Monday, May 30, 2011

TNB Syarikat Sialan Yang Paling Dajal Di Malaysia

Terlebih dahulu saya minta maaf banyak-banyak kerana saya menggunakan perkataan yang kasar-kasar dalam tulisan ini. Saya sudah tidak boleh sabar. Sudah lama saya geram dengan syarikat haram jadah itu.

Mulai 1 Jun nanti tarif eletrik akan naik sebanyak 7.12 %. Kata menteri yang bakal kalah di parlimen Miri dalam PRU akan datang, kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan

Jumlah 300 kw itu untuk pengguna yang membayar bil eletrik RM 85.80 sebulan.

Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Harga gas naik maka TNB pun mulalah hendak naikkan harga dan kos itu diletakkan ke atas bahu pelanggan mereka. Bagi mereka untung tak boleh kurang. Waktu gas murah pernahkah mereka turunkan harga ?

Itulah pemikiran kepala otak sial bos-bos TNB haram jadah. Mereka buat syarikat itu seperti tok nenek mereka yang punya . Sedangkan ianya sebuah GLC.

Setahun mereka untung berbilion-bilion kerana syarikat itu menjalankan perniagaan secara monopoli. Tapi mereka tak boleh korban sedikit keuntungan mereka kepada orang ramai. Yang mereka tahu untung mereka tak boleh kurang. Itulah pasal saya namakan mereka sialan dan dajalan.

Walaupun dalam keadaan kenaikan kos gas asli, bulan Febuary lepas TNB masih lagi mencatat untung bersih sebanyak RM 1.34 bilion untuk tempoh 6 bulan pertama. Itu baru 6 bulan. Kalau setahun dah RM 2.68 bilion. Itu dalam keadaan kenaikan kos gas asli, mereka masih lagi dapat mencatat untung sebanyak itu. Sebelum kenaikan kos gas asli sudah pastilah mereka untung lebih daripada itu. Lihat di sini

Kalau syarikat mereka rugi atau untung tak cukup , kita tak kisah sangat. Untung berbilion-bilion tapi nak tekan pelanggan lagi. Sial !

Halo Che Khalib, duit itu bukan tok nyang hang yang punya. Tolong jangan buat macam harta sendiri. Apa salahnya jika duit berbilion-bilion itu digunakan untuk menampung kenaikan harga gas. Nak pendapatan lebih carilah perniagaan lain. Kau kena ingat TNB itu GLC, tolong rakyat bukannya nak kaut untung berbilion-bilion kemudian simpan seperti harta sendiri.

Setiap kali harga gula atau minyak naik kerajaan selalu pesan kepada para peniaga agar jangan menaikkan harga barangan. Tetapi apabila kos gas asli naik, kerajaan benarkan pula TNB naikkan harga eletrik. Siap menteri lagi yang umum. Dimanakah keadilan untuk peniaga-peniaga lain yang tak untung berbilion-bilion ?

Kalau kerajaan nak peniaga-peniaga lain berjalan betul, maka kerajaan janganlah berjalan senget sebelah. Kerajaan perlu tegas dengan TNB. Jangan layan permintaan mereka.

Inilah masalahnya apabila sesuatu perniagaan dimonoli oleh sebuah syarikat sahaja. Mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nampaknya kita perlu ada 3-4 syarikat lagi yang membekal eletrik di negara ini, barulah rakyat akan mendapat harga yang murah.

Lihat contoh dalam sektor komunikasi. Dahulu kita hanya ada Telekom Malaysia sahaja. Mereka punya harga mak oiiiii..... Dulu orang nak pakai telefon pun takut kerana mahal. Apabila muncul telefon bimbit dan pelbagai syarikat telco wujud, rakyat dapat menggunakannya dengan harga begitu murah sekali.

Begitu juga dengan harga beras dan gula sekarang. Oleh kerana satu dan dua syarikat sahaja yang dibenarkan mengimport beras dan gula , maka harganya mahal. Cuba kerajaan beri kepada sesiapa sahaja permit mengimport beras dan gula biar ianya melambak di pasaran , maka sudah tentu harga akan menjadi murah.

Monopoli TNB harus dipecahkan, jangan biarkan mereka terus bermaharajalela. Itu dalam bab kenaikan harga eletrik, belum dalam hal bacaan bil eletrik. Sejak mereka menggunakan sistem bacaan anggaran dan bacaan sebenar ramai orang telah berkata berlaku silap mata dalam pengiraan bil bulanan. Perkara itu tidak pernah dijawab atau dijelaskan oleh TNB kepada pelanggan-pelanggan mereka. CEO gaji berpuluh ribu sebulan duduk atas kerusi empuk buat besarkan punggung sahaja. Nak jawab kekeliruan orang ramai pun tak boleh. Kerana dia punya pasal, bahana BN yang tanggung.

Jangan salahkan orang ramai kalau kes-kes mencuri eletrik makin tinggi selepas ini. Semuanya kerana sikap TNB sendiri yang suka menekan pelanggan-pelanggan mereka sendiri.

Kalau ikutkan hati panas saya dan kalau negara ini tiada undang-undang rasanya nak bakar sahaja pejabat TNB malam ini. Makin lama mereka makin melampau, mentang-mentanglah hanya mereka sahaja yang boleh membekalkan eletrik di rumah kita.

95 comments:

Panglima Perang Cyber said...

bro memang berani !

saya rasa kalau jadi YB saya yakin ramai akan undi.

saya berkira2 juga utk tulis pasal ini.

ttp blm smpt lagi so kena tunggu bila 'hujan dah berhenti'

harap TNB kena jelaskan kenapa dgn keuntungan berbilion ringgit mereka perlu naikkan lagi tarif eletrik.


Khalib TNB tentu ada jawapan...

ruang bicara faisal said...

panglima,

kita kena berani. tugas kita berblog menyampaikan suara org ramai bukannya suara satu dua kerat org tertentu.

Kita juga bukannya menjadi penyokong kerajaan membabi buta atau main angguk2 shj apa yang kerajaan ckp. ada masa kita kena bertindak sbg pembangkang dlm kerajaan.

kita nak tlg kerajaan, tapi kalau kerajaan suka gali lubang kubur sendiri, itu mereka punya pasallah.

Anonymous said...

Che khalib gaji rm 1 juta setahun. Semua anak anaknya dapat biasiswa untuk belajar luar negara. Apa macam?

Anonymous said...

