Friday, May 27, 2011

Keluar Umno Masuk Pas dan Patah Balik Kepada Umno ?

Selepas PRU 2008 ramai pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahlinya berada dalam keadaan yang cukup lemah. Masa itu orang nak pakai baju BN atau Umno pun malu, apatah lagi nak mengaku ahli. Tidak kurang juga mereka-mereka yang tidak mempunyai daya tahan dalam perjuangan yang bertindak keluar parti.

Akhir tahun 2008, menjelang PRK Kuala Trengganu, Umno sekali lagi menerima tamparan yang hebat apabila seorang ketua bahagiannya, Kapten Zahar, dari Bahagian Petaling Jaya Selatan bertindak keluar parti bersama-sama dengan 28 ketua cawangan dan 13 ajk bahagian.

Lebih pedih dan tercabar lagi apabila beliau menutup pejabatnya yang sebelum itu dijadikan pejabat Umno bahagian dan menukarnya menjadi pejabat Pas. Nik Aziz dijemput untuk majlis perasmian pejabat tersebut.

Selama 26 tahun dia berada dalam Umno, pelbagai kemudahan dan kesenangan yang dia dapat, tiba-tiba dia buat hina kepada Umno sampai ke tahap itu.

Hampir tiga tahun peristiwa itu telah berlalu dan Umno kini sudah pun kembali bertenaga. Tiba-tiba sekarang saya mendapat berita, Kapten Zahar sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Pas dan saya difahamkan terdapat ura-ura yang dia akan kembali bersama Umno.

Bab dia keluar parti saya boleh sabar lagi kerana penghijrahan dari satu parti ke satu parti adalah perkara biasa bagi orang politik. Tapi bab yang saya tak boleh tahan apabila dia tukar pejabat Umno kepada pejabat Pas. Sungguh sombong dan riak lagaknya.

Kepada seorang blogger yang sealiran dengan saya pula yang meraikan kembalinya Kapten Zahar kepada Umno, saya nak tanya kamu satu perkara sahaja, kamu ada maruah atau tidak ? Sini

Saya amat-amat berharap berita tersebut tidak tepat. Pada pandangan saya orang begitu tidak perlu kembali kepada Umno. Saat parti susah dan lemah, dia bertindak keluar dengan segala apa yang dia dapat dari parti tersebut sebelum itu. Apabila parti sudah kembali bertenaga , patutkah dia kembali semula dan patutkah Umno menerimanya kembali ?

19 comments:

Anonymous said...

orang seperti beliau tidak ikhlas berjuang dalam unmo,beliau seperti mahu sesuatu bila masuk politik..dulu dalam umno beliau senang,bila rasa umno lemah cr tempat bergantung demi kepentingan diri bukan kerana membela rakyat.harap orang seperti beliau tidak dibenarkan kembali masuk umno,kita tak mahu orang berhati busuk mcm beliau byk hinaan beliau lemparkan kepada parti keramat orang melayu

Anti Jumud said...

tiada pendirian bahaya jika diajak berjuang, berdepan musuh lari lintang pukang tinggalkan kawan...anti jumud

Anonymous said...

saya setuju dgn saudara...
jika benar dia ikhlas berjuang, jika parti lemah dan perlukan sokongan adakah patut dia melarikan diri meninggalkan mereka yg lain terkontang-kanting?

beliau ini bekas kapten apa? polis? askar? saya ingin kita berfikir juga. sesebuah parti itu kita boleh ibaratkan seperti sebuah skuadron perajurit... adakah layak seseorg itu dipanggil PEJUANG... sekiranya ketika skuadron dalam keadaan lemah, dia sbg ahli skuadron bertindak mementingkan diri, lari meninggalkan teman di dalam skuadron utk menyelamatkan diri? jika sifat begini ada dlm jatidiri perajurit kita, apa akan jadi kepada negara?

samalah juga halnya dgn kepartian. jika beginilah jatidiri beliau apakah kita boleh mengharapkan sokongan dan kesetiaan beliau kemudian hari nanti? atau jika parti menghadapi kesukaran lagi maka beliau akan kembali ke sifat sebegini?

BUKAN PEJUANG NAMANYA JIKA MUDAH MENGALAH DGN KELEMAHAN2 YG TIMBUL, SEORANG PEJUANG ITU JUGA HARUS MENGAKUI KELEMAHAN DAN KEKAL SETIA DAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN ITU SENDIRI. BUKANNYA DGN BERTINDAK MELARIKAN DIRI DARI MASALAH.

