Friday, May 20, 2011

RBF Jawab Parpukari dan Komen Pembaca

Tulisan saya berkenaan blog MB Perak, http://www.drzambry.com yang diwujudkan selepas BN berjaya ambil alih kerajaan Perak pada 2009 yang kini telah terkubur mendapat respon dari blog Parpukari dan dua komen dari pembaca.

Saya nak jawab perkara itu.

Berhubung respon dari Parpukari, saya ucapkan terima kasih diatas penjelasan yang diberikan. Katanya MB Perak telah ada laman web baru sekarang dan ada akaun FB serta twitter. Tahniah diucapkan. Nanti kita tolong promo.

Dalam hal ini mungkin saya terlepas pandang kerana tidak tahu tentang kewujudan laman tersebut. Saya meminta maaf atas perkara itu.

Harap-harap laman baru tersebut tidak terabai seperti blog lama yang tidak dikemaskini selama setahun lebih dan akhirnya terkubur.Tanda-tandanya ke arah itu sudah nampak sekarang kerana setakat ini kemaskini terakhirnya ialah pada 28 April 2011. Kurang 5 hari lagi untuk genap sebulan.

Kalau saya nak jawab atau nak pertikaikan penjelasan Parpukari, banyak lagi yang saya nak kata, tapi saya memilih untuk tidak berkata lebih-lebih kerana hormatkan Dr Zambry dan Abang Mail Safian. Dalam hal ini kita tidak boleh letakkan kesalahan kepada Dr Zambry , sebagai seorang MB kita tahu untuk tidur malam pun beliau tidak cukup waktu apatah lagi hendak mengemaskini blog. Siapa yang perlu dipersalahkan ? entahlah, sukar untuk saya menjawabnya, nanti ada pula kawan-kawan yang terasa hati.

Berhubung dengan komen pembaca (anon 3.01)yang berpesan kepada saya agar tidak berlagak dengan rating blog saya yang tinggi dan satu lagi komen (anon 3.02) yang berpesan kepada agar jangan biadab kepada pemimpin. Sini

Saya tak mahu jawab lebih-lebih, saya serahkan kepada pembaca-pembaca blog ini untuk menilai saya dan menjawabnya. Saya terima apa sahaja penilaian dan jawapan anda. Saya bukan jenis manusia yang perlukan pujian sahaja. Saya juga memerlukan kritikan, hatta cacian sekali pun untuk saya tingkatkan hasil kerja saya.

Cuma saya nak tanya dua soalan kepada penghantar komen tersebut yang saya yakin orang yang sama menghantar kedua-dua komen tersebut berdasarkan gaya bahasanya.

1) Adakah apabila kita membuat teguran itu dikira kita berlagak ?

2) Adakah apabila kita membuat teguran itu dikira kita biadab ?

22 comments:

Spin1881 said...

kiter teruskan perjuangan... bloggers macam RBF, parpukari, papagomo dll, kiter tabik spring kat u all...

Anonymous said...

Rbf.... U tajam dan bermakna.. inilah nasib Hang Nadim... zaman yg lalu...usahlah gusar... manusia hebat pon perlu ubat yang ampuh ada ketikanya...Apa lagi Pemimpin politik yg senantiasa di kelilingi agin pus pus... Teruskan suntngan U...

Salam hurmat dr...HPerancis

yop kuale said...

yang hantar komen tu pengampu dan pembodek.
orang2 begitulah yang biasanya merosakkan parti.
go head dengan teguran2 yang membina saudara rbf

Anonymous said...

kalau takut kritikan jangan masuk politik

Anonymous said...

weeii.. RBF, yg kau kisah sangat komen tu apahal. nama pun blog. suka hati mak bapak kau la, apa kau nak letak.
dah tak suka, suruh je anon anon tu buat blog sendiri. letak apa dia org nak letak. biadap ke, kurang ajar ke. buat la blog sendiri.
dah aku suka blog kau. letak la apa kau nak letak. esok aku tak suka aku pi la plak blog lain utk dibaca.
tak ke gitu?

Bingai @ Bangang said...

rbf,
apabila kita tak tahu kita bertanya.

apabila kita tak diberitahu kita bercerita

apabila kita bertanya eloklah dijawab supaya dapat mendapat jawapan yang sebenarnya

apabila bila kita bercerita eloklah yang lain mendengarnya dan menentukan kesahihannya dan menegur sekira berlaku kekhilafan.

berdasarkan entri saudara sebelum ini saya hanya melihat dari segi peringatan saudara sahaja. mungkin ada yang membacanya dlm emosi dan definasi yang berbeza.

memohon maaf atas keterlanjuran yang (MUNGKIN) terjadi adalah adat orang Melayu.

Bermaaf-maafan sesama kita pula adalah dituntut oleh agama ISLAM

Semoga saudara terus menulis.

