Wednesday, June 22, 2011

Bahagian 2: Kemana Hilangnya Wang Untuk Anak Yatim Belajar ?

Sepertimana yang dijanjikan semalam , maka sekarang tepat jam 10 pagi saya menunaikan apa yang telah dijanjikan.

Tabung Memali mula diwujudkan selepas tercetusnya peristiwa Memali pada 1986 sehinggalah ianya dihentikan pada tahun 2001.

Pihak yang terlibat dalam kerja-kerja mengutip wang tersebut atas nama balu-balu dan anak-anak yatim Memali seperti berikut,

1) Madrasah Islahiah Diniah, Kg Memali

2) Perhubungan Pas Kedah

3) Pejabat Pas Pusat

4) Harakah

5) Tempat-tempat ceramah.

Dalam bab kutip-mengutip derma dalam dunia ini tiada siapa yang boleh menandingi kehebatan Pas. Bab itu kita terpaksa akui Pas hebat. Mereka akan guna apa sahaja ayat Quran, hadis , sunah, dan ayat-ayat yang boleh mencairkan jiwa manusia bagi membolehkan wang dari poket anda masuk ke tabung mereka. Apatah lagi kalau derma atas nama balu serta anak yatim, lagilah laju wang kita masuk tabung.

Mereka kata matlamat penubuhan Tabung Memali adalah untuk membantu balu membesarkan anak-anak serta untuk pendidikan atau pembelajaran anak-anak yatim.

Sepertimana yang saya katakan semalam, orang Malaysia pantang disebut anak yatim, apa yang ada dalam poket pun mereka akan bagi semua. Sebab itulah ustaz-ustaz sekolah agama suka ambil anak yatim kemudian letak di stesen-stesen petrol untuk kutip derma. Mereka tahu anak yatim boleh dieksploitasi untuk keuntungan mereka. Begitulah juga dengan Pas.

Daripada tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, mengikut penulis buku berkenaan tidak pernah ada penyata yang dikeluarkan secara jelas berapa yang mereka kutip dan berapa yang telah dikeluarkan. Hanya satu penyata segera yang dibuat oleh seorang pimpinan Pas Kedah pada tahun 2001 dalam keadaan kelam kabut setelah salah seorang ahli Pas seumur hidup membuat laporan polis. Apa yang terkandung di dalam itu kebanyakannya tipu.

Cuba anda semua bayangkan berapa yang mereka berjaya kutip setiap tahun atas nama balu dan anak yatim ?

Tetapi tahukah oleh kita semua yang selama ini wang yang dikutip tidak sampai kepada mereka yang berhak seadanya ?

Bukan niat saya untuk jadi hero kepada mangsa-mangsa Memali. Soal perbezaan politik perkara kedua. Dalam soal ibu tunggal dan anak yatim ianya tidak ada sempadan politik. Apatah lagi orang menipu mereka adalah orang yang sering mengatakan parti mereka suci dan bersih , manakala parti lawannya pembohong dan rasuah.

Sekarang saya hendak sampaikan apa yang saya janjikan semalam.

Sewaktu Ibrahim Libya meninggal dunia pada tahun 1985 kerana memperjuangkan negara islam yang diperjuangkan Pas, arwah ada meninggalkan seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Mohd Islah.

Berapa usianya ketika itu dan berapa anak yang ditinggalkan saya tidak pasti.

Kalau melihat kepada derma yang dipungut oleh Pas sepatutnya Mohd Islah tidak menghadapi masalah dalam soal kos untuk belajar.

Tapi malangnya wang yang dikutip atas nama anak-anak yatim untuk Mohd Islah dan anak-anak yatim lain yang senasib dengannya tidak sampai kepada mereka dengan sepatutnya untuk mereka belajar.

Mengikut Mohd Islah sepertimana yang ditulis dalam buku diatas oleh ahli Pas seumur hidup,sepanjang tiga tahun dia belajar di Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran ke Yaman dia tidak pernah mendapat apa-apa bantuan dari Tabung Memali.

Selepas tamat pengajian di Kelantan, Mohd Islah meneruskan pengajian di Yaman. Sewaktu dia berada di Yaman, Mohd Islah perlukan wang untuk membeli kitab dan yuran peperiksaan. Dia meminta wang dari ibunya iaitu balu Ibrahim Libya. Tetapi ibunya juga tidak berduit pada waktu itu dan membuat keputusan untuk menjual tanahnya. Bagaimanapun keputusan itu tidak di persetujui oleh Mohd Islah.