Anonymous said...

cuba siasat sikit sejarah dia... samaada kaki buli ke masa di MCKK dulu dan masa dia jadi ketua bahagian Umno PJS

Anonymous said...

Saya juga bekas tentera dan kalau diteliti KAPTEN ZAHAR ni hanya berpangkat kapten (JUNIOR RANK OFFICER) yang menamatkan perkhidmatan selepas 9 tahun berkhidmat.
Kalau orang macam di diberi kapal untuk di kemudi di laut atau pesawat terbang di udara.dah banyak kemalangan berlaku.
Ada hati nak jadi pemimpin..
Hancurlah semuanya..

Anonymous said...

Ha Ha Ha...

Kalau tak silap, dia join pr sebab Nuar dah janji nak bagi Kontrak Supply Helikopter yang dia bising2 aritu... Itu KALAU si Nuar jadi pm.. dah terbayang duit runtuh..

Salah congak... Tok Najib steady jer jadi PM, si Nuar dah penuh tahi.. jadi kena lompat katak balik la nampak nye..

Pejuang UMNO jenis ape???? Semua kemudahan yang disediakan ADA MAKNAAA....

Anonymous said...

x payah layan orang macam ni...
x ikhlas...ade udang sebalik mee..

aReils said...

salam bro..

inilah dia yg dipanggil KATAK POLITIK

ya, beliau bebas sesuka hati sesedap rase nk masuk parti mana skalipun.. tp kalo dah MARAHKAN NYAMUK HABIS KELAMBU, PERABOT & RUMAH PUN DIBAKAR nya.. itulah realiti politik

org boleh memaafkan/terima beliau tp tak mungkin boleh lupa apa yg beliau dah buat pd UMNO BHGN PJS

org Kg Medan
Jln Klang Lama

p/s: kalo HELI tak dpt, HELIPAD pun jadilahh..

ABE ZUL KELATE said...

SESUNGGUHNYA BANGSA TIDAK MEMERLUKAN KEHADIRAN INSAN SEBEGINI DALAM MEMPERJUANGKAN UNTUNG NASIB BANGSA....KEHADIRAN BELIAU DI PANGKUAN UMNO TIDAK DIMINTA DAN PEMERGIAN BELIAU MENINGGALKAN PARTI KERAMAT INI TIDAK PERNAH DISURUH......KEPADA UMNO INGATLAH.....DISAAT ANDA TERUMBANG AMBING DIPUKUL OMBAK DIMANAKAH MANUSIA DURJANA INI ? USAH JADI PARTI PEMAAF DAN TERLAMPAU MURAH...AKIBATNYA PASTI BURUK....SESUNGGUHNYA KHADIRAN BELIAU KALI INI JUGA BUKAN DI ATAS PERJUANGAN YANG TULUS.....SEBALIKNYA ADA TUJUAN PERIBADI YANG TERSEMBUNYI ....SUDAH CUKUP UMNO DIHINA,DIPERLEKEH DAN DIPERSENDA OLEH MANUSIA YANG TIDAK RETI BERTERIMA KASIH.....UMNO PERLU BERMARUAH....BERPRINSIP USAH DITERIMA INSAN YANG BURUK HATINYA BERADA DALAM SAF-SAF UMNO YANG BERMATIAN-MATIAN BERJUANG DEMI SURVIVAL BANGSA.....USAH DITERIMA INSAN YANG HANYA DATANG MEMBASUH TANGAN MENYERTAI PARTI BERJASA INI.....SEANDAINYA INSAN INI DITERIMA.....RATUSAN DAN RIBUAN LAGI AHLI YANG TERLUKA AKAN BERLALU......DEMI MARUAH,DEMI BANGSA USAH LAH DITERIMA INSAN INI DALAM SAF-SAF KITA.....SEKALI LAGI SAYA ULANGI DEMI MARUAH USAH DITERIMA INSAN SEBEGINI DALAM SAF KITA.......SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN USAH DITERIMA INSAN BEGINI DALAM SAF KITA.......HIDUP UMNO...HIDUP UMNO...HIDUP UMNO

ZACKO said...

TELL HIM TO DIG HIS OWN GRAVE

Anonymous said...

pengkhianat bangsa....campakkan borang permohonan keahlian smula kapten ni dalam loji kumbahan iwk pantai dalam...

Anonymous said...

biarkan YAHUDI hirup darah manusia mcm dia....dn ramai llagi...

