Sunday, May 29, 2011

Hati-Hati Dengan Segelintir Kedai Mamak

Gambar ini hanya sekadar hiasan semata-mata

Perhatian:
Apa yang saya nak perkatakan dibawah ini BUKAN melibatkan semua restoran-restoran mamak, tetapi hanya segelintir sahaja. Daripada segelintir itu pun BUKAN semua kegiatan perkerja-pekerja mereka diketahui oleh majikannya.

Di bandar-bandar besar restoran-restoran mamak adalah tempat yang popular untuk kita menjamu selera bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Restoran mamak juga tempat kita selalu berkumpul menonton perlawanan bolasepak.

Kenapa kita pilih restoran mamak ?

Berniaga ikut jadual, semua makanan ada, kedai besar, cerah dan pekerja-pekerjanya tidak pernah merungut kalau kita minta itu ini. Pekerja kedai mamak , kalau kena maki dengan pelanggan sekali pun mereka tetap senyum atau buat bodoh.

Kedai melayu, kalau kita meragam sikit mulalah mereka tarik muka dan silap-silap makanan atau minuman kita diludah atau dicelup dengan jari atau hujung kain buruk. Terutama sekali kedai-kedai tomyam yang dikendalikan oleh orang-orang Selatan Thai. Bukan semuanya bersikap begitu, hanya segelintir sahaja, ada juga yang ok.

Lagi satu sikap buruk tukang-tukang masak kedai tomyam adalah merasa makanan pelanggan yang dimasak dengan sudu yang sama. Terutama sekali masakan-masakan berkuah seperti tom yam atau sup.

Mereka masak, kemudian mereka ambil sudu yang diletak di tepi dapur, kemudian kaut sikit kuah yang dimasak untuk dirasa (kecap). Kalau tak cukup bahan , mereka tambah, kemudian sudu yang sama tanpa dicuci dicelup lagi ke dalam kuali untuk merasa lagi makanan itu. Satu sudu yang sama tanpa dicuci digunakan berpuluh-puluh kali semalaman untuk merasa makanan yang dimasak kepada puluhan atau ratusan pelanggan satu malam.

Balik kepada kisah kedai mamak, saya nak kongsi dengan rakan-rakan semua satu perkara. Apabila kita siap makan, kebiasaannya kita akan panggil pekerja untuk kira.

"Macha kira..."

Maka marilah pekerja itu bawa kertas dan pen.

"Oney, rendey, mune, nalu, angi, are bla...bla...bla.... lapan belas ringgit lima puluh sen bos", kata pekerja tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Tanpa bercakap banyak kita pun hulurlah duit. Lepas itu datang pula pekerja bagi duit baki dan tanpa bercakap banyak kita pun ambil tanpa mengiranya terus masuk ke dalam poket.

Kita tak sedar yang kita telah ditipu oleh pekerja tersebut.

Dengan kita mereka kira RM 18.50, masuk laci tauke mungkin Rm 17.00 sahaja. RM 1.50 lagi masuk poket mereka. Jumlah yang mereka balun bergantung kepada berapa banyak yang pelanggan makan. Daripada sekecil-kecil 20 sen hinggalah ke dua tiga ringgit.

Katakanlah secara purata mereka balun pelanggan 50 sen seorang. Kalau 50 pelanggan sehari dah RM 25.00. Kebiasaannya tukang kira akan berpakat dengan orang yang jaga kaunter. Kalau tauke sendiri yang jaga kaunter mereka tidak berpeluang melakukan silap mata tersebut, tetapi mereka main silap mata dengan duit baki pula.

Sebab itu sesetengah kedai mamak yang mana tauke yang baik-baik tidak membenarkan sebarang pembayaran dilakukan di meja makan. Pelanggan mesti pergi ke kaunter untuk membayar, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi.

Seperkara lagi, tolong kira wang baki yang dihantar oleh mereka kepada kita. Kadangkala wang tersebut tidak mengcukupi kerana telah dibalun oleh si tukang kira tersebut.

Ramai diantara kita malu untuk nak lihat satu-satu apa yang mereka kira. Saya tak kata orang lain , saya pun begitu juga dulu. Bukan apa, takut orang kata kita terlalu berkira sangat. Tapi selepas saya melihat seorang cina pernah kena main silap mata begitu dengan pekerja kedai mamak di Puchong, saya pun mula berhati-hati selepas itu. Cina itu kena tipu 30 sen sahaja, tetapi dia punya kecoh satu kedai dengar. Siap suruh pekerja kedai itu telefon tauke kedai dan datang ke kedai dengan segera.

