Sunday, May 22, 2011

Ular Sawa Telan Orang Di Johor

Pada tahun 1995 ada satu kes yang menggemparkan negara telah berlaku di Segamat Johor. Lebih tepat lagi ianya berlaku di Tenang Stesen. Dekat dengan sekolah tempat mengajar suami kepada cikgu MalaNG (calon Pas Tenang) yang juga pernah menggemparkan negara kerana menipu MC.

Kisahnya tentang seorang lelaki cina berusia 29 tahun ditelan seekor ular sawa seberat 140 kg. Ular tersebut berjaya menelan kepala dan sebahagian badan lelaki tersebut. Ular itu tidak boleh telan keseluruhan mangsa kerana tersangkut di bahagian bahu.

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.

Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,

"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.

Dipetik dari cariforum.com

Saya masih ingat lagi kejadian tersebut, pada masa itu saya baru dapat motor Yamaha RXZ. Di kampung saya masa itu, jantan mana yang ada motor RXZ dikira macholah. Kalau meronda-ronda dengan motor waktu itu mesti kena sediakan helmet lebih sebiji. Faham-faham sajalah untuk siapa helmet itu......Ha...ha...ha....kenangan silam.

14 comments:

Anonymous said...

Di Teluk Intan, seorang gadis Jawa 15 tahun ditelan seekor ular sawa. Kehilangannya dicari di seluruh estate dan clue dia berada dalam perut ular sawa hanyalah melalui subang gelang rotannya yang tersangkut dibibir ular sawa yang sedang tidur kekenyangan. Sungguh menyayat hati.

Ular dibawa ke hospital dan dibelah untuk keluarkan mayat gadis yang sudah lembik macam spunch cuci pinggan mangkuk!

Abd. Latib said...

Rupanya ko pun mat rempit jugak dulu yer bro..

Anonymous said...

hehehe....tapi ko tak lehh lawan aku rbf, aku pakai kawasaki kips tahun 93, ....

kalau ko jumpa aku tahun ni sure ko cium bau asapp....ekekeke

ruang bicara faisal said...

abd latip

bukan merempitlah....
motor saya motor baik punya.
berlagak dgn motor dpn awek2 lah

ruang bicara faisal said...

anon 5.13
kips, saya minat gila motor tu dulu. tapi tak mampu nak beli, mahal.

lepas tu arwah bapa cakap jgn beli motor kawasaki , kalau rosak susah nak repair dan mahal. RXZ pun jadilah bro....

Anonymous said...

Cam nilah bro, Sekali sekali tukar selera dan mood, asyik cerita hal politik ..

gua pakai rxz tahun 93 waktu d UPM, pas tu tukar Yamaha LC350 kerana RXZ tak cukup power ..

At last terlebih power, tidur atas side table ....

Pas tu pakai kap cai buruk je sebab dah mampu pakai kereta...

mewah jadi rakyat Malaysia kalau tahu bersyukur

Budak Kampung said...

Kalau kisah masa zaman budak-budak dulu. Banyak gak kisah seram Urband Legend. Antaranya Hantu Purdah dan Hantu Susu. Lagi satu, yang aku masih ingat time kecik2 dulu ialah ada psiko yang suka menculik budak2. Pastu ambik organ dalaman diaorg utk dijual. Perghhhh...memang takut giler time tu.

Anonymous said...

korang ni kalau blogger buka cerita zaman lampau, abis meleret-leret kisah korang pun keluar ye.haritu GAP sekarang RBF lak.

Tapi KIPS tak blh blah la bro.itu jodoh dengan panther dan TZM.so apa-apa pun hidup RXZ!!!!

marilyn said...

Aku ada jugak kisah budak2 yg buatkan aku seram.heboh kat kg ada benggali cari kepala budak utk ditanam kat bawah jambatan yg sedang dibina. cuak aku beb.dah beso panjang mcm ni baru aku tau,aku dah kena tipu dgn org tua2 kat kg.cisss....

hamdan said...

Salam.

Baru minggu lepas aku tengok astro saluran NetGeo wild...tak salah aku tajuknya tentang berapa besar ular sawa boleh telan mangsa. Kes dan gambar yg bro bagi tahu ini telah di jadikan refrence dalam program ini. Siap ada wawancara dengan polis melayu yg jumpa.
Polis tu kata dengar seperti bunyi orang sedang mendengkur dan masa tu nampak macam ular tu tengah menelan mangsa.

ular tu tak lepas nak telah sebab bahu mangsa tersangkut kerana kedudukan mangsa yg mengiring sewaktu di telan.

Siap ada grapic komputer lagi dibuat.

Anonymous said...

aiyo hantu purdah tu pastinya muslimat pas yang suka menghasut dan memaki orang

Langsi said...

Rope-ropenye... gini la perangai spesis UMNgOk Be-eNd, asik nak merosakkan anak bangsa yg dierjuangkan!

Anonymous said...

Marilyn..Kisah bengali potong kepala tu bkn cerita dongeng atau org tua nk menakutkan kita tapi tu adalah kisah benar dimana saya sendiri pernah melalui detik cemas dikejar oleh bengali dgn sabit dan dlm guni yg dibawanya ada berisi kepala yg dipenggal.
Kejadian ini berlaku di penghujung tahun 70an dan usia saya 5 thn. Saya diselamtkan oleh ibu tepat pada masanya di depan pintu rumah. Bengali tu hanya beberapa langkah saje sblom saya jadi mangsanya.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna saya masih hidup lagi utk menceritakan pengalaman yg sukar dilupakan walaupun kejadian itu berlaku semasa saya kecil lagi.

Anonymous said...

ni cte ular ke , cte mtr ? ����