Tuesday, May 31, 2011

Che Khalib Dicabar Umumkan Gajinya

Sebelum ini kita sering mendengar tentang gaji CEO TNB, Che Khalib, mencecah seratus ribu setiap bulan. Jika benar maknanya gaji dia mengalahkan gaji PM.

Semalam pula seorang pembaca menghantar komen kepada saya memberitahu gaji Che Khalib RM 1 juta setahun.

Jika RM 1 juta setahun dibahagikan dengan dua belas bulan maknanya gaji beliau RM 83,333.33 sen sebulan. Mak oiiiii !

Mengikut penghantar komen berkenaan , walaupun gaji sebanyak itu tetapi anak-anaknya yang belajar di luar negara masih lagi ambil biasiswa dari kerajaan.

Sekarang kita nak minta Che Khalib nyatakan secara terbuka berapa gajinya sebulan dan benarkah anak-anak dia mengambil biasiswa kerajaan ?

Jika benar gajinya sebanyak itu , kita nak minta dia menyatakan kesediaannya untuk memotong gajinya setiap bulan sebagai tanda simpati kepada rakyat yang dibebankan dengan kenaikan tarif eletrik dan juga sebagai sumbangan kepada TNB kerana kenaikan kos bahan bakar.

Gaji CEO TNB sebenarnya tidak perlu sebanyak itu, kerana sesiapa sahaja yang jadi CEO pun boleh buat untung. Kalau saya sendiri, Papa Gomo, Parpukari , GAP atau pun Mahfuz Bean jadi CEO TNB pun syarikat itu masih lagi untung kerana perniagaan itu hanya dimonopoli oleh mereka di Malaysia.

28 comments:

r0 said...

betul ke bro bole buat untung? kalaupun kita conquer satu dunia pun. tapi kalau kos melebihi pendapatan, tak untung. Jgn kata letak blogger, letak ceo terbaik dunia pun rugi.

brape gaji ceo? mesti berpuluh ribu. Mesti lebih byk dari pegawai biasa yg gaji 4-5ribu. tapi tnb untung besar pegawai biasa pun dpt bonus, ceo pun dpt bonus. tp bila macam ni, pegawai biasa mukanya tak dipangkah di rbfonline, ceo kena!

bro, saya tak setuju tnb naik. but sometimes kita kena fikir secara rasional. kenapa tnb kene untung billion? sama juga, kenapa kita mesti gaji beribu? sebab kita kena ada simpanan. Ada simpanan, ada naik gaji barang naik kita selamat. Sama juga tnb. satu tiang lampu bukan harga 5ringgit. mungkin 2-3ribu. kabel kena curi bukan boleh beli kat jalan pasar. Tak boleh gak guna plastik sebab plastik tak pernah naik harga. Forex buat comp rugi, kita tak boleh jual beli duit.

saya sokong kalau kita hentam tnb. tp kene rasional. Blog Pro BN biasanya rasional dan lebih cari penyelesaian dan bukannya blame org. So jgn sampai blog ni hilang status tu. Lagipun, pada saya, ini salah satu blog yg terbaik (except isu ini).

Apa kata, selain kita hentam, bro cadangkan. buat idea, cadangan etc. Satu masa dulu, family saya guna peti sejuk. Sebulan, lektrik saya bayar Rm100. Tu nilai dulu. Sekali ganti peti sejuk lain, terus turun jadi 40sebulan. kita tak setuju, tp kita kena bagi penyelesaian utk jd lagi baik. Kalau tak, kita ni sama je cam puak aljburi...

Ikhlas...

Penulis Hantu said...

tapi jadi CEO besar tggungjawab RBF..tuan layak dan sanggup ke jadi CEO??tuan bersedia ke utk disaman oleh shareholder jika keadaan syarikat yg tuan terajui ada masalah??tgok apa jd kt zubir sime darby..

Anonymous said...

Geramnya kau orang kat CEO TNB. Berapa besar gaji dia bukan hak kita nak soal. Macam dengki pulak bunyinya. Isu dihadapan kita ialah isu tarif naik. Kita kena tanya adakan kenaikan itu membebankan dan kepada siapa. Kalau golongan kaya dan mereka yang guna letrik banyak kena bayar lebih, nasib lah. Tak nak bayar lebih, jimat. Nak marah kat Kerajaan BN pun bukan selesai masalah. Siapapun yang memerintah akan melakukan yang sama. Kalau ada yang mengatakan tidak, itu bohong namanya.

