Tuesday, May 24, 2011

Keputusan Kenaikan Harga Petrol dan Eletrik Esok ?

Sudah seminggu kita mendengar ura-ura kenaikan harga minyak dan tarif eletrik. Rakyat di bawah sudah mula resah gelisah dan sudah ada yang tak lena tidur malam.

Tangan saya pun dah banyak hari rasa gatal nak menulis pasal perkara berkenaan. Tapi saya nak tunggu dulu apa pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan.

Esok (rabu) kabinet akan bermesyuarat. Daripada cerita-cerita yang kedengaran mengatakan perkara-perkara berkenaan dengan subsidi , harga minyak, tarif eletrik dan harga barang-barang lain akan dibincangkan dalam mesyuarat itu esok.

Kita jangan melatah terlebih dahulu, kita tunggu apa yang akan diumumkan esok. Kalau rasa ianya tidak logik dan membebankan rakyat, apa lagi kita pakat-pakat fikirlah apa yang perlu dilakukan.

Kita tunggu dan lihat samada Datuk Seri Najib nak dengar kata Idris Jala@Idris Makmal atau nak dengar keluh kesah kita rakyat marhaen di bawah ini.

10 comments:

Nanang Kesuma said...

Aku hanya nak tgk adakah kerajaan akan kotakan janji mereka yang kata RON95 tak akan naik pada tahun ni. Janji tetap janji..Sama stand aku degan apa yang aku tulis dlm blog aku...Keluhan rakyat aku tetap akan dengar,pasal aku juga tergolong dari rakyat yang terbeban dgn kenaikkan harga barang....Bab ni tidak ada toleransi janji tetap janji...cari la jalan mana pun untuk tidak memungkiri janji....GLC kan banyak, apa guna ada GLC kalau CEO pun gaji bejuta setahun...Takkan ini pun tak leh bantu rakyat...

Anonymous said...

SAYA YAKIN KALAU MINYAK NAIK SAMPAI 30SEN MAKA GOOD BYELAH KERAJAAN BN, PAK LAH TELAH BUKTIKAN APA YG BERLAKU.

NAMPAKNYA KINI ISMAIL SABRI GALAK SANGAT BERCAKAP TENTANG NAK MENAIKKAN HARGA BARANG NI. KE SANA KE MARI DIA BERCAKAP BENDA YG SAMA. NAK SANGAT DIA KALAU HARGA BARANGAN ITU DINAIKKAN SEGERA.

awie958 said...

fuhh isu sensitif minyak, elektrik.Rakyat kat bawah ni dok tunggu dan lihat ja.kalau kerajaan mengambil tindakan bodoh menaikkan harga gak, nampaknya PRU13 undi protes besar-besaran akan berlaku.masa tu good bye Ismail Sabri, kamu boleh join anak kamu bernyanyi

Anonymous said...

Mungkin menteri2 takut gaji dan elaun mereka dipotong bagi menampung defisit yang dialami kerajaan. sebab itu lah makin galak nak memotong subsidi rakyat kebanyakan. iya lah, kalau gaji dan elaun dipotong nanti macamana mahu berkhidmat untuk rakyat pula kan?

PEMBACA BLOG said...

