Monday, June 13, 2011

Anwar Dalang Sebenar Di Sebalik Perjanjian IPP

Semenjak dua tiga menjak ini ramai juak-juak pembangkang yang galak nak bercakap pasal perjanjian syarikat pengeluar tenaga bebas(IPP) dengan TNB. Daripada kepalanya iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah kepada si bebal dari Pokok Sena.

Tujuan mereka nak tunjuk kepada rakyat kononnya kerajaan bersekongkol dengan IPP dalam perjanjian berat sebelah tersebut.

Ramai orang yang tidak mengetahui siapa dalang sebenar di sebalik perjanjian itu yang kini berlagak bagai hero kononnya hendak menyelamatkan harta negara, kemudian salah itu diletak atas bahu Tun Dr M.

Untuk hendak mengelak daripada menyalahkan Tun Dr M memang sukar kerana apa sahaja yang berlaku pada waktu itu tidak boleh lari tanggungjawab Tun Dr M kerana beliau adalah PM pada ketika itu. Tetapi kita tidak tahu bagaimana Tun Dr M juga ditipu oleh manusia durjana yang kini berlagak hero.

IPP mula ditubuhkan selepas negara mengalami gangguan bekalan eletrik terburuk pada tahun 1992. Menteri kewangan pada masa itu adalah Anwar Ibrahim. Sebagai anak emas Tun Dr M pada ketika itu dia telah diberi kepercayaan untuk membincangkan perkara itu dengan EPU dan TNB.

Kalau tak percaya cuba minta EPU bongkar balik minit-minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim berhubung dengan pemberian kontrak IPP. Salah sebuah pembekal IPP adalah syarikat kroni Anwar iaitu Malakoff. Sekarang Malakoff milik Syed Moktar, ianya dibeli pada 2006.

Dalam minit mesyuarat itu ada dicatitkan bagaimana Anwar memarahi pegawai EPU dan pihak TNB apabila mereka membantah perjanjian yang berat sebelah itu. Antara ayat yang digunakan ''you diam , ini urusan kerajaan" begitulah lebih kurang bunyinya.

Tun tidak diberi penjelasan yang benar oleh pihak EPU pada masa itu kerana semuanya dikawal oleh Anwar Ibrahim. Itulah antara kelemahan Tun pada masa itu kerana terlalu percayakan Anwar.

Saya tidak pasti samada minit mesyuarat berkenaan diletak di bawah OSA atau tidak. Jika tidak diletak di bawah OSA kita berharap agar kerajaan dapat menunjukan kepada rakyat.

Dalam hal tersebut saya yakin Pengerusi Eksekutif TNB pada ketika itu, Tan Sri Aini Arope, juga telah dimainkan oleh Anwar sehingga dia meletak jawatan. Bagi orang yang kenal rapat dengan Anwar mereka tahu bagaimana permainan politik Anwar melaga-lagakan orang. Tidak mustahil pada masa itu dia yang suruh Aini Arope letak jawatan kemudian dia guna nama Tun Dr M.

Antara orang yang terlibat dalam merangka perjanjian yang berat sebelah pada waktu itu adalah Zaid Ibrahim.

Sepertimana yang saya katakan di atas , untuk mengelak daripada menyalahkan Tun memang tak boleh kerana beliau sebagai ketua pada waktu itu harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Tapi dalam masa yang sama Tun juga telah dipermainkan oleh orang kepercayaannya. Sekarang dia boleh cakap saya tak tahu, saya ikut arahan Dr M kerana itu semua bukannya ada bukti.

Sekarang dia suci dan bersih daripada segala dosa dan dosa itu diletak atas bahu Tun. Sebab itu sampai ke hari ini pun YTL masih menyayangi Anwar kerana telah banyak menolongnya dalam perjanjian tersebut. Hasil daripada komisen itu semualah termasuk dalam duit RM 13 bilion yang dia bawa lari ke luar negara menggunakan jet-jet peribadi termasuk jet milik magnum.

Sebab itu orang-orangnya jadi gila dan mereng apabila Tun Dr M membuat keputusan tidak membenarkan mata wang Malaysia diurusniaga di luar negara serta menamatkan penggunaan not RM 500 dan RM 1000 kecuali ditukar di Bank Negara.

Hari ini semua juak-juak mereka nak bercakap pasal IPP. Kalau kerajaan keluarkan minit mesyuarat itu semua pasti terkangkang.

Selain dari isu IPP , Aini Arope juga pernah bermasalah dengan Anwar berhubung Empangan Pergau di Kelantan. Cerita ini saya ingat-ingat lupa kerana ianya berlaku jika tidak silap saya selepas beberapa tahun Pas memerintah Kelantan. Jika tidak silap saya antara tahun 92-94.

TNB perlu membayar pampasan tanah kepada Kerajaan Kelantan apabila tanah telah digunakan untuk membina Empangan Pergau.

