Thursday, June 9, 2011

Alhamdulilah , Petronas Untung Besar, Tolonglah Kami Sikit


Semasa memberi penjelasan berhubung kenaikan tarif eletrik baru-baru ini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata kenaikan tarif eletrik yang bermula 1 Jun 2011 tidak memberi apa-apa keuntungan kepada TNB. Katanya kenaikan itu hanya semata-mata untuk menampung kenaikan harga gas.

Senang cerita, duit kenaikan itu digunakan semata-mata untuk membayar harga gas. Sebelum ini TNB bayar harga gas sebanyak RM 5 bilion setahun. Sekarang TNB terpaksa bayar RM 6.5 bilion setahun. TNB tak mampu nak tanggung RM 1.5 bilion lagi untuk beli gas kerana harga arang batu juga naik. Lalu kos RM 1.5 bilion itu diletakan di atas kepala kita semua. RM 30.00 atas kepala RBF, RM 20.00 atas kepala Karim Bujang, RM 15 atas kepala Pak Cu Rantau Panjang, RM 10 atas kepala Shidah Sepet dan RM bla...bla...bla...atas kepala rakan-rakan pembaca yang lain dan seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini pula sebuah syarikat yang dikenali dengan nama Petrolium Nasional Berhad atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Petronas, mengumumkan keuntungan mereka untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 sebanyak RM 63 bilion. Angka itu meningkat sebanyak 38.5 % berbanding sebelumnya. Sila rujuk di sini

Dah untung RM 63 bilion, tak kan tak boleh tolong tanggung untuk rakyat RM 1.5 bilion bagi kenaikan harga oleh TNB. Kalau bagi 1.5 bilion itu pun , Petronas masih untung RM 61.5 bilion. Masih lagi angka 60 , tak jadi 59 pun.

Apa salahnya kalau Petronas menggembirakan rakyat. Kalau rakyat gembira tahun depan Petronas akan untung lebih lagi. Cuba Petronas bayangkan, esok anda umumkan anda akan tanggung kos RM 1.5 bilion kenaikan tarif eletrik dan minta TNB batalkan kenaikan itu, maka sudah pasti akan disambut dengan kata-kata Alhamdulillah, Amin, syukur dan sebagainya oleh jutaan rakyat Malaysia.

Fuhhhhhhh......saya tak dapat bayangkan apa perasaan rakyat kalau Petronas boleh buat begitu. Kalau kita gembirakan orang, Allah akan tambah rezeki kita. Doa orang ramai akan makbul dan Petronas akan untung lebih banyak lagi tahun depan.

Apa macam Petronas, boleh ke ?

Boleh lah.....

Tolonglah rakyat sikit

Kalau boleh umumlah cepat sikit, sebelum TNB keluarkan bil baru bulan ini.

Kepada rakan-rakan RBF sekalian, apa perasaan anda kalau Petronas boleh umumkan begitu ?

30 comments:

Anonymous said...

Maaf bro... aku lebih suka kalau petronas leh bantu kurangkan harga petrol... confirm pru13 najib pgg lagi.. bil elektrik nie tak bape beban sgt pada pengguna mcm kita nie... kurang2 kn la pakai aircond.. InsyaAllah... bill kurang... elektrik naik yg teruk pengguna komersial...

itu pendapat aku...

ruang bicara faisal said...

bro , kalau petronas nak kurangkan harga petrol ianya mencecah hampir 20 bilion setahun. matilah mereka. mereka nak bg kerajaan lagi, nak buat pelaburan baru lagi dan kos telaga2 minyak baru yg mahal.

Anonymous said...

Petronas entiti busines. Untuk tanggung subsidi itu tanggungjawab kerajaan. Keuntungan petronas sudah disalurkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai, royalti.. Kerajaan yang sepatutnya bertindak untuk kebajikan rakyat. Kalau benda ni pun petronas kena tanggung, bagus petronas yang jadi kerajaan.. Haha..

ruang bicara faisal said...

anon 11.07, bukan maksud saya nak suruh petronas tanggung segalanya. yg saya maksudkan sumbangan. sama seperti sumbangan yg petronas beri kpd pihak2 lain atau tajaan apa program atau acara. cuma kali ini kita nak minta dia sumbang utk rakyat dgn cara tanggung kos kenaikan eletrik.

azman said...

Assalamualaikum rbf

Kerajaan patut bantu rakyat yang berpendapatan rendah je,adil la kot.

Kalau ikut semua nak bantuan,
Yg kaye kate aku bayar cukai
Yg berniage kate aku bayar cukai dan bagi orng dapt keje
Kerajaan pulak kate dah tak de duit lagi nk bagi.

Tapi kerajaan adelak duit untuk bantu sykt GLC yg tak buat untung, mcm MAS selalu rugi kerajaan dok bantu, tutup je sykt GLC yang tak buat untong.

necdo said...

Petronas, mengumumkan keuntungan mereka untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 sebanyak RM 63 bilion.ini nilai jualan sahajaper/thn.
rbf boleh tolong tak, carikan maklumat berapa keuntungan bersih selepas tolak cukaai kerajaan,royalti ,zakat dan bla bla bla lg.
itulah keuntungan yg pure.

