Friday, June 10, 2011

Khatib Diperguna Untuk Pertahankan Penzina

Gambar sekadar hiasan

Dunia akhir zaman beb....

Minggu lepas satu dewan yang menggelarkan mereka ulama bersidang di Taman Melewar dan membawa satu usul khas bagi mempertahankan penzina.

Selang dua hari seorang yang digelar tok guru pula mempertahankan penzina dengan mengatakan video hanya besi.

Hari ini khatib-khatib di seluruh Selangor digunakan untuk mempertahankan penzina. Walaupun tidak disebut secara jelas tetapi khutbah yang berkaitan dengan Qazaf sudah boleh diagak ke arah mana ianya dijuruskan.

Saya rasa nak bangun dan nak cabar khatib yang baca khutbah tadi. Tapi saya bersabar kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan dalam masjid. Saya dah jangka, kalau saya mula ianya akan diturut oleh orang-orang lain, kemudian masuk pula puak-puak yang mempertahankan penzina, sudah tentu akan jadi kecoh dalam masjid. Kalau dah kecoh malu pula kepada penganut-penganut agama lain kerana mereka tak pernah kecoh dalam gereja, kuil atau tokong.

Selepas sembahyang semua pakat-pakat bunyi mulut kat bawah melahirkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Jawapan saya senang sahaja, jomlah kita pertingkatkan amal ibadat masing-masing kerana dunia sudah mahu kiamat. Ini kerana penzina dipertahankan sehingga ke mimbar jumaat.

Rakan blogger Panglima Perang Cyber sudah mengetahui sejak semalam lagi tentang kandungan khutbah tersebut. Sila lihat di sini.

56 comments:

Anonymous said...

Di Mesjid Bulat kat Sec14 PJ, kutbahnya pasal Wakaf.

FYI.

Anonymous said...

Berlaku sama spt lu bro.. Masjid Jalan 222, Seksyen 51A... dan khatib hampir menyebut DSAI...hahahaha nmpk marah giler tok imam mempertahankan DSAI... tahniah kerajaan selangor...

Dino

ruang bicara faisal said...
This comment has been removed by the author.
ruang bicara faisal said...

tk anon 4.14

mungkin khatib masjid itu tak ikut teks yg disediakan

Anonymous said...

kt masjid kg aku pn khatib bace khutbah pasal hal nie......hampeh tol....

Anonymous said...

Anak saya balik dr sembahyang jumaat dr masjid bkt antarabangsa pun criter yg sama. Ada jugak yg terus bangun dan keluar terus.

ruang bicara faisal said...

anon 4.30

kalau blh nyatakan tempat di mana.

Nasionalis1982 said...

Penzina dan peliwat dipertahankan di mimbar masjid.

Moga Selangor dijauhi dari bala.

Anonymous said...

Masjid Hijau Al Hasanah Bangi pun sama citer pasal Qazaf & Fitnah. Yg peliknya depa tak paham2 lagi ke Qazaf ni bawah enakmen HUDUD & ADA KE LAGI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN HUDUD??? Syariah negara kita dibawah undang2 TA'ZIR, SO FAHAMILAH WAHAI SAUDARA2 ISLAMKU!!! DIBAWAH UNDANG2 TA'ZIR, BUKTI QARINAH diambil KIRA!!!

Pak Tam said...

Dunia dah akhir zaman. Rakyat mesti bangun selamatkan Selangor serta Malaysia. Inilah akibatnya kepimpinan ulamak ditolak oleh PAS. Hj. Hadi dah jadi pak turut. Tapi selaku Presiden PAS dia akan menanggung tindakan itu semua.

Pak Tam said...

Cuba saksikan youtube Ustad Khazim pasal hukum hudud dn undang2 Takzir. Masalahnya puak2 ini hanya dengar Ustaz peletik spt TG Nik Ajis dan Adi Awang.

Anonymous said...

Masjid kawasan melayu, PJ pun citer pasal Qazaf ni juga... jom pakat ramai2 tayang video Ustaz Kazim pasal isu ni kat pejabat JAIS jom...

Anonymous said...