Saya akan ambil kertas yang dia kira kemudian saya padankan dengan makanan atau minuman yang dimakan atau diminum. Sejak saya amalkan begitu sudah beberapa kali pekerja kedai mamak di beberapa buah restoran kantoi dengan saya. Apabila kantoi kita tanya, mereka buat-buat bodoh dan garu kepala, kemudian buat-buat kira balik dan pergi ambil duit yang mereka buat silap mata beri kepada kita kembali. Jumlah yang mereka buat silap mata tak banyak , kebiasaannya 50 sen sahaja. Lebih kurang sajalah RBF dengan cina diatas. Cina diatas kena tipu 30 sen kecoh satu kedai, RBF kena tipu 50 sen tetapi beberapa kali siap masuk blog dan kecoh satu dunia. Ha...ha...ha...ha....ha.....

Bukan 50 sen itu yang kita nak berkira, tapi penipuan yang dilakukan itu yang membuatkan kita marah. Kalau nak dua tiga ringgit kita boleh kasi, tapi mintalah dengan elok. Orang buta yang jual tisu kita boleh beri sampai lima orang satu malam sepanjang kita lepak di kedai mamak. Tak kan setakat mereka nak makan 2-3 ringgit kita tak boleh beri kepada mereka jika mereka benar-benar tidak cukup wang.

Jangan pula rakan-rakan menghukum semua kedai mamak berperangai sedemikian. Yang saya maksudkan hanya segelintir sahaja. Kalau nak tahu, cuba pergi uji. Kalau dah dua tiga kali uji di kedai yang sama, tetapi tiada masalah. Maknanya kedai itu ok lah.

22 comments:

Anonymous said...

cara mamak kira
arau tanjung arau tanjuang arau tanjung arau tanjung semua sekali boss 59.30 wakakakakakkakakakaka dah banyak kali kena bhai semua kedai mamak sama jerrrr

Anonymous said...

Lu baru tau ke? aku sudah 30 tahun tau perangai mamak ni..bayar depan kaunter pun depa tipu jugak masa kira dengan calculator tgk betul-betul ..mesti ada nak cilok 2 3 kupang ..

putrarahman said...

Lagi satu, pengalaman aku makan Ikan Bakar di Sebuah Restorant Ikan Bakar yang hebat (ada 14 cawangan lebih di lembah Kelang). Ada sedikit gharar dalam perniagaan mereka yang membuat aku tak puas hati.

Ghararnya adalah dimana kita tidak tengok berapa berat timbangan ikan yang kita pilih. Last sekali bila bayar, baru kita congak-congak berapa berat ikan yang kita makan. Aku terkena dimana seekor ikan Tilapia hampir 1KG beratnya. Ikan yang aku pilih sederhana besar dan tak sampai pun 1 kg.

Jadi sesiapa yang makan ikan bakar, sila pastikan ikan ditimbang didepan kita, baru kita bleh congak berapa berat ikan yang kita makan.

Anonymous said...

bro..cara paling senang ..ko suruh 2-3 orang mamak kira ..so confirm lain rega dr setiap orang ...(untuk jumlah byk ler ) kalu setakt 2-3 kerat pandang kt papan harga udah ler..

Atak Kau said...

panggil 2 orang mamak untuk kira harga makanan yg sama. 2 orag akan beri harga yg berlainan. So..which one yg lu nak bayar? Wa selalu buat mcm tu..bayar yg lebih murah. kalau depan konter buat2 tak de syling. Dapat diskaun lagi. Bdo2 je mamak tu kene tipu. Heh..heh..

Panglima Perang Cyber said...

mesti Presiden Tauke Mamak Semalaysia akan call RBF bagi free makan sampai mati di kedai mereka ...


kwang kwang kwang...

apa pun kawe terhibur baca tulisan demoooo

Anonymous said...

Banyak pengalaman pahit aku dgn kedai mamak ni! tu tak termasuk dari segi kebersihan..tak nak la aku komen lebih-lebih! dah 3 tahun aku tak masuk kedai mamak..