Anonymous said...

Bila dah tarik balik subsidi, kerajaan patut buat sesuatu untuk tingkatkan taraf hidup rakyat.. Jadi tak adalah rakyat jadi peminta sedekah-bantuan di negara sendiri.. Pernah dengar syarikat besar negara luar yang bagi duit kurangkan subsidi? Jadi tak patut tagih minta bantuan dari petronas. Yang patut kena tagih, adalah kerajaan dalam bentuk 'taraf hidup'

ruang bicara faisal said...

necdo,

perolehan-rm 241.2b

untung kasar-rm 97.8b

untung bg tempoh tersebut-rm63.0b

dividen kpd kerajaan-30.0b

makcik kapitalis said...

rbf, kenapa guna nama shidah sepet jer, nama makcik tadakpun

-makcik kapitalis-

Anonymous said...

kita ni kalau boleh underwear pun nak suruh kerajaan tanggung...

Rakyat insaf said...

Betul cakap anon 12:31.. semua benda pun nak bantuan. Sampai kemana pun takkan berjaya..
Renung-renungkan diri.. Meminta kena berpada-pada. Nak memberi begitu juga.

Anonymous said...

nak beli teknologi pon petronas kena modal ratusan billion..senang citer camnila..dari lumpur coklat2 hitam yang petronas SEDUT tu nak menjadi kan lumpur2 tu menjadi bahan bakar modal nya berbillion ringgit..

takkan modal dah keluar beratus2 billion nak jual 20sen seliter??????

kesian kerajaan..tak bagi subsidi..diorang tak undi mase pilihanraya..dah undi dituntut plak macam2 kat kerajaan kalau boleh semua nak percuma..

bil eleltrik naik korang bising..
hantaran kawin naik lagi melambung jantan2 kat sini taknak bising ke ????
mane leh bising jatuh le saham kat keluarga perempuan..:D

p/s nonok pon naik HARGA skrang ni..:P

Anonymous said...

kita mengharapkan subsidi kerajaan sbb pendapatan terlalu rendah. sedangkan perbelajanjaan terlalu tinggi. semakin hari semakin tinggi dan terus tinggi. kalau kerajaan tak membantu stabilkan pendapatan rakyat, sampai kiamat pun kita akan harapkan subsidi kerajaan.

Anonymous said...

kalau lah petronas bayar zakat...pelajar2 bagus muslim tak payah minta biasiswa jpa atau mara untok belajar, pakai duit zakat pon cukup, petronas bayar zakat ke?????

Anonymous said...

kalau lah petronas bayar zakat...pelajar2 bagus muslim tak payah minta biasiswa jpa atau mara untok belajar, pakai duit zakat pon cukup, petronas bayar zakat ke?????

elok lah suroh petronas bayar zakat untok menambah berkat yang berkekalan, insyaallah,

Anonymous said...

keuntungan besar PETRONAS namanya RIBA tu... HARAM... bagi konsesi yang berpatutan kepada TNB dan rakyat, okie ler tu...

Anonymous said...

RBF: SAYA GEMBIRA BILA PETRONAS UNTUNG BESAR RM63 BILLION..

OLEH ITU SAYA MINTA SUPAYA PETRONAS MENGAMBIL "CORPORATE RESPONSIBILITY" TIDAK MENAIKAN HARGA PETROL.... SUPAYA ORANG RAMAI AKAN MERASAI KEKAYANGAN BERSAMA PETRONAS... MANAKALA KERAJAAN TIDAK PERLU DI BEBANKAN DENGAN SUBSIDI.

2. PETRONAS MEMBERI KERAJAAN RM 1BILLION UNTUK MENDIRIKAN RUMAH MAMPU MILIK, DAN PEMBELI DIKEHENDAKI MEMBAYAR HARGA RUMAH TANPA KENAKAN BAYAR BUNGA DAN PETRONAS AKAN DAPAT BALIK WANGNYA TANPA TIDAK MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI RM1 BILION ITU.

3. RBF KATA RM 20 BILLION SETAHUN UNTUK OPERASI... ADA LAGI 2/3 (RM43 BILLION) YANG 3 BILION TU SEDEKAH AJE LAH

BARU LAGI KERAJAAN DAPAT MENGALAH PAS (PK) SEBAGAI KERAJAAN KEBAJIKAN YANG BARU

INI PUN PENDAPAT SAYA....

TAK SALAH PETRONAS BERKEBAJIKAN... NANTI RAMAI YANG ISI MINYAK KAT PETRONAS... DAPAT UNTUNG LAGI

Anonymous said...

"""" Anonymous said...
kita ni kalau boleh underwear pun nak suruh kerajaan tanggung...

June 10, 2011 12:31 AM ""

KAU NI MESTI PEGAWAI PETRONAS YANG BERHARAPKAN BONUS BERBULAN-BULAN DARI PETRONAS SEBAB UNTUNG BESAR.

BILA ORANG MINTA KURANGKAN HARGA MINYAK PETRONAS KAU MARAH SEBAB TAKUT TAK DAPAT BONUS TU.

