Tuesday, June 21, 2011

Bahagian 1: Penyelewengan Tabung Memali

Sebelum Tabung Memali dihentikan beberapa tahun lepas, setiap kali menjelang hari raya surat khabar Harakah akan menyiarkan iklan 'GAMITAN MEMALI KEMBALI LAGI'.

Mereka akan guna ayat yang tangkap leleh dan syahdu untuk memujuk orang ramai menderma. Mereka sebut derma itu untuk balu-balu dan anak-anak yatim sebagai bantuan khas hari raya .

Adat orang Malaysia, pantang dengar ayat anak yatim, hati mereka akan terus meruntum. Ada sesetengahnya sanggup beri semua apa yang ada dalam poket demi kerana anak yatim. RBF pun anak yatim juga, adakah sesiapa yang nak menderma kepada saya ? Maklumlah raya dah dekat ni.... ha...ha...ha....ha....

Apabila melihat kepada iklan yang disiarkan harakah, maka berduyun-duyunlah ahli PAS dari seluruh negara atau mereka-mereka yang bukan ahli PAS mengirimkan sumbangan. Penganjur derma adalah Perhubungan Pas Kedah.

Kebanyakan sumbangan pada masa itu menggunakan money order yang bernilai RM 10, 20, 50 dan 100. Ada sesetengah money order dibiarkan kosong pada ruangan nama penerima.

Hasilnya, berpuluh-puluh ribu derma atas nama anak yatim dan balu yang berjaya dikutip.

Tetapi tahukah anda berapakah yang sampai kepada anak-anak yatim, balu serta mangsa-mangsa Memali yang masih hidup hasil daripada puluhan ribu yang dikutip tersebut ?

Jangan terkejut ya !

Majoriti mangsa menerima antara RM 30.00 - RM 50.00 seorang. Manakala balu-balu pula menerima antara RM 400.00 - RM 600.00 seorang. Itu sahaja yang mereka terima.

Ke mana pergi wang selebihnya ?

Itulah yang dinamakan penyelewengan Tabung Memali.

Apa yang dinyatakan di atas bukannya direka cipta oleh saya atau fantasi serta khayalan RBF. Ianya dinyatakan secara jelas dalam buku diatas. Penulis buku tersebut telah dipecat keahlian PASnya pada tahun 2001 kerana mendedahkan penyelewengan Tabung Memali serta membuat laporan polis ke atas penyelewengan tersebut.

Ramai orang mungkin sukar mempercayai apa telah Pas lakukan kerana mereka beranggapan Pas adalah pejuang islam tulen. Sebab itu orang tua-tua selalu berpesan, jangan nilai isi buah berdasarkan kulitnya.

Esok saya dedahkan pula satu dokumen yang terkandung dalam buku tersebut. Saya yakin penyokong-penyokong PAS akan melompat apabila melihat apa yang saya akan siarkan nanti. Selama ini mereka sendiri pun tidak tahu perkara sedemikian boleh berlaku. Sebab itulah PAS haramkan penyokong-penyokongnya membaca buku tersebut.

Tunggu esok (rabu) jam 10 pagi.

13 comments:

Aspirasi said...

salam tuan, cadang untuk tukar nama bersih kepada BerSHIT atau BeerSHIT.. sesuai dengan agenda kotor merka.. tq

Kersani Merah said...

Saudara Faisal,

Parti PAS ini memang penuh dengan mereka yang tak de kerja lain selain menagih simpati dan derma, bila mentaliti minta derma ni dah sebati maka susahlah mereka nak membanting tulang dan bekerja untuk sesuap nasi.

Ini antara sifat PAS yang mencemarkan
nama baik Islam dan saya mengucapkan tahniah kepada Faisal kerana membuka pekung ini.

lagipun PAS kini dah termakan agenda globalis dan New World Order Anwar dimana kononnya mereka memperjuangkan hak asasi rakyat tapi sebenarnya mereka sedang meruntuhkan apa yang ada dan mewujudkan satu kerajaan yang akan menurut telunjuk barat 100%

bahaya Anwar ini tak dapat kita ambil ringan kerana ianya melibatkan masa depan seluruh negara

Harap tuan dapat lnk kepada blog saya Not In The News, posting terbaru saya mengenai rancangan jahat zionis dan globalis dalam meranapkan ekonomi dunia 
Harap tuan dapat lnk kepada blog saya Not In The News, posting terbaru saya mengenai rancangan jahat zionis dan globalis dalam meranapkan ekonomi dunia 

Adi Kencana said...

Teruskan membongkar penyelewengan PAS!!

Nurul Izzah suka makan benda haram? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Siapakah peguam yg membantu Cikgu ni sekarang ?

ajai62 said...

Assalam Bro

Apa tindakna polis seterusnya...hehehee

Anonymous said...

aku ada buku ni.alhamdulillah rbf dapat kupas dalam blog supaya lebih ramai orang yang buka mata.

betapa busuknya mereka lebih dari buku shit lepas tu topengkan jubah,serban dan ceramah

Anonymous said...

haishhhh.....x sabo lak tunggu sok....ptg ni x bleh ke rbf.....

thankss..tlg kupas....