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Che Kalib dah 5 tahun jadi CEO tukarla orang lain pulak, bagilah pada Sungai Rapat Online ker, TNB tetap akan untung

Anonymous said...

TNB sepatutnya mengambil langkah penjimatan; kurangkan perbelanjaan yang besar, potong elaun pengarah-pengarah dan gaji pegawai-pegawai kanan. Elaun-elaun mesyuarat juga perlu dikaji semula. Batalkan semua lawatan ke luar negara yang hanya untuk lembaga pengarah dan pegawai kanan makan angin. Tak perlu berseminar di luar negara. Gunakanlah kemudahan yang ada dalam negara yang tentunya lebih murah dan menjimatkan.

rohdijasad said...

Che Khalib wajar ditendang dari TNB. Tidak bertanggungjawab dan tidak memahami aspirasi kerajaan dan keperluan rakyat. Pengkhianat negara~!!!!. Tindak tanduknya boleh menjatuhkan kerajaan BN dan memusnahkan usaha DS Najib untuk meningkatkan sokongan rakyat. TNB tidak sepatutnya menjadi entiti perniagaan utk mengaut keuntungan tetapi agensi kerajaan utk menyediakan keperluan asas bagi kesejahteraan rakyat. TNB terlalu boros dan mewah berbelanja, tangga gaji mereka terlalu tinggi berbanding agensi2 lain selain bonus, tuntutan2, elaun dan lain2 kemudahan yg keterlaluan. Tidak diurus tadbir dgn baik, banyak aset dan hartanah yg terbiar tanpa diusaha dan dibangunkan bagi mendapatkan pulangan untuk menampung perbelanjaan. 'IPP PLANT' bersubsidi terus beroperasi walaupun penjanaan tenaga telah melebihi permintaan. Jika langkah2 penjimatan dan 'cost down' dilaksanakan di dalam TNB nescaya rakyat tidak perlu dibebani. CHE KHALIB TAK BUAT KERJA, MAKAN GAJI BUTA!!!

Anonymous said...

nak cakap apapun tak guna. orang no. 1 dan no. 2 kata ianya tidak membebankan rakyat. oleh itu, sebagai rakyat yang taat kepada pemimpin, maka rakyat janganlah rasa terbeban. sebuah kerajaan prihatin tentulah sudah menimbangnya semasak-masaknya. apapun pertimbangan tentulah berdasarkan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.sabar, kerana anda masih diberi peluang membuat pilihan.

Al-Amin said...

Baguslah tu, supaya keraguan rakyat dapat di atasi atau rakyat boleh menilai, yang kaya bertambah kaya, yang papa, papa kedana ?.

Orang Ketiga said...