Dibawah ini adalah bukti e mel yang dihantar oleh Mohd Islah kepada ibunya dan juga penulis buku berkenaan yang menyatakan dia menghadapi masalah kewangan yang serius. CN bermaksud Cikgu Non.

Sila klik dua kali pada imej untuk membacanya dengan jelas

Persoalannya kini,

Pernahkah ahli Pas tahu tentang perkara ini ?

Pernahkah penderma-penderma tahu yang wang mereka tidak sampai ke sasaran ?

Kemana hilangnya wang yang mencecah jutaan ringgit yang dikutip oleh Pas untuk anak-anak yatim , sehinggakan ibu tunggal terpaksa menjual tanah untuk menanggung pembelajaran anaknya ?

Mungkin ramai yang sukar untuk mempercayai Pas menggelapkan duit anak-anak yatim. Orang Malaysia biasalah, apabila ada nama islam, ada janggut sikit, pakai jubah atau serban atau ketayap , kemudian ada hitam sikit di dahi maka mulalah percaya habis-habisan yang orang itu orang baik. Apa sahaja yang orang cakap pasal orang itu, mereka akan tentang habis-habisan dan berkata dia orang baik kenapa nak fitnah dia?

Sampai bilakah kita semua harus ditipu oleh jubah, serban, kopiah, janggut dan tasbih Pas ? Oittttt.....oitttt, salah tak saya cakap begini ? Nantikan ada pula yang melompat mengatakan saya hina islam sepertimana kes kartun minggu lepas.

Belasan tahun balu dan anak-anak yatim Memali ditipu oleh Pas. Sekarang mereka lebih mengenali Pas berbanding kita semua. Mereka lebih tahu siapa Pas yang sebenarnya.

Allah maha kaya dan maha adil. Allah beri peluang kepada balu-balu serta mangsa Memali dimana tempat itu sering digambarkan sebagai lubuk Pas untuk mengenali Pas yang sebenarnya.

Apa yang diceritakan diatas tentang nasib yang menimpa anak Ibrahim Libya baru satu bab sahaja. Banyak lagi bab yang melibatkan anak-anak yatim lain. Ada yang jual tanah, jual dan gadai barang kemas. Ada juga yang pergi belajar ke luar negara kemudian pulang semula kerana tidak cukup wang dan sebagainya. Malah ada yang belajar di Trengganu pun tak dapat bayar yuran.

Kerana apa itu semua boleh berlaku ?

Kerana Pas tidak amanah....

Insyaallah saya akan kongsi dengan anda semua secara berperingkat-peringkat.

57 comments:

Anonymous said...

taksub sangat, tak tau nak kesian ke tak

Anonymous said...

Baru dapat duit derma, belum dapat kuasa perintah negara lagi. Dapat kelantan pun bukan maju mana pun. Apa yang Islam kat kelantan? Label je lebih!

Anonymous said...

mulai hari ni tahap kepercayaan saya terhadap pas zero. Kalau setakat org cakap mulut mungkin saya blh tepis lg.tapi bila lihat emel anak ibrahimj libya,saya rasa cukup setakat ini dulu.
Saya masih ingat lg satu masa dulu pas sering kutip derma utk anak2 memali belajar.beratus ribu yg berjaya dikutip.tapi kenapa jadi begitu ?

Anonymous said...

Tq RBF..tak sabar nak tunggu pendedahan seterusnya...tuh la org yang selalu tuduh org rasuah ..tuduh org menyeleweng....sbb apa?sbb depa pun mcm tuhh...sbb tuh pandai kata kat org..bila pandai umpat/fitnah kat org..sekang kena la batang hidung sndiri...

Anonymous said...

yang berkenaan, siasat la, tnggu apa lagi!

Anonymous said...

saya diberitahu oleh seorang orang kampung saya (berhampiran kampung Memali).
seketika dia melawat balu-2 dan anak yatim selepas shj peristiwa berlaku. Derma dari pelawat seluruh malaysia yang dtg.
Tin minyak tanah yang diletak bersebelahan buaian anak yatim akan penuh dgn wang 10, 50 dan 100 dlm masa yang singkat shj. Itu baru untuk satu buaian, kalau ada 5, 6 buaian, bayangkanlah.kalau satu hari , satu minggu, satu bulan, tuan-2 boleh bayangkan berapa banyak yang telah mereka kutip.