Anonymous said...

lebih baik jadi seperti saya, walaupun saya ini bukan ahli umno dan bukan ahli mana2 parti tapi UMNO beserta dgn segala jerih payah...telah memberi byk ruang dan peluang kpd rakyat biasa spt saya utk memajukan diri terutamanya dalam pendidikan... saya tidak pernah berganjak dari menyokong UMNO dan memilih cara pentadbiran BN yang sedia ada kerana ia terbukti berkesan selama ini. daripada menjadi seperti katak terlompat2 ke sana ke sini mengejar hujan spt manusia ini. dulu menggigit tgn yg menghulurkan dia makan skrg mahu dicium semula tgn yg dulu berkesan parut gigtannya... dasar tak sedar dek untung!

Anonymous said...

orang macam ni tak patut diterima kembali masuk umno orang tak kenang budi dan tak boleh dipercayai lagi dia menunggu dalam umno sebab kepentingan diri bukan untuk menjaga umno dan ora ng melayu dia sanggp mencaci dan menghina umno semasa dia masuk pas umno bagi dia adalah diibarat sebah kedai bila maju semua orang nak rebuat tapi bila kedai dah pok semua nya cabut lari ini kah yang dikatakan perjuangan untok umno dan melayu tu tadi?????? CAKAP JE PADA DIA YOU CAN GO TO HELL WITH PAS yang dia sanjungi dan disayangi oleh dia semasa dia menjilat pas dan sanggop mencaci dan menghina umno. orang saperti ini sepatut nya dikerat 16 dan campak je ke laut dan segala keturunan nya x patut hidup didunia tuan tuan dan puan puan tanya dia dan puas dah membolot dan mencekik dalam pas tu???? DAN DA PUAS DAH DI MENGONGKEK PAS TU???? orang yang muka kulit biawak ni kalau orang dalam umno terima dia kembali alamat nya umno akan hancor dan musnah lebeh dasyat lagi dari pru 12 pada 2008 percaya lah........

Anonymous said...

Eh tak payah tak payah... UMNO hanya perlukan ahli yang setia dan sanggup menepis segala tohmahan dan sanggup berdebat dengan pembangkang tanpa mengira masa dan lokasi... kepada para pengkhianat... silakan berambus, tak payah nak sibuk2 terhegeh2 nk kembali ke pangkal jalan.

hanizam said...

macam orang sakit jiwa je rupanya...

Faith Ajar said...

Dia tak takut kena ceraikan bini bila keluaq pas ka??ka mmg tujuan dia keluaq pas spy boleh cerai bini dia....ha ha ha

Anonymous said...

AKU TERPERANJAT APABILA KAPTEN ZAHAR BERTINDAK MEMBUBARKAN BAHAGIAN PJS DAN MENJADI AHLI PAS

KZ ADALAH REGU KU LI, BERSAMA SAMA DATO KADAR, DATO MAZLAN DAN BEBERAPA ORANG LAGI SEWAKTU PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN PARTI TAHUN 2008 MENENTANG TEAM DSN

ISU YANG SERING DIBAWA OLEH KZ ADALAH ISU PEMBELIAN HELIKOPTER

I WAS IN THE TEAM

MUNGKIN PENJELASAN BELIAU TENTANG ISU HELIKOPTER ITU ADA BENARNYA,TAPI MALANGNYA SEBAHAGIAN BESAR AHLI AHLI UMNO MENGAMBIL MUDAH ISU ISU YANG DIBANGKITKAN SENDIRI OLEH AHLI AHLI PARTI. MULUT ORANG UMNO BOLEH DIKUNCI DENGAN WANG RINGGIT...

TAPI TINDAKAN KZ MENGKHIANATI PARTI TETAP SATU KESALAHAN. TAPI KALAU DIA DAH INSAF, APA SALAHNYA KITA TERIMA DIA SEMULA KEDALAM PARTI, TETAPI SEBAGAI AHLI BIASA LEVEL PENCACAI JE YANG TAK BOLEH BERTANDING MAHUPUN MEMEGANG SEBARANG JAWATAN DALAM PARTI!!!

PartitBuntarmali said...

Boleh le masuk semula UMNO jika itu yang beliau mahukan. Tetapi bukan lagi atas kapasiti sebagai pemimpin tetapi hanya ahli biasa.

Mereka yang setia semasa susah dan senang itulah yang perlu diberi keutamaan. Bukannya yang macam katak ini.

Rasanya lebih baik kapten ni masuk parti KITA. Boleh terus jadi pemimpin dan bangunan yang dah jadi Markas PAS tu boleh ditukar pula menjadi Markas KITA pula.