Anonymous said...

bagus la kita tegur. kalau ikut TDM, teguran membina itu sangat baik. kritikan menyedarkan kita yang lalai. puji sangat membuat kita lupa. sakit kalau jatuh pasal memuji itu melambung ke atas. kalau kritik pula ia menekan, menyebabkan kita bertahan untuk kekal berdiri.

mb perak tu mungkin kuat bekerja. fb, blog ni memerlukan masa. membaca dan menulis sesuatu isu. kalau tak ada kerja, mb boleh la berfb dan bertwitter macam pm kita. kerja untuk memajukan perak letak ajer kat bahu punahsihat. mb cakap dan pi rasmi jer.

Anonymous said...

Salam Perjuangan

Pertama sekali saya mohon maaf jika menegur RBF tentang Blog Dr Zamry.
Saya yang menulis komen di entry tersebut.

Niat saya ialah cuba kita lihat sikap pembangkang. Mereka kuat disebabkan kesepakatan dan saling lindung melindungi.

Walaupun tokoh mereka salah dan keji tetapi dengn kesepakatan mereka, cukup ampuh untuk memecahkan kekuatan mereka.

Tapi UMNO, mudah sangat di kritik secara terbuka itu tidak cukup baik. Apatah lagi jika ia tidak disandarkan dengan siasatan yang menyeluruh. Kita kena sedar musuh di luar sana sangat lahap untuk membantai UMNO.
Jadi tidak salah jika kita pilih untuk lebih berhati-hati dalam menegur secara terbuka pemimpin kita. Ini kunci untuk keberkatan.

Apapun saya mohon maaf jika perkataan 'biadab' dab 'belagak' itu dirasakan terlalu berat. Sempena dengan hari yang mulia ini saya tidak berniat songsang/ mengampu seperti yang dituduh tapi tidak lebih dari untuk menjaga kerharmonian sesama blog dan pemimpin.

Salam Pejuangan.

Anonymous said...

kepada YO KUALE

engko itulah PENGAMPU PENCACAI RBF..(cmne kalau aku ckp ko pengampu?)

kalau RBF boleh tegur org atau engko boleh ebas tegur org..so bersedialah untuk org lain tegur kita..
kalu kita pilih untuk berada di lebuhraya bebas..maka kita bersedialah untuk terima kesannya..

yang engko tuduh aku mengapu apepasal? Demi Allah aku tidak ada niat mengampu melainkan untuk melihat kesepaduan dan sistematik bloggers pro Kerajaan.. ada perkara boleh kita terus lantang seperti isu2 Agama dan negara

ada pun isu2 yang kecik2 ni ambiklah jalan yang lebih harmoni..
itu sahaja..supaya perjuangan lebih berkat.

Anonymous said...

kepada anon 6.06

inilah masalah BEBALNYA kepala hotak org muda mcm engko!!
atas dsar blog itu kita yg buat so kita boleh melalak sesuka hati kepada pimpinan kita juga? itu kerja bodoh yang menguntungkan musuh.

musuh kita oklah kita serang terang2. aku ckp kt engkolah..kalau begini sikapnya.. aku susah hatilah jika UMNO menang dgn suara blogger..

sombong dan angkuh tak bertempat.

aku tidak takut tegur benda yang betul. RBF juga boleh trace apa IP aku or what else..aku hentam PAS PKR sbb itu musuh utama..tp aku tak suka hentam pemimpin kita secara terbuka.. biar kita beradab Insya Alalh itu lebih berkat

LAINLAH KALAU PEMIMPIN ITU JENIS KUKU BESI KERAS KEPALA DAN TAK MAKAN SAMAN..

susah ckp dgn org muda2..pkir kepala otak sndiri jer.

Anonymous said...

kenkadang bila aku baca parpukari punya tulisan, dia tu berlebih-lebih jugak (beberapa yang lain pun sama jugak). kenkadang nampak macam perasan sendiri pulak. macam ler semua orang diluar ni tak tahu langsung apa-apa. go head rbf. cuma nak pesan kalau nak pakai: jaga lidah, jaga mulut, jaga hati jaga diri!

Anonymous said...

lor gaduh pulak!

Anonymous said...

Ala mr RBF jangan layan la komen2 tu...yg betul adalah parti UMNO, tak semestinya semua org UMNO betul.Kita mesti terus mengkritik untuk survival UMNO.respect Mr RBF..

PEMBACA BLOG said...

BIASALA MANUSIA, BERMACAM RGAMNNYA..LAIN CARANYA, BERBEZA LENGGOKNYA..
JIKA DITEGUR, TERIMA DGN HATI TERBUKA..KRITIKAN TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA PADAH..PUJIAN TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA BERITA GEMBIRA..

mnorkembalak said...

Salam semua saudara-saudara yang telah membuat komen dalam ruang ini. Andainya ada jurang perbezaan diantara kita semua, apa yang penting saya nasihatkan kita jangan putuskan silatulrahim. Tidak dinafikan antara kita tidak kenal muka antara satu sama lain, tapi pertalian kita tidak putus karana setiap Islam itu bersaudara dunia dan akhirat.