Anonymous said...

salam kepada pemilik blog
sebagai orang yang pernah menyumbang kepada tabung tersebut saya merasa ralat melihat apa yang terjadi.dimanakah saya boleh dapat buku berkenaan untuk tatapan saya ?

Daripada:haji ramli
alor setar kedah

Anonymous said...

Salam bro, mana nak dapat buku air mata di bumi memali? kalau boleh bro 'ebook' kan buku tu supaya umat islam seluruh nega sedar betapa pas hanya 'pendusta agama'... abddman@yahoo.com

Anonymous said...

Sebab tu kalau nak menderma kalau boleh beri terus insan yang memerlukan jsngan melalui Pak Janggut... Pak Janggut ni macam kambing terlepas habis semua diragutnya tak kira rumput ke atau pokok bunga kat rumah orang..

Anonymous said...

perghhhh...15 tahun kumpul....memang ler banyak....7 keturunan tak abih....pasnih kurang ler den nak derma2 nih...nak derma hah pergi ler kat umah anak2 yatim yang betul tu....lagi puas ati....

Anonymous said...

Assalamualaikum

Dimana saya boleh dapatkan buku tersebut?

Ataupun, saudara beli beberapa buah,kemudian jualkan secara online.

Harga buku + Kos Pos + Duit minyak = kos keseluruhan.

Roslan Zakaria,
Pasir Mas,Kelantan.

Anonymous said...

Semoga kebenaran akan muncul melalui pendedahan ini... teruskan RBF!

Anonymous said...

Masyaallah. Pas oh Pas.

Duit anak yatim pun nak rembat juga

Anonymous said...

Bro..aku harap ko boleh cari dan jual online buku ni.

satu - Buku ini - Mat Sabu air mata di bumi memali.

no 2; aku cari buku tulisan kickdefilla - Bazar tok guru, dari ruang niaga ke lubang kubur.

Sports said...

bro RBF, terima kasih atas pendedahan ni, moga Allah berikan kekuatan atas keikhlasan bro berjuang.

lepas baca email tu sedih hati sangat, seorang yatim yg perlukan wang utk belajar, besar sungguh dugaan Islah...

PAS is Dead for me... PAS, you did not follow what you preach!!! Syurga? bagitau saya mcm mana golongan PAS nak sucikan diri selepas makan harta anak yatim?... dgn berpuasa? solat 5 waktu? ceramah? cukup kah itu PAS?...

Anonymous said...

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu akan harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) kepada harta kamu, kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

(Surah An-Nisa’: 2)

Anonymous said...

inilah sebabnya kenapa kepala otak pemimpin-pemimpin PAS semakin terpesong dari ajaran isle yg sebenar..makan duit anak yatim besar dosanya dan dilaknat oleh Allah hingga ke akhirat..

Anonymous said...

bro rbf...nanti jgn lupa letak salinan resit penderma tabung mangsa memali. terkejut wooo tgk resit.

Anonymous said...

pas bukan tak tau hukum makan harta anak yatim. tapi itulah pas.

Anonymous said...

semua orang Islam tau betapa hinanya amalan memakan harta anak yatim..tunggulah pembalasan yang akan Allah berikan jika memang betul PAS ada terlibat songlap duit Memali..

Anonymous said...

pada aku kalau setakat janggut, kopiah muka macam baik, tarbiah orang itu tak bagus, ini tak bagus, tapi yang pasti dia pun nak lindung kejahatan dia gak seperti isap ganja.

Anonymous said...

terima kasih RBF kerana mendedahkan intipati buku ini. slalu dgr psl buku ni, tp xkesampaian nak baca dan paham isi maklumat.. terima kasih untuk penerangan jelas dan BERFAKTA...

Anonymous said...

Bro..aku harap ko boleh cari dan jual online buku ni.

satu - Buku ini - Mat Sabu air mata di bumi memali.

no 2; aku cari buku tulisan kickdefilla - Bazar tok guru, dari ruang niaga ke lubang kubur.

June 22, 2011 11:25 AM


Salam tuan RBF.. spt anon diatas, sy juga mohon agar dpt link ke mane2 web yg siarkan buku ini sekiranya ada.. terima kasih.. (xperlu publish komen ambo hok ni)
- amir kota bharu

Anonymous said...