Saya tadi sembahyang kat sek 6 kota damansara. Khatibnya hebat dengan lantang menentang keangkuhan MB selangor dan kerajaan selangor yang masih berdegil untuk meneruskan konsert rock MTV live stage kat shah alam. Apa yang saya faham khatib memperingatkan konsert ini salah satu usaha yahudi dan nasara/ (ayat 120 - al baqarah)melalaikan umat dengan hiburan. Ini boleh mengundang bala Allah spt runtuhnya tanah kat kuala langat yang mengorbankan 16 kanak2.

Sepatutnya pembuat teks kuthbah JAIS (antaranya pimpinan ulama' PAS selangor - jangan buta mata, pekak telinga dengan kerja mungkar penganjuran konsert ni).
Jangan kata orang laim ulama' bisu kot terbalik kat kita ULAMA PAS lebih bius dan takut kat MB selangor

Anonymous said...

masjid UPM..konfirm khatib bertugas bc teks tu...

Anonymous said...

tok sah kan kata masjid d selangor...kami d tanjong malim pon sama....seorng imam (yg hipokrit)..juga lantang di atas mimbar membahaskan isu fitnah dan terangan membela "dajjal berupa manusia" itu...subhanallah..kalau tak krn khutbah jumaat td rasanya ramai yg angkat kaki.....dia menuduh org fitnah..sdgkan dia sndr di atas mimbar..sambil pegang tongkat..memfitnah org lain...( sbb dia tak tgk video sanggup menuduh org lain fitnah anuar)....cukup geram..mengaji tinggi tp otak bingai...mcm baguih sgt ...kata imam..tp kejiranan haram....aku jiran dia haram tak bertegur....laknat sungguh.....allah taknak turun bala td ketika khutbah....( mungkin selepas ini...)....

Anonymous said...

Diharap pembuat teks kuthbah JAIS (Antaranya Ustaz Mat Zain - Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ust Abd Ghani Shamsuddin -AJK PAS Pusat dllnya) pun turut berani buat teks kuthbah jumaat menentang kemungkaran kerajaan PR selangor seperti bertambah pusat maksiat spt rumah urut, pusat hiburan, konsert melalaikan. Takkan baru dapat jawatan dan sikit kuasa dah kecut perut. Lupa ke tugas yang Allah beri kat kita bila berkuasa. Kalau lupa saya peringat balik..sila buka surah al Haj ayat 41. Ada 4 tugas. pertama. Melaksanakan perintah Allah (Sistem, peraturan Allah), kedua wujud negeri berkebajikan (betul dah apa yang pas buat sekarang tetapi jangan lupa arahan pertama) tiga ajak maaruf dan empat CEGAH MUNGKAR (habih tak nampak ke yang mungkar kat selangor ni)

Anonymous said...

Bukan pertama kali aku dengar khatib or tok imam mempertahankan nuar,tempat aku pun khatib nye mcm x betul..

tak apa kita sebagai rakyat yg cerdik akal fikiran mesti bersabar.kita lihat pru13,hahaha..

Anonymous said...

Sama jugak bro berlaku kat Masjid Taman Pelangi Semenyih, sambil aku dengar kutbah tu aku berdoa minta Allah tunjuk yg benar...Allah maha mengetahui segalanya. Tengoklah sekarang, semakin kerap puak2 ni buat sembahyang kebenaran dari Allah...Allah pun dah memakbulkannya, kita dapat lihat sekarang sedikit2 terbongkar ceritanya, itu lah kebenarannya, tetapi puak2 ni masih buta.

ZZ(x pas) said...

Ye betul! tu bro....pertunjuk dan kebenaran sudah ada...dah terang lagi bersuluh...

matpanah said...

anon 5.21pm,

Manusia ni, kalau dah dibutakan mata hatinya macam puak-puak tu, biar sejelas mana pun tanda dan petunjuk yang datang, dia orang takkan nampak.

Kalau terserempak mamat omega tu buat tak senonoh depan mata dan batang hidung diaorang sendiri pun, nescaya diaorang tak percaya. Malah akan dituduh UMNO/BN jugalah yg punya angkara.