Pada mulanya rasa nak marah. Asyik naik aja. Bila nak turun ni. Tetapi bila fikir lama-lama, sembang dengan kekawan, berubah pula perasaan. Mana taknya, aku kerja dengan syarikat pengeluar makanan. Tiap-tiap tahun, harga barangan yang dibuat oleh kilang aku naik. Kami terpaksa naikkan harga kerana harga bahan mentah terutama yang diimpot naik. Gaji kakitangan, termasuk gaji aku juga dinaikkan pihak syarikat pada kadar 12%.
Jadi, bila TNB naik tarif selepas harga gas dinaikkan oleh Petronas setelah Kerajaan tidak tambah subsidi, ramai yang marah. Rasa pulak macam hipokret. Kalau aku marah kat TNB, bererti aku kena marah juga syarikat aku sendiri yang naikkan harga barangan makanannya.
Pening, pening. Aku baca banyak blog yang kutuk TNB termasuk bossnya sekali. Sampai gajinya pun dibangkitkan. Ada yang suruh dia sumbang sebahagain besar pendapatannya kepada rakyat. Kalau demikian pandangan mereka, maka semua CEO dan mereka yang berpendapatan lumayan perlu sumbang sebahagian gaji mereka kepada golongan tersebut. Jangan hadkan kepada Che Khalid aja.
Yang lawaknya, ramai yang mau TNB "absorb" kos yang tinggi agar tidak beban rakyat. Kalau itulah pandangan mereka baik suruh TNB jadi sebuah badan kebajikan aja. Berniaga tanpa untung.
Bab untung ni, kita kena paham bebenar apa erti untung sebenarnya. Yang berbilion untung tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Ianya termasuk harta dan lain-lain. Aku tau lah sikit-sikit perkara ni. Kalau nak penjelasan yang lebih, tanya kawan-kawan yang ada finance background.
Bila TNB kata 75 peratus isi rumah tidak akan terjejas ekoran daripada kenaikan tarif. Terkejut juga aku. Ramai tu. Betul ke? Aku pun cuak juga. Mana mungkin. Tapi bila teringat keadaan di kampung aku di Malim Nawar, memang lah benar. Mereka di kampung mana pakai aircon. Rumah kat sana, besar-besar (rumah kampung) lubang angin luas tak perlu aircon sangat. Berjuta rakyat negara ini dok di luar bandar, mereka tak pakai letrik macam golongan berada di kuala lumpur atau bandar-bandar besar.
Aku fikirlah, kalau mereka tu dan mampu pakai aircon, alat pemanas air untuk mandi, gosok baju hari-hari, tengok tv tak berhenti-henti, anak-anak main video game berjam-jam, lampu tampan dipasang lebih 12 jam sehari. Lantak ler kalau terpaksa kena bayar letrik lebih.
Tapi yang aku heran, ngapa Kerajaan yang dipersalahkan. Cuba cermin diri sebelum salahkan orang lain. Kita pakai kereta besar-besar, minyak nak murah. Kalau kerajaan naik harga Ron95, nak undi pembangkang. Apa pembangkang kasi harga barang turun ke? Setahu aku yang duduk di Selayang, cukai pintu dan bayaran-bayaran lain tak turun pun. Apalah kau orang ni. Manja sangat.

Anonymous said...

Org mcm Khalid ni lah bila dah tak pegang jawatan tinggi terus masuk kandang pembangkang

Anonymous said...

kalau mahfuz bean jadi ceo tnb, kita bayar bil rm 10 aje setiap bulan, dia bukan reti kira mengira ni...hehe...

Anonymous said...

Saya tak setuju kita sibuk pasal gaji sesiapa. Kenaikan tarif elektrik tak ada kena mengena dengan gaji sesiapa.

Berfikiran positif, inflasi dan kenaikan harga barang adalah phenomena dunia yang tak dapat dielakkan. Bukan salah sesiapa. Bermula dengan harga minyak yang terus naik akbiat pergolakkan politik dunia. Inilah realitinya.

Melainkan kita berjimat dalam segalanya. Mungkin kita terlalu selesa selama ini dah terlalu leka dengan subsidi dan menjangka keadaan statik selamanya. Walau siapa pun yang perintah negara ini tetap akan berlaku apatah lagi walau siapa pun CEO TNB.

Anonymous said...

yaa memang patut, kebanyakan pelajar melayu yang dapat biasiswa di luar negara hari ini semuanya kroni dan nepotisme...sorry to say, aku tak respect langsung student undergraduate melayu kat luar negara, kualiti yang teruk, berlagak tak ingat - contoh terbaik tu laa ketua pemudi umno.. bagus lagi student yang study kat uni local

nun manjung said...

sokong SUNGAI RAPAT ONLINE bila untung lebih boleh kongsi sikit...hehehe

Anonymous said...

gaji seorg CEO disyarikat yg berpendapatan melibatkan billion2 ringgit mmg la standard camtu bro..

patut lebih tinggi dari itu, tp disebabkan GLC, maka mereka tertakluk kpd standard gaji ikut piawai kerajaan - special utk GLC..

tp tang anak2 che khatib dapat biasiswa itu, dan kalu ia biasiswa dari kerajaan, maka ia perlu ditegur..biasiswa perlu diberikan kpd yg memerlukan dan layak..

nak mempersoalkan gaji org, jgn compare ngan gaji kite, compare gaji org2 lain berpangkat dan berkelayakan setanding dgn mereka..baru la apple vs apple..