Beginilah nasib rakyat kita ..yg UMNO bantai PAS kerana kutip derma tapi lesap...bagi yg PAS pulak bantai UMNO tentang kutip wang tapi tak agihkan dalam kes tsunami dulu sampai sekarang sudah hilang cerita.Bagi yg menderma beringatlah,lain kali beri direct kpd mangsa dan tak perlu orang tengah.Kalau tak percaya kpd pengutip derma tak payah bagi.Apabila kita ikhlas kita tak perlu ungkit kemana wang tersebut di habiskan kerana Allah sudah tahu sebab musabab kita menderma dan yg dapat dosa ialah mereka yg menyeleweng tu.Jadi tak payahlah sesiapa menjadi batu api dalam kes derma menderma nih.

Anonymous said...

Maaf cakap...Kebanyakan pejuang dan peminat aktivis ni jahil dan kurang pengisian ilmu...apa tah lagi jahil dalam berhelah dgn ayat ayat Allah.
Tak salah dan lumrahnya jadi menjadi lauk dan ulam kepada Serbanis & Janggutut yg bergeliga dan sentiasa spin..
Perlu ingat...niat..hasrat..ilmu..amal..boleh nampak melalui Adab itu sendiri..
Sungguh senang & mudah untuk orang yg beradab mengenalnya..Tuan tuan tau atau ada adab tak ?
Kalau was was...cerminlah diri..tanyalah Ibu bapa sendiri dan belajarlah dari mereka..Kerana mereka adalah sebaik baik guru dalam hal ini.
Sebab itu orang gila tidak ditakdir kan kahwin dan beranak sebab amanah & ilmu mendidik adab tak lekat..dia dah dibebaskan dlm ikatan adab.
Tok guru ke ..Uztaz ke .. bolih ajar cabang ilmu..dan adablah yg dapatlah dapat mempastikan ilmu tu lurus atau serong atau membawa kite ke suatu muslihat halus...maka terselamatlah kita dari disesatkan...
Berbalik kepada Hilang Duit kutipan ni...serak kepada Allah dan seru semua penderma dulu hinga sekarang maupun akan datang senantiasa bersolat hajat agar meletakannya kepada tempatnya..Hasinya pasti. !
Sekali lagi saya menyeru Sekelian Ummah Islam bersolat hajat agar Apa apa kutipan derma disalurkan dan ditempatkan pada haknya. Suatu tindakan yg mudah & selamat dari berhujah dengan pakar berhelah ..nanti secara tak perasan kita pon terjangkit penyakit sifat berhelah dari nya..setan dia orang hebat hebat belaka & 24hrs service.
Ingatlah Adab itu menunjukan ilmu..amal...akidah..sesaorng diredhai atau tidak..tak kira kalau pandai 1000 bahasa pun beramal 1000 tahun pun..kalau fitnah gila gila..mulut cilako orang..mufti disanggah..ulama sabenar yg beradab dan berakhlak dihina & diperkecilkan...Sesama islam patut di sayangi dan dipertahankan tapi dikufur dan dipecahkan... ini Deklarmasi Setan pada Allah untuk mission dia.
Harapan saya kita semua balik realitynya...Adab..pakaian Kita-Quran itu Panduan Kita-Hadis itu rujukan kita...dan nabi kita lah yg diutamakan...bukan sesiapa.
Walaupun ribu tahun Wafat..tiada pengganti ...so taksub itu sesat.

Anonymous said...

Betul, apalah buat mcm tu kat anak-anak yatim, patutlah ALLAH SWT turun bala di Kelantan.

Kalau buat jahat mcm Anwar meliwat cina kaberet tak libat duit anak yatim tak pa jugak kira dosa dia diri sendiri tanggung, ni ya ALLAH duit anak yatim lagi berat nak menanggung...

Kalau ada buku tersebut elok kita beli dah faham isi kandungan, selebihnya kita bolehlah buat andaian sendiri.

Anonymous said...

Bro RBF... Saya cadangkan bro wat AMALAN DAN SEDEKAH JARIAH.. Sedekah nih sampai mati pun pahala berterusan..

Sedekahnya, Bro RBF scan buku Air Mata Memali yang ada kat bro skrang nih, pastu upload dan share ngan semua pembaca blog.. Pastu mesti bloger2 lain pun akan kongsi2 dan sebarkan..

JATUH Kerajaan PAS KEdah dan KElantan pasni!!!

Saya orang Kedah, dulu sekolah di Baling!