Anonymous said...

kek senawang, dopan giant, khatib masjid ari ni baco kutbah pasal cam mano nak tingkatkan penguasaan org islam dlm aspek ekonomi....he..he..he..telajak sampai somban plak..he..he..

Anonymous said...

Nak tau jugak sekiranya DSAI masih lagi bersama BN pak imam-pak imam ni nak bagi khutbah bab qazaf atau tak

Anonymous said...

Aku rasa biar mereka baca setiap minggu mengenai tajuk itu pun tak mengapa, bukan semua orang yang setuju dengan khotbah semacam itu, kecuali yang terlalu taksub sahaja.

Mereka nak buat negara Islam, tak kesampaian, tukar pula kepada negara berkebajikan. Sebenarnya negara Islam perlu diteruskan, kerana dalam negara Islam lah terdapatnya berbagai-bagai unsur kebajikan di dalamnya.

UMNO dan BN dah lama melaksanakannya, banyak perkara kalau nak disebut satu persatu.

PAS dah 50 tahun lebih baru terfikir tentang negara berkebajikan?

Sebagai negara Islam UMNO dah lama memperjuangkannya, begitu juga sebagai negara berkebajikan pun telah dilaksanakannya.

UMNO menjunjung Islam dan mendaulatkanya tetapi PAS memperkudakan Islam untuk matlamat politik mereka dan berselindung disebalik jubah dan serban. Aku tidak menghina pakaian jubah dan serban itu kerana ia adalah merupakan pakaian Nabi. Sesiapa pun boleh pakai tetapi pastikan niat itu betul.

Aku rasa idea negara berkebajikan ini tercetus dalam fikiran Haji Hadi hanya apabila kerajaan menarik balik sedikit sahaja subsidi baru baru ini. Untuk menghantam kerajaan dalam ucapannya pada muktamar PAS baru baru ini maka idea itu di utarakan.

Kerajaan menarik balik sedikit beberapa subsidi yang diberikan itu memandangkan jumlah nya amat membebankan negara, jika tidak ditangani dengan betul negara boleh bankrap seperti beberapa buah negara di Eropah.

Sila tonton Youtube ustaz khazim

Anonymous said...

Elok sesiapa kat selangor tu pakat-pakat hantaq CD huraian Ustaz Kazim Elias Al Hafiz kat tok-tok khatib tersebut agar depa tau letak duduk hukum sebenar sebab depa ni kitab suci depa adalah Harakah.

Anonymous said...

Kat USJ 20,opposit Petronas, kutbah yang sama............

Shahrul said...

dekat surau al-kauthar seksyen 4 bandar baru bangi sembahyang jumaat tengahari tadi...katib berkhutbah pasal firnah liwat dan zina...mempertahankan si aljuburi sebab kena ada 4 orang saksi....

Anonymous said...

Makin naik syeikhlah pak sheikh nuar bila ramai tok khatib bela dia. Sebab itulaah dia makin melampau, hingga mahkamah pun dia berani main.
Saya syorkan supaya elaun yang diberi oleh kerajaan pusat kepada imam2 yang menghentam kerajaan pusat itu di potong. baru mereka tersentak.!!!

Anonymous said...

macam mana orang nak percaya kan alim ulama?

Anonymous said...

pengkhalwat diangkat jadi timbalan prsiden,sekutu kaki zina.

nauzubillah.

pengira duit said...

masjid kg kayu ara (bandar utama) pun khutbah sama..fitnah dan hukum qazaf.

pelik aku kenapa qazaf je yg disebut...islam tak ada hukum lain ke?? takzir??? dinilai secara Qarinah??

kalau membuktikan sesuatu tuduhan hanya guna 4 saksi sahaja...maka boleh la keluarkanlah banduan yg sedang dihukum kat penjara kerana kesalahan merogol...kesian dorang teraniaya sebab kena jatuh hukum walaupun pihak yg mendakwa tak bawak 4 saksi pun...

cuma aku malu sebab orang islam sendiri yang guna agama tuk menghalalkan perbuatan dosa..

dunia mmg nak kiamat....

rauna said...

