Monday, June 6, 2011

Jika Ulama Umno Syaitan Bisu, Ulama Pas Syaitan Besar

Gambar di majlis perasmian dewan ulama.
Lagi gambar boleh dilihat di sini

Dewan ULAMA Pas Pusat yang bersidang pada khamis lepas SEBULAT suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan ke atas Anwar Ibrahim. Sini

Menurut usul berkenaan, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Siapa yang membawa usul itu ?

Nik Razi Nik Mat,adik Nik Aziz. Kah...kah...kah....kah....

Bermati-matian dia mempertahankan Anwar Ibrahim seperti abangnya juga.

Itulah wajah sebenar ulama-ulama Pas. Ulama Umno mereka gelarkan syaitan bisu.Sini

Ulama mereka pula layak dipanggil syaitan besar.

Mereka memang layak digelar syaitan besar. Kerana satu dewan yang dipenuhi ulama dengan jumlah yang besar meluluskan usul berkenaan sebulat suara.

Jika mereka benar-benar ulama tulen tugas mereka adalah menentang sebarang kemungkaran apatah lagi perbuatan zina. Bukannya bersekongkol dengan penzina. Tetapi, apa nak dikatakan lagi, itulah Pas. Apa sahaja yang boleh memberi keuntungan politik kepada mereka maka mereka akan tukar hatta ayat Quran sekali pun. Perkara ini bukan baru berlaku, sudah berpuluh-puluh tahun. Dari gigi susu sampai gigi palsu kerja mereka hanya menipu dan mengelirukan umat.

Sungguh-sungguh malu dan mengaibkan apabila ulama boleh bersekongkol dan mempertahankan penzina. Di mana maruah Harun Taib ? Di mana maruah Haron Din ?

Kenapa isu yang melibatkan orang yang ada kepentingan dengan Pas mendapat perlindungan ulama Pas ? Selama ini Pas sering menuduh BN melindungi sebarang salah laku atau penyelewengan pemimpin-pemimpin mereka, tetapi apabila kena ke atas orang yang Pas ada kepentingan, kesalahan zina pun dilindungi.

Itu belum lagi memerintah negara. Kalau mereka memerintah kelak, jawabnya segala kemungkaran atau penyelewengan orang-orang mereka akan dilindungi sepenuhnya sebagaimana Nik Aziz menyelamatkan Mat Sabu semasa ditangkap khalwat dengan isteri orang oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada 31 Januari 1995 di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu.

Jika mereka benar-benar ulama , mereka patut adil kepada kedua-dua pihak. Dengar penjelasan kedua-dua pihak.

Dewan ulama Pas boleh mengetahui cerita sebenar dalam masa sekejap sahaja jika mereka benar-benar ingin tahu. Mereka boleh panggil Anwar Ibrahim dan tanya cerita sebenar. Kemudian mereka boleh panggil Datuk Eskay pula untuk tanya cerita di sebelahnya pula. Kemudian barulah buat keputusan. Bukannya hanya mendengar cerita dari pentas-pentas ceramah kemudiannya terus menjadi 'tuhan' memutuskan itu semua fitnah.

Tak usahlah nak gelarkan diri ulama jika penzina pun hendak dipertahankan kerana ianya mencemarkan kesucian Islam.



Dulu wartawan wanita-wanita tak kira dari agama apa sekalipun kalau nak buat liputan muktamar Pas kena tutup aurat.


Sekarang semenjak ditarbiahkan oleh DAP itu semua tidak perlu lagi. Bukan DAP yang lebih rapat dengan Islam, tetapi mereka yang semakin rapat dengan kafir.

7 comments:

Anonymous said...

Niat dihati nak tarbiahkan kafir tapi rupa rupanya kafir yang tarbiahkan mereka, lengkaplah andaian yang mengatakan bahawa orang Melayu akan lebih patuh diperintah China daripada diperintah Melayu

Anonymous said...

Salam....
Yg bermisai itu kucing...
Yg berjanggut itu kambing...
Ada misai...ada janggut...ada kopiah putih....ada serban...???
Cuba anta teka...itu siapa....

Anonymous said...

cam ner tak tolakkk, Mat Sapu yang suka sapu bini orang pun diangkat jadi pemimpin diorang.
dosa pun tak jadi masalah bila-bila mase jer TG diorang boleh hapuskan. hebat la korang niii kerja Allah pun korang dah ambik ....
dalam kes video Anuuwar AlJuburi (gelaran oleh Mat Sapu) kot la bini orang PR ke anak dara orang PR ker kena rogol dan waktu tu tak der saksi 4 orang cam yang orang PR maukan yang ada cuma CCTV yang jelas pelaku dan perlakuan yang berlaku juga persamaan sampel DNA dari yang tertuduh dengan yang terdapat dari dalam pepet bini anak dara korang apa pilihan yang korang akan buat ??????
apakah korang akan ketepikan jer bukti yang ada dan melepas pesalah yang dah balun bini atau anak dara korang tu ????? kalau korang terima memang sah la yang korang lidah becabang cam biawak .....
kalau korang tak terima adakah sanggup dan adil membiarkan kaum wanita tidak dibela ?????
ini kah ciri-ciri Islam yang korang bawa ??????

Anonymous said...

ingat lagi dulu2 qariah dari negeri tertentu tak boleh turut serta tilawah al-Quran kerana kononnya suara wanita itu aurat?
skrg tengok apa jadi?
muslimah pas jika berceramah bukan main tinggi suara mereka, isi ceramah pulak penuh dgn cercaan terhadap pihak lawan..
fikir2kanlah..

Anonymous said...

Kalau Hadi Awang koma atau mati le? Siapa pengganti Presiden Pas?? MAT SABU.......!!!!!!

Take Beerrrr...............

Anonymous said...

Salam..

Yg tak mau tutup aurat...
Yg suka mkn duit rasuah itu setan
Yg takutkan DAP tu ...
Yg tuduh PAS tu sesat...
Cuba teka tu siapa??....

TG Shehx Nik Al-Qhawareej As-Syiah Arboqi said...

AWAS kita kena perhatikan betoi-betoi pemimpin-pemimpin PAS ni kerana pada zaman Nabi Muhammad dulu ketika Perang Uhud, Iblis ada datang menyamar sebagai pengikut Abu Labah dan turut sama berperang dgn tentera muslimin.

Pada akhir zaman ni kemungkinan besar IBLIS dah mwnyamar sebagai pemimpin politik. Cuba perhatikan tingkah laku mereka .... pelik sungguh.

Si A: Suka buat fatwa ikut nafsu
Si B: Dok kafirkan org sesuka hati
Si C: Pakar fitnah dan mencarut tapi tak pi solat jemaah.
Si D: Kaki maksiat (zina & liwat)
Si E: Menghina mufti mcm-mcm
dan ramai lagi oi ....

Mereka ini mungkin Iblis yang menyamar utk menghancurkan manusia dan perancangan mereka cukup teliti sehinggakan pengikut mereka mendewakan mereka.