kenaikan harga barang sukar utk dielakkan sejajar dgn pembangunan ekonomi..ingat, dulu kopi 0 harga 5 sen..gula2 seposen dapat 4 biji..skrg brapa?

kite kena ubah tabiat hidup..dan ia perlu dilakukan secara menyeluruh..golongna pertengahan biasanya akan mengekalkan gaya hidup yg sama, dan tiada pengurangan dalam permintaan, skaligus, ia tidak memberi impak kepada harga pasaran..bila harga pasaran kekal, maka golongan2 berpendapatan rendah/golongan miskin lebih terjejas kerana pendpatan mereka ditakuk lama..

sekian

Anonymous said...

aku rasa nak salah tnb sorang pun tak boleh jugak sbb govt pun sokong penuh kenaikan tarif letrik ni. mungkin perjanjian dgn ipp dah memakan diri. yg sialnya rakyat yg jd mangsa.

Anonymous said...

aku da byk buat analysis syarikat2 dalam pelbagai2 industri dan tak pernah aku jumpa yg keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat itu disebabkan kenaikan/penurunan kos letrikk..

yg ade hanyala kos bahan mentah, bahan bakar, dan marketing costs yg tinggi..dan ini juga yg terjadi kpd tNB..

jgn cepat melatah..

Anonymous said...

TNb naik tarif keneler jimat2 pakai letrik..nak salahkan TNB pun tak leh gak..wa cek2 tengok bnyak gak negara lain lately ni naik tarif letrik..so kena buat earth day selalu lah huhhuuhuh...

ORANG KAMPUNG said...

jika benarlah anak2 dia pun dapat biasiswa, itu memang melampau. itu yg buat aku tak puashati! biasiswa itu utk golongan2 tak mampu. jika rm1juta setahun punya gaji pun masih dpt biasiswa, itu memang penipuan dan salahguna.
kerajaaan kena siasat perkara ini.
ramai lagi anak2 kampung yg bijak pandai lebih layak terhadap biasiswa itu!

jasa ekspedisi said...

mampir nich dari JAKSEL

Penulis Hantu said...

RBF,

Jgnla menjadikan gaji CEO TNB sbgi tempat marah tuan..pasal biasiswa tu sila semak btul2..tuan hanya dpt tau dr tukang komen dr posting tuan yg sebelum ni.xkan itu dijadikan modal utk menghentam TNB..tuan bandingkan gaji CEO TNB dgn CEO Maybank, Telekom, CIMB, Petronas, Sime Darby dan GLC lain..baru la adil..jgnla banding dgn gaji RBF memangla x adil..cuba lihat apa yg GAP tulis kt blog dia..lengkap dgn fakta..

Saya ada sedikit info..tuan RBF boleh baca..saya xbersetuju dgn posting tuan mengenai tarif..


Mengapa perlu semakan kadar elektrik sedia ada? Mengapa sekarang?

Ini adalah kerana peningkatan kos tenaga yang semakin ketara.

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU*. Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU*, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

Pada masa yang sama, harga arang batu juga telah meningkat.

Tarif baru ini dirangka berdasarkan harga arang batu pada US$85/tan CIF pada semakan Mac 2009. Sejak dari itu, purata harga arang batu telah meningkat sehingga US$120/tan CIF baru-baru ini.

Semakan tarif ini juga dilaksanakan bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak 2006. Peningkatan jumlah modal, peralatan dan perbelanjaan bahan mentah serta pembangunan infrastruktur penyediaan elektrik telah mengakibatkan keadaan semakin meruncing.

Semakan kadar elektrik perlu bagi mencerminkan kos-kos yang semakin meningkat ini.

Namun begitu, semakan kadar baru ini disusun secara teliti agar tidak menjejaskan pengguna yang kurang mampu dan berpendapatan rendah. Majoriti rakyat Malaysia (75% daripada jumlah penduduk) tidak akan mengalami pertukaran kadar elektrik.

*mmBTu - million metric tonne for British Thermal Unit. BTU adalah unit pengiraan asas bagi tenaga panas. Satu BTU bersamaan dengan jumlah tenaga yang diperlukan bagi memanaskan satu pin air berdasarkan ukuran satu darjah Fahrenheit pada titik tertinggi.

