Thursday, May 19, 2011

Blog MB Perak Kini Telah Terkubur

Malam ini saya ada sedikit kesempatan untuk meninjau 'blog list' rakan-rakan yang terletak di bahagian kanan blog ini bagi tujuan kemaskini.

Salah satu blog yang saya letakkan dalam 'list' tersebut pada bulan May 2009 adalah blog MB Perak, http://www.drzambry.com.

Kali terakhir saya melihat blog berkenaan beberapa bulan lepas , tulisan terakhirnya tentang lawatan MB Perak ke AS yang dimanupulasi oleh PKR kononnya beliau dihalang memasuki AS.

Sebelum tulisan itu, tulisannya berkenaan dengan kes mahkamah yang melibatkan kesahihan kerajaan Perak. Tulisan itu ditulis selepas mahkamah memutuskan Dr. Zambry adalah MB Perak.

Blog berkenaan hanya dikemaskini sekali sahaja selepas keputusan mahkamah pada Febuari 2010. Setahun lebih tidak dikemaskini. Buka hari ini, terkejut beruk, langsung dah hilang blog berkenaan.

Saya berhak untuk mempertikaikan penutupan blog berkenaan kerana saya salah satu blog yang turut mempromosikannya sewaktu awal kemunculan. Kalau tak percaya boleh lihat di sini.

Saya nak cakap lebih-lebih pun susah juga, nanti ada pula kawan-kawan terasa hati. Sebelum blog berkenaan terkubur , saya pernah beberapa kali menyampaikan pesanan kepada pihak-pihak tertentu tentang blog berkenaan tidak dikemaskini terlalu lama. Tapi nampaknya tidak ada apa-apa tindakan. Akhirnya terkubur begitu sahaja.

Padangan saya, orang-orang politik kalau tak boleh bagi komitmen jangan sesekali buka blog. Kita faham pemimpin-pemimpin mana ada masa nak berblog sebagaimana kita berblog kerana mereka tak cukup masa. Tapi janganlah sampaikan blog tak di kemaskini langsung. Setakat 2-3 entri seminggu pun dah cukup. Berbeza dengan blogger cina islam, dia boleh kemaskini blog dengan berpuluh entri setiap hari kerana kerjanya hanya berblogging,tapi terima gaji sebagai wakil rakyat. Orang lantik jadi wakil rakyat, suruh buat kerja untuk rakyat serta jaga kawasan dan kerajaan membayar gajinya. Cina islam pula ambil gaji wakil rakyat untuk jadi blogger. Tak pasal-pasal makan duit haram

Tidak semua pemimpin buat blog dan tidak kemaskini, ada juga yang konsisten. Contoh blog Wangsa Setia yang dikendalikan oleh Adun Slim, blog Datuk Ahmad Maslan, blog Adun Kubu Gajah yang dikendalikan oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin dan beberapa orang pemimpin lagi.

Dalam bab pemimpin berblog, saya puji Adun Kubu Gajah. Beliau rajin kemaskini blog dengan melaporkan aktiviti-aktiviti kerjanya di kawasan beliau. Blog itu dah jadi seperti 'report card' beliau. Pemimpin kalau nak berblog, tak payah nak blog atau tulisan yang hebat-hebat sangat, cukup seperti apa yang dilakukan oleh Raja Ahmad. Blog MB Perak dulu pun agak menarik, ianya kelihatan santai, tidak berserabut dan pengisiannya juga tidak terlalu formal. Tapi apakan daya umurnya tak panjang.

Adakah MB Perak atau pegawai-pegawainya sudah merasa selesa apabila mahkamah memutuskan Dr.Zambry sebagai MB Perak yang sah, maka tak perlu pedulikan blog lagi ?

Adakah Dr Zambry atau pegawai-pegawainya sudah merasa selesa dengan sokongan rakyat Perak terhadapnya sekarang dan media baru sudah tidak penting baginya ?

Jangan pula ada rakan-rakan yang memarahi saya atau merasa tidak selesa dengan tulisan ini. Anggaplah ini satu teguran.

12 comments:

Anonymous said...

bravo.......

bagus diBERI PERINGATAN kpd org yg cepat LUPA dan

x boleh bagi KOMITMENT terutama BLOG

mnorkembalak said...

Salam sahabat biarlah bagilah masa YB kita ruang, mungkin juga dia tak mahu nanti dituduh abaikan tugasnya semacam blog cina Islam tu. Saya juga hairan memang setiap hari banyak post yang dihasikannya. Tugas dia sebagai YB mungkin hanya untuk berblog sahaja!

Pena Dari Tanah Melayu said...

Peringatan yang amat baik. Usahakan sesuatu jangan "bila nak berak baru nak gali lubang" hehehe.. (macam takde jamban plak)

moderator Cina Islam said...

salam,
untuk pengetahuan di sini, blog cina islam 80% dikendalikan oleh 2 orang moderator dan seorang PA. Itu yang betulnya.

