Monday, May 23, 2011

Bravo Khir Toyo.....

Tahniah Dr Khir !

Tahniah !

Tahniah !

Tahniah !

Meremang bulu roma saya membaca tulisan terbaru Dr Khir Toyo. Inilah yang dipanggil memperjuangkan hak rakyat. Bukan bodek dan bukan ampu. Bukan juga serang sembrono seperti Pas.

Sedikit petikan,
Baru-baru ini juga Makmal Rasionalisasi Subsidi umumkan pengurangan subsidi gula. Harga gula pun naik. Kalau sudah harga gula naik, susah juga nak halang pengusaha jangan naikkan harga minuman mereka. Kerajaan kata pengusaha jangan cari untung lebih dengan naikkan harga minuman.

Kita pun setujulah dengan pandangan kerajaan kalau kenaikan tersebut kecil. Namun jika telah dua kali harga gula naik (sebanyak 40 sen secara keseluruhannya) kerajaan masih tidak benarkan pengusaha naikan harga minuman susah juga

Pengusaha pun rakyat juga. Mereka pun pening juga. Kerajaan tidak benarkan mereka naikkan harga tapi kerajaan sendiri tak mahu rugi, sebab itu kurangkan subsidi. Jadi pengusaha jangan buat untung, kerajaan pula yang hendak buat untung?

Selanjutnya sila klik di sini

Teruskan Dr Khir.....teruskan perjuang hak rakyat.

Jangan takut dan jangan gentar.

7 comments:

Pemuda TG said...

Ye ke tak untung? Berapa byk kali lah recycle serbuk teh dan kopi untuk pelanggan? Untung air lah yg paling byk tinggi. So peniaga masih nak naikkan harga smpi 10sen gak ke?

Nanang Kesuma said...

Yang Bodoh Ismail Sabri ni bukan kerajaan, aku harap dia ni kena tukar la cepat sikit, reti buat keje ke tak??? kalau tak reti bagi je Khir Toyo ni jadi menteri KPDNKK tu...Bodoh...

Anonymous said...

Rakyat Papa Kerdana...

Betoi Bro..
Aku sokong & bersetuju dgn pendapat hang & Dr Khir ( Apa yg betul & baik, kita sokong... )

Gaji RM 5 ribu sebulan pun terkial kial nak survive..inikan pula golongan majoriti pekerja Kerajaan @ swasta yang range salary hanya dalam RM 1200 sehingga rm 3 ribu nak hidup !

Bayang kan bagaimana dengan pakcik, makcik yang tidak bekerja untuk menyara hidup.

Rakyat Malaysia Papa Kerdana !

Orang Politik di atas nun jauh disana bagi nasihat => Ubah lah gaya hidup...Gaya hidup korok kering hang...


TQ..

awie958 said...

Tak tahulah kenapa Dr Khir cakap macam tu, tapi bagi saya apa yang di perkatakan dalam entrynya tu memang betul pun, rakyat memang pening.Cadangan saya mansuhkan saja makmal rasionalisasi, tolonglah perjuangkan permansuhan makmal tak guna.jangan kerana dek makmal ni PRU13 BN bungkus.

Anonymous said...

rakyat malaysia ni untung dari keluaq dari dalam perut dah makan subsidi(hospital kerajaan tanggung-bayaq sikit je) pi sekolah subsidi(bayar RM 20 kat PIBG pun berkira beli IPon 2 3 ka bole plak) makan pun subsidi..minyak subsidi lagi..nak hiburan pun subsidi lg(80% rakyat malaysia bayar astro0 ..apalagi la dok sibuk kerajaan tarik subsidi sikit..

Anonymous said...

naik memanjang turun tak ada pun .... bernanah laaaa ...

Anonymous said...

Knpakah setiapkali ada kenaikan, semua nak salahkan kerajaan??? berfikirlah secara pro.. jgnlah main hentam sja... tukar kerajaan pn memang ada kenaikan..