Friday, May 20, 2011

Gabung Bank Islam dan Bank Muamalat, Din Puduraya Tunjuk Bodoh

Tengahari tadi blogger GAP telah mengulas mengenai seorang pemimpin kanan Pas yang 'pakar' dalam bidang ekonomi yang mempunyai 'diploma' Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dari Universiti Of Pokok Sena. Sini

Malam ini saya pula nak cerita tentang seorang lagi pemimpin kanan Pas yang juga pakar dalam segala hal, Salahuddin Ayub@Din Puduraya.

Jangan main-main dengan naib-naib presiden Pas, orangnya semua hebat-hebat, kalah Gabenor Bank Negara dibuatnya. Jangan kata Gabenor Bank Negara yang kalah dengannya , Syed Mokhtar Al Bukhari , Robert Kuok, Ananda Krishnan dan semua tokoh-tokoh koporat pun kalah dengan kehebatan mereka.

Kalaulah mereka jadi pemimpin negara ini, saya rasa ekonomi negara kita akan naik memuncak-muncak zup...zup...zup....mengalahkan zaman Tun Dr M. Tiap-tiap tahun bajet kita akan surplus, tiada lagi defisit.

Cukup dulu intro setakat itu tentang kehebatan naib-naib presiden Pas. Sekarang mari kita tengok pula kebodohan mereka.

Semalam Din Puduraya mempertikaikan rancangan penggabungan Bank Islam dan Bank Mualamat. Saya malas nak petik panjang-panjang kenyataan dia. Anda semua boleh baca di sini.

Saya petik beberapa perkara sahaja.
Beliau yang yakin dengan tindakan penggabungan itu dilakukan disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar, hairan dengan langkah penggabungan itu kerana ia pasti akan membebankan BIMB sendiri kerana terpaksa bergabung dengan bank yang bermasalah.

“Bank Muamalat diharap telus dalam isu ini. Bank Muamalat mesti nyatakan status kewangannya dengan jelas, kena beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada Bank Muamalat.

Beliau turut berjanji akan mengutus surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas kedudukannya selaku Ahli Parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya.

"Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung dengan BIMB?” jelas beliau.
Sebelum saya jawab, saya kena berterus-terang terlebih dahulu dengan anda. Supaya orang tahu yang saya ini tidak berapa pandai. Bukannya bodoh berlagak pandai seperti orang yang lulusan Universiti Of Pokok Sena. Saya ini bukanlah hebat sangat dalam perkara-perkara begini. Tetapi hasil daripada apa yang cikgu ajar dulu dan belajar dari rakan-rakan sekeliling, maka saya tahulah sedikit sebanyak. Kalau saya salah tolong betulkan saya.

Pemegang saham utama Bank Muamalat adalah DRB Hicom dan yang lain adalah Khazanah Nasional. DRB Hicom pula dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar.

Cara Din Puduraya buat kenyataan semalam dia cuba gambarkan Bank Muamalat itu berada dalam keadaan yang teruk sangat-sangat serta rugi , lalu terpaksa bergabung dengan Bank Islam untuk menyelamatkan keadaan dan selamatkan Syed Mokhtar. Dia cuba menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan Syed Mokhtar.

Apalah dosa Syed Mokhtar tu wahai Din Puduraya yang kau nak tuduh dia bukan-bukan ? Tak pasal-pasal kau dapat dosa kering, hanya semata-mata kau nak jadi hero.

Kalau nak jadi hero pun biarlah bertempat wahai Din Puduraya. Jangan pula kebodohan yang terserlah.

Dengan angkuhnya Din Puduraya berkata sebagai ahli parlimen dia akan menulis surat kepada pengerusi PAC bagi memaksa Bank Mualamat membekalkan penyata kewangannya.

Kau memang bodoh Din, aku ulang sekali lagi kau memang bodoh. Aku lebih cerdik dari kau.

Apa susahnya kalau kau nak penyata kewangan Bank Muamalat.Tak perlu susah-susah nak tulis surat. Dua tiga kali klik sahaja kau boleh dapat. Kalau tak percaya kau klik sini.

Kau nak yang tahun berapa semuanya ada. Lain kali sebelum buat sidang media, tolong buat home work dulu. Pantang ada para wartawan hulur mikrofon, semua benda kau nak bercakap. Macam beruk dihulur pisang.

Semenjak tahun 2003 hingga 2007 Bank Mualamat hanya rugi sekali sahaja, iaitu pada tahun 2004. Lihat di bawah atau klik di sini.