Bro,
Bro dah sampai masa negara kita pakai solar untuk sumber elektrik dirumah bukan untuk air panas sahaja. Back to nature. Di Jepun yg ada 4 musim pun boleh pakai solar, inikan pula negara kita yg menerima matahari sepanjang tahun.

Sangat2 menjimatkan bro. Permulaan memang kena invest untuk panel. Harap ada company yg besar2 yg buat business ni dikawasan perumahan, bukan untuk kawasan pendalaman sahaja.

Anonymous said...

setiap yg jadi CEO syarikat2 GLC nestilah tunjuk dia boleh buat untung..apa jadi CEO GLC kalau asyik rugi sahaja??

Aku Darah Anak Melayu said...

tnb dah bg peluru pada pada pakatan haram untuk tembak kerajaan..ape punye bodohlah depa ni..

kenepa menteri tak gune kuasa eksekutif ntok halang bnde ni..

semua ceo ini mmg tak kenang dek untung..takde hati langsung nak tolong rakyat..ptot tukar jew..dan ape dah jadi dengan pegawai maybank yg mulut capaoi tu dulu yew??

ruang bicara faisal said...

anon 9.17

kalau setakat ceo tnb, letak saya atau anda pun blh untung sebab hanya mereka shj yg berniaga letrik kat malaysia.

Anonymous said...

yelah kan ...kesianye pada org2 yang gaji kecik anak ramai...TNB pun agak2 lah nak makan untung tu...melamoau nau..

Anonymous said...

5 bintang!

Anonymous said...

Inilah bala monopoly capitalism ala Herbert Hoover.....

Anonymous said...

jom kita bako aje....kita bako.....

Anonymous said...

ubat mesti pahit, yang manis itu racun...

kalau monopoli dipecahkan, siapa yang akan kaut untung syarikat baru? siapa yang mampu bertanding dan mampu biayai syarikat baru itu? jangan diminta mimpi yang buruk...

brader, terlajak perahu boleh undur, pak lah terlajak tgk apa jadi...

saya pon tak setuju letrik naik, tapi kite tegur mereka secara keras... jangan jadi macam orang zaman dulu, tak puas hati dengan raja, dibuka pintu ke portugis...

nasihat hamba yang buta tuli...

hilbert said...

Salam RBF,

Jangan bimbang bro, Bakun Hydro Electric bulan Julai dah nak beroperasi...ada sudah saingan buat TNB, minta kerajaan sambung kabel bawah laut dengan segera.

Harap Taib Mahmud bermurah hati bagi elektrik percuma untuk penyokong BN kalau dia masih mahu bertahan hehe

An Tak Tau said...

arang batu naik la. to make things worst, its been said that, a company reluctant to sell their gas to TNB. fyi, gas contribute 46.6% of total generation mix.

according to 2007 TNB's annual report, its RM 36.858 billion non current liabilities (borrowing, deferred taxation etc etc). dan semua ini bukan sekelip mata untuk diselesaikan.

also, as a scholar, u should know that every company need capital to run and expand their business.

TNB initiative such as geographical expansion in service by 2015 (already start in middle east), overseas investment by 2020 and to be a global leadership by 2025. To ensure all these strategic plan succeed, TNB need really large sum of money.

jebat berkokok said...

Mudahnya jadi CEO..nak untung naikkan tariff...penjanaan pendapatan yang paling mudah tanpa sakit kepala hotak..agak-agak nak rugi naikkan lagi tariff..Profit and loss account mesti cantik..barulah menjadi CEO paling berjaya..rakyat nak mampus apa ada kira..

Anonymous said...

kat rmh aku...malam hari guna pelita minyak tanah aje...dgn lampu pam....memasak gunakan kayu kering....basuh baju..mandi guna air perigi....nak makan ikan pergi cari kat paya @ sungai..nak makan ayam cari kat hutan...nak makan sayuran...tanam belakang rumah...kau orang semuanya untung..nikmat dunia semua boleh dapat...asalkan segalanya duit....macam aku...kais pagi makan pagi kais petang makan petang..tak macam kau orang semua...kais pagi makan pagi...kais petang bayar hutang....terimalah kenyataan....sbb kita pergi nanti...tiada apa yg kita bawa...buat mereka2 yg tidak amanah...dan sebagainya biarlah di akhirat...mereka mendapat balasannya.....

Anonymous said...

bodoh punya alasan.

betul la yang bayar 85 ke bawah tak terjejas.

abis itu yng kilang beras, gula, tepung, ayam... waimma kilang buat ais yang terkena kenaikan itu, adakah mereka juga akan bodoh macam menteri dan ceo tnb tak naik harga barang keluaran masing-masing.

abis tu siapa yang akan jadi mangsa. tentulah orang yang bayar bil letrik bawah 85 ringgit ini jugak... bodoh betul...

Anonymous said...

Bulan lepas bini aku bayar letrik kt tnb, dah kena potong letrik kt rumah sebab ada tunggakan (jumlah semua RM1100 lebih) then minta la rayuan nk bayar dalam rm500,pegawai tnb tu tak kasi, seboleh-bolehnya suruh bayar rm800, lepas tu pegawai tnb selamba je cakap kalau tak mampu nak bayar biarlah bergelap (dengan nada kurang ajar la)
Rumah aku sejak kena banjir besar terus bil jadi tinggi tiap2 bln, takde pakai aircond, takde pemanas air, dah jimat tiap2 malam tutup semua lampu tapi bil sebulan lebih rm300 gak. Pekeje TNB dah 3-4 kali mai check dorang cakap meter takde rosak apa2. Ni dah naik tarif letrik jawapnya makin tinggi la bil rumah aku.

Dengan gaji aku hanya RM1000 sebulan dan letrik yang naik, susahlah aku macam ni. Aku ada 6 orang anak2 yang masih kecil dan bersekolah. Sapa la yang sudi membantu.

Anonymous said...

MANTAP!!!!!

putrarahman said...

Patutlah tak naikkan harga petrol, nak naikkan tarif elektrik rupa-rupanya. Tipah tertipu betullah.

Oooo..Tak naikkan harga pertol ingatkan betullah bertimbang rasa pada rakyat dan mehami kehendak rakyat, tetapi nak naikkan tarif elektrik rupa-rupanya. Tipah tertipu betullah aku.

Bencibencibenci.

Anonymous said...

Kerajaan ingta rakyat akan diam? Angka 13 tu bakal menjadi momokan seumur hidup mereka. RB

Anonymous said...

klu x naikkan tarif nnti pekerja tnb x dpt bonus 5-6 bulan pulak...tp 85% yg dapat bonus tu semuanya penyokong PAKATAN HARAM..ada peluru untuk tembak BN.....

