Monday, May 23, 2011

Polis Tidak Adil dan Bertindak Pilih Kasih

Gambar sekadar hiasan

Saya hendak menyambung sedikit apa yang telah dilaporkan di Selangor Daily. Adalah lebih baik anda membacanya terlebih dahulu sebelum membaca tulisan saya selanjutnya. Klik di sini.

Selama ini kita sering mendengar juak-juak PKR,Pas dan DAP membuat pelbagai tuduhan kepada pihak polis. Antara yang sering diperkatakan oleh mereka ialah polis bertindak memilih bulu dan bertindak secara tidak adil.

Walaupun pahit untuk bersetuju dengan dakwaan-dakwaan mereka selama ini, tiada pilihan, kita semua kena setuju dengan mereka. Pahit pun pahitlah, terpaksa ku telan jua.

Memang benar polis bertindak secara tidak adil dan memilih bulu.
  • Pada tahun 1998 seorang bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sharma Kumari Oam Prakash telah membuat satu laporan polis palsu. Beliau telah didakwa dan pada tahun 2000 beliau telah dipenjara kerana kesalahan tersebut. Klik di sini
  • Tahun 2008 seorang wanita cina didakwa di mahkamah kerana membuat laporan polis palsu menyatakan anak telah hilang sedangkan anaknya telah mati dibunuh. Klik di sini
  • Tahun 2010 seorang lelaki disiasat polis mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu kononnya wang beliau sebanyak RM 5000.00 dirompak oleh dua anggota polis. Klik di sini
  • Tahun 2010 seorang pembantu rumah ditahan polis kerana membuat laporan polis palsu rumah majikannya dirompak. Klik di sini
  • Tahun 2010 seorang pelajar dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Jawi, P.Pinang kerana membuat laporan polis palsu beg duitnya yang berisi dokumen disamun oleh dua lelaki semata-mata untuk mengelak didenda semasa membuat kad pengenalan baru. Klik di sini
  • Tahun 2010 seorang juruteknik disiasat polis kerana membuat laporan polis palsu mendakwa kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya dilarikan dua lelaki bermotosikal di hadapan sebuah bank di Kulaijaya, semata-mata untuk menangguhkan perkahwinannya. Klik di sini
  • Tahun 2010 seorang seorang eksekutif pemasaran diberkas selepas pihak polis mengesyaki dia memberi laporan palsu mendakwa wang tunai milik majikannya berjumlah RM26,550 dilarikan perompak. Klik di sini
  • Tahun 2011 seorang mandur ditahan disiasat polis kerana membuat laporan polis palsu apabila cuba menggelapkan wang majikannya. Klik di sini
  • Tahun 2011 seroang pemuda disiasat polis kerana membuat laporan palsu tentang penemuan seorang bayi, sedangkan bayi tersebut dilahirkan oleh tunangnya hasil hubungan haram mereka. Klik di sini
Itu hanya sebahagian sahaja, kalau saya nak senaraikan tiga hari tiga malam pun tak habis lagi.

Polis sudah mengumumkan video tersebut tulen. Apabila video sudah tulen, tak mungkin lelaki didalamnya tak tulen. Sudah pastilah segalanya tulen. Tapi mengapa sehingga ke hari ini polis tidak mendakwa Anwar kerana membuat laporan polis palsu ?

Dimanakah keadilan kepada orang-orang lain yang pernah membuat laporan palsu selama ini ?

Sekarang ini apabila seorang ahli parlimen yang juga seorang ketua pembangkang membuat laporan polis palsu, tiada tindakan pun diambil terhadapnya.

Jika polis tidak mendakwa Anwar kerana membuat laporan palsu, maka mahkamah harus menarik balik hukuman-hukuman yang pernah dijatuhkan kepada orang yang melakukan kesalahan yang sama sebelum ini dan kerajaan harus bayar ganti rugi kepada mereka. Tetapi kita semua tidak mahu semua itu terjadi.

Jangan sampai orang berkata "Anwar buat laporan palsu polis tak dakwa, mana boleh kita buat laporan palsu polis nak dakwa pula ?".

Siang malam juak-juak sebelah sana menjerit-jerit supaya Datuk Eskay didakwa kerana menayangkan video lucah. Tetapi apabila pemimpin agung mereka buat laporan palsu, mereka diam seribu bahasa.

Sekarang kita minta pihak polis dakwa Datuk Eskay, tetapi dalam masa yang sama jangan lupa dakwa Anwar.

15 comments:

Anonymous said...

SOP Agensi Gomen, tindakan hanya akan diambil bila laporan dibuat.

Dalam kes ini, tiada laporan dibuat dimana-man balai polis yg ... tu dalam video tersebut.

Siapa berani nak buat laporan polis ?

Anonymous said...

bro..aku fikir kita kena buktikan pelaku dalam video tu anwar la bro..
baru betul2 kukuh..setakat tulin rasanya masih ada lompong kat situ..

Anonymous said...

aku ingat orang paling layak utk buat laporan polis ialah..dato eskay..china doll..dan orang yg merakam..

Anonymous said...

BETUL.....Baru adil...Allahuakbar..saya stuju dgn.kenyataan tersebut , dakwa dua-dua mereka eskay dan anuar.

Anonymous said...

Apa lak.....saya kata dakwa dua-dua mereka..eskay kerana tayang video lucah...anwar laporan polis palsu!

Anonymous said...