Anonymous said...

depa mesti cakap yang RBF buat fitnah... jawapan standad tu..

nonbal said...

itulah sebabnya PAS x pernah menang dibumi memali sejak dulu. (adun Bayu).
nak tau, orang kwsan bayu pun x tau cerita ni dgn meluas sebab ditutup rapi oleh juak-2 PAS.
Itupun dok kalah memanjang, kalau mereka tau, mau hilang wang pertaruhan calon PAS dibuatnya.

Anonymous said...

minta kalau boleh saudara rbf scan buku ni dan buat dlm bentuk pdf file..harap lebih ramai boleh baca dan nilai sendiri apa yang terkandung dalam buku ni..terima kasih..

anti bohmau said...

rbf,

besarlah harapan kita kiranya ostad mat sabun boleh perincikan perolehan pendapatan derma sedekah utk tabung memali ni- tarikh2 & perderma2 & membentangkan penyata kira-kira pembahagian bulanan/tahunan kpd ibu2 tunggal/balu, anak2 yatim & ibubapa mrk yg mati, perbelanjaan mentadbir tabung (petrol pergi & balik pejabat2 pos & bank2) serta pembiayaan pendidikan anak2 yatim tersebut setiap tahun persekolahan, penggal & semester hinggalah mrk lepas pengajian... kalau pendapatan juta2 rm, tentu dah ramai pelajar anak yatim dari memali yg boleh dihantar ke luar negara, kan?

apapun ostad, sebagaimana yg kita semua sedia maklum, setiap perbuatan kita manusia ni, kecik ka besar ka, dlm terang ka, dlm gelap ka, depan orang ka, belakang orang ka, malaikat kiri kanan tetap mencatat...

Anonymous said...

TAHNIAH RBF KERANA MENYIARKAN PERKARA BENAR YANG DILAKUKAN OLEH PARTI TERISLAM DI ALAM INI...TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MENELANJANGKAN JUBAH-JUBAH NABI-NABI PAS BAGI MENYELONGKAR DAN MENDEDAHKAN PANAU-PANAU, KURAP-KURAP SERTA KUDIS BUTA DI BADAN MEREKA.....DEDAH DAN TELANJANGKAN MEREKA AGAR RAKYAT DAPAT MENONTON DAN TAHU APA YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK JUBAH DAN SERBAN AJAIB MAHAGARU -MAHAGARU PAS.....TERISTIMEWA SEKALI ABANG MAT SABUN....TELANJANGKAN BELIAU....JANGAN TINGGAL SEURAT BENANG PAKAIAN YANG MENUTUPI KEJAHATAN MEREKA......DEDAHKAN..DEDAHKAN..DEDAHKAN..KERANA INI JUGA ADALAH JIHAD.....HIDUP RBF...HIDUP RBF...HIDUP RBF...jasa mu akan ku kenang sepanjang hayat.....

Anonymous said...

sps lah nak jadi dalam dunia hari dan abad ini..

Islam bukan dijual olih musuh2nya..tetapi dijaja dan dijual olih umatnya sendiri

bukan dijual olih orang yang jahil bab2 hukum hakam..tetapi dijual olih kalangan pemimpin2nya yang 24 jam mempamirkan karektor zuhud dan berlagak anti kuduniaan.

Ini mungkin menifestasi dari tiada keikhlasn dalam perjuangan atau mengabaikan mencegah kemungkaran dalam organasasi atau wadah Pas itu sendiri.

Pas sesungguhnya memalukan umat ini kepada penganut ugama lain dan rasanya perkara buruk sebegini tidak berlaku dalam organasasi Buddha atau kristian.

Bagaimana Pas yang sering melebelkan ulamak kerajaan sebagai ulamak bisu akhir zaman rupanya menyimpan pekong yang hanyir disebalik jubah dan serban mereka.

Bolihkah umat ini,khususnya ahli bawahan Pas mengharapkan panduan dari barisan kepimpinan yang tahap bisu dan korup mereka mengalahkan pendita2 yahudi dan kristian.

Sesungguhnya ini adalah merupakan satu tragedi dari banyak2 tragedi yang lain yang akan melumpuhkan PAS.

Moga2 kepimpinan yang ada sekarang dihumbankan kesemuanya kerana mereka adalah daging yang telah rosak.Mereka adalah ibarat tumor dalam badan yang sedang menjahanamkan Pas dari dalam.

Pas telah dirosakkan olih Anwar Ibrahim sepertimana yang diramalkan olih kebanyakkan ulamak2 PAS era Almarhum Yusoff Rawa dan sebahagian ulamak2 yang berada dalam era Almarhum Fadhil Nor.

Ustaz Hadi Awang terlebih memahami namun apa kan daya tekanan yang mara cukup hebat dan beliau bakal tersungkur sekiranya menghadang arus yang datang.

Namum saya merasakan ini adalah bala Allah terhadap keceluparan beliau 20 tahun yang lampau dengan mengkafirkan sesama umat.

Dan hari ini beliau masih melalui saat2 tragis yang mencalar imejnya sebagai seorang ulamak.

Saya tidak lagi menyanjungnya seperti 20 tahun yang lampau semoga ini adalah saat kemuncak atau klimaks kebatilan sebelum datangnya sang penyelamat yang akan meletakkan kembali wadah perjuangan PAS dilandasan yang asal.