Anonymous said...

Saya serta keluarga ada lah penyokong kerajaan tegar,tapi kali ini kesabaran kami sudah sampai kemuncaknya.Kami akan tunjukkan protes kami pada PRU13 nanti,IsyaAllah.

Anonymous said...

Kami di tipu lagi.Balasan nya akan di beri padaPRU13 nanti

Anonymous said...

Kami di tipu lagi.Balasan nya akan di beri padaPRU13 nanti

Anonymous said...

Kami di tipu lagi.Balasan nya akan di beri padaPRU13 nanti

Anonymous said...

Lepas ni, hujung tahun nanti, si Khalib dengan bangga mengumumkan keuntungan TNB meningkat berbilion ringgit. Pastu kakitangan TNB mendapat bonus 6 bulan gaji..

Kepala tengkorak dia! Nak untung besar, nak bonus banyak senang, naikkan tariff! Takyah fikir cara lain.

Aku tak tau lah kenapa kerajaan benarkan perkara sebegini berlaku di saat-saat sukar begini. Apa yang aku bimbangkan ialah, Datuk Najib tidak lagi menjadi PM selepas PRU13 nanti, akibat tindakan CEO GLC yang bebal, tidak memikirkan nasib PM ini.

Aku bimbang orang yang tidak bermoral akan menjadi PM menggantikan Datuk Najib.

Mungkin ini sebenarnya tujuan Khalib? Sakit hati aku...

mat saga said...

brader.... nie gua la.... mat saga.... dah lama gua bertapa kat pulau mabul nie..... baru malam nie dapat tido kat pekan Tawau...

gua nak pesan kat lu.... kalau lu nak bakar TNb .... bagi tau awal-awal... gua pun nak join... gua pun hangin dengan TNB nie....

hari tu rumah gua tak baya bil 3 bulan dah kena potong.... bukannya banyak.... RM 130.00 je.... lahanat punya TNB... gua dah la tak ada keje masa tu.... bayangkan anak bini gua duduk dalam gelap 2-3 hari... binawe punye TNB....

Woiii Che Khalib.... kalau setakat untung disebabkan asik nak naikkan tariff jee.... aku pun bole jadi CEO.... bodoh betul la hang nie...

aL-MaRBaWi said...

kite bakorrr je!!

Anonymous said...

Berani bro RBF kerana benar..
Bagi GLC asyik pikir yntung saja..Rakyat merana.
Buang jer CEO tu,suruh dia keluar dan berniaga sendiri,baru dia tau langit tinggi rendah..betapa susah nak berniaga..
Kalau letrik naik,harga barang2 lain akan ikut naik,rakyat akan memangkah pembangkang..
Ada permainan dalaman ker ni???
Entah2 PKR bayar suruh dia naikkan tariff..Dalam TNB pu ramai yang sokong PKR dan DAP..
Tak mustahil..
Tunggu apa lagi..tukar CEO tu...

ReentryCapsule said...

Kepada Anonnymous May 30, 2011 10:10 PM.

Aku rasa TNB dah main-mainkan kau lah.Melampau tu kalau bil elektrik dah sampai RM1000 lebih.Cuba tengok bacaan meter dekat depan rumah kau dan bandiingkan dengan bacaan meter semasa dalam bil TNB tu.Aircond takder pun boleh jadi RM1000 lebih macam kilang proses bulu ayam pulak.

Rumah aku pun kena macam tu jugak.Aku ada buat posting pasal benda ni.

http://reentry7.blogspot.com/2011/05/adakah-ini-membabi-bil-anggaran-tnb.html


Terima Kasih..

Anonymous said...

Salam,

sebentar tadi di TV, terdengar hujah CEO TNB yang hebat tu memberitahu kenaikan baru tarif elektrik bagi industri tidak membebankan dan tidak sepatutnya menjadi sebab untuk menaikkan harga produk industri. Hujahnya lagi, ini kerana kos tenaga elektrik cuma 5% dari keseluruhan kos pembuatan.

Kepada CEO yang bijaksana ini, mungkin benar yang kos tenaga elektrik bagi industri cuma sekitar 5% dari kos pengeluaran product. Tapi bagaimana dengan kos bahan-bahan mentah lain yang juga terjejas dengan kenaikan tarif baru elektrik? Sekiranya kos bahan mentah untuk industri meningkat, tidakkah itu juga akan mengakibatkan kos pengeluaran juga meningkat? Dan sebagaimana yang kita tahu, kos bahan mentah menyumbang kepada peratus yang besar dalam keseluruhan kos pembuatan.

zahimi

Anonymous said...

tnb cekik darah vampire malaysia

Faith Ajar said...

Syabas bro rbf...beginilah blogger yg kita mahu, berkata benarlah walau pahit. Byk lagi perkara yg membebankan rakyat patut diambil kira oleh menteri menteri..bukannya mereka mengharap lebih. Kalu diberi seratus ringgit setahun mcm yg dihulur dek khalifah guan eng tu pun depa dah seronok, cuba bygkan kalau kerajaan benar2 mengambil berat golongan sasaran dan kurang mampu.

Amik contoh cukai pendapatan, ada ka patut pelepasan isteri dan anak2 ciput aja macam takada nilai isteri dan anak2 dimata kerajaan. Udahla perbelanjaan rumah dan persekolahan meningkat, cukup tahun income tax kena kowkow lagi. ada pemulangan pun siksa kena siasat mcm penjenayah plak...Org2 kaya income tax tinggi tp boleh adjust payment perbrlanjaan syarikat lah, elaun itu ini..golongan pertengahan tersiksa takleh lari satu sen pun income tax..
Klu PR boleh buat lebih baik dari BN, mmg tak musatahil golongan pertengahan ni melompat menyokong depa. Sib baik Anwart still ada dalam PR, memang suwei jadinya pakatan nih..
My 20 sen....

HeroTamil said...

Apa haramjadah Makmal Rasionalisasi Subsidi tu??...

Dia oran buat uji kaji dgn rumah dia orang ker??

Apa dia orang ingat benda lain tak naik??...Kilang kilang yang pakai letrik tu apa ke jadah?? Yang kena siapa?..