Tahun 2008 pula Bank Mualamat mencatatkan keuntungan sebelum bayar zakat dan cukai sebanyak RM 42.3 juta. Tahun 2009 mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai RM 118.5 juta. Lihat dibawah atau klik di sini (ms 4) .


Tahun 2010 pula untuk 9 bulan sehingga Disember mencatatkan keuntungan sebelum bayar zakat dan cukai sebanyak RM 143.9 juta. Tahun kewangan Bank Mualamat berakhir pada Mac. Lihat dibawah atau klik di sini (ms 3).


Selepas diambil alih oleh DRB Hicom pada 2008, untung Bank Mualamat naik mencanak setiap tahun. Itu pun Din Puduraya nak buat fitnah lagi kononnya bank itu bermasalah.

Lihat dalam ketiga-tiga penyata diatas, berapa puluh juta setahun Bank Mualamat sumbang untuk zakat dan cukai kepada negara.

Apa yang dikatakan oleh Din Puduraya semalam semuanya fitnah dengan niat untuk menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan dan Tan Sri Syed Mokhtar.Tujuan penggabungan itu adalah untuk mewujudkan sebuah Bank Islam yang lebih besar.

Lain kali kalau tak cukup ilmu di dada jangan nak belagak pandai wahai Din Puduraya. Kalau tak tahu tolong tanya orang. Sekarang tak pasal-pasal kau kena bodohkan dengan seorang blogger jalanan seperti aku.

Terus teranglah aku cakap Din, tahap otak kau dengan Mahfuz sebenarnya belum boleh melayakkan kau orang berdua bergelar wakil rakyat. Seorang layak jadi driver aku. Seorang lagi pula kerja tukang kemas meja tempat aku berblog.

23 comments:

Anonymous said...

Bagus rbf, orang PAS cuma pandai fitnah tanpa fakta. tak pernah buat kaji selidik. bila bercakap ikut dengar cakap. bukankah kerajaan nak lepaskan pegangan saham khazanah dlm bank muamalat dan lain-lain GLC. Jadi sebelum bank muamalat disamun oleh bukan islam olehlah merge dengan bimb.

Jaga bank. said...

Maafkan lah Din Puduraya ni.

Dulu dia kerani saja kat MUI bank.

Tu pun kat HR dept - jaga cuti dan claim staff.

pergi agm pun sebab ada makan free kat shareholders.

Bab annual report ni bukan dia reti dengan terms dalam tu.

Yang dia tau cuma nak tau berapa bulan bonos dia dapat.

maafkan lah dia.

Tenno perang said...

naib presiden dah bodoh cam tuh..sama jer ngan pengikutnya...xda beza pon...

Anonymous said...

Pakar ekonomi duduk atas pokok sena dan pakar ekonomi pudu raya elok ajar budak darjah satu mengira. hahahaha. bengap bebal depa ni. tahu kutuk jer. hahaha

Anonymous said...

RBF, din dgn mahfuz tu bila bercakap depa perasan sangat macam pandai..tapi sebeno benonya banggang tahap budak tadika..kesian juga mikirkan mcm mana la MP boleh keluar kenyataan mcm tu..apa pun artikel RBF ni memang 1st class la..kalau din tak terasa bodoh tak tahu la..

Moshe said...

La din apa hal kau mandai mandai. Agak nya kau tak tahu nak baca penyata kewangan kot. Mungkin kitab suci pun kau........

Anonymous said...

kalo kalian nak tau kelebihan din puduraya ni....dia pandai jeng jeng~~~...tu pasal org panggil DIN PUDURAYA

man kidal said...

tahniah rbf! inilah yg dipanggil menjawab hujah dgn isi.bukannya tembak sembarangan seperti sesetengah blogger.

Anonymous said...

orang2 PAS ni cerdik tak leh nak di ikut, bodoh tak leh nak diajar..diaorang sendiri tak paham apa yang diorang cakap, apalagi orang lain nak paham? buang masa je nak ajar diorang ni, biar jer si luncai terjun dengan labu labu nya, dan lagi pun puak depa ni mana ada neraka cuma syuga ja...apa depa nak takut.

Anonymous said...

DENGAN ILMU KITA HUJAH
DENGAN ILMU KITA SERGAH
DENGAN ILMU KITA GAGAH

DIN TU BUKAN PEMBANCUH KOPI MACAM SAIFUL KE?

Anonymous said...

Tahniah RBF! Macam ni la cara berhujah. Guna otak, guna fakta, buat research dulu sebelum bercakap. Ko dah buktikan mamat Pas sorang ni memang tak layak jadi MP. Bank Muamalat untong besar, Din Puduraya kelentong besar. Gabungan BIMB dan BMMB sebenarnya dapat memperkasakan perbankan Islam.

hamdan said...