Kita boleh memberikan sebarang kritikan, cuma yang pertama dan penting cubalah kita berbahasa yang selembut mungkin dengan ini jika teguran itu keras oleh kerana bahasa yang kita beri ada sopan dan tertib, saya percaya InsaAllah teguran itu akan diterima dengan hati yang terbuka.

Saya setuju juga kepada anon..7.23 adalah yang sebaik-baiknya untuk menegur orang yang berpengaruh atau berjawatan itu dengan cara yang teratur, biaarlah kita mengambil sedikit masa yang lebih, iaitu kita cari punca dahulu. Jika punca sudah diperolehi maka kita olahlah ia dengan cara yang tertib.

hihihi..saya pun tak pasti bahasa saya ini diterima atau pun tidak, jadi dengan itu saya mohon maaf kepada saudara-saudara saya didalam rungan ini.

Anonymous said...

Insya Allah harap ini hal kecik je..xde apelah..
jangan gaduh2.. ayuh satukan hati untuk menentang musuh2 Islam dan Melayu yang sebenar.

Mohon maaf segala kekasaran bahasa pada bro RBF dan sahabat2 semua.

SALAM PERJUANGAN

Kama Irahsa said...

org yg xbole ditegur adalah org yg bodoh sombong. sama jugak pemimpin yg xbole ditegur pun dikira pemimpin yg bodoh. pengikut pemimpin yg bodoh sombong pula, hanya boleh dikatakan bodo. tidak bole dikatakn sombong. renung2kn. hehe

Anonymous said...

Saudara RBF, sye sokong jika saudara bersifat neutral, menngkritik dan menegur apa yang dilihat tidak betul. kadang2 kritikan membina perlu walaupon pedas, rakyat dibawah lebih suka blogger telus, terbuka dan bersifat neutral, sedia di kritik dan mengkritik untuk terus relevan. Tetapi ada sesetengah org yang mahu dipuji tinggi 24 jam. 'Sopan' itu hanya bagi mereka yang tak dpt menerima kritikan, tak mahu berubah dan mungkin terlalu selesa. Ingat, rakyat di bawah sentiasa melihat dan menilai~~~ azlan ismail

marilyn said...

Kepada RBF,aku respek cara ko berblog. lain dari yg lain dan ada maruah.

Kepada anon May 20, 2011 7:14 PM, terima kasih atas teguran dan pengakuan ko.apa yg ko ckp tu pon ada jugak kebenarannya.

Anonymous said...

ISLAM PUN ADA MENGAJAR KITA

PERTAMA TEGUR DENGAN TANGAN, KEDUA TEGUR DENGAN MULUT, KETIGA TEGUR DENGAN HATI (BETULKAN KALAU SALAH)MANA YANG MAMPU KITA LAKUKAN

DALAM KES INI , RBF MENEGUR DENGAN MULUT @ TULISAN

PADA AKU PEMIMPIN HARUS DITEGUR, JIKA ITU BOLEH MEMPERBAIKI KEPIMPINAN SESEORANG. WALAUPUN SECARA PUBLIC. SETAKAT TEGUR TAK KEMAS KINI BLOG, TAK MUNGKIN ITU BOLEH DIGUNAKAN PEMBANGKANG UNTUK MENGHENTAM PEMIMPIN.

YANG TAK BOLEH DI LAKUKAN ADALAH DENGAN MEREKA REKA CERITA DENGAN NIAT UNTUK MENJATUHKAN SESEORANG ATAU PERTUBUHAN. SEBAB ITU ANUAR PERSISTEN DENGAN SLOGAN KONSPIRASINYA (TAPI HARAMJADAH SEKOR NI MEMANG PATUT DITIBAI HABIS HABISAN, KONSPIRASI KEPALA HOTAK DIA)

TAHNIAH RBF KERANA SDR SEDIA MENERIMA PUJIAN DAN KRITIKAN, DAN YANG LEBIH SOPAN ADALAH KERANA SDR BERSEDIA MEMINTA MAAF (KALAULAH HARAMJADAH ANU AR MACAM SDR, AMAN BANYAK ORANG MELAYU)

Anonymous said...

Kalau teguran tu disertai dengan memperbodohkan orang ye memang yang menegur tu berlagak walau pon orang yang ditegur tu betul2 bodoh..

Kalau teguran tu disertai dengan hianaan atau kate2 mencela/kesat ye teguran tu jadi biadab sebab x de org yg patut dicele oleh org lain..

So utk bagi teguran bukan lah senang..

Anonymous said...

Teruskan berblog dengan telus dan tegas, teguran takkan memberi kudis.

Peringatan untuk orang UMNO , sekarang rakyat terpaksa membuat penilaian lebih kepada faktor kurang mudarat. UMNO adalah kurang mudaratnya berbanding Pakatan Rakyat.

Kita perlu bergerak sehingga UMNO menjadi yang terbaik, seperti asalnya, malah seharusnya lebih baik dari asalnya.

Buat masa sekarang, masih ramai didalam UMNO yang hanya merosakkan parti.

Teruskan perjuangan RBF ! Kami rindukan UMNO yang berdarah pejuang!