Anonymous said...

hah! apalagi..

moh ler kite pakat ramai2 pasang magnet atau menda2 yg bleh perlahankan PIRING meter dr bejalan laju.. (cer tanye budak2 mentenen depa tau TRICK neh) hahahaha

tp kena pastikan lak yg meter korang tu letak jauh ke dlm skit.. biar buta mata PEMBACA BIL tuu.. hahahahaha


pssstt.. ade org ON air cond 24jam 7hari seminggu tp bil letrik takat RM40++ aje... hehehehehe


sekian

org Letrik SHK

Anonymous said...

sokong bro RBF!!!
ini isu sgt penting!!
siallah CEO TNB!!
aku paling xpuas hati gaji CEO makan duit haram dgn perah duit rakyat tu!!
letrik boleh buat niaga berbillion2 jual kpd rakyat?? gile ke??

then, yg satu hal lagi IPP berok2 ni sampai bile kite kene jd pencacai IPP??
aduhh mmg BN menempah mautlah PRU13 nnti.. ini isu berat ni!! lebih berat dr isu tol

Anonymous said...

skrg ni bukan ke pakai digital meter? xdelg dh mekanikal meter tu?
kalau tk mmg aku akan modified ler kasi magnetic die kcau..
mmg xdosa dh sbb TNB laknat ni sudah jadi penghisap darah..untung berbillion2 wpun kos gas naik? pastu nk naik tarif lagi?? gila kot? mmg nk kena bala lah TNB ni..

Ron said...

aku rasa hangpa semua kat sini ni musti ada ASTRO kat umah...ada yg dah guna ASTRO BEYOND..betoi tak?? tang ni lagi super cekik darah & monopoli market...hangpa semua tak kesah bayaq... betoi tak??

Pasai apa tang ni hangpa semua tak menyalak?? Dok guna ASTRO yg sebenarnya melarikan budget poket kita semua...bagi saya "ASTRO lah Syarikat Sialan Yang Paling Dajal Di Malaysia"..

Hangpa semua setuju tak???

Anonymous said...

aku rasa tnb kene jimat prbelanjaan,tak perlu nak buat iklan besar besar, mahal mahal tah apeape nak glamer sbb pembekal elektrik kt msia ni cuma tnb je, takda persaingan lain jadi takyah la nak iklan ke taja ke apeape yg manfaatnya cuma dpt kt 2-3 kerat jer!!!!!hangin aku....

ruang bicara faisal said...

ron, setuju

astro syarikat super sialan dan dajalan . atas sikit dari TNB. semuanya kerana monopoli

Anonymous said...

ala susah apa ... korang bypass jer meter tu ... buat satu litar selari dengan meter tu tp sorok2 la sikit ... takut nanti pembaca meter nampak ... atau time2 agak2 korang pembaca meter tu datang... korang buang la wayar tu ...

Anonymous said...

Ni adalah qualiti blogger pro kerajaan yang kita tak jumpa pada blogger pro pembangkang.

syabas.

leman decaprio said...

huge support 4 what u hav wrote, dude! sekarang bukan hanya namewee yg 'lancau'kan TNB... semua rakyat patut ancung jari tengah 'lancau'kan TNB!!

Anonymous said...

rbf memang berkualiti....bravo

Anonymous said...

KHALIB DAN KHILAF
YG KERAJAAN SAMBUNG BEKALAN LETRIK PD KALIB/KHILAP APA HAM JADAH LAGAKLAH BUANG JE CEOIL NI MAX 1YR TENDANG,,,,BPR CEKLAH MANATAU DIA KOK ADA KAWASAN STEAM COAL DIKALIMANTAN- JGN SALAH BUKAN TUDUH MINTA DICHECK
SANGSI

whiteorange said...

Bro, berdasarkan tulisan bro ada dua tiga perkara gua nak sentuh berdasarkan pengalaman sendiri

1. Dulu masa gua guna meter analog bil gua maksimum RM90.00. Gua ingat dah mahal. Sekarang meter gua diganti meter digital, nak tahu berapa bil bulanan gua, paling rendah gua dapat RM130.00 dan pernah cecah RM350.00/bulan. Average RM180.00/bulan. Boleh bayar bulanan kancil beb. Aku tinggal dirumah teres biasa berdua je. Dah dua tiga kali aku mengadu dan tukar meter digital. Yang pandai matematik kiralah berapa % kenaikan from analog to digital?? SATU PENIPUAN DISIANG HARI ...

Pernah TNB adakan dialog, apa mereka jawab, macam babi sial punya pengurusan, itu meter MUNGKIN lama, MUNGKIN dah rosak, KEPALA MAK BAPAK dia punya ayat.

Lu nampak tak bro macam mana TNB TIPU N sedut duit rakyat secara HALUS N senyap senyap. Pas tu nak naikkan lebih7%? Bayangkan berapa kos gua kena tambah bro? KEPALA MAK BAPAK DIA LAH. Tu pasal kakitangan TNB menikmati gaji besar walaupun lulusan sekolah pondok rumbia.

Gua tak kisah guna pelita bro, masalahnya harga kerosene lagi mahal sekarang, sebotol 1 lit RM5.00.

So geng semua, pastikan meter anda jangan ditukar daripada analog kepada digital.atau kita pakat ramai ramai curi letrik .. lebih baik daripada kita undi DAP

2.Gua masih ingat apabila TDM kata air hujan free, sebab tu lebih baik kita bina empangan untuk jana kuasa, apa haramjadah pembangkang kata, MEROSAKKAN HUTAN DAN ALAM SEKITAR, pas tu bila bil letrik naik heboh nak caci kerajaan. Betapa hebatnya otak TDM, dan betapa bangangnya orang yang menentang, akibat tertangguh tangguh, kos dah meningkat, kan sial punya pembangkang, sama otak macam Tun Dol, projek rail keretapi, projek jambatan bengkok, semua cancel, sekarang kos berkali lipat.

3. SATU LAGI ASTRO SIAL HARAMJADAH. DISEBABKAN ASTRO SIARAN FREE KERAJAAN JADI TERGANGGU. SUKA TAK SUKA GUA KENA MELANGGAN ASTRO.

DULU KERAJAAN BAGI TONTON TV FREE WALAUPUN SEBELUMNYA KENA BAYAR LESEN RM24,00 SETAHUN . SEKARANG KENA BAYAR 60.00 SEBULAN MINIMAL. TAK KAH ITU HARAMJADAH NAMANYA?? YANG KAYA SIKELING ANANDA SIAL TU.. AKU HARAP KERAJAAN BANYAKKAN LAGI PENYIAR BERLESEN TV AGAR ADA SAINGAN . ATAU KERAJAAN SEDIAKAN PEMANCAR YANG LEBIH EFFISIEN AGAR GUA DAPAT MENONTON SIARAN TV PERDANA DENGAN LEBIH JELAS DAN TANPA GANGGUAN.

whiteorange said...