Memang pelaku seks dalam video yang tersebar luas itu wajar dikenakan tindakan undang2. Walaubagaimanapun kita kena ingat bahawa tugas polis ialah untuk membuat siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara. Yang membuat keputusan untuk meneruskan pendakwaan bukan pihak polis tetapi pihak Peguam Negara.
Dalam semua kes2 yg disenaraikan itu pun prosedur yang sama telah diikuti. Jadi saya rasa berilah masa untuk Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji fakta kes dan membuat keputusan.Saya yakin Peguam Negara akan membuat keputusan yang wajar dalam sedikit masa lagi.

Anonymous said...

Mari kita belajar ilmu logik.

Jika Anwar kentot kuat,
Maka heboh 1 dunia & polis kelam kabut akan buat siasatan dan menahan Anwar.

Anwar tidak di tahan oleh polis dalam Kes Blue Film keluaran 2=3 Dato' T boroi..

Jadi pelakun dalam Filem Blue itu BUKAN lah Anwar !

Tak faham faham lagi ker RBF gok!
Jika hang tak faham lagii...hang pi lah nonton Bapak Anwar punya filem Blue kat bawah nii...hahah..

Opss...hang pegi Google laa Gok...hahaha

Anonymous said...

Hi Tuan Haji RBF,

Jika Hang betoi ada BALL, hang siarkan lah aku punya komen yg sebelum ini aku hantar..

Ada berani/telor ker Bro!

Org jenis cam hang nii adalah jenis spesis makhluk bodoh lagi bangang yang tak boleh diajar...

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/40533-is-pdrm-playing-politics

rizzul said...

memanglah video tu tulen, dan pelakonnya pun tulen....tapi siapa yg dah mengesahkan pelakon tulen tu Anwar atau orang lain bro? Kalau pelakon tu sah bukan Anwar Berahim, mana ada timbul soal laporan polis dia buat tu palsu bro? Jadi kena sahkan pelakon tu dululah bro...

Anonymous said...

aku pun pelik jugak dgn undang polis ni. takan semua kes perlu laporan dr individu baru nak amek tindakan. habis mcm mana kalau kes ni.

bank kena rompak. perompak tlh bunuh pengurus bank dan org2 penting dlm bank. cuma tinggai jaga kerani2 kaunter dgn despatch je. semua pakat takut nak buat report. so kira kes tu x blh diambil tindakan ke?

dlm kes video anwar ni takan la nak tunggu cinadoll tu pi report dia dirogol?

kes strauss-khan tu ada org pi buat report tak?

Anonymous said...

ilmu logik anon 3.51 mmg logik la.
polis tak tahan anwar makna bukan anwar la kan. kalau polis tahan anwar makna polis makan rasuah, berat sebelah, najib bayar la kan. logik betul ilmu tu mmg logik.

Anonymous said...

Video tulen orang tulen.. Tp sape orang yg tulen tu? Tu yg orang semue nak tau.. Bukan spekulasi yg kate die anwar or bukan anwar.. Rbf cube spin kate bile vid n irg yg belakon tu tulen so makne die anwar.. Bile plak ade siasatan kate die tu anwar? Siasatan terhadap ketulenan vid tuh..

Anonymous said...

aku terbahak bahak baca komen pasai ilmu logik tuu...hahahah... aku respect Bro RBF coz siarkan aku punya komen tuu... Cam tuu laa..gentleman, ada ball! Aku harap spesis cam hang nii, if ada China @ india @ sapa sapa yg gangster, aku harap hang mampu pi ngadap & bertarung till last blood ! Jarang anak melayu cam hang! Tapi AWAS , benda benda cam dlm kelambu nii kena dptkan kepastian yg sahih. Jika terbukti Bro Anwar yg player tuu, so we all ok ajaa...tapi jika terlampau siang malam siar dlm tv & akhbar...dah jd meLUAT ! Ok, andaikan kan memanglah Bro Anwar sejahat jahat makhluk yg Allah s.w.t jdkan di bumi ini semenjak nabi Adam. Cukup lengkap jahat dia tp tak sampai lg zina dgn ibu dia sendiri. Aku nak tanya Bro RBF, apa yg hang tulis/paparkan dlm laman blog hang nii diterima oleh insan yg mempunyai jati diri & harga diri ker..nak hancurkan 1 Anwar, 1 bangsa Melayu dimalukan diserata pelusuk dunia! Bangsa lain gelak ajaa....fikir fikirlah Bro..tq

bekas abu said...

si anon ni meroyan nganta RBF takde ball tapi tulis komen pun guna Anonymous, ni la orang yang sebenar-benarnya yang takde ball berani baling batu tapi sembunyi tangan.kalau tak suka apa yang di paparkan oleh RBF ni silakan anda membaca blog lain.

Anonymous said...

dlm perang, tuu la namanya STRATEGI Teknik Perang Gerila wahai Bro Bekas Abu !

Hang nii pi laa belajar & baca buku Art of War dulu karangan Sun Tzu.

Jika hang tak jumpa buku, nii dia aku tlg kabo kat hang, pi link kat bawah

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Art_of_War

Kena kena Study behavior & sikap MUSUH kita. Kenali dia..apa dia gemar, apa dia makan & etc..

Kalu hang ganster sangat, hang pegilah kampung india yg bunuh Dato' Suzy & 3 lagi org Melayu Islam kita tuu..

Ada beranii...