Seingat saya kerajaan pada masa itu meminta Aini Arope yang membincangkan perkara itu dengan Kerajaan Kelantan. Jika tidak silap saya rundingan terpaksa diadakan beberapa kali sebelum persetujuan berkenaan jumlah pampasan dipersetujui.

Apabila semuanya telah dipersetujui Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar pada masa itu enggan membuat pembayaran kepada Kerajaan Kelantan dan Aini Arope dipersalahkan. Anwar marah kerana jumlah yang besar perlu dibayar kepada Kerajaan Kelantan.

Akibat dari keengangan Anwar melakukan pembayaran tersebut maka Kerajaan Kelantan telah mengarahkan pejabat tanah menyekat laluan masuk ke projek berkenaan. Sampai situ sahaja saya ingat. Jika ada siapa lagi yang ingat atau tahu sila kongsikan di ruangan komen.

*Jika ada yang saya tersilap berhubung dengan projek Empangan Pergau mohon betulkan saya. Maklumlah perkara sudah lama , saya pun ingat-ingat lupa. Tetapi yang saya pasti Anwar tak mahu bayar dan Kerajaan Kelantan sekat laluan masuk ke tapak projek.

18 comments:

Anonymous said...

Diharapkan maklumat-maklumat ini disebarkan seluas-luasnya supaya semua maklum akan kebinatangan makhluk dua alam ini.

Anonymous said...

salam saudara RBF,memang mangkuk ayun sorang tu suka sangat 'spin' cerita untuk menyelamatkan dirinya.
Dari dulu lagi beliau berperangai 'lempar batu sembunyi tangan'.Sebab itulah dalam kes video seks yang tersebar tidak lama dulu beliau pandai 'spin' cerita dengan menyalah kan pihak lain terutamanya UMNO.
Bayangkanlah sekiranya beliau diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara(nauzubillah!),banyak perkara yang rakyat akan ditipu bulat bulat kerana kepakarannya men'spin' kan cerita!

Anonymous said...

citer ni rasanya kebanyakan orang UMNO tahu tapi tak nak citer ... elok juga bro lu citer kat sini sekurang-kurangnya pak cik, pak lebai yang dok lepak kat kampung tu tau sapa yang haramjadah sebenarnya ... minggu lepas aku ada citer kat member aku salah sorang penyokong tegar hamPAS pasai IPP ni bila aku sebut Anwar adalah orang yang terlibat dalam perjanjian tu terkejut kangkung dia ... bosan tengah tak sauk .... nak mogok heheh

Anonymous said...

IPP ni cite lama.....yg herannya UMNO tak buka mulut pun....kenapa ye...jeng....jeng....jeng..

Anonymous said...

anom 11:32,
Itu buktinya UMNO bertanggungjawab...buat apa citer kesalahan lalu yg dibuat orang lain. Yang penting UMNO mahu buat yang lebih pada masa akan datang...mcm PAS jugak...buat apa dia nak cerita pasal KOHILAL dan tabung MEMALI...cuma kalu nak tahu kena cari sendiri...bukan "spoonfeeding"...

azman said...

Assalamualaikum rbf

Waw..banyak betul info rbf ni..padan la Husam marah tol ngan bro.

Patut ke kene tabik spring?..
Yessssza bongkar kemungkaran habis habisan walau ianye pahit untuk ditelan.Tapi jangan berpehak bro..kene tulus dan ikhlas.Demi untuk rakyat kebanykan yang tak tahu ape ape ni.

Perjuangan perlu diteruskan.

Wake UP! said...

IPP ni mungkin front bagi CIA.

hanizam said...

pendapat aku, nilah masanya kerajaan keluarkan fakta sebenar minit meeting tu untuk tatapan umum...

dah banyak sangat cerita itu & ini yang menampakkan IPP tu silap besar pada kerajaan, walhal yang jadi pengerusi meeting adalah NUAR...

kalau ada kabel-kabel bvesar kerajaan baca tentang ni, mintak PM keluarkan ape yang ada masa meeting tu...

mesti NUAR & THE GENG meroyan...pasti penyokongnya juga akan rasa kena kencing...

yelah, memang tu cerita lam, tapi bila masa sekarang dijaja bagi salahkan kerajaan, aku rasa tu patut kena lawan balik...

Anonymous said...

Salam;
isshh kalau ade minit mesyuarat ..dah lame gerombolan bongkar ....nie siap classified under OSA lg lps anwar kena sacked. Lps tu ade company bid tender IPP masa tu pown dgn price kilowat murah pon xdpt... yg dpt YTL price mahal ..cerciter ????

ROSAFID said...