An Tak Tau!

Itu report!!!

KASI TAULAH PENYELEWENGAN YANG DEPA LAKUKAN HINGGA MENGAKIBATKAN TNB HILANG BERBILION

TNB NAK LUASKAN BUSINESS KA, MAU JADI KONGLOMERAT BESAR KA, ITU GUA TAK PEDULI,

TAPI JANGAN LETAKKAN BEBAN KOS ATAS RAKYAT ...

whiteorange said...

TUHAN ANUGERAHKAN AIR HUJAN, ANGIN, MATAHARI. INI SEMUA SUMBER FREE ANUGERAH ALLAH

SO JURUTERA JURUTERA, ARKITEK ARKITEK YANG DAH MERASA BIASISWA KERAJAAN, PERAH OTAK LAH MACAMANA NAK EKSPLOIT SUMBER ALAM SEMULAJADI NI UNTUK MENJANA KUASA YANG LEBIH MURAH DEMI KEBAIKAN KITA SEMUA. DILUAR SANA TEKNOLOGI SUDAHPUN ADA, PERGI MAMPOS SAMA KAPITALIS YANG MAHU MENGAUT KEUNTUNGAN SAHAJA.

KEPANDAIAN YANG ADA JANGAN DIGUNA DOK PERAH OTAK HARI HARI UNTUK JATUHKAN KERAJAAN ....

Anonymous said...

aku tak berapa pecaya makluman dari tnb yang cakap 75% pengguna tak terjejas. kalau dok di pekan famili ada 3 4 orang dengan barang elektrik tv kipas peti ais seterika lagi mana nak cari bil kurang RM85.00 beb .. dok bandar besar dah la semua kene bayar macam-macam dengan anak sekolah lagi yang macam-macam cikgu mintak duit untuk itu ini instalment itu ini lagi sekarang elektrik pulak naik .. lagi beban la nampaknya .. yang herannnya gaji khalib tu naik jugakk .. patut ker ?????
rakyat dah bagi amaran dalam PRU12 tapi nampaknya tak diendahkan jadi PRU akan datang .... paham-paham lah ......
pecahkan monopoli tnb kalau ada pun nak cekik darah rakyat !!!!!

Anonymous said...

Inilah masalahnya bila CEO di lantik olih orang politik yang ada kepentingan...sialan.
Ni ada cerita pasal contract arang batu untuk TNB di Indonesia..
Syarikat pembekal dah di short listed..tetiba jer che khalib hold the company..yang sepatutnya di beri contract kerana ada kepakaran dan harga murah..
Nak mainkan la tu..nak cuba block dan bagi offer kat orang Indon nak beli kawasan arang batu di Indon dimana syarikat yg mendapat contract dah sign contract..nak main belakang..padan muka..nasib baik indon x nak deal dengan orang politik tu..kalau tak..sah2 harga tinggi...ni la ..rakyat tak tau..
Sialan...

Namri said...

Salam,

Setuju dgn Ron..
Kalau RBF buat post khas pasal ASTRO pun baik.. Mereka ni lagi Dajjal.. naikkan cas camtu je xyah diumum2 kan..
Pastu suka buat perangkap kenekan pelanggan..

Aku pun pindah umah nnti, xyah pakai ASTRO, pakai Unifi je.. internet ada, TV kabel sekali ada..

Xda ke sape2 nak challenge monopoli ASTRO dajal ni?

Anonymous said...

CEO ni lulusan ape ek ?
Jika harga minyak/diesel naik harga barang akan naik ... betul tak ?

Sama lah ... bila harga letrik naik ... cos ini akan dibebankan kepada pembeli/pengguna ... betuk tak ?

Pastinya ... yg tak naik tarif tu pun akan kena bayar lebih juga akhirnya ... betuk tak ?

Jika PM tak buat sesuatu pantas ... kesannya pada PRU13 nanti ... betuk tak ?

Nani

Anonymous said...

teringat semula isu namawee maki hamun TNB dulu...bila difikirkan memang patut pun TNB kena maki

Anonymous said...

sblm ko nak attack tnb, pe kata ko attack astro dulu..kapior dulu ko hentam..kalu camni la gamaknye melayu hentam melayu, raja gula (cina) ngan raja telco/astro (india) mmg tepuk tangan tak sudah la..

ko pakai astro tak rbf? ingat, takde letrik, astro beyond ko tak leh hidup..byr Rm12 sebulan tambah nak tgk maharaja lawak tak plak ramai org bising..

ini persoalan gaya hidupp..kite nak kekal dgn gaya begini, tp nak harga pun kekal begini forever..ini la penyebab inflasi..

mcm aritu ko posting drkhir ckp pasal naik opr utk kekang inflasi (kenaikan melampau harga barang), tp kurangkan subsidi yg bakal menyebabkan harga brang melambung juga..nih, aku nak jelaskan:

kenaikan opr ni utk mengekang gaya hidup berbelanja masyarakat malaysia..harga barang masih ikut permintaan vs penawaran..kalu rakyat dapat mengurangkan permintaan, tokey2 cina/india tu terpakse kurang harga barang mereka..inilah bargaining power yg ade kat pengguna, tp jarang skali nak menggunakannye..

subsidi minyak akan menambahkan permintaan minyak melebihi penawarannye, dari segi short term or long term..ini juga menyumbang kenaikan harga minyak..takde solution utk menda ni selagi masyarakat tak sedar tentang kuasa yg ade pada mereka..tools yg paling berkesan adalah menaikkan opr dan meningkatkan tax, disamping itu, bantuan diberikan kpd yg layak..

harga barang malaysia perlu cepat berada dibawah telunjuk pasaran permintaan dan penawaran..fungsi kerajaan utk mengekalkan level harga dgn memastikan keseimbangan dalam penawaran dan permintaan..subsidi hanya short term solution shj..effective solution adalah dgn either menambahkan penawaran, atau mengurangkan permintaan..tetapi perlu ingat, government juga berfungsi utk melindungi certain2 industry utk mengurangkan kerbergantungan kpd import..

sekian

Anonymous said...

setuju dgn Ron..ASTRO dajal kat malaysia paling atas..gov duk diam je tgk untung masyukk..servis mcm hampeh,hujan je K.O..tak naik RON95,diaorg naik kn tarif elektrik,servis pn teruk,asyik blackout je..

Dato' Bahaman said...