BIARLAH PETRONAS MENJALANKAN "CORPORATE RESPONSIBILITY" KEPADA RAKYAT...

Rakyat insaf said...

Semua bising-bising ni ada bayar tax tak?

Anonymous said...

Sudah la..Petrol kiosk yang ada sekarang kebanyakan kroni orang dalam petronas..Kalau tak kenal orang dalam..jangan harap rakyat biasa nak dapat..kalau dapat pun yang di hujung kampung..yang tepi highway,semua kepunyaan orang2 yang ada nama.Rakyat biasa makan kuah jer..Sesiapa yang bercadang nak minta petrol station..letakkan lah niat tu ketepi..Ada duit x semestinya akan dapat peluang menjadi taukeh kedai minyak kalau x suap orang dalam..

Anonymous said...

Saya sungguh gembira Petronas ni pandai berniaga, perniagaan mereka yang melibatkan carigali di Malaysia cuma 30% sahaja, selebihnya adalah daya usaha Petronas mencari peluang perniagaan di luar negara dan engineer2 mudanya yang majoritinya melayu sangat berkebolehan dan berkelibar berkerja di peringkat antara bangsa, sebab itu Petronas sangat berjaya dan juga dihormati.

Saya cadangkan gunakanlah profit perniagaan itu untuk membayar cukai kepada kerajaan Malaysia dan mengembangkan lagi perniagaan di negera2 lain di dunia dan kekalkan kecemerlangan dan prestasi anda.

Anonymous said...

Assalmu'alaikum RBF;

Kenaikan harga minyak dunia hanyalah agenda kapitalis barat mengaut lebih banyak keuntungan. Kalau mengikut kajian barat, bekalan minyak mentah dunia dari telaga sedia ada telah memuncak pd tahun 1970an/80an tetapi mengikut sumber dari Arab Saudi yg dikeluarkan pd 1990an, stok minyak dlm bumi di semenanjung Arab boleh bertahan sekurang2nya 100 tahun lagi.

Trend kenaikan mendadak harga minyak global boleh dilihat sejak kejatuhan beberapa Negara Teluk dibawah pengaruh Pakcik Sam; ini termasuklah keluarga Al-Saud (Arab Saudi) & Al-Sabah (Kuwait).

Jika Petronas (ikan kecil dlm industri petroleum) boleh untung RM 63B, berapa pulak untung Shall, Std.Oil (Exzon)-Mobil, BP, Texaco/Caltex dll?

Royalti yg mrk bayar utk negara2 pengeluar di Teluk Parsi hanyalah ciput berbanding keuntungan yg mrk kaut dr kita di Mesia & seloroh dunia.

Anonymous said...

Korang ada beli minyak ke kat petronas, kalau tak de tu korang beli lah banyak-banyak supaya kerajaan tak perlu subsidi syarikat minyak luar negara.

Kalau pasal eletrik gas dah problem kat ganu sana, jadi TNB kena beli eletrik kat singapork, kira afdal lah tu.

patut TNB upgrade generator hydro tukar dynamo lagi bagus yang efisyen untuk menghasilkan eletrik.

Anonymous said...

Nantu nuar al-juburi cakap kerajaan bagi subsidi kat tnb tapi tak bagi subsidi kat rakyat. Golongan kaya ditolong tapi golongan marhaen ditindas. Nanti dia pusing kata Petronas yang kaya bagi duit kat TNB yang kaya jugak..

Sama macam kes IPP jugak. menyalak dia sana sini, tapi semua benda tu start masa zaman dia TPM n menteri kewangan....



-gapodio-

Rakyat insaf said...

Sumber tenaga sekarang tidak boleh bergantung dengan sumber-sumber sebegini lagi. Kita perlu melangkah ke sumber 'renewable energy'. Hydro, angin, solar..

Jadi harganya tak akan berubah, cuma teknologi yang perlu diusahakan. Teknologi hijau ada masa depan yang cerah, kenapa tak menuju kesana?

Ini juga salah satu projek kerajaan untuk tingkatkan taraf hidup rakyat. Asyik ketuk dan salahkan semua orang, bila masa kita nak sama-sama berfikir berusaha untuk berjaya?

Anonymous said...

Naik kereta kuda le kalau takut harga minyak naik.

Anonymous said...

gua hepi gile bro kalu camtu..

Anonymous said...

kesimpulannya petronas SAUK TAK INGAT laaaa tu yang untug berbilllion-billion ....heheh

Anonymous said...

AKU SETUJU DGN CAKAP RBF TU..
JIKA PETRONAS BUAT SUMBANGAN 1.5BIL TU, BOLEH REBAT UTK CUKAI APE..
SAMA JE KAN?

Anonymous said...

Nak byk duit, lain kali pergi sekolah, belajar rajin2 and minta keje dlm industri minyak.

Ini tak, dulu malas belajar kat sekolah, kemudian salahkan satu dunia kenapa orang lain dpt duit byk, kenapa duit aku sikit, lepas tu nak minta subsidi sana2 sini.

Sedarlah sikit. Jangan nak salahkan kejayaan orang lain diatas kemalasan diri sendiri.