Anonymous said...

Fitnah Jahat dari orang jahat yang BERNIAT JAHAT!!! ... memang awak manusia JAHAT!!!.. Awak Harus Memohon Maaf pada pemegang Amanah Tabung Memali...!

Anonymous said...

bro,
tolong jangan scan dan upload buku ni.sekurangnya bagitau kat orang kat mana boleh beli.

sebab kalau scan dan upload,kesian yang penulis buku ni tak dapat satu apa pun.dia pun ada juga perlukan bantuan.dulu aku beli time pesta buku di bangi.terus aku sambar dan beli buku ni.lantak la orang sekeliling nak perati pelik ke apa.

apa yang fitnahnya anonimus konon suruh minta maaf kat pemegang amanah tabung memali?dalam buku tu siap tunjuk gambar,bukti semua lgi.tang mana fitnahnya?

ke dah terkedu sebab orang yg konon pemegang tabung amanah memali tu sekarang pegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri kedah?bila pekung dah terbuka dituduh fitnah ke?senangnya macam tu.....

PEMBACA BLOG said...

patutla pas haramkan buku tu dibaca oleh ahli2 pas.
nasihat aku, baca je buku tu. pastu nilaikan sendiri.
jika betul2 fitnah, saman la.
jika benar spt yg ditulis, yg berkenaan kena tampil menjelaskan apa yg berlaku dan bertaubat!

Anonymous said...

Serba sedikit latar belakang penulis buku ini:-
"beliau seorang yang pentingkan perjuangan yang tulus ikhlas..dulu perjuangannya adalah dengan PAS, habis segala harta benda duit kupang tenaga disumbangkan kepada Parti Isle..Muasasah Pokok Sena menjadi saksi pengorbanannya.. sanggup berhenti menjadi cikgu demi perjuangan..tetapi apa yang beliau dapat dari mereka-mereka ini hanyalah mengambil kesempatan termasuklah HARAKAH yang satu ketika dulu pernah menyiarkan tulisan beliau dengan nama pena CN AL Afghani..pernah masuk ISA dan tidak gentar sebarang ugutan dari sesiapa pun." itu sebabnya PAS mengharamkan buku ini kerana ianya ditulis dari sumber yang sahih dan tepat serta dari penulis yang pernah menjadi wartawan HARAKAH yang dulu sanggup meredah seluruh pelosok Malaysia mencari berita..

Anonymous said...

pikir logik la. kalau penulis buku tu buat fitnah takan anak ibrahim libya nak support dia. baca dulu buku tu & tgk segala bukti baru pikir fitnah ke tak. toktok pas standart la, asal kena batang hidung semua fitnah. asal kena puak umno semua betul. mcm haram.

Anonymous said...

anom 2.31pm...kalau berani pemegang tabong amanah kena keluarkan la statement kutipan dan bayaran kepada balu2 dan anak yatim..jangan dok menyalak jer..ada betul kawan2..

nik ekzos said...

Mmg jahanam Pas ni,dari yg muda sampai yg tua,pemimpin pas semua kaki kencing...

sampai mati pun aku tak percaya pas parti islam...khakkk ptuihh!!!
kahak hijau.

pas parti cilako,cilako,cilako

Anonymous said...

selalunya yang tahu hukum tak takut dengan hukum allah,yang jahil nie yang takut akan hukum allah.

Anonymous said...

Sape2 nak order buku

En. Zainon Ismail.
A/C No.: 02048010048801 (BIMB)
Warisan Syuhada 1510, Kampong Memali,
Baling, KEDAH.
Atau Hantarkan Money oder/Wang Pos

TEL:019-424-2597
Sila SMS Setelah membuat bayaran Harga RM 20 + Penghantaran Rm 6.00 = RM 26.00

http://penangwasabi.blogspot.com/2010/12/terhangat-dipasaran-mohamad-sabu-air.html

Pendapat Saya said...

Kesian kat PAS. Jangan korang kutuk PAS.