Salam.

ni mangkok pembangkang kan tahu tengok statistik.

Yang terhegeh@ nak gabung ni ialah Bank Islam.

bank muamalat sebenarnya tak memandang ke lain dah. Projek Tan sri Sm adalah membangunkan semula bank muamlat supaya menjadi bank yg boleh bersaing dgn bank2 lain.

kalau tengok staf2 bmmb ni, ramai yg di bawa masuk dari bank2 lain yg dah terkenal...malah terdiri dari pelbagai kaum. Yang memang profesional...tidak sprt bank islam yg masih berbudaya "kerajaan". malah bmmb begitu agresif dalam pembiayaan dan sistem on line banking pun makin diagresifkan. Tidak sprt sebelum ini lesu sampai bank rakyat pun lebih maju.

Aku jangkakan....idea briliant dari tan sri Moktar ialah akan membeli pos malaysia. beliau akan convert cawangan Pos malaysia mempunyai kapasiti utk mengambil deposit dan pengeluaran deposit. maka korang bayangkan bmmb akan mempunyai rangkaian terbesar di malaysia.

ini yg sebenarnya ditakuti oleh BIMB...

Anonymous said...

tahniah bro RBF,
hanya orng bodoh saja yang dapat jadi pemimpin ....tapi di kalangan yang bodoh 2 tingkat...PAS..

tokawe

Anonymous said...

SEDIHNYA PEMIMPIN PAS SEPERTI MEREKA INI..
TAKDE KE AHLI2 PAS YG LAIN NAK GANTI MEREKA NI?

Anonymous said...

RBF ,

Lawaknya ...mcm beruk dpt pisang.. klass komen kau .. sebenarnya bank islam di malaysia masih lagi mempunyai aliran tunai yg kecil jika dibandingkan dengan bank islam diluar negara. Apabila bank2 islam di luar negara yg mempunyai lebih byk aliran tunai spt bank dari Asia Barat memasuki M'sia , di khuatiri bank2 islam tempatan tidak dpt bersaing dgn bank2 luar negara ini. Oleh itu drpd BIMB jatuh ke tgn org asing; lebih baik jika org melayu juga yg memilikinya..

Anyway , RBF memang kelas komen ko.. Ha!Ha!Ha!

Anonymous said...

Masyaallah, baru aku tau betapa bodohnya si salahudin ayob. buat statement tak guna kepala otak. mcm mana pas boleh amek org mcm ni? memalukan parti.

tahniah rbf kerana berjaya londehkan kebodohan pemimpin2 pas.

Anonymous said...

Terbaik dari ladang bro!!!! caya lerrr!!! din pudu tu aku kenal sangat bro!!! habok pun tak dek!! baik suruh die tolong adik die jual kopok lekor kat Tanjung Piai,Serkat tu haaaa!!!

din kotaraya said...

yg pentingnya inilah tingkat pemikiran bakal pemimpin kita selepas PR13 nanti. Kalau beginilah tahap pemikiranya bagaimana agaknya kefahaman beliau tentang Al Quraan.
Aku risau dek kerana kebodohanya dlm mentafsir sesuatu pekara akan mengakibatkan kerosakan.

Anonymous said...

Salah tu din, statement bodoh yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang berlagak pandai. Ini lah dia pemimpin Parti-Ahli-Stupid. Bab-bab ekonomi mana la depa tau.

Anonymous said...

Salah tu din, statement bodoh yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang berlagak pandai. Ini lah dia pemimpin Parti-Ahli-Stupid. Bab-bab ekonomi mana la depa tau.

nonbal said...

MEMANG KAW-KAW PUNYA RBF BASUH DUA MANGKOK NI HA HA, PUAS HATI AKU. DUA EKOR NI, SORANG MCM MUALAF CINA, SORANG BENIH MAMAK, TAPI HATI JAHAT MACAM SIAL

Anonymous said...

Aku x heran dengan kebodohan pemimpin PAS tp paling aku heran kenpa masih ade org meLAYU yg sokong mereka.... Adakalah meLAYU masih stim daun ketum a.k.a air ketum.... Hahahahahaaa

Anonymous said...

NAIK TAKUT DAN SERAM SEJUK PUN ADA JUGA , TAK CAYA PEMIMPIN BESAR MEMPUNYAI PEMIKIRAN SAPERTI INI. APA PUN KITA TENGOK FINANCIAL REPORT YANG AKAN KELUAR BILA BILA MASA SAJA BULAN INI.