Untuk maklumat selanjutnya sila layari http://www.tnbbuzz.com

-Sekian-

bagelo said...

kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir bijak..kalau masa tersepit mcm ni kenalah bertindak bijak dan jgn mengikut emosi..hidup lah berjimat cermat,rancang pembelanjaan,kurankan benda-benda dunia sementara yang membazir..contoh pakai hpone blacberry, x penting pn,pakai x pakai pn rm1++ sebulan(celcom),broadband, brp sebln?..x penting pn,layan FB je siang malam..benda2 mcm ni kita kene bertindak bijak..jadilah rakyat malaysia yang bijak.

hanizam said...

pada aku, kalau dapat pada pakatan pun naik tetap naik..banyak sikit je...

dalam keadaan sekarang, sape jadi pemerintah, mesti pening pikirkan ape yang terbaik untuk rakyat jelata...

kita kenalah pandai menguruskan pendapatan yang kita dapat...belajar berjimat cermat dalam segala hal...

ajar anak kita supaya manfaatkan ape yang ada, terutamanya dalam mendidik soal penjimatan...

betul macam segelintir komen sebelumnya, kipas, TV kadang tu terbuka tanpa ada penghuninya...

pendek kata, soal ni terpulang pada diri kita masing-masing untuk berjimat cermat...

NAIK TETAP NAIK, WALAUPUN KERAJAAN BERTUKAR...TAKUT LEBIH LAGI NAIKNYA...

Anonymous said...

walapun kita diphak kerajaan, kita patut tegur jika ada perkara yg dirasakan kurang betul supaya kita hidup dialam realiti & bukannya berfantasi seperti pr dan penyokongnya.

tak semua org hidup bermewah2 & sanggup menerima segala kenaikan kos hidup. bila elektrik naik, barang2 akan turut naik. gula naik barang naik. minyak naik barang naik. jd berapa byk kenaikan kos hidup. berapa persen pulak pendapatan yg naik dlm tempoh kenaikan barang2 tersebut? kenaikan pendapatan terlalu perlahan berbanding dgn kenaikan barangan. setakat mana kita mampu bertahan atau hidup sederhana jika kenaikan kos hidup terlalu cepat.

sekiranya kerajaan boleh membelanjakan berjuta atau berbillion ringgit utk persatuan atau projek2 yg kurang penting kenapa pulak kerajaan tak boleh berbelanja untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

notnet said...

aku fikir ceo tu dah lama sangat...tukar la orang baru mana tau dia lebih genius..boleh kaci turun tarif...huhu

Anonymous said...

The best way to cope with inflation/rise of electricity bill, water, food and etc is to change the way of your spending and living; Know the different between needs and wants, turn to green and energy saving electrical appliances, eat outside once a week, don't change cellphone unless lost or broken, subscribe the cheapest internet provider, make only important phone call, wash clothes with maximum load

Anonymous said...

A million ringgit per year is still too low for a ceo of a company like tnb .. A million ringgit is still big amount for many people but we need to look things in their perspectives .. He would make much more if tnb isn't a glc .. Btw, i am an engineer with oil and gas and make rm 70,000 cash per month, net of tax after 20 years in the industry, excluding all other benefits .. you have to be at the right business, right time and riht place and more importantly, you have the right skills ..

Anonymous said...

maaf tiba2 komen selepas setahun. apparently che khalib mmg nak stepping down pun. dan saya kenal anak che khalib personally. mereka dpt biasiswa bukan kerajaan punya biasiswa. yayasan khazanah akan sponsor tak kira kaya atau miskin. mereka mahu orang yg intelectual dan tak berfikiran cetek sprti org yg menulis tak tahu bukti. sy boleh kata anak2 beliau memang pandai belaka dan deserve the scholarship very well. dan bru berada di tahun pertama degree yg sulong. anak kedua dekat kolej lg. anak ketiga sekolah berasrama. ke empat tadika lagi. tak byk pun anak dia. siap ambil anak angkat satu. masih merangkak. sedih baca article ni. takpe lah. pemikiran org bukan senang nk betulkan.