Kalo pasal 'Ass-throw' ni, I beg to differ. Tak boleh sama kan dgn letrik dari TNB ni. Subscribe pada servis ass-throw ni adalah lebih pada nafsu-nafsi sendiri. Kalo rasa ada duit lebih, nak tgk citer yg best2, subscribe aje lah. In fact, takde org paksa pun! Dan kalo rasa mcm tak berbaloi, rasa mcm rugi bagi duit kat kapior ke hape ke, toksah lah subscribe. Ada alternative siaran free terrestrial lain mcm channel2 RTM dan media prima. Unifi@hypp.tv pun ada kalo nak layan. Tapi kalo dlm bab letrik ni, kita ada option lain ke??!! Ada syarikat lain ke selain dari TNB yg offer power supply ke pengguna mcm kita ni??!! Come on bro...kalo iya pun nak hentam...

Anonymous said...

aku suggest ko ngan kengkawan ko sesama sepakat ngan GAP kasi desak toll di klang valley dihapuskan..

ini lagi membebankan drpd naik tarif letrik tu..

Polos said...

IPP dpt laba, tnb yang kena getah.

Anonymous said...

aku rasa jawapan utk byk soalan dalam komen2 ni ada di www.tnbbuzz.com. Aku baru masuk tenguk. Mungkin kau orang boleh cari kelemahan2 yang ada dalam tu. Atau dapt jawapan yg memuaskan. Terserahlah

Anonymous said...

najib dok pulun tarik pengundi muda. join social network, minat bola, bagi netbook 1 malaysia & tah apa benda lagi. tapi dia biarkan perkara lebih besaq yg ternyata boleh terlingkupkan undi. sangat2 membuang masa.

Mr.Uda said...

CEO Cek Khalib nak BONUS 6 BULAN KOT atau lebih lagi bila untung BERBILION-BILION, ganti saja CEO ini dengan orang yg berjiwa rakyat.

Anonymous said...

rbf hari tu keluar artikel salahkah kerajaan naikkan harga barang,bukan main lagi ko explain sokong kerajaan..time ni plak marahkan kerajaan naikkan harga letrik..apa ni ko...serabut tul la

Anonymous said...

assalam...saya sokong 5 juta % kalau monopoli TNB dipecahkan..baru ada saingan antara pengeluar tenaga elektrik

Anonymous said...

Bukan TNB yg salah tapi kerajaan Barisan Nasinal.Bertuahnya kita ada pasukan rasionalisasi subsidi,kalau tidak dah tentu negara akan bankrap kerana beban subsidi,Mereka tak sedar Kerajaan BN akan bankrap pada PRU 13.Rakyat tak akan lupa perkara ini walaupun Pru dijalankan pada thn 2013.

Anonymous said...

aku rasa RBF n blogger patut buat hadiah batang penyapu ke atau tong sampah pada CEO GLC yg paling bengap..lepas tu kita ramai-ramai patut hantar ke office diorang ni ramai-ramai..

Anonymous said...

ASTRO bukan isu, tak langgan tak bayar, betol tak. Elektrik ni keperluan bro.. Astro klu da takda org langgan dia pon K.O, jadi boikot ler ASTRO, da tau cekik darah..!!!!!

Anonymous said...

celako celako celako celako ceo tnb dan org yg bayar gaji dia

Anonymous said...

masa kerajaan umum tak naikkan harga petrol RON95 baru2 ni, pembangkang dah mati akal dah..tak tau apa lagi nak goreng pasal kerajaan...

TIBA-TIBA.....

ada pula yang bagi bola tanggung kat diorang ni....kene smash la BN camni
(atas dasar nk tolong syarikat, kuasa bakal tergadai..tak pikir panjang tul)

pasal ASTRO lak, aku harap kerajaan tak lengah2kan pancaran siaran digital percuma keseluruh negara.

kalau tak silap aku ikut perancangan roll out siaran digital percuma ni akan dipancarkan sepenuhnya pada 2012 dan fully digital pada 2015 (siaran analog akan dihentikan)RTM dah war2kan akan siar 19 channel digital masa rollout nanti..stesen lain aku tak tau

untuk yang tak tahu apa itu siaran digital percuma haha..kalau ada TV LCD atau yg sewaktu dgn nya...cuma perlu ada antena tv biasa je..cucuk kat belakang TV LCD tu..walla....gambar terang benderang macam ASTRO B.yond. takde bayang2 sikit pun, macam tgk DVD ori hehe

pada yg takde TV LCD lak (atau still pakai tv biasa yg macam kotak tu) maka perlu beli HD receiver yg aku ingat berharga lebih kurang RM100 kut.

so sabar, launch nnt aku ingat ASTRO bungkus la...macamana bungkusnya TV satelit kat australia sebab semua siaran dah percuma, even sport channel wakakaka.

AzNor

Anonymous said...

Terus teringat pada anak Cina yang buat kontroversi Namewee apa kata kita dapatkan idea dia untuk carutkan sikit si che khalib bajingan tu? Dia ni kreatif dalam bab2 kontroversi. Sapa setuju angkat tangan macam saya....

Aku Tahu said...

RBF,

Asal ko hentam TNB satu pihak je?asal ko xnak hentam kroni kerjaan IPP..ko ada siasat brapa kos operation & Maintenance (O&M)TNB tanggung setahun..ko nak servis elektrik bgus, xnk blackout, tp harga nak sama..mcm tu matila kawan..IPP patut dihapuskan..Che khalib pun xleh nk buat apa2 dgn IPP..hanya kerjaan yg ada kuasa batalkan kontrak berat sebelah IPP-TNB.lpas tu aku yakin tarif akan turun.ms tnb trun tarif 2009 xde plak korg tq kt tnb..tp bila terpaksa naik sbb kos O&M meningkat, asal nk salahkan TNB.memang TNB hanya bekal elektrik.tp bukan monopoli sepenuhnya.semua kerjaan BN yg ko sokong control..dr A-Z kerjaan control..aku cabar ko desak najib batal kontrak dgn IPP..perjanjian bodoh zaman mahathir yg bebankan TNB..sbg contoh kos utk TNB jana elektrik RM10 per kwj..tp IPP jana dan jual kt TNB RM50kwj..dlm kontrak dah ckp apa2 pun TNB kena beli tiap2 bln dr IPP..sampai reserve margin elektrik berlebihan..kt situ IPP kaut untung asal ko xbising.. ko tau berapa TNB kena tanggung sbb IPP..kroni sapa IPP ni?tanya mahathir die lebih tau..silap mata mahathir utk kroni die

Anonymous said...

