Friday, May 20, 2011

Perkara-Perkara Sunat, Makruh dan Haram Dalam Persetubuhan

A.Sunat-sunat dalam melakukan persetubuhan

1.Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2.Mandi dan memakai wangi-wangian.

3.Memakai pakaian yang menghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki, atau perempuan).

4.Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5.Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6.Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaalah akan cerdik (berakal).

7.Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain. (Contoh: lihat 2 gambar di bawah sebelah kanan)

Elakkan dari berkelakuan seperti lelaki yang dilihat macam Anwar , tetapi bukan Anwar dalam gambar di atas (part 2 & part 3). Kalau boleh ikut cara seperti yang nombor 7.

8.Sunat membaca Bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.

9.Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab- sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

10.Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa sebagai idola / ikutan, isyaalah sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.

B.Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1.Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2.Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.

3.Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.

4.Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.

5.Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

C.Perkara yang haram dalam persetubuhan

1.Haram jimak ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2.Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.
Ehem....ehem....

3.Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4.Haram jimak dalam masjid.

5.Haram jimak sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6.Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

Dipetik dari :http://hikmatun.wordpress.com

3 comments:

Anonymous said...

syeikh,hadis tanpa sape periwayat nya mcm naek tingkat 3 tanpa tangga.
bg la riwayat siapa.baru nmpk kukuh sikit.byk hadis maudu' dan dhaif sekarang nie

Anonymous said...

Refresher tips yg amat baik utk sy yg hina nih. TQ RBF.

Tapi, menda2 nih sume & segala hukum-hakam dlm Islam hanyalah utk oang2 cam sy yg hina nih.

ANUgerah Tuhan, aliPAS-aliPAS yg DIJAMIN soorge & sekelian ISIALAM bukan Islam telah dikecuali kan? kan? kan?

ruang bicara faisal said...

anon 10.15

syeikh, jadi superman lah ya ? syeikh, ana dah letak link dari mana sumber yg anda petik.anta boleh masuk ke link semua ada lengkap.

apa pun terima kasih atas peringatan yang anta berikan.