Anonymous said...

antara kedai mamak dgn kedai petani aku lagi meluat kedai petani. kena pulak pelayan jenis minah baru habis sekolah. tayang muka yg perasan cun sgt. rasa mcm nak bagi penampaq jepun tgk perangai diorang layan pelanggan.

kedai yg pure melayu pulak menyampah tgk muka toke2 kedai yg kononnya dah berjaya. panggil kira haram tak mau dtg. bajet dah kaya sgt la kut. mcm harem.

sudahnya makan kat rumah je. takdak sapa nak sakitkan hati.

Anonymous said...

Bukan kedai mamak je...
Minggu lepas aku makan di restoran ..... di Kompleks Mega Mall Kuantan pun terkena... Tapi memang silap sendiri.. Sebab tak kira duit baki yang dikembalikan.. Main percaya je, terima dan terus masuk duit dalam poket. Saya hanya sedar bila singgah nak beli keropok saya dapati baki duit makan tadi hanyalah RM21.00 - sepatutnya saya bayar RM 21.00, bila beri RM50 sepatutnya saya akan dapat kembali duit RM29 bukan RM21....
itulah... Sepatutnya kita perlu sentiasa waspada.

ila said...

Betul..sy juga mengalami situasi bgni di mana kelebihan duit yg sabenar.Kejadian ini di johor bahru. percaya tak overcharged RM7.35sen.Nasihat sy jgn malu dan segan menyuroh hitong satupersatu makan yg kita order.

LIZ said...

BILA BACA BLOG ANDA SAYA SANGAT2LAH BERTERIMAKASIH KERANA SEJAUH INI TAK TAHU PULAK ADA ORG2 YANG PERASAN DI TIPU OLEH KEDAI2 MAMAK NI..MEMANG BETULLAH.HATI2 BILA AMBIK DUIT PULANGAN.DAH BANYAK KALI SAYA KENA.KASI DUIT BALIK KURANG.KALAU 10 SEN TAKPELAH JUGAKKAN.INI SAMPAI 1 RINGGIT ATAU LEBIH.JGN TERUS AMBIK DUIT MASUK DALAM KOCEK.KIRA DULU DEPAN DIA.KALAU SEPULUH ORG DIA TIPU DAH BERAPA BANYAK DIA UNTUNG.SEBARKAN HAL INI.. SEBARKAN.MEMANG SAYA PUN ADA TERINGAT JUGAK MACAM MANA NAK BERITAHU ORG RAMAI.AKHIRNYA ANDA TULIS BLOG NI..SYABAS.. SEBARKAN..

Anonymous said...

Kalo kat UK bule pulak nkorang kata "keep the change!" dua, tiga pound tuuu...kalo tidak siap laa mat saleh tu pandang semacam...macam nkorang takde kelas...kahkahkah!! Kat sini 20, 30 sen pun nak berkira sangat...sedeqah je laaa, dapat gak pahala. Pekerja mamak yang "ter"salah kira tu memang tahap patut dapat duit zakat pun, kalo tidak takkan sanggup datang sini melayan nkorang....hehehheh!

Anonymous said...

Hal begini boleh berlaku sebab tak de resit. Sesetengah kedai ade print receipt details apa yg kita order dan harganye. Tapi kebanyakkan kedai mamak tak de print details receipt. Disinilah terletaknye trick yg mereka boleh tipu pengguna.
Kalau boleh kita mintak dikuatkuasakan supaya semua kedai-kedai mamak dan restoran-restoran print details semasa pembayaran. Macam kita beli barang kat pasaraya Tesco atau Giant. Walau satu barang pun diaorg print receipt dgn harga seunit barang...

So...what.
Kalau depa nak main tipu kita tunjukkan caranya bagaimana kita tak dapat ditipu...Boleh ????

LIZ said...

JNG CAKAP PASAL RESITLAH,ITU INILAH GEDEBAK GEDEBUK...YANG PENTING TENGOK DUIT YANG DI BALIKKAN.KALAU ADA RESIT PUN KALAU DIA NAK TIPU,TIPU JUGAK.PASAL DIA TAHU KORANG TAK KIRA BILA AMBIK DUIT BALIK..ITU YANG SELALU ORG BUAT. PASAL HARGA MAKANAN AKU TAK KISAH SANGAT SEBAB KADANG2 DIA TAKLAH NAK TIPU BILA KIRA JUMLAHMAKANAN TERSEBUT PASAL HARGA MEMANG DAH DITETAPKAN.TAPI PASAL DUIT BALIK..YAG SELALU ORG KENA TIPU..KALAU TAK PERCAYA CUBA BUAT EXPERIMENT..DALAM SEPULUH KEDAI MAMAK, 5 ATAU 6 YANG CUBA NAK MENIPU.CUBALAH..