CEO nih macam dalang untuk PKR ajer... membunuh kerajaan BN dibelakang tabir... siapa leh siasat latarbelakang Khalib celako nih... dia kroni anwar ke? dia mesti sama balun china doll anwar nih... kalu nak untung pun berpatutan lar... khazanah kena peka supaya keuntungan yang TNB dapat tu tak boleh dijadikan KPI sangat... untung 10 peratus setahun cukup lar...

Anonymous said...

KALAU NAK UNTUNG LAGI,KILANG2/ RUMAH2 SETINGGAN YG BUAT PENYAMBUNGAN HARAM KENA HAPUSKAN.
YG TERANG2 BERSALAH HENDAKLAH DIDENDA CUKUP2 UTK COVER BALIK APA2 YG PERLU. MAKA PENGUATKUASAAN KENA DITAMBAH.
JGNLAH DISUSAHKAN PENGGUNA YG BERDISIPLIN DAN MEMATUHI UNDANG2 KERANA TNB SENDIRI YG TAK EFISIEN!!!

Anonymous said...

aku adalah pmbangkang dlm kerajaan dan jua pembangkang dlm pembangkang haram jadah......

Anonymous said...

Gua bukan nak sangat langgan Astro, tapi semenjak ada Astro siaran TV perdana jadi TV hantu, tak boleh tonton,

So gua akan tunggu TV Digital, gua dah lama guna TV LCD, pegi mampos sama Ananda punya TV

Orang BN bangkang BN atas apa yang mereka rasa betul betul membebankan rakyat, bukan bangkang asal bangkang macam pembangkang

Anonymous said...

mmg astro kalu tak mampu tak bayor..but ingat, kita ni kat zaman mane..zaman teknology IT bro..saluran berquality hanya dimonopoly oleh astro..tgk keuntungan astro..berbilion2..hutang dgn bank suma bayar awal dari tempohnye..kenapa? sbb keuntungan berlipat2 kali ganda, makin ramai dan ramai rakyat malaysia xde pilihan lain terpakse subscribe utk dapatkan rancangan dan siaran berquality..

yet, ASTRO collect untung dari iklan, padahal, org malaysia bukan nak tgk iklan..patut keuntungan iklan dapat turunkan sewa bulanan astro..

bila kita cakap pasal astro, then kite refer pasal monopoly, spt mane yg TNB skrg tgh enjoy..

TNB bergantung kpd kos bahan api, dan ditentukan pasaran dunia..ASTRO, bergantung kpd kos bahan ape? yg kita tak sedar, org2 KAFIR ni selamba2 merompak duit kita, mcm bak kata pepatah, semut yg kecik kita nampak, gajah didepan mata kita buat dunno..

kalu astro punye bayaran bulanan diturunkan, bukankah boleh absorb kenaikan kos bayar elektrik? lihat bagaimana astro menentukan harga siarannye..semakin ramai org subscribe astro, adakah makin berkurang kita bayar atau makin bertambah? ini la kuasa monopoly yg ade, unfortunately, kuasa2 ini dimiliki kaum kafir tanpa kita sedari ia lebih dasyat dari monopoly kos elektrik dimana tujuan monopoly elektrik itu sendiri utk mengelakkan IPP meletakkan caj sesuka hati..

IPP ni bukan mcm astro beb..kita tak bleh pilih2..kalu kita tak suka IPP yg disini, boleh kah kita mintak IPP yg lain menyalurkan elektrik ke rumah kita? tak boleh bro..tiang letrik satu je bro..jd, kalu takde TNB, IPP masih memonopoly, mengikut kawasan2 dibawah bekalan nye..

ASTRO mcm mane pulak..dah suma saluran2 utama dia kebas..secara tak langsung mengukuhkan monopoly mereka..

sekian

Kama Irahsa said...

hahaha.. nmpk gaya adalah alasan ASTRO pulak nk naikkn bil diorg kali ni.

Anonymous said...

terimakasih tuan kerana menulis perkara yang benar..sangat menyokong tulisan ini kerana inilah juga yang saya rasakan..terimakasih sekali lagi..

Anonymous said...

tempah maut .................

Anonymous said...

Dah dasar BN (barang naik) hahaha aku setuju betul ngan kerajaan sekarang ni biar naik

An Tak Tau said...

@whiteorange May 31, 2011 8:05 AM

mana boleh kata macam tu. TNB komited nak luaskan empayar nya ke luar negara, bukan perkara kecil. nanti kesannya kepada rakyat Malaysia juga. Rakyat Malaysia sendiri akan terima kebaikannya jika pelaburan itu berjaya.

Memang TNB seboleh2 tidak mahu bebankan rakyat. Tapi adakah anda tahu, jika TNB tidak menaikkan tariff elektrik, TNB akan kerugian RM1.5billion?

adakah anda tahu, kenaikan tariff ini berkaitan dengan so-called 'green technology'? untuk menjadikan impian ramai ini kenyataan, Feed-in-Tariff (FiT) terpaksa dijalankan. maka sebagai rakyat yang menyokong teknologi hijau, kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk mengimplemenkannya.

Anonymous said...

Aku dah berhenti langgan ASTRO lama dah..Duit yg aku langgan tu,baik aku bagi kat masjid"Dok bagi keling ananda kaya buat apa..semua keling kat Malaysia dah naik tochang..Tok Kong dah makin besar..Rasa macam kat India pulak..Meh pakat2 berhenti melanggan ASTRO..ada berani?

mat santai said...

Bukankah IPP tu sendiri menunjukkan monopoli TNB sudah dipecahkan? Oleh itu kita jgn terlalu emosi dlm hal ni. Kita kena ingat kalau idea ni diteruskan tarif elektrik kita akan meningkat jauh lebih tinggi dr sekarang. Kalau nk tahu cuba wat kajian... Benda ni dah dibuat di Singapura.. akibatnya tariff mereka amat tinggi...

Bagaimana nak kurangkan kebergantungan kpd bhn api fosil (akan habis dan harga semakin mahal)? Hidro sudah habis diterokai di semenanjung dan x cukup untuk menampung demand. Solar kurang reliable sbb malaysia cuaca x menentu (kejap panas kejap hujan). Cadangan nuklear pula ramai yang bantah berikutan bencana di jepun. Bahan api nuklear sebenarnya dpt bertahan dlm masa yg lama, oleh itu tidak terkesan dgn kenaikan harga sprt minyak, gas & arang batu. Biomass hanya mampu menyumbang sedikit shj tenaga kpd demand d Malaysia.