Apa yang PAS buat tu kebajikan belaka.

persepsiku-wmr.blogspot.com

Anonymous said...

takpa2.... depa buat kt dunia takda sape nk hukum depa.

kat akhirat depa nk p mana.. tak lepas dgn hukuman ALLAH. Depa sembhyang la 5X sehari, posa smpai setahun ka, p haji 5/6 kali ka. Tang makan harta anak yatim yooooooo... byk dosa ho..... depa nk bayar mcm mana ha????

nti keluar la fatwa dr geng PASBerg, boleh guna duit anak yatim utk perjuangan negara islammmmm... ehhhhh negara kebajikan... ha3
hukum mana la depa guna pakai...

ha3
-PASBerg-

Anonymous said...

bro, jangan taksub sangat ... bawak bersabar. Allah dah cakap, jangan dedahkan rahsia satau kemaluan orang nanti Allah sorokkan kemaluan kita nanti. Bro dah rasakan sebab terlalu nak selak kain orang, bro terkena baik kan. sudah sudahlah tu. taubat k. insyallah....

Anonymous said...

SCAN AJE BUKU MEMALI TUH.. BIAR RAKYAT BACA DAN BUAT KESIMPULAN.. KESIMPULAN YANG UTAMA DALAH -> DIMANA PERGI DUIT TABUNG MEMALI???!!!

BANYAK DAH BUKU YANG KENE SCAN, THE MALAY DILEMMA TULISAN DR.MAHATHIR PUN DAH KENA.. LAGI MAHAL BUKU TU..

Anonymous said...

astagfirullah al-azim..kalau benar la PAS makan duit anak yatim...kerajaan kita makan duit rakyat...duit rakyat : duit anak yatim..duit rasuah..duit haram..duit yang ALLAH haramkan...dan duit yang xdiredhai NABI MUHAMMAD s.a.w...bape banyak duit yang kita tahu...lebih baik sokong Pas dari menyokong kumpulan yang jelas2 xnak islam malah menghina islam...

Anonymous said...

Mengapa dibiar penyamun berjanggut tu simpan... Itulah terlampau menghormati orang berjanggut dan berjubah...Aku bertugas di Jabatan Kastam Kroh. bersempadan dgn Baling semasa kejadian ni berlaku... Memang tak sepatut terjadi... Semuanya kerana ketaksuban...

Anonymous said...

anon 12:32 AM mesti tak berani baca buku ni. sbb tu komen mcm org sakit otak.

Anonymous said...

anom 23/6 12.15am..ibarat ludah ke langit jatuh balik kena batang hidung sendiri...cuba ingat balik apa Haji Hadi keluarkan fatwa pasal keburukan orang lain..cuba ingaaat??????????????

Anonymous said...

Anom 12:32, cara congakkan tuan melucukan. Pas dah buang Islam dalam destinasi.Memang anom akan nafikan itu. Mengapa mahu kebajikan?? sebab dalam kes tabung Memali ini, ternyata PAS tidak peduli dengan kebajikan ahli (apa lagi kalau bukan ahli??). Mungkin untuk menutup keberukan diri, maka kemudi diubah...kononnya nak ambil hati rakyat..pigi dah..rakyat dah boleh baca permainan kalian...tidak perlu burukkan orang lain untuk gambarkan kita yang terbaik...(malangnya itulah yang didoktrinkan oleh PAS ke atas pengikutnya)...malang dan malam gelap gelita kepada pencacai PAS...melePASlah lagi nampaknya...

Anonymous said...

Satu pendedahan yang berani. Sayu hati apabila membaca salinan email tersebut. Tingkahlaku pemimpin Pas kebelakangan ini menjadi sasau membuktikan mereka melantak duit anak yatim. Sepatutnya lebih panjang janggutnya atau lebih besar serbannya maka lebih baik perbuatannya dan percakapannya. Ini tidak, lebih buruk perangainya dan semakin tidak waras.

Anonymous said...

anom 23/6 12.32..sapa yang lebih menghina Isle..yang sebenarnya PAS lah yang lebih menghina Islam berbanding dengan parti lain..mempermainkan hukum hakam..bermacam fatwa..ceramah maki hamun..menkafirkan orang lain.. kalau ceramah bab agama takpa jugok.. ini tak abis-abis bab politik... parti Isle ko tu.. lain kali nak komen tengok cermin dulu..

zainalsamsudin said...

alqur"an tercatit padah makan duit anak yatim , maka sekrang pun kita dah nampak didunia ini kecelaruan yg berlaku terhadap parti yg mengaku islam....insyaalah tuhan akan tunjukkan lebih banyak bala yg akan ditimpa kepada parti ini insyaalah..sama2 kita tengok...

hafiz said...

mekanan duit anak yatim adalah dosa besar...............

Tau ke tak?

Anonymous said...

