Tuesday, May 24, 2011

Pulut Kuning Dua Cupak Iringi Ariffami ke Mahkamah

Pada 14 Febuary 2011 SPRM Kelantan mengumumkan mereka telah selesai menjalankan siasatan terhadap meHantu mithali MB Kelantan berhubung penyalahgunaan kuasa semasa dia berada di PMBK.

Tiga bulan telah berlalu, tetapi tiada sebarang tindakan lagi yang diambil setakat ini. Hari ini saya ke pejabat SPRM dan berjumpa dengan seorang pegawai untuk bertanyakan tentang kes ini.

Kata pegawai berkenaan, kes Ariffahmi ada dua.

Pertama, berhubung perlantikannya, yang itu sudah selesai dan pak mertua Ariffahmi telah diberi teguran.

Kedua, berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Ariffahmi semasa berada di PMBK. Ada beberapa kes salah guna kuasa yang dilakukannya dan kes tersebut tidak pernah ditutup dan masih berjalan. Fail berhubung kes berkenaan telah dihantar oleh SPRM Kelantan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.

Saya mengambil kesempatan hari ini untuk cucuk pegawai SPRM habis-habisan berkenaan kes itu. Bak kata blogger parpukari, cili kasi tarukkkkkkk.....

Kasi taruk pun kasi taruk juga, dalam masa yang sama saya juga kena tarbiah dengan mereka. Dalam kesempatan berjumpa dengan pegawai SPRM hari, mereka juga menerangkan tentang kerja-kerja yang mereka lakukan dalam usaha untuk membanteras rasuah.

Ada sesetengah kes mereka tahu berlaku rasuah dan ada bukti-bukti tertentu, tetapi oleh kerana keterangan tak mengcukupi, maka si pelaku tidak dapat dituduh di mahkamah. Jika pertuduhan diteruskan juga terhadap mereka , mahkamah boleh membebaskan tertuduh. Dipendekkan cerita, nak dakwa seseorang mesti cukup bukti dan keterangan. Dalam dunia yang moden seperti hari ini, si penjenayah-penjenayah rasuah cukup cekap membuat kerja tanpa meninggalkan bukti.

Saya cucuk balik pegawai SPRM dan bertanya kepada beliau, kes Ariffahmi cukup bukti dan keterangan tak ? Sambil tersenyum sinis beliau menjawab, kita tidak boleh beritahu kepada orang luar kes yang sedang di siasat . Ok, walaupun pahit terpaksa saya telan jua jawapan tersebut kerana itulah realitinya.

Sama-sama kita tunggu apa tindakan selanjutnya terhadap Ariffahmi. Semoga dia akan dihadapkan ke mahkamah.

Beberapa hari lepas Nik Aziz ada berkata, kalau dia panjang umur apabila stadium baru yang dibina oleh kerajaan Kelantan siap kelak, dia nak solat hajat di sana dan kapten pasukan bolasepak akan menjadi imamnya. Sini

Hari ini saya pula nak beritahu, kalau saya panjang umur, sebaik sahaja Ariffahmi didakwa di mahkamah kelak, saya nak buat pulut kuning dua cupak dan nak minta Kickdefella potong pulut berkenaan.

5 comments:

Nanang Kesuma said...

Saudara RBF tak tanya ke Pegarah SPRM Kelantan tu ada pertalian darah ke ngan Nik Aziz ke ataupun Arif fahmi sendiri...macam sejuk je kes yg dibawa oleh Pengarah SPRM Kelantan ni ke pusat....wakakakak

Anonymous said...

SPRM kena dakwa cepat la biar rakyat kelantan dan malaysia dapat tahu kebenaran kes ni,xkan nak tunggu 5tahun lagi baru nak heret ke mahkamah

Anonymous said...

Cukupke dengan diberi teguran, tanpa balasan setimpal dengan ilmu yang luas tujuh petala langit dan tujuh petala bumi itu ?.

Pegawai takutke kepada bapa mertua Ariffahmi itu. Bapa mertuanya itu boleh memberi syurga kepada yang dikendakinya atau beri neraka kepada sesiapa yang dibencinya.

Tak ingatke, bapa mertuanya itulah yang mengajak juak-juak pas sembahyang hajat mendo'akan kemusnahan PM kita ?.

Ingatlah, ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tq.

Bingai @ Bangang said...

saya tertarik dengan prolog ini:

Kedua, berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Ariffahmi semasa berada di PMBK. Ada beberapa kes salah guna kuasa yang dilakukannya dan kes tersebut tidak pernah ditutup dan masih berjalan. Fail berhubung kes berkenaan telah dihantar oleh SPRM Kelantan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.

Kalau tak cukup bukti buat apa nak hantar ke Ibu Pejabat. Buang masa je kan?

Kita tungguuuuuuu..... hehehe

kluangman said...

Jangan terlalu mengharap kepada puak ni...

"Dalam dunia yang moden seperti hari ini, si penjenayah-penjenayah rasuah cukup cekap membuat kerja tanpa meninggalkan bukti"

Dia maksudkan siapa tu? diri dia sendiri?boss dia? pegawai penyiasat?