarat antarabangsa. Minyak kepada rakyat Malaysia perlulah murah seperti di Brunei kerana kenaikannya memberi kesan yang amat ketara kepada haraga keperluan asas yang lain.

Anonymous said...

Anon May 30 : 231 PM,

ko ckp macam ilmiah tapi sebenarnya ko ckp dlm dunia fantasi.

ko tunjukkan dlm dunia ni, mana2 negara yg dpt kekalkan harga brg dia sejak tahun 2005 sampai sekarang?

ko fikir negara kita ni kuarkan produk tu tak libatkan negara luar ke?

nak proses padi nak kena guna mesin. Setau aku mesin tu mesti import punya, kita belum ada kemampuan lagi buat kat sini. Kalo harga spare part mesin mahal takkan nak jual beras murah? @ nak kena subsidi lagi?

ko punya idea utk stok penimbal ni lebih teruk drp idea sosialis mcm Cuba dan Venuezela..! dpt dgn harga tinggi, jual dgn harga rendah..alamat..muflis le negara, terpaksa jual pulau macam Greece..

bab petroleum paling lawak sekali. nk mintak petronas korek telaga minyak baru lepas tu pkai dlm negara je..tak yak eksport..jual minyak murah mcm Brunei.

Hello bro, ko ingat petroleum tu hasilkan petrol ngn diesel je ker? kerosin, bitumen tu dtg dr petroleum jugak.

Kalo nak tau petronas le lubuk negara nak dpt duit nak byr subsidi kat rakyat Msia. Kalo petronas jadi kera sumbang, sapa nak buat bisnes dgn dia?

Brunei rakyat dia 400,000 jer. memang senang nak uruskan ekonomi lebih2 lagi rakyat dia tak boleh memberontak (ada pembangkang)..hehe.. kena je ikut ckp Sultan dia.

Nak ckp biarlah berlandaskan ilmu. Jgn terlampau idealis dgn retorik semata2..

pergilah luar drp Malaysia, tgk cmne rakyat negara lain hidup. takyah jauh pergi Siam dgn Indon je dh cukup!

Anonymous said...

Kenapela BANGANG sangat oang2 negri PR nih?

Kalu harga barang naik dinegri2 BN, negri2 PR sume turun kan lah harga barang2 di negeri mrk.

Barulah oang2 dlm negri oang2 negri BN nampak & bukak mata & leh choping di negri2 PR tuh, pah tuh baghulah boleh kempen ke Putrajaya!!!

Ini X, oang2 PR haghap MENGENGEK aje yg pandai... BANGANG!

Anonymous said...

Orang rumah aku tak marah kalau 'barang' naik. kalau tak naik dia marah

Anonymous said...

Aku setuju dengan korang semua kecuali suara suara yang sumbang dari puak puak kontra ..

paling aku takut kalau "BARANG ANU NAIK". Mana tidaknya, satu negara huru hara dibuatnya, setiap kali "BARANG ANU NAIK" melayu sama melayu, islam sama islam macam nak berperang dibuatnya...

Anonymous said...

woi anon 11.35, fuck you!!
bangsat punya org.. ko blah dr malaysia la cibai!

Anonymous said...

very good article!!!! I hope the next one will follow in more informative.!!!

Anonymous said...

xptut btoi ckp psal mak bpak suh blajar xmau blajar tu..agak2 bla bckp..kje kilang mmg leh dpt,tp cu cuba ko g kje kt kilang tu..kje sparuh mmpus,life xbcmpur masyarakat,hal dunia pn xtau pape..try la g kje kt kilang tgk..len kali ckp,kna slidik dlu sblm bckp..mtk maaf la ye..

orexero said...

aku plak rase tak de masalah kalau barang nak naik harge asalkan bende tu perlu untuk naik.. yang aku tak setuju adalah penetapan harga oleh kerajaan.. petrol kene jual rm" " gula rm " " beras rm " "

pada aku nape tak bebaskan jer ekonomi kite dari segala bentuk kawalan harga.. kalau orang nak naik kan harga, sampai mana sangat pon die boleh naik? kalau kite tak mampu beli jangan la beli bende tu.. sebab kalau beli n nyusahkan diri sendiri memang kite tak ble la nak salah kan sesape..

peranan kerajaan pon senang sebab cume memantau syarikat2 supaye tak jadi isu monopoli harga dan jangan pulak promote monopoli business macam TNB tuh aku rase insyaallah harga barang boleh stabil..

Anonymous said...

haha...nk gelak je aku bace artikel nie.bg aku nie lagi 1 artikel ala ala bandingkan tembikai dengan timun.kamon la bro.ko kna phm beza inflasi dgn appreciation of assets.ko nk banding kenaikan harge rumah ngn harge barang tu xkna la bro.pas 2ko bandingkan ngn mamee plak.ko mkn mamee ke tetiap ari bro??mmg la harge brg xde yg kekal.tp kalo tiap2 bln naek.problem gak bro.kalo gaji pon naek tetiap bln xpe gak.yg penting rasional la bro.pandang jauh.igt la kt org laen same. xsmua org sng mcm bro. trend negara kite skrg ni nak kaye jd politician. org nk jd kaye jd businessman. subsidi rakyat habis kna potong. subsidi IPP duk bia mcm 2 gak. xke bodo name nye kite yg duk menyokong kerajaan ni? kite susah2 carik duit.depa duk sng2 sedut die kite.pkir2kn la ye.

konfius dot com said...

Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete.

Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com

Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja.

Ini youtube link untuk kempen kesedaran pengguna malaysia http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0