Anonymous said...
bro, jangan taksub sangat ... bawak bersabar. Allah dah cakap, jangan dedahkan rahsia satau kemaluan orang nanti Allah sorokkan kemaluan kita nanti. Bro dah rasakan sebab terlalu nak selak kain orang, bro terkena baik kan. sudah sudahlah tu. taubat k. insyallah....

June 23, 2011 12:15 AM



kelakar gila mamat ni... Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah... kenapa nak tutup kebenaran dari pengetahuan umum? Ini cara PAS kot, korang pandai2 aje...

kenapa Anon tersebut tak perjuangkan kes2 di mahkamah, rogol, bunuh, rasuah... itu semua mengaibkan orang jugak... pi la mahkamah kata Allah tak bagi dedahkan keaiban orang... Allah suruh kita tegakkan yg hak...

Allah bagi manusia akal untuk berfikir, suruh baca untuk tambah ilmu. melalui fikiran dan ilmu serta tawakkal kepada Illahi lahirlah bijak pandai dan ilmuan islam...

anon ni lama sangat dalam PAS, agaknya pemikiran pun dah karat...

Anonymous said...

Itulah dia puak2 'Bengung bin Tongong', dah kena manderem habis dek DAPig sampaikan tak kenal kawan dan lawan!!!!!
Cairlah dimakan api neraka!!!


Orang lama.

Anonymous said...

Semua pendedahan yang di buat RBF, jelas menghina PAS. PAS mana yang dibongkar niiihh...? PAS Mat Sabu ka PAS Fadzil Noor?

Mintaklah Mat Sabu bagi penjelasan tentang di mana sabenarnya wang Tabung Memali tuuuhh... Sapa sabenarnya yang kebas niii... Dalam cerita Azmi Ismail, kata duit Tabung hilang masa Yusuff Hussain gabungkan dari tiga akaun jadi satu akaun dibawah kelolaan PAS kawasan Baling. Lepas itulah wang itu lesap.

Hinggakan anam Ibrahim Libya yang menuntut di Yaman jadi kebuluran, menurut surat yang dihantar kapada mak dia, menggesa ibunya jangan jual tanah pesaka kerana nak tebus kesusahan anaknya.

Sekarang keadaan di Memali amat tidak tenteram kehidupan penduduk kampongnya. Yusuff Hussain senang, jadi Senator jadi itu dan jadi ini dalam Kerajaan PAS Kedah. Pemimpin PAS termasuk Mat Sabu, semuanya jadi babi dan juga binatang yang tak ada telinga. Buat pekak badak.

TUHAN AKAN MEMBALAS DENGAN KESIKSAAN NERAKA KAPADA MEREKA.

Anonymous said...

Aku ada saudara2 yang dekat yang menjadi penganut PAS tegar. Secara lahiriahnya, mereka ini nampak cukup alim dan warak. Kalau majlis tahlil tu mereka lah yang kedepan. Baca doanya pun punyalah panjang mengalahkan mufti. Kalau bercakap fasal ugama, seakan akan orang lain baru peluk Islam sebulan. akan tetapi, they CANNOT BE TRUSTED EVEN WITH 1 RINGGIT!!! Semoga ALLAH berikan hidayah kepada mereka. Ameen...

saper2 jer lah said...

siar kan sahaja teks yg ada dalam buku itu...agar semua rakyat dapat membaca & berfikir semula...

Anonymous said...

Ustaz Haron Din apa hukum orang yang makan derma untuk anak2 yatim?

Anonymous said...

Ntah2 dia orgnya x hehehe

aj

Aku Rakyat Biasa said...

pelik dan hairan dengan sikap dan komen penyokong tegar PAKATAN HARAM kat site ni..kalau ada org PASrael yang buka pekong dalam korang kata tak baik buka aib org..tu la ni la.. tapi bila korang fitnah UMNO, semua nya di halalkan, betul la..wajib la.. betul la kata sesetengah ulama.. mengundi PAS ITU HARAM DAN MUNAFIK..
dulu kata hudud asas perjuangan, tapi bila tido "sekatil" dgn DAP n ADIL.. tukar jadi negara berkebajikan.. hudud terus hilang..dulu kata pejuang MEMALI itu syahid.. sekarang bila ungkit pasal tabung terus tukar pejuang memali gologan EXTRIMIS agama,terpesong dari ISLAM...dimana pendirian PAS?? tiada kerana PAS itu serupa ISRAEL!!!