kepada yg bising2 pasal harga minyak naik itu, jika anda adalah seorang :
1) perokok : harga rokok mahal tak bising ke? duti import dah naik byk dah tu..
2) peminum arak : harga arak tu mahal. apasal tak bising pulak? ketagih ke?
3) pembeli nombor ekor/penjudi : senang2 je keluar duit beli sesuatu yg tak pasti. apasal tak bising? boleh kaya cepat ke? tak fikir halal haram?
4) ada kereta atau motorsikal besar : keluar duit utk ubahsuai spy lebih sporty, rim mahal. apasal tak bising? boleh makan ke keta/moto cantik2 tu?
5) samseng jalanan : korang bazir minyak dgn merempit tu apehal? tak ke bangang namanya tu?
6)selalu makan kat luar : sekali sekala mgkn ok kot? tp jika saja nak tunjuk loaded kat girlfriend, jaga ego makan kat tempat2 konon ada class apesal tak bising? buang duit je kan?
7) kakitangan kerajaan : apesal nak bising plak? korang dah dpt mcm2 kelebihan. jgn tipu la kalau korang takde guna walau 1sen pun harta kerajaan bagi tujuan peribadi. contoh paling cikai kertas dan pen. kan korang dah dpt jimat kat situ. tp tak terfikir ke halal haram tu? jgn lupa pasal MC jugak ye. senang2 je dpt GAJI walaupun tak keje? kalau betul2 sakit takpela jugak, yg tipu tu ape cerita? tak terfikir ke dpt duit gaji tu berkat ke tak? kakitangan swasta pun tertakluk mengenai MC ini..
8) orang2 kaya : korang dah kaya. byk duit. buat apa bising. korang pakai kereta besar, suka2 pegi oversea, semua mewah. takkan minyak naik sen2 pun nak bising? tak malu ke?
9)remaja/anak2 : suruh belajar malas, nanti keje susah, gaji sikit. mulalah salahkan kerajaan. mentaliti subsidi. mak bapak bai duit utk makan, beli hp mahal2, beli top up, call aweks. apehal?
10) penagih dadah/penjenayah : toksah cerita la pasal sampah masyarakat ni..
11) pemberi dan pemakan rasuah : dapat ribu riban duit rasuah semata2 nak hidup mewah. golongan ni la paling celaka sebab susahkan seluruh rakyat. bila subsidi kurang, buat apa korang nak bising? gunakanlah duit rasuah tu..
dah korang tak fikir pun halal haram..mentekedarah je la semuanya.
12) mak bapak : beli perabot mewah, pakai barang2 berjenama, beli rantai gelang emas saja2 utk tayang kat org lain apehal? entah2 bayar zakat ke tak. beli sayur nak kat hypermarket. senang, ada aircond.tak main la kotorkan kaki kat pasar tani..

PO'Ya Leader said...

WALAUPUN AKU JALAN KAKI KERANA TAK MAMPU BELI MINYAK AKU,TETAP PANGKAH BN.BRAVO BARISAN NASIONAL!!!!

Anonymous said...

6th sense aku kuat mengatakan & percaya memang ada TANGAN GHAIB yang nak menjatuhkan Najib & Kak Ros ni dengan kenaikkan harga minyak RON 95.

Secara peribadi aku sokong kerajaan naikkan harga minyak RON 95 kerana aku tak berapa impact pun coz syarikat aku ada bagi elaun duit minyak.. ( rm 1000 permonth )

So, jika nak naikkan sampai 50 sen or atas lagi pun aku okay aja..

Tapi, AWAS untuk majoriti orang kebanyakkan / marhaen CONFIRM akan jadi MISKIN & PAPA KEDANA !( tak kiralah mu puak org UMNO/BN ker, Org Pakatan ( PAS, PKR/DAP ) ker/IBAN/Kadazan/Bidayuh ker semuanya akan PAPA KEDANA..

Aku memang OK coz aku memang byk duit cash pun..

yg Confirm, naik RON 95, Abg Najib & Kak Ros tengok MU Vs Barcelona pagi hari ahad dpn, silap silap ditakuti tengah syok tgk bola, tetiba dihujani dengan Telor tembelang !..tak sempat pula bodyguard nak tempis...so, jgn mare laa yaa...

TQ..

Sham
Forex Trader

Org Dalam said...

salam RBF,

dont worry buat masa ni RON95 & tarif elektrik belum naik..cabinet dah decide sebentar td..TAPI (ada tapi) perkara ini akan dibawa ke NEC (National Economic Council)utk discuss lanjut..makanaya ada lagi posiblity utk naik..elektrik naik xpe juga, jgn minyak naik..itu yg hangi 1 badan..

Anonymous said...

Yey... Mail Sabri dah umum harga RON95 dan kawasan yang sewaktu dengannya tak naik

Anonymous said...

minyak tak naik tapi letrik naik bro. hahahahaa...