LIZ said...

KORANG PERASAN TAK YANG KORANG JARANG2 SEKALI KIRA DUIT BAKI WAKTU BAYAR BARANG YANG DI BELI?TAK KIRALAH KAT PASARAYA KE, KEDAI CINA KE,KEDAI MELAYU KE ATAU KEDAI MAMAK.TERKENA KEDAI MAMAK, DIA AMBIK KESEMPATANLAH...PASAL DIA DAH TRY TIPU SATU.. SO DIA TIPU LAGI ,TIPU LAGI TIPU LAGI DAN LAGI DAN LAGI..

ruang bicara faisal said...

LIZ,

satu lagi, plaza tol. itu pun kena hati2 juga.

whiteorange said...

Pengalaman yang aku tak akan lupa di kedai mamak.
Lu orang pernah kena tak?

First time kira RM4.50, tak puas hati aku suruh kira lagi, nak tau apa jawapan yang aku terima 'SORRY BOS , SAYA SALAH KIRA, RM5.50 BOS"

Aku garu kepala , malu ada , menyesal pun ada , dalam hati berkata ' MENYESAL SURUH KIRA SEMULA"

Anonymous said...

buat apa pi kedai mamak.sah sah nampak dia pakai kopiah ataupun songkok,maka terus kata tu kedai mamak.padahal sesilap ntah dari bahagian india mana ntah yang diragui.

aku pun kadang heran,asal nampak india pakai kepiah je terus dikatakan mamak.aku memang dah jarang makan kedai mamak.kalau boleh elakkan memang aku elakkan.pergi pun aku bawak sesiap air mineral,malas nak makan minum kat situ

dulu aku pernah makan milo panas dan telur setengah masak 2 biji.dekat 5 ringgit lebih kena.kedai mamak bandar tasik permaisuri,cheras.yang design ala ala hitam depan masjid najihin tu.

toksah la pi kedai mamak.kedai melayu pun aku perati gak kadang.yg ok tu ok,yg tak ok tu cam hampeh.

YB Raz said...

saya biasa lepak kedai mamak yg sama setiap hari. so memang dah tahu harga makan minum kat situ.

anti bohmau said...

hampir semua orang ada pengalaman yg sama dgn kedai makan mamak ni! aku memang dah lama tak makan di kedai mamak sbb kedai mamak tak banyak di sini...hehehe

tp gerai @ kedai makan di sini kalau pelayannya budak2 pompuan muda, tino klate, apa lagi kalu siam mali, sah glenyar mrk 1dunia dah tau! abe... abee...lentok abisy

anak2 aku pompuan semua. ari tu along balik bentak2 marah sbb dia ngn adik2 dia tidak dilayan oleh budak2 pompuan satu restoran tuh...

'glenyar dok laye jate jah!' kata along. 'orang tobat dah tak gi kedai hjh ... tu. kita duduk dekat 10 minit takdak sapa pedulik, masuk ja set jate, pakat terkam 2,3 orang pelayan bodoh tu gi tanya nak makan apa!! glenyar! glenyar!!! kami blah & gi beli sate jah dkt round about tuh! mnyampah!'

sebenarnya pekerja2 supermarket ka, pelayan restoran ka, pembantu2 kedai runcit ka, yg pompuan2 tu kalau tengok pakwe2 jambu masuk ja, terglenyar selalu! SEDANGKAN YG ADA KUASA MEMBELI IALAH ISTERI2 YG MEMANG 'GENUINE BUYERS' bukannya kaki sengkek jambu lawa yg masuk sekadar nak beli caklat hacks 2,3 butir ble ble ngorat ngn salesgirls...
dah tua2 ni jarang masuk supermarket. biar orang dapur ja sbb mrk tahu apa nak dibeli...

Anonymous said...

hmmm Nama pun Mamak! Pasai ataih lincin, bawah semak ! akakaka

Anonymous said...

assalam, sori bro, tak makan kat kedai mamak..tapi ada satu kedai ni, masak tomyam memang sedap..yang tukang masak pun anak dara lagi...selalu pi lepak kat situ, bukan nak makan pun, nak sembang dengan anak dara tu...hehe