ayuh rakyat selangor... mari kita beramai ramai berzina..x perlu takut kalau tak de 4 sakisi yg alim sokodeng kita..berapa ramai sgt pun org2 alim kat selangor ni..tempah la hotel2 yg berdekatan dgn segera, hiburkan kekasih2 anda..cuma pastikan pintu dikunci sebelum berzina..cepat2 tawaran terhad selagi PR memerintah selangor..anda juga boleh merakam aksi seks anda dan tunjukkan pada bakal mertua,isteri atau suami anda..sekiranya anda ditubuh berzina jgn lupa mengazaf mereka dgn 80 sebatan...katakan jugak pada mereka yg menuduh anda, yg mereka telah menjadi golongan fasik dan tak boleh menjadi saksi walaupun saksi pernikahan..JoM BerZiNa

Anonymous said...

Masjid di Klang (sebelah pasar Jawa) pun topik Qazaf...
Esok.Jumaat depan, bagi karpal Singh Serban peh tu suruh dia baca khutbah ...lagi lebih afdal...

Awang Deramang

Anonymous said...

semua khatib tu sauk la bhai .... berapa RM bonus dapat tu ... wakakkakakakakaka

Anonymous said...

Video itu besi, tiada daging atau telinga. Banyak cantik. Sekarang orang PAS bolih tengok video lucah dan simpan sebagai koleksi. Apa salahnya? Hanya besi!!

Anonymous said...

tok imam mesti tak tengok video sex tu sbb takut berdosa besar. tapi masalahnya depa boleh yakin yg video tu fitnah. kalau yakin dlm diri sendiri je takpe jugak ni sampai bawk ke mimbar masjid. apa citer pulak tu. risau aku dgn situasi dlm negara skang ni. alim ulamak pun diragui.

Anonymous said...

bro masjid darul ehsan subang pun sama gak...gua yg ngantuk2 pun boleh segar balik..sampai x cukup nafas khatib tu baca..yg penting gua dan mohon ampun pasal rasa berdosa sebab macam x ikhlas je gua dengar khutbah tadi..

Anonymous said...

dekat masjid berdekatan hospital ampang.. pandan mewah berkhutbah berkenaan FITNAH.. dan isi kandungan mcm biasa la mempertahankan penzina dan peliwat.. geram beb!!

Anonymous said...

masjid Sikamat di Seremban pun sama lah Khutbahnya, mereka buta hati.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Masjid Al Najihin kat Bandar Sri Permaisuri yang terletak dibawah jajahan takluk Wilayah Persekutuan KL pun sama.

Saya meredap didalam hati je mendengar khatib MEMBACA TEKS KHUTBAH!!!

Bila lah akan mimbar dibebaskan dari cengkaman birokrasi??? Sakit hati kita dibuatnya!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua.

Harap dapat sebarkan didalam blog tuan tuan video terbaik penjelasan Ustaz Kazim Elias berkenaan kaedah menyelesaikan masaalah kes zina tanpa 4 orang saksi :http://youtu.be/Ai-xp3uWdMg

Anonymous said...

Pertingkatkan amal ibadat? Semenjak bila UMNO munafik mula mendekati Allah s.w.t?

*Muslim Brotherhood

ELDIFASO said...

begitu juhga masjid si serdang raya..sy dah call JAIS..mereka kata ada borang feedback pasal khutbah yg boleh kita isi untuk memberi complaint..sy betul betul panas tadi..ada ke seorang peliwat dan penzina yg berzina dgn pelacur samapi dipertahankan di masjid?di masjid? masjid?hilang akal ke apa diorang nie.kenapa diaorang tak sentuh pasal TAKZIR? QAZAF bukan satu satunya cara untuk membuktikan seoorang tu berzina dalam islam..nampak sgt puak PAS taksub dah kuasai JAIS.kita perlu panjangkan perkara ini kepada Sultan

Anonymous said...

baghal 10:46

kalau umno munafik pas apa? penzina, peliwat, jual agama, bina berhala, sokong murtad, angkat kafir sebagai khalifah. nak panggil apa tu? munafik kuasa dua?

Anonymous said...