Jgn la kita terus hentam TNB tanpa selidik punca sebenarnya.

problemo constituto said...

sakit hati dibuat nya dgn TNB.
kroni-kroni dorg sume perut dah besar pon still nak makan duit rakyat. terima kasih lah sgt. Kami MMG SUKA

mat santai said...

Bukankah IPP tu sendiri menunjukkan monopoli TNB sudah dipecahkan dan adakah kita gembira sekarang? Oleh itu, kita jgnlah terlalu emosi dgn hal ini. Kalau idea pemecahan ni diteruskan, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Hal ini dah dilaksanakan di Singapura dan tarif mereka sangat tinggi. Cuba kaji mcm mana IPP dulu boleh wujud melalui orang politik (x mahu sebut siapa).

Kerajaan dah cadangkan tenaga nuklear tapi ramai yang bantah berikutan bencana di Jepun. Kita kena tahu bahan api nuklear boleh bertahan lama dan bersih (tidak mencemarkan alam) sekaligus dapat mengelakkan kenaikan tarif sprt skrg. Isu radiasi tidak timbul jika dilengkapi dgn plant yg canggih dan kawalan operasi yg ketat.

Bahan api fosil (gas, minyak, arang batu) semakin berkurang di seluruh dunia (mungkin akan habis dalam beberapa tahun lagi). Oleh itu, harganya semakin meningkat. Negara perlu mencari alternatif yang 'reliable' untuk memenuhi keperluan tenaganya. Tenaga dari solar tidak 'reliable' sbb cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Jika anda pasang solar panel di rumah anda boleh boleh jual lebihan tenaga kpd TNB semula (feed-in tariff). Tenaga angin puia tidak cukup kuat. Hidro sudah habis diterokai di semenanjung. Biomass hanya mampu menampung sebahagian kecil permintaan tenaga. Yang tinggal hanyalah nuklear. Kita kena ingat permintaan elektrik semakin meningkat tahun ke tahun. Mesti kita sebagai pengguna mahukan bekalan yang 'reliable' dan murah.

Oleh itu, jgnlah terus hentam TNB tanpa menyiasat puncanya terlebih dahulu.

Anonymous said...

Alahai sedare sedari sekalian..kerajaan tu xbodo..kalah yg diwar-warkan xbtl..xberaninye dieorg nak nek kan tarif..mereka pun takut ilang voter..Sekarang bkn mase nk komplen tp berusaha cmane nk pastikan rumah kita xbergelap..gaji 1ribu jadi 2ribu..tgok aje bangsa lain dgn kutip tin dlm tong sampah aje bole
hidup senang

Anonymous said...

tnb mmg untung..tp lihat la jumlah hutangnye..

berpuloh2 billion jugak beb!..

IPP menggunakan sumber wang sendiri (bkn wang kerajaan) utk membina dan menguruskan IPP itu dgn berkesan utk pengguna..mereka berhutang melalui pinjaman bank dan hutang bond2..mereka mempunyai liabiliti2 yg tersendiri dan any revision utk tarif akan menyebabkan kerugian kpd mereka dan ini mengganggu kualiti perkhidmatan mereka..

kesan gangguan bekalan elektrik bukan sedikit, byk business2 akan terjejas, dan memberi kesulitan kpd isi rumah..kerugian yg ditanggung lebih besar dan unlimited..

kerajaan tak mempunyai kepakaran yg cukup utk mengendali IPP ini, dan adalah lebih baik fokus kerajaan ditumpukan kpd hal ehwal negara dan rakyat berkebajikan..ape yg kerajaan mahu, perkhidmatan elektrik dikawal selia dgn baik, supaya rakyat dapat menikmatinye..nak quality servis yg tinggi, harga kos kena la tinggi juga kan?

ade dua jenis industri yg sebenarnya tidak efektif kalu dibiarkan kuasa pasaran menentukannye:

(i) Petrol- ESSO/PETRONAS/SHELL
(ii) IPP

sbb kedua2 ini bergantung kpd sumber komoditi yg menghadapi cabaran kekurangan sumber dan kuasa pasaran yg menyebabkan harga melampau tinggi akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah..DISITULAH FUNGSI KERAJAAN UTK MENSTABILKAN harga keperluan asas ini, dan pemberian subsidi hanya merupakan short term solution..

sekian

Anonymous said...

bekeng..

Anonymous said...

RBF, marah itu syaitan, bila kau luahkan marah disini menyerlahkan kelemahan dan kejahilan sendiri. Kau patut duduk dlm industri tenaga ni dulu baru kau akan paham... Jgn main hentam jer. Nak buat and maintain power station bkn mcm buat rumah beb...Apa kata instead of Bako..bako...kita Blajo..Blajo..baru le lebih paham dan pandai..

Sekian,
Aku tak bongok ...

Anonymous said...

Kita undi parti KITA, harap2 parti ni bertanding di Johor, pakatan rakyat dan BN memang tak boleh harap, pelingkup bangsa. Kalau tak de KITA kita undi je calon bebas, baru padan Najib and the gang yang tak berapa produktif dan kreatif mentadbir Malaysia yang 60% rakyatnya berpendapatan rendah ni.

Anonymous said...

buat kajian dulu sblm nak hentam tnb. Taklah nampak macam org bodoh..

Anonymous said...

Salam,lawak pulak aku baca orang hentam TNB...Ape la benak sangat admin ni...adekah korang tau yang kalau TNB dipecah2kan harga tariff akan naik melambunh2...TNB untung berbillion bukan tok joli semata...Duit tu semua rolling untuk selengara asset tnb.ASET TNB adalah macam generator,pencawang,cable.n etc...sme tu bukan FREE.bukan FREE ya sy ulang. Belum lagi kerugian disebabkn kecurian...sme perlu kn duit duit duit...so klu da pakai letrik bayar jela....takkan semua nak free. Kalau masih benak n anggapbtariff mahal,admin install la solar panel...TNB guna sistem FEED IN TARIFF(kalau admin ni uptodate mst tau). Admin jana letrik sniri n feed pd TNB. TNB akan beli dari admin...owh one more thing,jimatkan penggunaan letrik! Guna secara efficient. GREEN PEACE!!!!

sam said...

Tnb hanya ambil untung 30% dan 70% goes to goverment....

Anonymous said...

dari 2011............tp sampai skarang cam tu juga.............yang kaya semakin kaya....yg miskin lagi tersepit......

Anonymous said...

smua masaalah leh selesai . Dgn cara + or - . Hehe