Monday, June 27, 2011

Saat Untuk Johari Abdul Semakin Dekat



Beberapa hari lepas kita dihiburkan dengan video terbitan Johari Abdul bagi menafikan lelaki dalam video seks yang didedahkan oleh Datuk Eskay adalah Anwar Ibrahim.

Sungguh menghiburkan video itu, tambah terhibur lagi apabila setiap kali Johari memuncungkan mulutnya. Seperti apa agak-agaknya ?

Semua yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menebus kembali dosanya terhadap Anwar.

Seperti yang kita tahu, Johari Abdul adalah ahli parlimen PKR yang pertama menyaksikan video itu. Semasa dia menonton video tersebut dia memberitahu Datuk Eskay dan dua lagi rakannya memang sah Anwar Ibrahim lelaki dalam video tersebut.

Kemudiannya dia meminta wang pelincir sebanyak RM 100 ribu dari Datuk Shuib sebagai habuan untuknya keluar parti dan dia akan membawa lagi seramai enam orang MP PKR untuk menonton video sebut dan keluar parti bersamanya.

Keesokan harinya dia membawa enam orang MP PKR untuk menonton video tersebut dan meminta bayaran RM 1 juta seorang sebagai habuan untuk umum keluar PKR.

Bagaimanapun perkara tersebut ditolak oleh geng Datuk Trio kerana bukan matlamat mereka untuk menyuruh Johari Abdul dan rakan-rakannya keluar dari PKR. Matlamat mereka hanya hendak menunjukkan video tersebut kepada mereka-mereka untuk mereka tahu siapa Anwar yang sebenarnya.

Oleh kerana gagal mendapat habuan yang dihajatkan, maka Johari Abdul tiba-tiba sahaja buat pusingan U dan membuat kenyataan akhbar mendedahkan siapa geng Datuk T dan menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Sekiranya pada masa itu geng Datuk T dapat memenuhi kehendaknya, maka sudah pasti Johari Abdul akan buat sidang media untuk keluar PKR dan menyatakan rasa malunya terhadap sikap Anwar.

Itu pasallah sekarang dia adalah geng PKR yang paling ke depan sekali untuk mempertahankan Anwar dalam isu berkenaan. Nak tebus dosa dan nak mengharap dirinya dicalonkan sekali lagi dalam PRU akan datang. Secara logiknya dia tak mungkin dicalonkan lagi kerana PKR Sungai Petani telah menolaknya hingga tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang. Karier politiknya kini berada di tangan Anwar.

Sekarang dia nafikan itu Anwar. Tak mengapa , biarkan dia nafi. Dia ingat dialah orang yang paling cerdik dan dialah hero. Dia tak sedar yang orang lain lebih cerdik darinya.

Dalam masa terdekat ini akan dikeluarkan satu bukti yang menunjukkan Johari Abdul mengesahkan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Mana mau lari beb ?

Selepas ini Anwar dan juak-juak PKR akan tahulah setakat mana jujurnya Johari Abdul mempertahankan dia.

Apa yang dilakukan sekarang semuanya palsu belaka semata-mata untuk nak tutup kesilapan yang telah dilakukannya.

Tunggu Johari Abdul !

Saat untuk mu sudah semakin dekat.

13 comments:

anti bohmau said...

dah lama tunggu...cepatlaaa!!!

ait! tunggu dulu..biar dekat2 nwar nak bela diri nanti, baru bawak keluar..ingat pkr saja tahu main taktik last minit ni?

kita juga menunggu video2 lain yg akan dikeluarkan oleh umi hafilda, nalla & datuk eskay sendiri... berasap nko!!!

hanya masa menentukan...

Anonymous said...

Terserlah 'kebadutan' mamat ni. CCTV anwar bersama Eskay di apartment tu dia nak tepis mcm mana agaknya. Semua technology telah diterangkan oleh pakar2 dari Amerika.

Tape ni lagi menyusahkan Anwar sebab ada agenda menipu rakyat lagi.

p/s Buat tape lagi lama dari buat laporan polis.

Anonymous said...

Ape lagi yang nk dipercayakan pada Joe Bedul Pelincir ni?? Dulu lepas buat U-turn, sanggup kata pakciknya Shuib Lazim pun x percaya pasal video anak haram wat solat tahajud dgn amoi. Nah, akhirnye pakcik dia tetap bersama geng Dato T. Ternyata cakap2 Joe Bedul ni bukan boleh dipercayai 100%!!!

Tapi part yg aku tak blh terima bila Joe Bedul ni kata teknik mengubah wajah secara solekan membolehkan dia nmpk seperti P.Ramlee. Seperti kata PELIWAT:
"P.Ramlee ha ha"... sungguh memalukan jd MP si Joe Bedul ni.

Anonymous said...

keluarkan segera. ajar sikit talam 2 muka ni.

Anonymous said...

hahaha bagus keluarkan cepat biar padan muka pencacai pkr/pas pis pus yang kebanyakannya melayu bodoh

DLSL said...

dah kuar td.. buruknya rupa bila kantoi... erkk

Anonymous said...

Takut dia kata muka dia dalam video tu adalah superimpose dan nak minta qazaf pulak.

akuantiPAKATAN

Anonymous said...

APA ADA HALA ORANG MACAM INI MUKA ELOK TAMPAL DENGAN KULIT BABI PELIHARAAN CINA DAP

SyedAbuSayyaf said...

yang anwar pegang remote utk TV, dia nak tutp TV sebab nak mula kan projek sumbang dia...

arizmaya said...

mendengar keterangan Joe bedul ni, terasa seolah2 dia menganggap semua orang malaysia ni bodoh2 belaka...

ingatkan ada pendedahan secara empirikal... rupaya pendedahan berdasarkan karyareka dia...

Ahmad Saabun said...

Tuan, mohon untuk diletakan link url www.sehelaibaju.com di blog saudara semoga dengan itu akan menyemarakan lagi kempen saya dan teman2 untuk mengumpul sehelai baju untuk anak yatim menjelang ramadhan ini/Ahmad Saabun

Anonymous said...

bodohnya kau. Kalau ada video yg Johari minta wang pelincir, apa lagi siarkanlah. Tak payah susah payah Esky nak buat sumpah laknat kat masjid. Bodoh betul lah korang ni semua. Waste time ajelah. Kenapalah kamu semua tak berpandukan Quran yg menyuruh mengadakan empat saksi, bukannya video. Bahlul bin tolol.

Anonymous said...

ya tak ya jugak. Kenapa tak keluarkan video yang menunjukkan johari mintak duit pelincir dari si Tambi tu. Ni takde, menyusahkan sampai si esky tu buat sumpah laknat kat masjid pulak. Yang peliknya si esky ibu ayam tu(dia sendiri mengaku yang dialah orangnya ketiga yang berada di bilik itu. Jadi mestilah dia ibu ayam) boleh dibenarkan angkat sumpah laknat dalam masjid yang suci. Si ibu ayam sembahyang dan angkat sumpah dalam masjid? Nauzubillah. Apalah dah jadi dengan orang-orang UMNO ni. Islam dipermain-permainkan. May Allah curse you all.