Masjid as syakirin batu 6 gombak pun khutbah yang sama

Anonymous said...

masjid tu tempat semua umat islam berkumpul tak kira apa pegangan polotik mereka tetapi sungguh kesal dengan apa yang terjadi. tempat aku ajk masjid sume org polotik pegang tapi tak cerita pasal politik pun dalam masjid. ada sekali je bila pesuruhjaya PAS ns (imam no 2 mase tu) wat ceramah politik kat masjid rumah aku terus kami penduduk taman panchor jaya ni ramai-ramai pakat halau dia. UMNO ke, PAS ke, DAP ke jangan nak kacau tempat orang nak sembahyang

Anonymous said...

saya rasa tak terlambat...di sek maahad kajang pun sama.rasa dah 2 kali dibaca khutbah ni.nasib baik budak sek cuti.

Irfan said...

berlaku juga di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya..FITNAH? phuh..hari2 uduk fitnah orang lain aper cerita? rasa nak bunuh aje khatib tuu..gerammm sungguhh..

q0l0p said...

Masjid Kg melayu Ampang pun sama.. Da dua kali. kali pertama saya rakam audio dan email kat Jais.. tak der pun tindakan(sebab mereka ingat audio saya tu fitnah kut..)

Tadi sekali lagi.. rakam sekerat jer.. tak kuasa aku dah. Panas jer hati. Tapi tak der jemaaah yg menjerit marah seperti pertama kali dulu.

Khatib baca khutbah macam bagi ceramah motivasi lak.. kejap jerit2.. kejab sayu sayu2... pirahhh... ko da buat fitnah atas mimbar!!!
Sebab ni la balasan Ulama2 PAS ni kalah dalam pemilihan baru2 ni kut.

JAIS korang leh lupakan la... penyokong peliwat dan penzina da buat tembok kat situ.. kita kena bawak ke MAIS dan ke DYM Sultan.

Anonymous said...

Sultan Selangor kan dah menitahkan dengan tegas, tiada politik di Mesjid, ramainya puak2 derhaka di Selangor ni.

Anonymous said...

DI SURAU AL-HIJRAH PERSIARAN DESA PINGGIRAN PUTRA 5, DESA PINGGIRAN PUTRA, KAJANG SELANGOR PUN ISU YANG SAMA DISAMPAIKAN OLEH KHATIB YANG BERTUGAS.....RATA-RATA JEMAAH MACAMA TAK BERAPA SELESA SEPANJANG KHUTBAH ITU BERJALAN.

Anonymous said...

dekat Masjid puncak perdana shah alam pun khutbah yg sama, ada student2 UiTM plak tu, dah la tu khatib tu dok menjerit2 mcm video tu psl kes dia sendiri, dah la aku tgh sakit kepala time tu, khatib tu baca biasa dah la teks tu kot ye pun, x yah menjerit2, yg aku x faham, teks khutbah tu kejap kata fitnah, kejap kata buka aib, yg mana satu? kalu fitnah maknanya x berlaku, kalu buka aib???

Anonymous said...

Adoi..
Kat Masjid Kampong Pendamar Klang pun sama..Qasaf
apa nak jadi ni..
mana nak mengadu nih..

Anonymous said...

aku dari ipoh datang kl umah sedara g la semayang jumaat kat masjid Tmn Kosas tekejut aku sebab dalam khtbah tu imam tu siap doa berikanla kekuatan kepada MB untuk memerangi kajahilan kononnya. masjid dah jadi medan politik. agama di politikkan. yang malangnya melaun ni dari orang Melayu Islam sendiri yang dah buta hati otak tak tau membeza yang betul salah. yang gembira pemakan babi panggang tuuu senyum lebar dah dapat melembukan melaga-lagakan orang Melayu dalam PR.

yazs said...

salam..

aku sembahyang jumaat kek masjid makmuriah ari tu...sungai bosa..sama gak..huhu

umar said...

tempat saya pun sama..bosan dan bengang

Anonymous said...

Kat Masjid area Kayangan Heigts pun sama gak..pnye la semngat khatib ckp psl qazaf, fitnah la...pns telinga aku dgr..politik kotor mmg dh masuk dlm msjd dh..

Anon 1046
Ko 2 dh baik sgt ke nk tuduh org munafik?"Muslim Brotherhood" la sgt...