Saya Kata! Sekiranya benar, ANGKARA anuar LAGI!!!!.Berapa banyak angkara yang dia lakukan semasa dia "memerintah" dahulu? Cuba cerita semua.Yang ada maklumat cuba kongsi2kan bersama. Tapi ingat yang betul2 benar dan ada bukti saja. Jangan buat fitnah, nanti tak masuk syurga. Yang aneh tu sekarang ini si bacul haramjadah sepanjang zaman tu menyalak sana sini kata semua nya kospirasi nak jatuhkan anuar ibrahim. Sedarlah nuar dan penjilat2 yang sewaktu dengan dia bahawasa nya semua ini bukan konspirasi tetapi petunjuk dari ALLAH swt mendedahkan kebenaran yang pasti akan menjadi nyata. Samaada di dunia atau akhirat.Insaflah kita semua atas apa yang sedang di hidangkan di depan mata kita olih yang MAHA ESA. Wallahu'alam. Wassalam.

mosry said...

Salam semua umno karat biru. Apa yang saya nampak, kalau dah karat biru, apa saja yang dibuat oleh kerajaan adalah betul. Dalam kes anwar mengenai IPP, anwarlaH yang mula buka mulut bahawa pembekal tenaga untuk TNB mendapat rebet dari kerajaan. Alih-alih si pembodek, rbh kata anwar punya pasai. Woi bodoh , masa tu anwar umno.Apa saja keputusan bukan saja anwar yang buat, mesti ada rundingan antara puak-puak umno. ADA SATU FAKTA SAYA NAK BAGI TAHU RBF INI KALAU DIA TAK TAU.. RAMAI PEMIMPIM UMNO KAYA SAMADA YB, ATAU KETUA BAHAGIAN. MESTI DUIT DATANG DARI BENDA YANMG TIDAK BETUL. ADA KAWAN PERNAH DIPINJAM SEBAGAI SETIAUSAHA MENTERI DARI JABATAN KERAJAAN, ALIH-ALIH TAK BERAPA TAHUN, DIA JADI KAYA- MANA MAI DUIT.. MACAM HASBI .. WOI 2 JUTA CACH.CUBA HANG SIASAT UMNO BUAT KERJA BETUL DAK..AKU DARI KECIK DAH TENGOK PERANGAI UMNO BUSUK...PAS DAN KEADILAN MEMANG ADA BURUK TAPI MINTA MAAF UMNO SANGAT BUSUK SAMPAI KE USUS.INI ADALAH FAKTA

mosry said...

Salam rbf, saya kira rbf ni orang muslim kot, tengok stail penulisan nampak macam muaalaf je. Boleh kutuk orang tak tengok kiri dan kanan. Dulu saya respek juga sama lu, tapi tengok gaya lebih kurang dengan papagomo, GAP dan bloger yang kaki umpu. Bloger ni saya tengok, mencarut, memaki hobi depa. Saya rasa kalau rbf, papagomo kaki sembahyang, taat pada perintah Allah, gaya penulisan taklah teruk sangat. Kalau tawaduk dengan Allah para penulis akan menulis lebih kepada jalan Allah. Kata zulkifli nordin semasa dalam pakatan pilih najib atau nik aziz sebagai imam untuk sembahyang mayat kalian( rbf,pappagomo) bila mati kelak.Tentu rbf pilih najib untuk sembahyang mayat anak beranak dia kerana baginya nik aziz adalah najis. Aku kalau orang beragama ni alim tak gamak tak kata tak beradap. tegurlah dengan sopan

Anonymous said...

KEsilapan TUN

mudah percaya kat ayam tambatan:
AI bekas pemimpin UMNO

sekarang AI pula spin TUN balik atas kesilapan beliau...yela MANUSIA...

patutla..ramai pemimpin UMNO diam2. semuanya rapat atau takut dgn AI.

Anonymous said...

Semasa menjadi orang no2. dia menggunakan nama Tun semaximum mungkin. Banyak orang tidak berani untuk terus berjumpa dengan no1, jadi mereka melalui no2.
Apa yang dia tak suka dia terus kata no1 tak benarkan. Pada hal no1 tak tahupun.
Perkara ini pernah ditulis oleh Dr. Kassim Ahmad.

Anonymous said...

Tindak-tanduk Anwar Ibrahim sudah sampai ke puncak langit-bebas ke sana kemari laksana seekor burung gagak dengan program dan strategi licinnya walhal sedang dalam perbicaraan mahkamah.Usah difikir kes tundanya berpuluh-puluh kali!

Entahlah ,mana peranan dan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri dalam kes serius seperti ini yang boleh menggugat UMNO/BN dalam PRU 13 nanti!Sudu dan gerpu berada di tangannya, tetapi kenapa tidak berkemampuan hendak menggunakanya?

Mari kita berdoa semoga PM mempunyai kekuatannya sendiri menghadapi masalah-masalah yang dibawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya..

Anonymous said...

kerajaan dan parti sgt berkait rapat utk menjadi kuat...tetapi kerajaan yg mengamal pentakbiran yg telus dan bertanggjwb menjdikan rakyat lebih makmur dan mendapat sokongan yg berterusan drpd rakyat sampai bila2

Anonymous said...

game org2 kaya jer nie...org miskin tak campur

Anonymous said...

lets open up those IPP agreement to see what happened.