Salah bila anda mengatakan bahawa dia begitu dalam tulisan anda. Dan tulisan yg salah mengundang fitnah. Tahukah anda akan dosa fitnah di sisi agama islam ?

Muhasabah diri anda sebelum mencerca orang lain.

yat said...

Dia sudah tukar blog sudah lama la dude, frequent update gak:
http://www.zambryabdkadir.blogspot.com/

dia ctive through FB
http://www.facebook.com/zambryakadir

and ni gamabr2 aktiviti dia:
http://yfrog.com/user/ZambryAbdKadir/profile

tweeter dia pun ada gak, kena update list tu and info blog2 lain, diorang pun ada letak nama blog yg lama...

Paritbuntarmali said...

Sepatutnya MB Perak perlu meneruskan dengan penulisan beliau di blog. Sekurang-kurangnya ada le tempat untuk rakyat berdiskusi dengan YAB MB dan beliau juga sedikit-sebanyak dapat mendengar denyut nadi rakyat di akar umbi selain daripada hanya mendengar laporan dari penyampai maklumat beliau yang lebih bersifat membodek dan mengampu. Bukannya nak menyampaikan maklumat berdasarkan keadaan yang sebenar. Di sinilah peranan Blog yang utama.

Situasi politik di Perak sebenarnya amat kelabu bagi BN. Cerah pun tidak hitam pun tidak. Tapi di kawasan majoriti Cina amat sukar untuk dinilai sokongan kepada BN untuk masa ini.

Anonymous said...

MELAYU SUDAH LUPA....

DINO

Anonymous said...

itu adalah tabiat org yg mengejar sesuatu. bila dah dapat semua yg di hajat yg asal tinggal. org gini tak ikhlas dalam perjuangan. rasenya umur politik dr zambry ni tak panjang mana. tunggu dan lihat lah nanti....

Anonymous said...

http://www.zambryabdkadir.com/

kepada RBF tolonglah siasat dulu sebalaum buat tohmahan pada pemimpin UMNO. kita jangan jadi duri dalam daging.. asal bebas bersuara boleh out spoken wpun pd pimpinan kita.

siasat dulu, hormat sama pemimpin baru berkat. Jangan belagak sgt dgn rating atau u ade blog yg boleh goncang negara. Tuhan xberkat kalu gopoh!!

Anonymous said...

PANAS BERAPI! JAWAPAN KEPADA SOALAN PANAS RBF YANG MESTI DIBACA!

Kepada sahabat saya RBF yang telah menimbulkan isu berkenaan dengan blog Dr Zambry yang sudah berkubur lebih dari setahun tu, klik sini. Izinkan aku menerangkan keadaan sebenar walaupun ini bukan tanggungjawab saya (Press Sec tido gamaknya. Aku bukanlah nak menyebok tapi sebagai anak Perak aku nak ceritakan kebenaran pasal MB aku ni.

Sebenarnya aku diberitahu bahawa Dr Zambry sudah pun ada blog baru yang masih lagi dalam pembikinan. Ini blog baru Dr Zambry. Untuk pengetahuan saudara RBF dan pembaca sekalian, bukan setakat blog sahaja tapi Dr Zambry kini mempunyai akaun Facebook dan Twitter sekali. Dah semakin canggih MB Perak kita ni.

Jadi adalah tidak tepat kalau dikatakan Dr Zambry tidak ambil berat pasal Media Baru ini. Aku harap RBF sudah mendapat penjelasan yang sepatutnya. Kepada pembaca sekalian, silalah follow twitter dan facebook Dr Zambry, pelbagai aktiviti beliau ada disitu.

Lagi satu kalau nak tahu perkembangan Dr Zambry, bolehlah layari www.peraktoday.com

Harap maklum la yea. Sekian. Terima kasih





Salam..
itulah gopoh sgt RBF ni
inilah masalah2 bloger individu.. ckp lepas je.. xbuat siasatan menyeluruh..
rase belagak sgt bile rating naik.. tk hormat pemimpin..
ini sikap yg di ajar dan di bawa oleh PANDIKUTTY ANWAR msa dlm UMNO..
ini generasi muda mcm bloggers2 pro UMNO ini pun sama..

kalau silap sikit..lewat sikit asyik nk hentam jer..

pancacai2 PAS PKR tgk gelak jer..

so next time to all of u bloggers.. bg ada displin-syura dan kesepakatan. HORMAT PEMIMPIN OK!
JANGAN JADI BIADAB dan ini akan hilangkan BERKAT!

U all bloggers jgn rasa juak sgt bila boleh tegur hentam semua org termasuk pimpinan UMNO sendiri.
nak hentam PAS PKR DAP tu lantaklah sbb mereka memang musuh laknat.

watchout..k

Horas! Hulu Langat said...

Teruskan rbf, teruskan menegur mana yg nampak tak elok. Aku sokong...

KELISA DURI said...

Ye lah MB x kan tak ada anak buah kot......